Hari ni saya rasa sebak.
Angka kematian tertinggi di Malaysia akibat Covid
Dan dalam angka itu ada orang yang saya kenal.
Sahabat saya belajar satu kelas dahulu, telah meninggal
dunia akibat Covid, dan isterinya pagi tadi juga meninggal dunia akibat Covid,
dan anak anaknya masih kecil seramai empat orang.
Saya bayangkan jika saya dan isteri mati akibat Covid esok.
Anak saya lima orang itu, siapa nak tolong tengok-tengok
kan?
Datuk dan Nenek belah ayah dah lama pergi, Tinggal Atok dan
nenek belah Isteri, tapi Tok dan Wan dah tua, berapa lama mereka mampu tengok
tengok kan?
Maka Pakcik dan Makciknya akan tolong jaga, tapi Pakcik
Makciknya bukan orang senang, siapa nak ambil lima beradik sekaligus?
Maka akan berlaku pisah memisah adik beraduk, abang Long
student U mungkin senang orang nak jaga, anak nombor dua pelajar MRSM, mungkin
tak susah pakcik makciknya nak jaga, anak perempuan sorang yang rajin tolong
‘arwah’ mak, senang nak jaga sebab pandai bawa diri, tapi anak nombor empat
lelaki yang agak nakal? Dan anak OKU Autisme? Siapa nak layan karenahnya bila
dia mengamok?!
Saya tahu Allah ada, Allah jaga mereka semua, saya juga tahu
dunia ini pentas ujian, llau saya terbayangkan ujian anak anak yang tiada lagi
ibu dan ayah di sisi mereka, sungguh pelukan pakcik makcik, tak sama macam
pelukan ayah dan ibu. Marah Pakcik dan Makcik, tak sama marahnya si ibu dan
ayah…
Maka duhai anak, berpisah kita di dunia jangan sedih sangat,
tolong jangan habiskan air mata untuk takdir sementara, sungguh kesusahan yang
akan datang jangan ditangisi, tapi bersyukurlah sebab nikmat terbesar adalah
kenal Allah dan Sembah Allah!
Nabi Muhammad SAW tahu lepas baginda wafat, cucunya akan
mati di seksa dan dibunuh, sorang akan mati dipancung, dan sorang akan mati di
racun, namun baginda juga mampu redha sebab Nabi faham dunia bukan maksud
hidup, susah di dunia sementara, yang mana selagi ada Iman dalam dada, pasti
kita semua akan mati dengan tenang dan Kembali Bersatu di Syurga!
Husin dan Hasan akan Bersatu dengan Nabi Kembali di Syurga,
juga Saidina Ali dan Osman dan semua sahabat lain akan Bersatu di syurga kerena
mereka semua telah Redha kepada Allah dengan semua takdir, asal Allah redha,
maka mereka Redha, maka berdamailah dengan semua Takdir duhai semua anak ayah.
Redha dengan semua jalan hidup, Sabar bila susah, Syukur bila senang, dan atas
sikit, dengan susah pun kita Syukur, Alhamdulillah!
Satu lagi yang saya sebak duhai semua pembaca, yang mana
bila ibu ayah dah mati, harta arwah, bukan semua dapat kepada anak yatim, ada
hak pakcik dan makciknya, yang mana banyak kisah berlaku perebutan harta,
hingga Allah masukkan dosa makan harta anak yatim adalah dosa besar!
Selalu juga saya dengar orang mengeluh bab pembahgian harta
dalam Islam, sebab ada kes, waktu arwah hidup, pakcik makcik tak pernah tolong,
bila arwah mati, muncul pakcik makcuk tuntut harta sampai bergaduh gaduh!
Ingatlah pesanan setiap Jumaat, jadilah orang bertakwa,
siapa orang yang bertakwa? Orang yang menunaikan hak anak yatim.
Maka saya percaya hikmah dalam pembahagian harta arwah,
adalah menguji sifat takwa umat islam, yang mana bila berlaku kematian, maka
muncullah semua pakcik makcik nak ambil harta sebab ada hak mereka dalam harta
arwah, namun saya percaya, orang bertakwa hanya ingin tahu berapa hartanya,
lalu semua dihadiahkan Kembali kepada anak yatim secara terang terangan.
Dan andai kata dikalangan pakcik makcik tiba tiba ada sorang
tak nak hadiahkan, maka pakcik dan makcik yang lain tahu bahawa ada saudara
dekat yang sedang susah di kalangan mereka hingga sanggup ambil peluang ini
untuk urus hidup mereka guna bahagian harta arwah, maka pakcik makcik bertakwa
yang lain, pergilah bantu pakcik yang tak nak hadiahkan itu, dan di situ
tahulah nanti sifulan benar benar susah atau tamak?
Jika sifulan benar benar susah, maka terbuka jalan untuk
tunaikan hak, jika sifulan betul betul tamak, terbuka pula jalan untuk
berdakwah.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya
yang terfikir kematian tiba tiba, sedang harta yang ada tak banyak mana pun,
maka tolong pakcik makcik kepada anak saya, iaitu abang dan kakak serta adik beradik
saya, tolong tengok tengoklah anak saudaramu nanti bila saya dah pergi mengadap
Ilahi.
Tolong munculkan diri dengan bertakwa di majlis kematian
saya, dan bersaksilah, Saya telah halalkan semua hutang jika ada pada waktu
itu, dan jika saya ada hutang dengan kamu, ambillah dari harta saya agar dapat
saya berehat dengan aman di kubur. Hutang wajb bayar walau sudah menjadi mayat,
pesanan kepada diri sendiri,
Akhir kata, salam takziah buat semua yang telah pergi
menghadap Ilahi hari ini, esok esok giliran kami pasti tiba.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang, moga kita
pulang Bersama sekeping hati yang bertakwa.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment