Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu.
Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, perang
berlaku, British kalah.
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun
jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan
Jepun, macam dalam filem Sarjan Hassan.
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama
dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali
lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang.
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong
semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak
suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan
Malaysia.
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil
lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka
1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip
top, rakyat ramai yang senang, pelancon berbondong bonding, warga asing datang
sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah
zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS
tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka
UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan
DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah.
Bersatu, DAP, PKR dan lain parti akhirnya memerintah
Malaysia tapi tak lama, rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi
jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak
selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah
Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Pakatan Nasional, gabungan
dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti.
Pakatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid,
awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi
terbanyak bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu,
maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan
hashtag Kerajaan gagal.
Akhirnya, Pakatan hilang Majority bila UMNO walk the talk,
Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
Namun kita rakyat terus berjuang hari hari demi sesuap
nasi.. sampai masa kita mati, maka dalam kubur akan ditanya lima soalan, (1)
Siapa Tuhan Kamu? (2) Siapa Nabi Kamu? (3) Dimana Kiblat kamu? (4) Apa Petunjuk
kamu? (5) Siapa saudara kamu?”
Bagaimana nak jawab ini?
Hakikat La Illa Ha IlAllah!, Yakin Allah berkuasa, pasti
dapat jawab soalan pertama,
Hakikat Muhamadu Rasullullah, Hanya Cara Nabi beri kejayaan!
Pasti dapat jawab soalan kedua!”
Hakikat Solat yang Khusyuk, yang mana bila masuk waktu terus
dada mengadap Kaabah, itulah tanda KAABAH sebagai kiblat utama sebaik masuk
waktu, alhamdulillah.
Hakikat Ilmu dan Zikir adalah hakikat keseluruhan Alquran,
itulah Petunjuk kita!
Hakikat Ikram Muslimin, serta Hakikat Dakwah dan Tabligh,
Pasti akan dapat jawab berkenaan siapa saudara kita. Walk the Talk.
Kesimpulanya, Satu masa dulu, dari British kita dijajah,
akhirnya kepada Britih Kembali di Jajah dan bila Merdeka, dari Umno kita
diperintah, kepada Umno akhirnya Kembali memerintah, (tak tahu bertahan sampai
bila?masa menentukan)
Moral of the story, sesiapapun kerajaan kita yang dulu, hari
ini, dan esok, Apa yang Kekal dan Pasti
adalah kita semua berada di bawah Kerajaan Allah dulu, kini, dan
selamanya:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang.
Innalillahiwainailahirajiun. Pastikan dapat jawab soalan
kubur kerana Sejarah "berulang"
Woha!
sejarah mungkin berulang lagi ni
ReplyDelete