“Anak anak, hari ni sebelum kita makan durian, kita akan belajar SAINS dan Agama serentak!”
“Baik, ayah!”
“Sebelum itu, ceritakan enam sifat pada Pokok Durian”
“Pokok, ada (1) Akar, (2) Batang Pokok, (3) Banyak dahan dan
lebat Daun, (4) Berbuah Durian, (5) Rasa Durian yang Manis, (6) ada Biji dalam
Durian untuk terus membiak!”
“Pandai, sekarang cuba ceritakan, enam sifat Sahabat”
“Sifat sahabat ada enam, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah
Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas
Niat dan (6) Dakwah Tabligh."
“Korang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas
kepada kekuatan pokok durian, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok durian akan
tumbang..,"
“Benar wahai Ayah”
“Begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok durian tadi,
iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”
“Itu akar tunjang, akar yang bercabang macam mana pula
Ayah?”
“AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH
NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”
“Betul”
“Hadith riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda,
“Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa
ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu
juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi
umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat
memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang
kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”
“Wow, cerita lagi wahai Ayah”
“BATANG POKOK Durian pula merupakan tiang ugama, dan ini
mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia,
begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan
buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana
banyak ilmu, maka banyaklan dahan..”
“Okey dan Cover Hakikat Solat dan Hakikat Ilmu, errr,
Hakikat Zikir macam mana pula?”
“Baik, sesuatu ilmu itu jika tidak ada hubungan dengan
Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok
durian kering dan mati, tidak boleh dijadikan sebagai tempat berteduh, kerana
DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka
banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR”
“Tinggi! Teruskan ayah! Cerita pasal Buah Durian!…”
“BUAH Durian pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM
MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya
sendiri menuntut hak, seperti pokok durian yang memberi buah kepada orang yang
ramai.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah durian adalah
KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang
ditolong rasa ‘manis’, jika tidak ikhlas, tentulah buah durian itu rasanya
masam..”
“Wah, dah Cover Sifat Ikram dan Ikhlas, tinggal satu lagi,
Hakikat dakwah”
“Akhir sekali, BIJI dalam buah durian tadi itulah DAKWAH,
kerana.., jika biji durian itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan
di bajai, maka akan muncul lagi pokok durian yang baru bersama ribuan biji
durian yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka
ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah
cahaya islam serta keimanan ibarat pokok durian yang akarnya teguh, batangnya
tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya
serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”
“wah, nak tanamlah biji durian ini nanti”
“Tapi jangan tanam atas tanah haram, nanti kena tebang! Maka
jangan berdakwah dengan cara yang salah!”
Woha!
Ps: lalu kelihatan si anak bertungkus lumus salin nota
berkenaan ilmu enam sifat sahabat yang dianalogikan dengan pokok durian, sebab
siapa tak salin, tak boleh makan durian, ha ha, dan Ketika mereka sedap makan,
saya tangkap gambar nota mereka, kongsi pada dunia, agar “biji durian” dalam
nota ini, terus tersebar!
Nyam nyam!
No comments:
Post a Comment