Jul 8, 2021

Soalan tersusah dari anak?

Zaman PDPR, sedang si ayah sibuk bekerja dirumah, anak tiba-tiba datang bertanya:

“Ayah, apa maksud total?”

“Penuh!”

“Jika Total Lockdown?”

“Tutup semua!”

“Tapi kenapa Total Lockdown mak kena pergi kerja? Bukan tutup semua ke?”

“Kilang mak kerja tu penting untuk ekonomi”

“Oh ye ke? .. er, ayah, apa maksud segara?”

“Secepat mungkin?”

“Berepa lama tu? 3 bulan ke?”

“Tak, maksudnya sangat cepat!”

“Okey, baik.., satu lagi soalan, apa perbezaan pinjaman berlesen dan Kredit Komuniti?”

“adohai, cikgu kamu tanya soalan susah sangat kenapa? Ada soalan lain tak?, peribahasa ke?”

“Ada Ayah, apa maksudnya “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Si ayah terdiam. Tiba tiba Di riak wajahnya ada tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila anaknya bertanya soalan peribahasa tersebut.

Si ayah terus memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun dari anak bini yang berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat si ayah terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, si ayah membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, anak anak tidak berani menatap matanya yang tajam. Terus mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata ayah mereka gugur.

Dalam hati si ayah teringat dengan dua kesalahan besar dalam dirinya, sebab pepatah “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran” pernah di rasainya sangat.

Sangat sangat!

Kesalahan pertama, tamak! Melabur semua simpanan dalam Skim cepat kaya, rantai emas pun digadaikan, wang simpanan tabung haji dikeluarkan untuk melabur dalam pelbagai skim cepat kaya, tapi akhirnya tersontot, hilang semua wang, dan musim PKP ni, mulai sedar erti “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Kedua, si ayah teringat, pernah berdemo tumbangkan kerajaan terdahulu kerana percaya negara sedang bangkrap! walaupun hakikatnya ekonomi negara melonjak tinggi. "The greatest bull run in history", dan rakyat dapat pelbagai kemudahan, hingga pergi oversea zaman tu, mudah jumpa orang Malaysia di mana mana.

Tapi sebab rakyat ramai yang mudah kena tipu, kerajaan itu digulingkan dan diganti dengan kerajaan Janji minyak murah, PTPTN free, rakyat jadi kaya raya, kereta murah, rumah murah, peluang kerja bertambah, tapi semuanya tipu belaka.

Kemudian diganti pula kerajaan yang tidak stabil.

Akhirnya, mendapatlah.., yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sekarang ini bukan nak cerita pasal baucer buku, kereta murah, PTPTN Free, bukan!

Sekarang hari hari cerita Virus merebak dan pesakit bertambah, hospital terhad, vaksin tiada, dan lebih sedih, ada rakyat, makanan atas meja pun tiada.

Tapi tadi mujur Pihak Surau ada datang bagi bantuan makanan, Alhamdulillah, terima kasih juga kepada semua NGO, Pihak Surau, Peniaga yang baik hati, jiran jiran dan Kerajaaan serta semua yang membantu. Alhamdulillah.

Tak lama lagi ada yang boleh keluarkan KWSP, atau ada yang dapat bantuan sana sini, duit tu jangan nak melabur tanpa ilmu, simpan dan guna pada tempat yang betul, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sungguh seorang Mukmin tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali.” (HR Bukhari dan Muslim).

Semoga kita semua Woha sampai syurga!

 

1 comment:

  1. Orang tua2 dulu2 kalo masa mengundi, tarukla pokok pisang ke batang cangkul ke jadi calon,asalkan pokok pisang@batang cangkul tu partinya@barisan parti itu majority@paling kuatnya ialah parti org islam@sedara sesama islam,mereka pangkah selamba je hehe.. Datang generasi baru@bijak@cool dia kata org tua2 dulu mcm x berapa cerdik@x cool@x bleh ikut,Walhal org tua2 kita dlu walupun nampak naif biasa2 je tp umum dah tau yg pegangan ahlusunnahnya kuat yg mana dlm 1 sudut Feqahnya ialah jika terpaksa memilih perkara yg semuanya terdapat mudarat(parti politik@org politik lebih kurang sama saja fe'el nya kan, semua dah maklum) maka pilih la yg paling ringan mudaratnya,maka sebab itu la org tua2 dlu tanpa ragu memilih barisan yg mana dalam barisan itu parti org islam la yg paling kuat@dominan@majority terbesar,mereka x memilih barisan yg dalam barisan itu parti org bukan islam@org kafir yg paling kuat@dominan@majority terbesar..
    ko hujah la apa pun sampai keluar ingus pun mereka buat donno je tetap berpegang pada hukum feqah ahlsunnahwaljamaah tu sambil menoreh getah,tanam padi,kait kelapa sawit dsbgnya mcm biasa..datang generasi baru dia cuba buat2 "cerdik" dr org tua2 dlu, kemungkinannya sebab mereka x mewarisi kefahaman yg org tua2 dlu ada@ahlusunnahwaljamaah..mereka nak cuba sangat "kira2@sifir" mereka yg ntah dari mana sumbernya dengan "kira2@sifir" org tua2 dlu yg bersumber dr ahlusunnahwaljamaah..
    Nahh kan sekarang masing2 dah tau hehe.. (nak lawan "kira2" yg bersumber dari nabi saw mmg terduduk la)

    Lagi 1 budak2 remaja mungkin x tau hal ni.. Tapi kalo org dewasa@ berumur sikit@tua mesti Ingat yg org tua2 dlu ada tgglkan pesanan ni kat kita.. Mereka pesan bila sampai huruf akhir dari perkataan "rahman" iaitu huruf "nun"@"N" maka hati2lah dan cuba lah pertahankan seberapa daya yg boleh,ingat kan?umum tau perkara ni kan,pupular kan pesanan ni dulu hehe..Tapi generasi baru x amek kesah@gelak2@sambil2 lewa je..
    Haaa nahhhh ambik ubat batuk minum sorang sikit sekarang hehe..

    Jgn tengok luaran org tua2 dlu.. Kalo tengok lua memang la nampak naif@biasa2@x berpelajaran.. Tapi tengok lah pegangan mereka yg patut kita warisi@pegang itu iaitu ahlusunnahwaljamaah,yg menjadi pembenteng diri mereka dimana keadaan pun mereka berada..walaupun keadaan zaman@bawaan dah berubah dr org tua dulu2,tp alangkah baiknya jika pegangan kita tetap masih bulat kuat sama seperti org mereka dulu2@ahlusunnah

    Semoga Allah lindungi kita semua insyaAllah..

    ReplyDelete