Jul 11, 2021

Muhasabah itu Motivasi?

“Muhasabah ni apa akak?”

“Muhasabah ni motivasikan diri, betul tak ayah?”

“Hmmm, Motivasi tu hampir tepat, untuk arabnya motivasi ni adalah Targrib, atau Zihin.., jadi Muhasabah ni adalah islah diri”

“Islah diri tu apa?”

“baiki diri”

“Baiki diri samalah macam motivasi”

“Tak, Muhasabah ni lebih kepada Cermin diri”

“Cermin diri tu samalah dengan motivasi?”

“Okey begini, ingat tak proses mensyuarat kita buat tiap hari? Ayah akan Tanya laporan setiap sorang dari kamu, dan kamu biasanya akan cerita empat perkara, nikmat tuhan semalam, ujian tuhan semalam, pahala yang dah buat semalam, atau dosa yang terbuat semalam, ingat tak?”

“Ingat ayah”

“Lepas tu ayah akan suruh kamu bersyukur dengan nikmat yang kamu mungkin tak nampak, dan suruh bersyukur dengan ujian Tuhan yang mungkin ada hikmah, dan minta betulkan niat dalam amal baik agar ikhlas, dan bertaubat dari segala dos ajika terbuat, ingat tak?”

“Ingat ayah..”

“Jadi Muhasabah diri ni adalah kamu bermesyuarat dengan diri kamu sendiri, check apa nikmat Allah hari ni, ada syukur tak? Apa ujian Allah hari ni? dah tukar ke dari sabar kepada redha? atau lebih tinggi lagi bersyukur diuji kerana itulah jalan orang yang soleh, check ikhlas tak dalam buat amal baik?, dan jika ada buat dosa, terus bertaubat, begitulah”

“Ohh, muhasabah ni kira macam motivasi diri jugaklah kan?”

“Lebih kepada islah diri, cermin diri”

“Cermin diri agar lebih bermotivasi?”

“Lebih kurang begitulah”

“Jadi betul lah, Motivasi diri!”

Woha!

Ps: Syukur anak perempuan saya menjadi perempuan juga, sebab bila berhujah sentiasa nak menang! HiHiHiHi. Semoga korang yang baca ni dapat muhasabah diri dengan perbualan ini seterusnya mampu islah diri ke arah cermin diri atau sekurang kurangnya, termotivasi diri dan terus termuhasabahi! Ayah pun nak menang hi! Hi hi hi!

No comments:

Post a Comment