Jul 15, 2021

Kafir Masuk Neraka?

Saya tulis kisah sebelum ini berdasarkan fakta, orang kafir masuk neraka, tapi saya dituduh “menuduh” orang kafir masuk neraka, adohai..

Padahal ayat Al quran ni dah tercatat 1400 tahun dahulu, tolong baca laju laju macam Dr Zakir Naik, Chapter Number two, Verse no thirty-nine, in Al-Baqarah:

And those who disbelieve and deny Our signs – those will be companions of the Fire; they will abide therein eternally.

Ada tak pernah dengar ceramah Dr Zakir Naik bila ada orang bukan islam tanya, Mother Teresa, atau Mahima Ghandi masuk Syurga tak sebab mereka tak sembah Allah?

Maka Dr zakir Naik bacakan ayat Al quran, orang kafir masuk neraka selamanya, ini bukan tuduhan, ini adalah fakta dari Al Quran. (boleh rujuk video tu nanti saya share di ruang komen)

Atau lebih jelas, waktu Arwah Ustaz Harun Din berceramah dalam Rancangan Ehwal Islam di tv1, pakai baju biru, bercerita tentang Orang Kafir Masuk Neraka selamanya.

Maka ada sorang penonton berbangsa india ni tak puas hati, pergi jumpa Ustaz Harun Din, kenapa tuduh orang kafir masuk neraka? Sebab ada orang kafir yang baik!

Ustaz harun Din bagi anologi simple, Jika saya bagi kamu sebidang tanah untuk diusahakan, dan bagi kamu wang RM10 ribu modal belanja, 10 pekerja sebagai pembantu, bagi jentera percuma, bagi subsidi baja percuma lagi, tapi kamu pergi usahakan tanah lain, tanah saya tu bersemak samun, cukup tahun kamu datang minta upah, kamu agak saya nak bagi tak?

Maka perkara yang sama, Allah bagi kamu kehidupan, bagi kamu anggota badan semua cukup, bagi rezeki, bagi kesihatan, bagi air, udara, makanan, dan pelbagai nikmat tapi kamu sembah selain Allah, kamu tak ikut firman Allah, lepas tu di akhirat kamu nak minta syurga agak-agak Allah bagi tak?

Terus si penanya tu insaf dan masuk islam, tukar nama dari DarmaSilen anak lelaki Lechumanan (tolong betulkan ejaan saya jika salah) kepada Muhammad Fitri Abdullah.

Dan kata Ustaz Muhammad Fitri, nama itu diberikan oleh Arwah Dr Harun Din secara spontan, dan kebetulan sama makna akan Muhammad Fitri Abdullah dengan DarmaSilen Lechumanan yang bermaksud Yang Terpuji Bersih Hamba Allah.

Jadi katanya, dia memang tukar agama, dari sembah selain Allah kepada sembah hanya Allah, tapi dia tak tukar nama, Cuma translate arab sahaja.

Woha!

Ps: Kepada bukan islam yang tak setuju dengan ayat Al quran yang berkata bukan islam akan masuk neraka, sungguh Di Malaysia ramai sahaja ustaz berbangsa cina dan india masuk islam, boleh tanya mereka kenapa masuk islam jika betul bukan islam boleh mausk syurga juga? Panjang ceritanya, mereka semua masuk islam walau susah dan di uji sebab mereka tahu keberanan dalam Iman, tolong pergi dengar ceramah mereka, InsyaAllah hidayat milik mereka yang mahukan kebenaran. Amin.

1 comment:

  1. Boleh dengar pengalaman Michael Ang, Firdaus Wong, Hussein Yee, Bro Lim Jooi Soon, free jer kat Youtube. Ini contoh2 Muslim yg mengkaji & menemui kebenaran.

    ReplyDelete