Jul 13, 2021

Hantu Paling Perempuan?

Kisah jumpa Hantu paling ngeri.

Saya ni bukan berani sangat, tapi jika bertukang malam malam, tapi paku tak cukup, nak beli PKP Kedai semua tutup, selamba saya seru puntianak munculkan diri sebab nak pinjam paku dekat tengkuk dia.

Woha!

Pernah kan? Saya cerita kisah hantu perempuan?

Yang mana perempuan bila Balik kampung orang tanya bila nak kahwin? - dia naik hantu! Marah!

Bila di jalan kena ngorat pun dia naik hantu, marah jugak!.

"Jadi... nak kahwin ke tak nak?"

Ada juga perempuan yang cukur kening, lepas tu lukis balik.

"Errrr.. nak ke tak nak kening tu?"

Ada saksi bagitahu hantu perempuan pun cukur kening? Biar betul!

Belum lagi cerita kisah order makan cakap tak kesah, bila order dah sampai? Berminyaklah? Tak nak berkuahlah, tak nak nasik lah, tak nak masakan Mamak lah..

"Tadi kata tak kesah? Tak hantu kau?!"

Ingat kes ni kat Malaysia jer kot.., tapi pernah tengok movie barat, The Lake of the Dead, cerita hantu air.

Hantu ni jantina dia perempuan. Bila lelaki mandi dia akan muncul dan tanya soalan:

“Adakah kau cintakan aku?”

Lelaki tu jawab: “Tak!” Hantu tu terus marah dan bunuh lelaki tu.

Babak lain, ada pulak lelaki yang jumpa dengan hantu air ni, dan hantu ni tanya:

“Adakah kau cintakan aku?”

Lelaki ni jawab: “Ya!”

Hantu tu marah dan cakap: “kau tipu!” lalu bunuh lelaki tadi.

Saya yang menonton filem ni berbisik dalam hati:

“Orang perempuan?, apa dia nak sebenarnya?”

Adohai..

Nampaknya Perempuan jadi hantu pun masih tak berubah perangainya, woha!

Pendek kan cerita, lepas dah tengok cerita hantu perempuan tu, Saya pun tidur, dan bermimpi rumah saya di kacau oleh hantu perempuan rambut panjang dengan muka mengerikan yang muncul di tepi jendela, dalam mimpi saya sangka hantu ni prank, jadi saya keluar rumah nak pukul hantu ni, tapi bila tengok hantu tu berbogel dengan bentuk badan yang berkedut kedut, buat saya yakin bahawa ini hantu betul, sebab jika hantu prank tentu sipenyamar hantu akan pakai baju putih, ni siap berbogel dengan kudis seluruh tubuh, memang ni hantu betul ni, saya pun lari masuk rumah dan kunci pintu, hantu tu terus gegar rumah hingga saya terjaga dari tidur.

Alhamdulillah hanya mimpi, bini masih tidur di sebelah, tapi tiba tiba saya dengar pintu rumah di ketuk orang, saya pergi bukak pintu sedangkan pintu grill saya tak bukak, dan saya tengok bini ada kat luar rumah mintak tolong bukak pintu grill, tapi saya tengok dalam bilik ada jer bini sedang baring atas katil,

Kata ‘bini’ saya kat luar, bini yang sedang tidur dalam rumah tu hantu, kena bunuh untuk buktikan, sebab nanti jika ‘bini’ yang sedang tidur tu sedar, maka saya dalam bahaya, sayapun dah serba salah mana satu hantu dan mana satu bini?

Terus saya pergi dapur ambik pisau untuk bunuh salah satu hantu, yang sedang tidur atau yang luar rumah?

Tapi saya terlambat, bini dah bangun dan mereka bergaduh depan pintu, masing masing mengaku mereka adalah bini saya, dalam keadaan cemas, saya sempat buat lawak, tak payah bergaduh, kira abang ada dua bini sekarang! Senang! Kah kah kah!

Terus bini saya bukakan gril, dan saya kena serang dengan dua hantu, dan saya terjaga lagi sekali.

Bini ada sebelah, Luar rumah sunyi sepi, PKP... Hantu pun tak berani nak rentas daerah...

Alhamdulillah. Mimpi rupanya tadi dan mimpi ni menyedarkan saya:  Hantu pun anti poligami.

Woha!

No comments:

Post a Comment