Jul 26, 2021

Asal usul takbir Raya?

Pertama sekali, Bayangkan korang kena kepung musuh selama sebulan?

Musuh yang sangat kuat, mereka nak rampas semua harta korang dan penduduk kampung.

Musuh tu pula.. bukan datang setakat nak merompak, tapi datang nak bunuh semua orang lelaki, nak rogol semua orang perempuan, dan nak jadikan kanak kanak hamba abdi.

Korang tengok kiri kanan, lelaki campur Wanita campur kanak kanak, ada dalam sekitar tiga ribu orang, senjata ada dalam bentuk pedang dan panah, serta beberapa ekor kuda.

Musuh berapa ramai? Musuh ada 10 ribu tentera lengkap bersenjata, dari segi kekuatan, memang kejap lagi korang semua kena sembelih.

Sebaik musuh sampai di sempadan kampung, mereka tak serang terus, mereka buat macam SJR seluruh jalan keluar, siapa yang keluar memang kena bunuh. Rupanya mereka tak serang sebab mereka tak diperintah oleh sorang ketua, mereka ada dua ketua arab yang ramai, dan beberapa kelompok yahudi, termasuk arab dusun, ada askar ikutan, ada macam macam.

Masing masing harap group lain serang dulu, sebab mereka takut ada perangkap masuk, sebab masa mereka sampai kampung korang, mereka terkejut tengok ada parit besar macam cerita perang purba yang ada parit kena seberang jika nak masuk kota musuh.

Tahniah sebab sebelum mereka sampai, korang awal awal lagi dah gali parit keliling kampung.

Jadi bila tentera musuh masuk parit bersama kuda tak boleh laju dan semua musuh akan terdedah pada panah, terpaksa lekas berundur jika masuk parit, jadi mereka cuba cabar satu lawan satu dalam parit, tapi mujur ada beberapa pendekar handal kat kampung korang yang selamba kalahkan musuh jika satu lawan satu.

Nampaknya musuh terpaksa serbu jika nak menang. Tapi mereka kepong dulu kampung korang selama sebulan, biar stok makanan habis, nanti korang lapar dan lemah, baru mereka akan serang.

Jadi bayangkan perasaan korang jika tinggal di kampung itu?

Lebih teruk dari PKP sebab tak boleh rentas daerah satu hal, dan bila bila masa tentera musuh akan serbu beramai beramai sembelih semua lelaki, dan rogol semua perempuan.

Tambah mendebarkan, dalam kampung ada orang munafik yang akan berpaling tadah bila bila masa, dan hujung kampung belang gunung, ada kampung yahudi yang jika mereka serang dari belakang, habislah korang…

Bayangkan…

Dengan kampung korang yang Polis takde, askar takde, masing masing ambik senjata apa yang ada, dan bertahan di sempadang kampung sambal jaga jaga serangan Yahudi dan Munafik dalam kampung..

Bayangkan..

Okey, balik kepada asal usul Takbir raya..

Kisah di atas adalah kisah benar berlaku zaman Nabi, kampung itu namanya Madinah, ketua kampung Namanya Nabi Muhammad SAW, pendekar pula adalah Saidina Ali, Umar, dan lain lain sahabat.

Gabungan musuh adalah semua orang kafir seramai 10 ribu tentera jalan kaki, dan 600 tentera berkuda.

Mereka mahu bergabung lawan Nabi sebab perang sebelum ini satu lawan satu, mereka kalah teruk, rujuk rekod, 1000 arab kafir lawan 313 Orang Islam dalam perang badar, orang kafir kalah teruk!

Jadi geng Yahudi telah pujuk semua ketua arab untuk bergabung, serang Nabi, dan geng Yahudi yang ada di Madinah juga akan bantu serang dari belakang.

Maka bermulalah Gerakan serangan tentara Ahzab (gabungan besar kafir) menuju Madinah.

Sahabat Nabi Salman Parsi cadang gali parit, sebab ini kaedah di Parsi dalam perang, musuh bila masuk dalam parit akan senang di panah, kuda tak berfungsi, dan mereka kena panjat parit maka senang dikalahkan.

Nabi setuju, dan sahabatpun gali parit, ada batu besar, nabi pecahkan dengan mukjizat, sahabat lapar kelubur tunjuk batu dekat perut, Nabi tunjuk dua batu kat perut bermakna Nabi lagi lapar. Masing masing mujahadah nak berperang, dan gali parit dalam bulan Ramadan.

Bila musuh sampai, mereka terkejut sebab orang arab tiada pengalaman perang dalam parit, mereka masuk, kena panah, jadi mereka bertahan disempadan Madinah, tunggu orang islam kelaparan, sebab masa tu orang islam dah tak boleh ke kebun ada SJR (sekatan Jalan), jadi mereka bagi masa sebulan, baru mereka akan serbu.

Lagipun mereka nak pujuk orang munafik dan Yahudi hujung kampung serang dari belakang,

Sangat mencabar jiwa masa tu, perang bila bila masa boleh berlaku, hingga orang islam sangat susah hati, lalu turun Ayat Al quran,

"Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang  hebat". (Al-Ahzab:10-11)

Waktu itu Nabi minta sahabat banyakkan berdoa dan gilir gilir jaga semua sempadan, solat jemaah juga gilir gilir, dengan makanan tak cukup, tidur tak cukup, senjata tak cukup, tentera tak cukup, memang orang islam di uji dengan ambang kematian paling menyesakkan jiwa dan minda.

Di waktu malam, Nabi suruh sahabat solat berjemaah dengan bacaan yang kuat, Amin yang kuat, dan doa yang kuat. Hingga pengintip musuh sangka orang islam sangat ramai.

Ada juga kisah pengintip Yahudi masuk ke kampung sebab sangka mereka orang lelaki tiada sebab berjaga sempadan, betul pun sangkaan mereka, tapi kaum Muslimah (Wanita islam) telah serang Yahudi ini dan potong kepala lalu baling kepala di Kawasan lapang membuatkan musuh sangka ada lelaki islam sedang sembunyi, padahal Muslimah pun berani angkat senjata jaga kampung.

Kemudian datang Sahabat bernama Nuaim bin Masud berkata kepada Rasulullah:  Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana itu perintahkan padaku sesukamu"

Maka Nabi gunakan peluang Nuaim yang baru masuk islam untuk laga lagakan musuh, Nabi sendiri pergi buat rundingan dengan musuh, lalu tersebar berita Nabi tawarkan separuh kurma Madinah kepada musuh yang berundur, ada musuh dapat satu pertiga, jadi mereka saling curiga, Nanti bila mereka serang Nabi musuh sebelah berundur macam mana?

Nuaim pulak jumpa Yahudi bagitahu suruh mereka minta Orang kafir Mekah sebagai tebusan jika kalah perang nanti, lepas tu Nuaim bagitahu kafir Mekah, Yahudi akan bantu jika ada tebusan untuk mereka serah pada Nabi jika kalah. Jadi Kafir Mekah dan bergaduh dengan Yahudi sebab mereka snagka Nuaim ni sama kafir macam mereka, lepas tu pihak Yahudi dapat berita Kafir Mekah nak serang orang Islam hari minggu, mereka tak setuju sebab hari tu Haram perang, orang Kafir Mekah pulak dapat berita Yahudi nak serang pada bulan Haram, orang arab tak setuju, jadi mereka saling bergaduh dan pecah belah.

Dalam kesabaran umat islam hadapi ujian ini, Allah akhirnya datangkan bantuan dalam bentuk ribut pasir kepada semua musuh buatkan kuda mereka mati, makanan mereka rosak, dan di malam hari mereka kesejukkan sebab api tidak dapat dinyalakan, habis ribut pasir datang pula hujan lebat buat semangat mereka luntur, habis hujan datang angin sejuk yang buatkan musuh berundur kesejukkan, dan patah balik dengan hampa.

Bisik mereka: Islam di jaga oleh Tuhan, tidak guna kita berperang.., perutpun lapar, kudapun mati, senjatapun rosak, marilah kita balik ke Mekah…

Nabi pulak ambik peluang untuk serang Yahudi dari belakang yang sedang tunggu Kafir Mekah serang dulu, tapi Kafir Mekah patah balik, dan Nabi Berjaya kalahkan semua Yahudi dengan mudah, semua lelaki Yahudi dewasa mati hari itu (lebih kurang 900 orang)

Dengan kemenangan ini, melihat musuh semua pecah belah dan lari, dan melihat Yahudi yang menyerah diri ketakutan, maka semua orang islam bertakbir Raya!

Kami Memuji Allah,

Walau karihal kaafiruun: walaupun dibenci golongan kafir

Kami Memuji Allah,

Sadaqa wa’dah: yang benar janji-Nya

Wanashara ‘abdah: dan yang menolong hamba-Nya

Wa a’azza jundahu: dan yang memuliakan tentera- Muslimin

Wahazamal ahzaaba wahdah: Dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan KekuatanNYa.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

dan bagi Allah segala puji-pujian!

*****

Tuan Puan pembaca Budiman sekalian..

Takbir raya jika kita hayati kisah perang Ahzab, bagaimana Allah telah uji Nabi dan Sahabat, yang mana bulan puasa kena bina parit dalam kerisuan, sambut raya dengan perang, Musuh terlalu ramai mengepong termasuk musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, jerankong dalam almari, gunting dalam lipatan, tapi akhirnya, Allah bantu.

Fahamlah, Bantuan Allah sengaja lewat, kerana dunia ini pentas ujian, dan andai tiada Bantuan Allah di dunia, cukuplah Allah teguhkan keimanan, agar mati dalam islam, kerana maksud hidup adalah bersyukur dengan ujia Nikmat, bersabat dengan ujian susah, Ikhlas dengan ujian pahala, dan taubat dengan ujian dosa.

Mati dalam keimanan, adalah nikmat terbesar!

Nabi dan Sahabat telah di uji, dan mereka telah Berjaya, sekarang giliran kita pula, teguhkan keimaman, kerana hidup ini hanyalah ujian, Akhirat kekal abadi.

Bangun pagi, jangan lihat hari ini sebagai beban, tapi lihatlah hari ini sebagai peluang kepada sebuah jambatan untuk dekatkan diri kepada Syurga, sungguh hari ini adalah Jambatan akhirat. Hari ini sebuah ladang pahala sedang terbentang luas di hadapam mata.

Jom sambung Takbir Raya.

Woha!

No comments:

Post a Comment