Jun 13, 2021

Ayah.., kami lapar?

Semalam, al kisahnya, anak-anak ajak muzakarah bab bahagiakan ibu bapa, yang uruskan muzakarah anak form one, lalu anak minta semua adik beradik bagi ilmu bagaimana nak bahagiakan ibu bapa.

Maka masing masing bagai teknik nak gembirakan ibu bapa dan bila tiba giliran saya maka saya pun jawab:

“Anak anak, nak gembirakan ibu bapa samalah juga macam kita nak dapat keredaaan Allah, iaitu kita kena tahu mana satu perintah Allah, dan mana satu larangan Allah dan buat ikut keutamaan, maka kena ada ilmu bab hokum hakam, kerana perintah Allah adalah apa yang menggembiran Allah, dan larangan Allah adalah apa yang memurkakan Allah..

Jadi anak anak kena tahu apa yang ibu bapa suka, dan apa yang ibu bapa tak suka melalui apa yang ibu bapa suruh, dan apa yang ibu bapa larang..

Jadi, ayah suka jika bangun pagi hari anak dah siap berwudhu, dan ayah dengar anak sedang azan (musim PKP ni, azan di rumah), lalu ayah ambil wudhu dan lihat anak anak semua dah bersedia nak solat tunggu ayah sahaja, oh indahnya pagi itu tapi itu jarang berlaku sebab korang tidur lewat dan ayahlah yang kejutkan korang hampir setiap hari untuk solat subuh berjemaah… adohai.

Maka tolong, bangun awal dan kejut ayah solat kerana itu yang menggembirakan ayah…

Namun banyak tempat ayah nak puji korang, tertutama waktu lepas solat zohor, korang buat majlis muzakarah, banyak ilmu yang dapat korang kongsikan. Ada yang mencatat, ada yang google, kesungguhan itu buatkan pandangan itu menjadi indah.

Lepas asar, korang buat ceramah, masing masing bergilir dan ayah suka dengar kamu bersembang bab agama, Alhamdulillah. Bagus pandai bersembang bab agama sebab dalam kubur malaikat ajak sembang, siapa diam akan kena sembam!

Lepas magrib, korang membaca Al quran, terhingguk hingguk, ada yang tunjuk dengan jari, ada yang pejam mata sambil mengaji, ada yang membaca makna, sungguh indah magrib sebegitu.

Lepas Isyak korang baca taklim sorang satu hadis, hujung majlis, amir taklim akan recall balik hadis siap dengan perawi dan bila amir taklim lupa, orang yang baca hadis tadi akan sudi bantu, dah macam utaz ustaz ayah tengok korang semua. Alhamdulillah.

Dan selang waktu yang lain, ayah suka bila Bonda korang memasak, anak perempuan ada di sebelah, dan anak lelaki juga turut ada bantu Bonda masak.

Waktu lapang tengok korang main dengan anak syurha, dengan abaikan gajet, sebab main lari lari, main sorok sorok, main basikal, main toys.. seronok ayah tengok!

Dah penat main? melihat korang membaca buku, sampai tertidur, lalu ayah tutup buku kamu itu, dan betulkan posisi tidur kamu lalu kuncup dahi, hehehehehe

Paling indah di malam hari, waktu Ayah nak solat tahajjud, bermunajat di hadapan kekasih nombor satu, tiba tiba kekasih ayah, Bonda kamu tak ada sebelah katil, lalu ayah Nampak bonda sedang sujud dalam tahajjud bersama anak anak, perghhhh, bunyi cengkerik waktu itu, adalah paling indah, betul kata cicak yang sedang chap chap chap  di siling, oh indahnya sepertiga malam ini yang bakal berlabuh di pinggir fajar sidek!

*****

"Ayah!.... panjangnya bagi muzakarah! Orang dah lapoooooor!"

Woha!

No comments:

Post a Comment