Selamat hari guru kepada Guru hadis.
Saya harap akan ada guru hadis yang tulis buku bertajuk;
HADIS PALSU YANG TIDAK PALSU, atau tajuk lebih kurang begini: DITUDUH HADIS
PALSU TAPI RUPANYA TIDAK PALSU.
Sebab saya tengok waktu menulis, ada orang tegur saya hadis
palsu itu ini, sebab ada hadis palsu ini maka muncul amalan bidaah! Kau kena
tinggalkan hadis ini Hamka, hadis ni palsu!
Tapi bila saya semak, bukan palsu tapi hadis daif, adohai..,
hadis daif bukannya palsu bang. Menuduh Hadis Daif adalah palsu juga mendustai
hadis Nabi, Astarfirullah!
Ulama dahulu bila nak menilai satu hadis tidak tergesa-gesa
untuk menghukumnya, dengan ketinggian ilmu mereka suatu hadis yang belom
didapati siapa yang meriwayatkannya mereka tidak langsung mengatakan :
"Itu bukan hadis, itu hadis palsu", tetapi mereka mengatakan :
"Aku belom dapat makhraj hadis ini".
Itu namanya amanah ilmu, tapi pada zaman sekarang seseorang
dengan mudah mengatakan itu bukan hadis walaupun ilmunya tidak sebanding dengan
Asqalani , al-Iraqi dan lain-lain. Pakai Google jer, tak jumpa, terus hadis
palsu! Perghhh!
Contoh: Hadis Jihad lawan nafsu lebih besar, ada yang tegur
saya kata hadis ini palsu.
Saya rujuk ustaz pandai hadis katanya, dalam bahagian ke-13
daripada al-fawa'id al-muntakhah himpunan imam abu hafs umar bin ja'far
al-basri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.
Jadi Bukan terus senang senang tuduh palsu. Tentang perawi,
saya copy ayat ustaz tersebut: Laith dalam sanad ini bukanlah Laith bin Aiman
dalam hadis Al-Baihaqi tetapi ianya adalah Laith bin Sa’ad Al-Misri, seorang
ulama’ yang thiqah. Justeru, hadis ini mempunyai sanad sahih. Pun begitu, jika
kurang tepat dalam menyebut siapakah laith sebenar dalam riwayat ini, masih
sahaja di sisi al baihaqi dan al iraqi, ia hadith dhaif.
Nampak tak? Tak jumpa dalil belum tentu palsu. Cari lagi
InsyaAllah jumpa.
Hadis lain. Sahabat seperti bintang di langit, ada kata
palsu, bila rujuk ustaz pakar hadis, katanya Mulla Ali Qari, As Sayuti, dan Al
Munawi mengatakan Hadis Daif, dengan hujjah panjang lebar tak perlu saya copy
paste.
Ada hadis tentang Nabi sebagai kota ilmu dan Ali sebagai
pintunya, ada yang kata palsu jugak, sedangkan ada ulamak hadis kata ianya
hadis hasan berdasarkan pandangan terkuat termasuk Ibnu Hajar al-Asqalani.
Hadis menghidupkan malam Aidulfitri dan Aiduladha juga di
tuduh palsu, sedangkan daif dan boleh guna untuk Fadail Amal.
Hadis yasin jantung Al Quran pun dikatakan palsu, tapi bila
dirujuk ulamak hadis, ada yang kata daif, dan ada yang kata hadis Hasan!
Hadis perbezaan pendapat adalah rahmat juga di tuduh palsu,
tapi ada ulamak hadis guna kerana maksudnya disokong pula dengan hadis soheh
lain yang hampir makna, juga memetik ulasan Umar Ibnu Aziz yang mengatakan
dengan perbezaan pendapat datanglah Ruksah.
Next, Hadis Syurga bawah tapak kaki ibu, juga di tuduh palsu sedangkan Syeikh Ismail Muhammad Al Ajluni menilai sebagai daif, dan bila rujuk hadis lain yang hampir sama makna menjadi pulak hadis hasan oleh Imam As Suyuti dalam kitab Al Jami As Saghir.
Bila saya guna riwayat Israliyat, ada yang kata palsu,
Adohai, Ulamak benarkan guna kisah Israiliyyat asalkan cerita tu tak
bertentangan dengan Akidah, ada adab dia bila nak guna.
Banyaklah nak cerita bang, tak jumpa dalil jangan terus cop
hadis palsu atau Bidaah, sabar, jangan gopoh gapah, saya akui bukan ustaz dan
banyak tulisan saya dipetik dari Buznama (berita dari ustaz yang saya tak ingat
namanya) tapi InsyaAllah apa yang kerap saya dengar, dan perkara tu tak
bertentangan dengan Akidah dan Islam, saya tulis, tapi saya manusia dan akan
buat silap, maka boleh tegur.
Jika betul Hadis palsu, ulamak sepakat, maka saya akan
delete dan edit, sama sama kita belajar. Tapi jika ulamak berbeza pendapat
status hadis, jangalah bergaduh, ada "rahmat" InsyaAllah.
Jadi mohon kepada guru hadis agar tulis satu buku yang
jelaskan perbezaan pendapat ulamak muktabar tentang hadis daif. Semoga buku itu
dapat memberikan jawapan terhadap hadis palsu yang disimpulkan dari satu pihak
sahaja, sedangkan dalam konteks ilmu hadis, ia masih dalam ruang perselisihan
para ulamanya, dan ceritakan jugak bab Hadis daif masih boleh guna untuk
Fadhail Amal tanpa gunakan sebagai fatwa.
Okey, selamat hari guru.
Saya pun masih belajar, jika salah tegur elok elok,
InsyaALlah saya belajar berlapang dada. woha!
********
Update: Dah ada rupanya buku seumpama itu berjudul: Menjawab
Pertuduhan Buku "40 Hadis Palsu Popular" juga buku berjudul: Menjawab
Pertuduhan Buku "Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat
Melayu" karangan Nur Hidayat Muhammad.
InsyaAllah akan saya baca sebagai rujukan, Alhamdulillah,
terima kasih ustaz sudi tulis buku yang berkenaan.
TQ
ReplyDeletefirst huhu