Mar 31, 2021

Ulang kaji ilmu Ketuhanan?

Tuhan penat tak?

Alkisahnya, Zaman Nabi Yunus dahulu, Nabipun pernah tanya, Tuhan ni tidur tak? Mengantuk tak? Penat tak? Lalu Tuhan suruh Nabi Yunus buat satu tembikar, terus Nabi yunus buat Tembikar tu cantik cantik sebab Tuhan yang suruh, lepas tu Tuhan suruh Nabi pegang tembikar tu sambil berdiri dan jangan lepas,

Mula mula Ok, lepas tu Nabi penat, tapi tahan, lepas tu Nabi mengantuk, tapi peluk

lagi tembikar tu, lepas tu tertidur dan bekas itu pun jatuh lalu pecah berkecai dan berderai dan berteraburan seperti pasir di pantai.

Tuhan pun bagitahu, jika Aku tidur, alam ni akan musnah.

Begitulah lebih kurang ceritanya yang mana Allah nak bagitahu, Allah tak sama langsung macam kita, Allah tak tidur, Allah tak penat. Allah tak sunyi, Allah tak bosan, dan Allah pernah bagitahu Nabi lepas kiamat, Allah akan lepak sorang sorang selama empat puluh ribu tahun dan lepas tu baru nak cipta akhirat.

Eh? tak sunyi ke Tuhan lepak lama lama sorang sorang? Apa nak masalah? masa pun Allah cipta, ruang pun Allah cipta, fizik, kemia bio ni takde effect langung pada Allah. sedangkan sunyi, bosan tu semua datang dari tindakan kemia yang Allah cipta, maka jangan pernah anggap Allah sama macam kau yang berhajat pada serbuk hitam (kopi) baru ada idea nak menulis, baru tak mengantuk, apa ke hal?

Jika Allah penat dan mengantuk, dah lama Allah stress dan musnahkan kita semua. Jadi jangan anggap Allah sama macam kita dalam bab mencipta, sebab bila kita bancuh kopi, cipta pistol, maka kita berhajat pada kopi dan pistol tu sebab kita manusia lemah perlu pada kopi nak bagi segar tapi boleh kena kencing manis, dan pistol tu boleh bunuh kita pulak tu, lemahnya kita,

Namun bila Allah cipta manusia, cipta alam ini, cipta syaitan, malaikat dan segalanya, bukan kerana Allah berhajat kepada ciptaanNya, tapi ciptaaNYAlah yang berhajat kepada Allah. Segala penciptaan adalah mudah bagi Allah, benda mudah pasti tidak berhajatpun! Semua ciptaan cukup dengan Kun Fayakun. Allah Maha Berkehendak tanpa berhajat kepada Kehendak. Sedangkan kita berkehendak dan berhajat serentak, itu beza Allah dengan makhluk sebab tak ada mana mana makhlukpun yang sama denganNYA!

“Tapi Hamka, jika Tuhan tu Maha berkehendak, kenapa Tuhan tak mampu halang orang buat dosa ? adakah itu kehendak Tuhan juga?”

Baik,. Ini semua balik kepada Takdir kerana Allahlah yang menulis semua takdir.

Contoh bila manusia ada niat, dan pilih untuk buat dosa, lalu Allah takdirkan dosa itu berlaku, tapi bukan semua dosa yang manusia niat untuk buat dibenarkan Alllah, hanya dosa yang ditakdirkan sahaja berlaku

Contonya: Berapa ramai orang kafir nak bunuh Nabi, bukan semua Nabi mati dibunuh, ada beberapa orang sahaja, itu semua takdir dan UJIAN dalam hidup masing-masing.

“Kenapa Allah tak halang dosa?”

Adohai, jika korang jadi beku tiap kali nak buat dosa, dah tak gunalah pentas dunia ini sebagai UJIAN, macam exam kat sekolah, jika bila korang jawab salah terus cikgu betulkan dan bagi jawapan bocor, tak adil kepada orang yang study, begitulah hidup ini, hidup ini adalah UJIAN! Faham tak?

Ok senang macam ginilah, andai kata korang tak puas hati sebab rasa diri banyak dosa dan akan masuk neraka-korang pulak malas nak taubat dan lebih senang salahkan Allah. Tapi ketahuilah Akhirat belum berlaku, dan pintu Taubat masih belum tertutup. Kenapa korang bercakap bagi pihak pendosa macam pintu taubat ni dah tutup lama.

Allah Maha Pengampun, dan Ampunan Allah lebih besar dari mana mana dosa, dan tiada sesiapun yang boleh tutup pintu taubat selagi kita masih hidup, Maka Bertaubatlah, sungguh Allah bukan sunyi dan bosan macam kau dan Allah tak pernah bosan mendengar rintihan Taubat Hamba-HambaNya.

Jadi ingat pesanan ni baik baik, pintu taubat belum tertutup, dan tiada siapapun boleh tutup pintu taubat kamu, tapi saya boleh tutup pintu kereta mayat kau!

Woha!

 

1 comment: