Mar 9, 2021

Ini bukan kempen poligami?

“Abang mayat, Saya rasa Tuhan tak adil kepada wanita”

“Kenapa?”

“Hari akhirat, di padang mashsyar cuaca panas, tapi kenapa lelaki jer yang dapat duduk bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat mana?"

“Hadis mana ni?”

“Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah iaitu Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat, kenapa lelaki sahaja?”

“Boleh awak sebutkan siapa lelaki itu? Memang confirm semua tu lelaki ke?”

“Pertama: Pemerintah yang adil, dah tentu lelaki, sebab dalam Islam lelaki yang jadi pemerintah”

“Ok, baik, yang kedua?”

“Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, tengok! Hadis tu sebut pemuda, bukan pemudi!”

“Baik, yang ketiga?”

“Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, confirmlah sebab lelakikan wajib solat berjemaah”

“Saya setuju, yang ke empat?”

“Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

“Hmmm, yang ke lima?”

“Lelaki yang mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Allah.”

“Wow, yang ke enam?”

“Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya”

“dan yang ke tujuh?”

“Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, macam orang tabligh selalu buat tu, semuanya lelaki”

“so apa masalahnya?”

“Masalahnya, kenapa lelaki sahaja yang duduk bawah Arasyh, perempuan nak duduk mana?”

“Adohai.., Ada hadis lain bagitahu, perempuan solehah, masuk syurga lebih awal dari lelaki, so dah boleh masuk syurga awal, buat apa nak duduk bawah arash lagi?”

“ye ke? Lupa pulak saya ada hadis tu”

“Untung jadi perempuan, sebab mudah masuk syurga jika taat Allah dan taat suami, maka terbuka semua pintu syurga, bersukurlah”

“oh.., saya bersyukur jadi perempuan, terima kasih abang mayat”

“Sama-sama, jadi kesimpulannya, beruntunglah perempuan yang suaminya ada sifat tujuh golongan di atas, jadi jangan risau awak tak duduk bawah arasy, tapi risaulah jika suami awak tak tergolong dalam tujuh golongan itu”

“Saya, insaf, terima kasih abang mayat atas pencerahan”

“Ni ada lagi saya nak bagituhu golongan yang beruntung”

“Siapa?”

“Dengar baik baik.., Maka Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu Dan..."

"Dan?"

"Dan Beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri kepada TUJUH golongan lelaki itu”

“arhggghh, dah agak!”

Woha!

 

No comments:

Post a Comment