Mar 13, 2021

Bantu anak OKU dengan?

Ada anak syurga belum tentu menjamin kita ke syurga, kerana yang dijamin itu anak syurga kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,

Bukannya sebab kita ada anak syurga, maka mudahlah kita masuk syurga, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing.

Yang tidak ada anak syurga, diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, kerjaya, penyakit dan macam macam lagi ujian hidup.

Maka sedarlah Kita bahawa kita bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada oranglebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.

Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.

Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.

Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:

“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).

Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

Bermakna diri sendiri ada usaha ke Syurga, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.

Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.

Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:

‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’

Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’

Alhamdulillah.

(Iman Hamka, Autisme boy, 8 tahun)

 

No comments:

Post a Comment