Mar 26, 2021

Bank Islamik itu RIBA?

“Assalamualaikum tuan Hamka. PerBankan Islam ni kita kena boikot ke apa sebab ada orang cakap perbankan islam ni lagi Riba dari Bank biasa? Boleh nak minta tolong tuan huraikan topik ni tak?”

********

Waalaikumusalam, bab Bank Islam ada Riba ni, abang mayat terpaksa bersetuju dengan kawan abang, Pakcik Josh namanya.

Pakcik Josh ni memang anti betul dengan perBankan islam, sebab manipulasi riba katanya, mana boleh pinjam 10 ribu tapi kena bayar 13 ribu! Riba semua tu haram!

Lalu Pakcik Josh berikrar, jika dia kaya, dia akan buat pinjaman yang betul betul islam, pinjam 10 ribu, bayar 10 ribu! Lewat takpe, tiada riba dikenakan.

Maka kawan kawan pun berdoa agar Pakcik Josh kaya dan menjadi tauke Bank.

Tak lama kemudian, Pakcik Josh menjadi sangat kaya, sebab pakcik Josh join Skim cepat kaya sewa Hotel Turki Instabul, untung ratus ribu sebab ramai yang melabur dengan pakcik Josh, tak cukup bisnes itu pakcik Josh melabur lagi dalam perniagaan sawit Indo, letak duit, dan tiap bulan confirm dapat duit (macam riba pulak sebab dah fix kan untung).

Maka bila dah kaya, Pakcik Josh tak berjoli, tapi Pakcik Josh tunaikan janji dia untuk jadi Bank paling islamik, bagi pinjam kepada kawan kawan tanpa riba, pinjam 10 ribu, bayar 10 ribu.

Jadi bila kawan kawan nak melabur dalam skim cepat kaya sewa hotel Turki Instabul dan Sawit Indo, Pakcik Josh sanggup bagi pinjam separuh duit dia, dan untung bulanan bahagi dua, seronoklah kawan kawan, meniaga denga modal separuh.

Lepas tu berbondong bondong lah kawan-kawan datang ramai-ramai pinjam duit dari Pakcik Josh, dari ribu ribu ke puluh puluh ribu, nak meniagalah, nak berkebunlah, nak beli kereta tanpa ribalah, nak beli tanah tanpa riba, semua pakcik Josh support, paling tinggi pakcik Josh pernah bagi pinjam adalah RM80 ribu! Perghhhh.

Tapi langit tak selalu cerah, mendung memang tanda nak hujan, dan hujan pulak ada asid sebab akhir zaman, maka tibalah satu hari, skim cepat kaya yang dilabur tersontot. Orang atasan lari, Pakcik Josh yang jadi ejen tersontot, duit pakcik Josh sendiri pun hilang entah ke mana!

Masa tu orang dah ramai tuntut duit modal pelaburan, tapi pakcik Josh tak mampu bayar, orang kepung rumah dia, dan pakcik josh janji akan bayar balik pelaburan tersontot dengan harapan, dapat dari kawan kawan yang pinjam duit dulu, tolonglah pulangkan.

Tapi yang bayar sikit sangat, itupun bayar tak habis dan mintak tangguh lepas tu hilang, rupanya kawan kawan pakcik Josh ramai pinjam tapi tak bayar, masa pakcik josh sedang untung dalam skim cepat kaya tak kesah sangat orang tak bayar hutang, tapi bila diri sendiri dan tersontot, hutang oranglah yang Pakcik Josh harap sebagai back up.

Tapi itulah, kisah orang islam tak bayar hutang orang islam ni sentiada ada, maka pakcik Josh jual kereta, jual rumah dan segala harta untuk bayar balik modal pelaburan orang ramai, tapi duit tak cukup sebab orang atasan dah lari, harapan terakhir pakcik josh untuk hidup, adalah kawan kawan tolonglah bayar hutang.., tolonglah!

Masa tu bila sembang dengan Pakcik Josh, dia kata patutlah Along potong tangan orang tak bayar hutang, sebab hati sakit woiii, kita susah orang buat tak tahu padahal duit kita dia pegang, aduhhh, sakitnya hati aku Hamka, ada cara tak nak buat orang bayar balik hutang kita?

Dalam hati saya, ikut islam, sipemberi hutang mestilah mampu halalkan hutang orang tak bayar, barulah tiada pihak yang dizalimi, tapi pakcik Josh ni bagitahu orang hutang dengan dia dekat dua ratus ribu, manalah nak mampu dia halalkan, aduhhhhh….

Kita tinggalkan kejap Pakcik Josh yang sedang merana, kita balik kepada tajuk utama iaitu berkenaan perbankan islam, riba ke tak?

Nak faham riba, korang tengok pinjaman Along, pinjam rm2000, tapi dapat rm1300 sahaja, dan bunga rm400 setiap minggu, jika sebelum seminggu bayar 1800 selesai hutang, tapi jika tak dapat bayar, minggu tu, bila nak bayar RM2000 minggu berikutnya mereka cakap denda lambat bayar RM3000, campur hutang jadi rm5000.

Tak ada RM5000 riba akan naik lagi, okey pinjam dengan Along lain RM5000, tapi dapat hanya RM3500, bunga RM800 setiap minggu. Jadi pinjaman duit kawan dan pinjaman along cukup RM5000 bayar kepada Along pertama, tapi dalam perjanjian korang tak boleh pinjam along lain dan mereka denda RM6000 campur dengan hutang RM5000 jadi korang kena bayar RM11000. Itulah bapak segala riba, maka tolong jangan pinjam Along sebab confirm haram!

Jadi bagaimana cara nak elak Riba?

Cari kawan yang baik macam Pakcik Josh? Tapi berapa ramai sangat Pakcik Josh boleh bantu? Dan bila tak bayar hutang boleh pulak masuk neraka… (cerita detail kat bawah)

Atau Buat pinjaman perbankan islamik?

Mana satu pilihan yang paling bermunasib?

Jawapannya, Perbankan islamlah yang mana dah ada ustaz ulamak kaji bagaimana boleh buat pinjaman ala islamik, tanpa terlibat dengan riba.

Macam persetubuhan diluar kahwin adalah haram, zina namanya, tapi bila guna kaedah saksi, akad, wali, yang sah maka berlakulah perkahwinan, jadi persetubuhan pun halal, maka sama jugak guna riba acara jahiliyyah adalah haram, tapi jika guna cara islam. Saksi, akad, semua dah tentu akan jadi halal, maka muncullah, konsep pinjaman ala Islamik dengan istilah  Mudharabah (kongsi untung) atau simpanan Wadiah atau kaedah usaha sama melalui Musyarakah, juga Murabahah, sewaan berkonsep Ijarah, atau  pra-bayar Bai' Salam, atau Bai' Bithaman Ajil atau Qardh Al Hassan dan lain lain istilah so called islamic.

Jadi dengan teknik islamik begini, InsyaAllah tiada riba, yang mana riba ni haram bila zalim, sebab tu orang buat pinjaman ni bukan kena paksapun, kadang beli kereta mewah, rumah besar, tapi takde duit, maka pinjam dengan perbankan islam yang guna kaedah di atas, InsyaAllah jauh lebih baik dari pinjam duit kawan lepas tu tak bayar yang membuka gerbang pintu neraka!

Dan sudah tentu perbankan islam ni tak sempurna, sebab ada cas perkhidmatanlah, ada syarat itu inilah, persent tinggilah, tapi logiklah, bila buat bank, nak bayar upah jaga, nak bayar pekerja, nak bayar air cond, nak bayar mesin ATM semua tu duit, maka jika takde cas perkhidmatan yang di ambil dari Mudharabah (kongsi untung), maka kita menzalimi bank lah pulak, sebab semua free, untung kita sorang jer, Bank tak bolehg untung, maka jadilah macam kes Pakcik Josh, yang mana kawan kawan pinjam duit tapi tak bayar, kawan untung Pakcik Josh merana, maka kawan kawan telah menzalimi Pakcik Josh. Menzalimi mana mana pihak adalah haram.

Pakcik Josh yang sedang sensara telah berkata;

“Hamka, kau tau tak? Nabi bagitahu sebaik baik amalan adalah mati syahid, semua dosa di ampunkan kecuali hutang! HUTANG!

Tapi Mangkuk ayon semua kawan aku yang pinjam duit tapi tak bayar, esok esok merangkaklah cari aku kat akhirat! Celaka semua waktu pinjam duit manis mulut, sekarang aku sendiri papa kedana, sekor pun tak nak bayar hutang aku?, konon semua nak lari dari riba pinjam duit aku tanpa riba, tapi mereka semua buat dosa besar hingga mati syahidpun tak dapat selamatkan mereka dari azab api neraka!”

Perghhh, marah benar Pakcik Josh, tapi memang betul pun, bila kawan kita konon nak pinjam tanpa riba sebab riba zalim, tapi bila pinjam duit time nak bayar tak bayar-bayar, maka si peminjam telah menzalimi si pemberi pinjaman, sakit hati oooo.

Tengok FB dia makan musang King, beli Drone, melancong, tapi hutang kita tak bayar, sakit hati oooo.

Saya pun berseloroh dengan Pakcik Josh:

“Pakcik, pinjam duit sikit, RM2500 jer, nak buat modal beli Drone untuk jadi Youtuber, dapat Monetize nanti, saya bayar, boleh ke?”

Dari duduk Pakcik Josh berdiri sambil berkata:

“Hamka, Dari aku sakit hati tunggu kau bayar hutang entah bila nak monetize youtube tu, Lebih baik kau pergi buat pinjaman dekat Bank Islam! Pergi kau dari sini”

Kah kah kah!

So pendapat saya sama macam Pakcik Josh, jangan pinjam duit kawan kawan sebab seksa tunggu orang bayar hutang ni lain macam hingga Nabi bagitahu, syahid pun tak dapat selamatkan orang yang berhutang tak bayar, Nauzubillah! maka nak selamat, ikut nasihat Pakcik Josh:

“Lebih baik kau pergi buat pinjaman dekat Bank Islam sana!”

Woha!

No comments:

Post a Comment