Salam tuan.. Ada yang mengatakan Allah itu sunyi.. sebab tu lah diciptakan manusia untuk Dia melihat permainan dunia, orang beriman..orang tak beriman..qada qadar dan sebagainya.lantas untuk menunjukkan Allah itu berkuasa..tapi makhluknya tak de daya apa-apa.
So tak boleh ke Tuhan itu duduk diam saja.. tak perlu cipta
apa apa.., menyusahkan manusia saja tertekan dengan dunia jika tak kuat iman..
xxx
Salam, manusia ni unik, bila ada masalah susah nak salahkan
diri sendiri, semua salah orang, salah jiran, salah kawan, salah Najib, salah
Kerajaan, salah yahudi, dan kemuncak raja segala salah, terus salahkan Tuhan,
Adohai..
Tapi percayalah hidup ni sangat singkat untuk bergaduh
dengan Allah, sebab esok esok kita mati, jumpa Allah dalam keadaan sangka buruk,
bukanlah pilihan mati yang baik.
Kita kata Allah sunyi dan bosan sebab tak kenal Allah.
Padahal Bab kenal Allah, jika rujuk Al quran, apa sahaja
kelebihan pada manusia, maka Allah MAHA lebih, contoh manusia melihat, Allah
Maha Melihat, sebab manusia melihat perlu pada mata dan cahaya, tapi Allah Maha
Melihat tanpa perlukan mata, tanpa perlukan cahaya, malahan Allah boleh melihat
masa lalu dan masa depan, sebab masa pun Allah yang cipta.
Lalu muncul Sifat 20 seperti Maha Mendengar, Maha Berkuasa,
Maha Berkata kata, Maha Berkehendak dan sebagainya.
Maka nak kenal lagi Allah, tengoklah apa yang kurang pada
manusia, maka Allah takde kekurangan tu, manusia mati, Allah kekal, manusia
lemah, Allah kuat, manusia tidur, Allah mangantuk pun tidak, manusia sunyi dan
cepat bosan Allah tak terkesan langsung dengan kesuyian sebab masapun Allah
cipta, dalilnya, lepas kiamat, Allah akan berdiam selama 40 ribu tahun tak buat
apa apa, lepas tu baru cipta Akhirat. Ada apa hal?
Tapi itulah, manusia ni sangat unik sebab manusia adalah
ciptaan Allah paling
terbaik
, sebab ada kuasa “nak mencipta” allah letak dalam akal
manusia.
Beribu tahun dulu Allah buat malaikat, hari ni malaikat tak
cipta apa apa, kekal taat perintah Allah macam ‘robot’ yang setia.
Beribu tahun dulu Allah buat iblis, hari ni iblis tak cipta
apa apa, kekal derhaka perintah Allah macam ‘robot’ yang rosak.
Balik kepada ciptaan Allah selain iblis dan malaikat, rujuk
harimau, seribu tahuh dahulu makan daging mentah, hari ni masih makan daging
mentah, harimau tak cipta apa-apa. Harimau pun macam ‘robot’ jugak.
Lembu orang cakap bodoh macam lembu, yer, lembu masih bodoh
sampai sekarang, sebab tak pernah dengar lembu buat persatuan lembu melintas
untuk lindungi hak lembu.
Ayam pun sama, seribu tahun dulu kais pagi makan pagi,
sekarang pun masih kais pagi makan pagi, sekarang pun Nampak kawan dia kena
sembelih, tapi tak buat apa apa, sebab semua ciptaah Allah ni tak cipta apa
apa, hidup untuk khidmat pada manusia.
Sebenarnya Allah jadikan seluruh alam ini, baik di angkasa
mahupun di bumi, di darat atau di lautan mahupun alam ghaib adalah untuk
BERKHIDMAT pada manusia
Tentang alam, jika korang perhatikan.
Allah tidak ciptakan langit untuk matahari. Dan Allah tidak
ciptakan matahari untuk langit.
Tapi Allah ciptakan langit untuk berkhidmat pada manusia Dan
Allah ciptakan matahari juga untuk berkhidmat pada manusia!
Tentang tumbuh-tumbuhan
Allah tidak ciptakan pokok untuk berbuah. Dan Allah tidak
ciptakan buah untuk pokok. Tapi Allah ciptakan pokok untuk berkhidmat pada
manusia Dan Allah ciptakan buah-buahan juga untuk berkhidmat pada manusia!
Tentang binatang dan unsur
Allah tidak ciptakan air untuk ikan hidup Dan Allah tidak
ciptakan ikan untuk beranang dalam air, Tapi Allah ciptakan air untuk
berkhidmat pada manusia Dan Allah ciptakan ikan juga untuk berkhidmat pada
manusia!
Bukan itu sahaja,
Malahan semua Nabi di utus untuk MANUSIA!
Malahan Neraka di cipta untuk azab MANUSIA!
Malahan Shurga di cipta untuk beri nikmat pada MANUSIA!
Malahan Semua Malaikat di cipta untuk berkhidmat pada
MANUSIA!
Ada malaikat yang cabut nyawa MANUSIA. Ada malaikat yang
jaga rezeki MANUSIA. Ada malaikat yang catat amal MANUSIA. Ada malaikat yang
azab MANUSIA. Ada malaikat yang berdoa untuk MANUSIA. Malahan setan juga di
cipta untuk uji iman MANUSIA!
MANUSIA! MANUSIA! MANUSIA!
Jadi, apabila seluruh tujuh petala langit dan bumi
berkhidmat pada manusia, Apakah pula tujuan manusia hidup?
Adakah hidup korang hanya tunggu baligh, onani, kahwin,
bersetubuh, beranak dan sebelum jadi mayat bercita cita nak tengok cucu kahwin?
Itu sahaja?
Adakah hidup korang hanya cari duit, beli kereta, langsaikan
hutang kereta, renovate kereta? Itu sahaja?
Adakah hidup korang hanya buat loan beli rumah, lansaikan
hutang rumah, dah habis bayar, beberapa tahun kemudian jadi mayat, Itu sahaja?
Adakah hidup untuk sihat waktu muda, menderita bila tua,
nyanyuk bila uzur, dan menanggung kesakitan sampai ajal? Itu sahaja?
Alangkah hinanya diri sendiri kerana lupa akan tujuan hidup
di dunia ini, oh
Sebenarnya, apabila tujuh petala langit dan bumi berkhidmat
hatta malaikat dan setanpun berkhidmat pada manusia, maka tujuan manusia di
cipta hanya untuk berkhidmat pada ALLAH, atau dalam bahasa yang biasa korang
dengar, beribadat kepada Allah
(rujuk dalil dalam Al quran: Tidaklah Aku jadikan jin dan
manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)
Inilah tujuan sebenar manusia di ciptakan, Untuk beribadat kepada
Allah, dan sebelum kita mengaku beriman, Allah akan uji dengan pelbagai ujian,
kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, sampai ajal tiba.
Bila sudah mati, barulah kehidupan sebenar bermula, Tapi
percayalah hidup ni sangat singkat untuk bergaduh dengan Allah, sebab esok esok
kita mati, jumpa Allah dalam keadaan sangka buruk, bukanlah pilihan mati yang
baik.
Namun apa yang sangat menarik, Allah berikan kuasa
“mencipta” pada manusia hingga ada manusia Lawan Tuhan, derhaka pada Tuhan,
lebih parah! mengaku Tuhan!
Rujuk balik kisah malaikat yang tak cipta apa apa, sebab
mereka tak diberikan kuasa “mencipta”.
Rujuk kisah harimau tadi, yang masih makan daging mentah,
rujuk kisah lembu, masih ada masalah mlintas jalan, rujuk ayam, yang tengok
kawan dia disembelih hari hari tapi tak cipta apa apapun untuk atasi masalah.
Tapi manusia, seribu tahun dulu makan kurma, sekarang dah
cipta gula gula perisa kurma, pergi kedai makan zaman dulu mungkin order nasi
goreng dari nasi sejuk tak habis semalam, sekarang ada nasi goreng kampong,
cina, pattaya, ikan masin, USA pun ada!
Mee goreng zaman Nabi takde, sekarang ada Mee hong kong,
Kungfu,Korea, Ratna, basah, mamak, dan sebagainya,
Bab makan manusia punya buku resepi, hidup seribu tahun pun
tak habis nak belajar.
Itu bab cipta menu makanan, belum cerita manusia cipta
fesyen pakaian beribu ribu jenis, cipta kenderaan bermacam macam bentuk,, cipta
rumah bermacam macam design, cipta filem fiksyen sampai tak larat nak tonton!
Semua ciptaan ni tak berlaku pada alam malaikat, alam syaitan,
alam harimau, alam ikan paus, tapi hanya pada alam manusia!
Kenapa?
Kerana Allah beri kuasa membuat pilihan, akal, dan kemampuan
mencipta!
Lebih parah bila manusia mencipta Tuhan berhala! Tuhan dalam
bentuk idea, atau anggap tiada Tuhan!
Maka Allah hantar Nabi dan utusanNya untuk bantu manusia
agaa jangan cipta Tuhan, sebab Tuhan Sebenar adalah Allah, dia Satu, tidak awal
dan tidak akhir, dan tiada satupun makhluk yang sama dengannya.
Maka sebahagian manusia memilih untuk beriman, dan
sebahagian memilih untuk engkar, padahal hidup terlalu singat untuk bergaduh
dengan Allah, sungguh alam dunia ni kita dah kagum dengan ciptaan Allah,
akhirat nanti lagilah kagum sebab dunia ni baru setiik ilmu Allah nak banding
dengan Alhirat, maka tak payahlah kita CIPTA SANGKAAN BURUK pada ALLAH konon
ALLAH BOSAN macam kita sebab tu ALLAH jadikan kita, adohai…
Tak payahlah nak sangka buruk pada Allah!
Percayalah hidup ni sangat singkat untuk bergaduh dengan
Allah, sebab esok esok kita mati, jumpa Allah dalam keadaan sangka buruk,
bukanlah pilihan mati yang baik.
Fikir fikirkanlah!
Kereta mayat itu dua hala jalannya, tapi mayat dalam kereta
mayat itu sehala jalannya, jumpa lagi di area tanah perkuburan islam
Woha!
Sunyi tu Esa..
ReplyDeleteTatkala belum adanya sesuatu. Bahkan huruf dan nama... Tak dapat disebut...
ِۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ
Yang terjemahnya ialah
"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan DIA dan DIAlah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
As-Syura 42 : 11