Jan 9, 2021

Filem Arab Sepanjang zaman?

Salah satu kenangan indah filem melayu zaman dulu, selepas hampir semua cerita rakyat tempatan difilemkan, seperti batu belah batu bertangkup, Badang, Tanggang, Raja Bersiung, Hang Tuah, Hang Jebat, Orang Minyak, Puntianak, Puteri Raja, dan macam macam cerita orang melayu turun temurun, yang semua riwayat itu berebut rebut para penerbit dan penulis skrip pakat pakat siapkan untuk santapan penonton dalam bentuk layar perak di zaman itu.

Jadi... dalam banyak filem bangsawan zaman itu, terselit keberanian penerbit yang mampu bawa filem bertema Arab seperti Tiga Abdul, Ahmad Albab, Sabarudin Tukang Kasut, Abu Hasaan Pencuri, Ali Baba Bujang Lapok, dan pelbagai tajuk lagi yang so call Arabiah!

Filem tema arab yang macam P Ramlee selalu buat di zaman kegemilangan beliau bolehlah kita anggap macam dah pupus, takde yang berani kreatif nak buat, sedangkan budaya arab, nama arab, cakap arab, lawak arab, sangat mesra dengan masyarakat melayu.

Siapa tak lupa dengan tiga beradik perempuan Mastura, Zahara dan Suhara, yang mana Ayah mereka bernama Saudagar Mashud Al Buaya yang berhasrat untuk mengahwinkan anak anak mereka lalu munculah Muharam dan Safar yang berniat jahat nak rampas harta.

Tapi Syawal pengembala kambing muncul menyelamatkan dunia rumah tangga dan di hujung cerita muncul Ahmad Albab! Semua orang akhirnya tahu pintu adalah albab dalam Bahasa arab! Filem penuh jenaka dan sindiran serta guna nama dan istilah islam yang dekat dengan masyarakat melayu.

Tidak lupa dengan kisah tiga beradik Abdul, bertempat di sebuah negara Isketambola, Saudagar Ismet Ulam Raja yang punyai tiga orang anak lelaki, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub yang masing masing ada perniagaan, sorang ada Kedai Jual Burung, sorang ada Kedai Ukir dan si adik ada Kedai Muzik.

Bila bapaknya mati, abangnya yang tamak rampas semua harta, dan halau Adik bongsu, kemudan muncul bapak mertua yang jauh lebih tamak bernama Sadiq Segaraga, seorang saudagar barang-barang purba, bersama Penasihat durjana dua persen si Kassim Patalon, lalu memerdagangkan perkahwinan anak perempuan mereka Hamidah, Rafidah dan Ghasidah. akhir cerita munculah dialog keramat:

"Kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai yang boleh kena tipu ni pasal apa? Bodoh! Baghal! woha!"

Pendek cerita, Kisah kisah bertema arab ini biasanya melibatkan Orang kaya yang tamak selalu rugi, siap adegan di jual jadi hamba dan ada jugak lawak jual belacan kena sorok tapi jual ganja tak apa, aduh..

Apa apapun tema cerita arab zaman tu, bila bab harta, perniagaan, mertua, menantu, maka sisi tamak, atau sudut jahat, atau ruang jujur, atau watak baik, dan pelbagai lagi sifat manusia telah di olah dengan baik buat cerita itu sampai feelnya dari tanah melayu ke tanah arab sana!

Panjang lebar P Ramlee nak cerita, panjang pulak jika saya nak bongkar, maka saya sudahi celoteh dengan pesanan, marilah belajar bijak mengurus wang, sangat rekemen dengan hargabuku Rm37 sahaja karangan Afyan Mat Rawi, pakar kewangan islamik, dan ada pekej siap dengan ebook serta video yang membolehkan kita belajar jadi kaya macam Abdul Wahub Ulam Raja!

Atau bapaknya Ahmad Albab Ding Ding Ke Ding Ding Ding Ding Ke Ding Ding Ding Ding Ke Ding Ding Ding Ding Ke Ding Ding!

Woha!

Klik sini: https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/po-bsbmw/Hamka

 

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete