May 21, 2020

Nikmat di sebalik PKP?


Antara nikmat hidup yang saya dapat (buat masa ini) adalah mempunyai anak bini yang taat dan patuh.

Anak paling besar form 5, kemudian Form 3, Form 2, Year 6, dan Year 1.

Atau di tukar pada pandangan lebih berhakikat makrifat, saya ada anak SPM, PT3, Next PT3, UPSR, dan OKU Autisme. Lengkap semua ada.

Jika jantina, empat lelaki, satu perempuan.

Alkisahnya, di musim PKPB ini…

Kami mulakan hidup dengan Bini masak sahur, dan kejut saya, saya akan kejut anak anak, mula mula lembut urut kaki, lepas tu geletek perut, dan jika masih tak bangun, saya akan simbah air!

Ada anak yang terus bangun panggil nama, dan ada anak yang basah lencun baru bangun. Ha ha!

Tapi saya waktu simbah air tu tak marah pun, saya cakap lemah lembut:

“bangun sayang, jangan buang masa ayah kejut kamu tak bangun-bangun, berapa rakaat tahajjud ayah rugi jika asyik follow up kamu bangun ke tak”

Sambil cakap, samial saya curah air ke wajah mereka. Terus bangun insaf.

Kemudian kami akan bertahajjud asing asing dan bersahur berjemaah.

Lepas Sahur solat Subuh berjemaah. Juru Azan, Imam, pembentang sejadah, pemberi makan sisa makanan pada kucing, pembasung pinggang, semua dah ada nama sebab dah dimesyuaratkan semalam, maka semua ada tugas dan tahu peranan masing masing.

Lepas solat, baca hadis Nabi, sorang satu hadis, ada enam beranak, maka enam orang bermakna 6 hadis. Anak OKU jer kami biarkan tidur sebab dia belum faham dunia ketuhanan.

Habis Taklim (Bacaan hadis) saya akan buat syarah sedikit atau tazkirah dengan merujuk kepada dalil dari sekitar hadis yang di baca tadi.

Kemudian kami akan bermesyuarat, saya akan bagitahu maksud mensyuarat adalah untuk sempurnakan tazakar (kehendak) agama dan bagaimana Allah ambik kerja dari kita.

Kelebihan Mesyuarat, tidak akan menyesal di akhirat dan dapat pahala kerana Sunnah serta janji Allah akan bantu umat islam yang bermesyuarat.

Lalu mesyurat dimulakan dengan Karkuzahri (laporan semalam), masing masing kena ceritakan apa yang mereka buat semalam, seperti baca surah apa? Tugasan semalam terlaksana tak? Ada berdakwah tak? Baca buku cerita sikit moral, dan apa mereka buat waktu lapang.

Waktu ni saya akan tegur mana mana kesilapan anak, best dapat tegur anak yang dah solat subuh, baca hadis dan mendengar dengan pasrah. Mereka sangat mendengar cakap bila di tegur dari seorang ayah dalam majlis agama sebegini.

Habis semua bagi laporan maka kami akan bagi kerja (takazar) kepada semua anak, jadi ada jawatan Imam, Bilal, Azan, Khidmat, jemur baju, jaga kucing, layan adik OKU makan, ajar mengaji adik, lipat sejadah, Tazkirah lepas asar, Muzakarah lepas zohor, serta banyak lagi dan semua itu akan di gilir gilirkan.

Habis menyuarat, kami akan berjalan keliling rumah ambik vitamin D sambil habiskan zikir 300, iaitu 100 untuk Allah, 100 untuk Nabi, dan 100 untuk diri kita sendiri yang terdiri daripada, Tahlil, Selawat dan Istigfar.

Lepas tu infardi amal hinggalah berkumpul balik waktu solat untuk tazkirah sifat sahabat, muzakarah adab, dan sebagainya.

Petang lepas asar kami sekali lagi keliling rumah sambil zikir 300, dan waktu ni anak digalakkan bersukan walaupun bulan puasa.

Lepas berbuka, mengaji dan Tarawih 20 rakaat sebab anak remaja semua dah baligh, saya cukuplah jadi Imam witir.

Kemudan moreh depan TV sambil layan kartun, dan habis moreh saya suruh anak anak sambung mengaji habiskan satu juzuk (bukan semua anak mampu-huhuhu, dua orang sahaja yang berjaya sehari sejuzuk) dan lepas tu semua berehat untuk sahur esok.

Jadi, Kepada cikgu cikgu anak saya yang follow FB saya, sungguh sepanjang PKP ni saya dah ajar semua anak ilmu berceramah dan ilmu bermuzakarah pelbagai jurus ilmu, lepas ni boleh lantik anak saya berceramah jika cikgu kekurangan pentazkirah-woha!

Terutama anak sulung saya yang belajar di MRSM, form 5, kepada cikgu MRSM sekolah anak saya tu, habis PKP nanti, nak suruh dia jadi Imam, pentazkirah, ajak muzakarah, semua dia boleh cikgu. Jika dia tolak, cikgu sebut nama saya, tentu dia akan terus setuju- woha!

Alhamdulillah atas nikmat anak yang taat dan patut (setakat ini)

Sungguh PKP ini memberi peluang untuk saya seorang ayah mengajar ilmu pada semua anak anak.

Ayah dah boleh mati kot, Salam sayang dari kubur nnati dan korang semua ni anak anak ayah, bila ayah dah up lambung lambung pada mata dunia, tolonglah cover line sikit yer.

Woha!

Ps: Saya tulis ni korang ingat saya hebat? Tak pun.., ada kawan kawan saya jauh lebih hebat, saya tengok anak dia siap di ajar jadi Mualim dan Maulana sepanjang PKP ni, sehari 3 juzuk, siap ada latihan memanah dan berdakwah, dan saya tengok jadual keluarganya lebih padat tanpa TV dan internet, Tarawih mereka satu juzuk 20 rakaat, sedang tarawih anak saya hanya surah terpilih, lalu saya malu pada diri sendiri jadi tulisan ini untuk muhasabah diri bahawa saya tak hebat manapun, semua rezeki dari Allah.

Perjalanan masih jauh namun saya tetap bersukur dengan nikmat hidup di zaman PKP yang memberi peluang untuk bersama anak bini dan ajar mereka agama. Semoga penulisan ini meberi kebaikan kepada kita semua. Amin.

Link lain dari penulis Hamka Keretamayat, boleh follow:






Jom belajar Bijak mengurus Wang :


1 comment:

Learn online said...

thanks for sharing this wonderful article. We are providing best roadrunner customer care support, roadrunner helpline, Contact roadrunner how to contact roadrunner Support