(Adab Ipar Duai, perlu faham tentang Aurat)
![]() |
Artikel ini pernah terbit di keluaran majalan ini |
Sewaktu
kecil, bila ibu bapa bawa kami kunjungi rumah Mak saudara atau Bapak saudara,
sepupu perempuan selamba tidak bertudung malahan berbaju lengan pendek dalam
rumah melayan kami para tetamu, tapi di rumah saya, bila dikunjungi oleh Mak
saudara atau Bapak saudara termasuk anak mereka yang berpangkat sepupu, terus
kakak dan adik perempuan saya lari masuk bilik, pakai tudung, pakai baju
berlengan panjang, baru keluar bilik dan layan tetamu.
Bila saya
ajukan masalah ini pada arwah mak, katanya, sepupu boleh di kahwini, dan aurat
mereka haram. Mak boleh tegur anak mak tutup aurat sewaktu sepupu kamu datang,
tapi anak orang lain, ‘ajaran’ mereka berbeza. Sangka baik, tegur dengan hikmah
dan sentiada doakan kebaikkan untuk ummat.
Masa
berubah, kakak dan abang kahwin, maka munculah ipar duai. Di rumah saya,
Alhamdulillah ajaran peri pentingnya menutup aurat dan menjaga akhlak masih
berlaku yang mana jika abang ipar ada di rumah, seluruh adik beradik akan tutup
aurat sepenuhnya. Tapi bila saya sendiri berkahwin, maka di rumah mertua, lain
‘ajarannya’. Lantas kata Puan Bini: Sejak saya jadi ahli keluarga mereka,
suasana sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan
(ehem-ehem, macam lah alim sangat saya ini, belajar belajar alim, pelan-pelan kayuh).
Sambung
balik ulasan Puan Bini, katanya sejak saya jadi ahli keluarga mereka, suasana
sudah berubah, mungkin segan dengan saya yang sering tunduk pandangan pada ipar
duai yang tidak bertudung dan enggan bersalaman dengan mereka sebab bersentuhan
sasama ipar duai adalah haram, lalu mereka hormat dengan keputusan saya dan
hingga hari ini, semua sudah bertudung walau dalam rumah dan ‘salam’ cukup
hanya dengan angguk kepala dan senyum sahaja. Alhamdulillah.
Balik pada
kata-kata arwah emak, ‘ajaran’ keluarga yang berbeza buat mereka bertindak
berbeza, seperti kita yang tidak melarang anak perempuan tidak memakai tudung
sewaktu ipar duai datang ziarah, maka si anak anggap tidak menjadi kesalahan
membuka aurat dihadapan ipar duai atau sepupu sepapat. Maka tidak menegur anak
telah menjadi ‘ajaran’ yang berbeza dalam perihal mentaati perintah agama.
Baik!, ilmu
adalah mahal, dan kefahaman mengikut pengorbanan kita dalam menuntut ilmu, jika
masih ada wanita di luar sana yang sanggup bertanya, kenapa aurat haram kepada
ipar duai?
Jawapannya
adalah kerana kita boleh berkahwin dengan mereka bila keadaan mengizinkan,
seperti adik suami anda, boleh di kahwini selepas suami anda meninggal atau
berpisah.
Saya dahulu
pernah kenal pasangan suami isteri yang kerja satu pejabat, saya baik dengan
mereka berdua sebab satu tempat kerja, suami Alhamdullilah solat, dan isterinya
Alhamdulillah bertudung. Tapi sewaktu saya kunjungi rumah mereka, isterinya
hidang air tanpa bertudung!
Bila ada
peluang saya borak dengan suaminya tentang isu ini, katanya: Aurat hanya perlu
tutup di luar rumah, tidak menjadi kesalahan kepada isteri saya jika ada orang
mengintai atau masuk dalam rumah.
Dari nada
percakapannya yang sangat serius hingga saya terpaksa buka hadis dan rujuk
ustaz untuk betulkan balik ‘ajaran’ yang sudah dihadam dengan kefahaman yang
agak pelik. Perkara ini mungkin terjadi jika kita salah faham dalam belajar
agama hingga pernah saya dengar di sebuah daerah (bukan di Malaysia) yang
benarkan rakan sekerja minum air susu wanita hingga kenyang untuk dapat status
mahram dan bolehlah mereka membuka aurat sewaktu bekerja kerana sudah bertaraf
emak dan anak. Tepuk dahi!
Jadi balik
kepada ajaran Sunnah wal jamaah bahawa mahram adalah orang yang haram dinikahi,
sama ada haram selamanya atau haram kerana halangan sementara.
Haram
dikahwini selamanya seperti Ibu-Ayah, adik beradik ibu-ayah, adik beradik
sendiri, anak sendiri, anak saudara, mertua, adik beradik tiri dengan syarat
tertentu dan lain lain.
Wanita yang
haram dikahwini kerana halangan sementara pula adalah seperti wanita kafir,
bekas isteri yang dicerai dengan talak tiga, wanita dalam iddah, isteri orang,
wanita yang kelima untuk giliran poligami, adik beradik isteri, dan lain-lain.
Maka untuk
mahram yang haram dinikahi sementara, aurat dan batas pergaulan mesti di
jaga. Dari Uqbah Bin Amir, katanya;
Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda:
"Jauhilah
olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita"
Lalu seorang sahabat Ansar
bertanya:
"Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".
Sabda baginda:
"Ipar itu maut".
(Riwayat Nasa'i)
Jadi balik
kepada hubungan ipar duai, jika pergaulan tidak melanggar batas syarak dan menjaga aurat, maka ia diharuskan seperti
menuntut ilmu, menyebarkan dakwah, menghadiri
jemputan walimatul urus, hal ehwal dalam bidang perubatan, kenduri
kendara, ziarah menyambung silaturahim, tunaikan haji dan umrah serta lain lain
aktiviti yang tidak bertentangan dengan hukum islam.
Cumam bila
bab tinggal berdua-duaan dengan ipar duai dalam rumah tanpa kehadiran pasangan
kita itu yang boleh mengundang fitnah dan di larang dalam Islam. Kena betul
betul jaga bab ini kerana fitnah boleh mengundang kemurkaan Allah. Ipar itu
maut!
Sebagai
penutup, untuk lebih fahamkan perihal ipar duai ini, saya bagi satu kes studi,
bayangkan anda adalah seorang yang tegas macam pengetua Sekolah lelaki Gurukul
iaitu macam Amitabh Bachchan dalam filem Mohabbatein. Sewaktu meronda tiba tiba
ternampak dua pasangan kekasih sedang menari di sebalik tembok. Satu pasangan
macam Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai, seorang lagi macam Salman Khan dan
Karenna Kapoor.
Terus anda
yang garang macam Amitabh Bachchan tegur mereka: “Haram menari lelaki dan
perempuan!”
Di sebalik
tembok, berkata Shah Rukh Khan: “kami Suami isteri”
Anda yang
masih belum putus asa berhujah: “Suami isteri patut menari dalam bilik, ini ada
dua pasangan, apa cerita? Haram!”
Terdengar
pula suara Salman Khan: “Kami ni semua ipar duai”
Terus anda
dapat modal untuk berkhutbah:
“Ipar duai
adalah maut, Nabi larang buka aurat depan ipar duai, sebab anda hanya haram
sementara kahwin dengan pasangan ipar anda”
Lalu Shah
Rukh Khan panjat tembok dan bagi hujah yang buat Amitabh Bachchan berundur
dengan malu kerana sedar kurang ilmu agama kerana rupanya perbuatan kedua
pasangan suami isteri itu menari adalah tidak salah.
Anda rasa,
apa hujah Shah Rukh Khan dalam masalah di atas?.
Jawapannya,
Shah Rukh Khan kahwin dengan Aishwarya Rai
yang merupakan adik kandung Salman Khan, dan Salman Khan kahwin dengan
Karena Kapoor yang merupakan adik kandung Shah Rukh Khan. Jadilah mereka Ipar
duai yang tidak mendatangkan maut!
Faham tak?
Jika tak faham elok turut sertai Amitabh Bachchan pergi belajar agama sama!
Woha!
Ps: Nama dan
watak adalah contoh semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau
mati.