(Dah 10 tahun aku menulis blog keretamayat rupanya)
Dulu waktu mula mula tulis blog, ada orang kutuk.
“kau tulis panjang panjang, bukan ada orang bacapun! Ha ha”
Ok, aku tulis nota kepada diri, aku yang baca. Ini cara aku
dokumentasikan ilmu, tulis balik ilmu yang aku belajar dengan gaya bahasa yang
aku sendiri mudah faham. dan alhamdulillah, dari entry pertama 2006, hingga
entry terkini 2016, aku tengok masih ada orang yang sudi baca blog aku.
Terima
kasih. Pageview dan 5 juta lebih. Hampir setiap entry ada komen
membina, dan ada yang berterima kasih dalam email atas tulisan tulisan yang aku
tulis kerana mengubah hidup mereka katanya. Alhamdulillah, semua dari Allah.
Masuk 2012, aku terbit buku sendiri, kisah suka duka orang
nak kahwin waktu muda serta kisah asam garam rumah tangga, yang berjudul, PERMATA
YANG HILANG KINI DIJUMPAI, bekerja sama dengan Hafizbar bawah syarikat Afdal
Publication. penat tapi puas, masuk 2013, Hafizbar hijrah ke USA, aku dapat
tawaran dari Terfaktab untuk terbit buku. Aku dah rasa penat terbut sendiri, so
aku setuju. Maka buku kisah pasangan muda baru kahwin dan suka duka di awal
perkahwinan dari malam pertama ke mengandung anak pertama dibukukan, berjudul KAMAR
SUTERA yang muncul pada tahun 2013, dan tahun ini, untuk 2016, masih di ulang
cetak.
![]() |
Cover lama yang dah tak dicetak |
2014, terbit pula buku SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah
santai, kisah gelagat masyarakat di setiap peristiwa penting kelendar hijrah,
kisah awal muharam bilal bergaduh dengan imam, kisah aku berebut bubur asyura,
berarak sempena Maulidul Rasul, dan pelbagai lagi karenah masyarakat yang
kelakar dan deep. Dalam buku ini ada prakata dari Blogger Lagenda Sembang
kencang, atau Mr Takaful Man, Firdaus Ahmad. Satu penghormatan untuk aku dapat
prakata dari Blogger lagenda yang berhenti kerja Engineer Petronas.
2015, terbit pula buku SEMUSIM DI NERAKA, dark side kepada
SEMUSIM DI SYURGA, kisah tazkirah sentap, kisah gelagat masyarakat di setiap
peristiwa penting kelendar Masihi, kisah azam tahun baru yang pelik, kisah
sambut hari kekasih, hari ibu, hari guru dan pelbagai lagi karenah masyarakat
yang kelakar dan deep. Dalam buku ini, ada prakata dari Blogger Lagenda SEMUSIM
DI NERAKA, iaitu Ahmad Kamal Abu Bakar, atau AKAB. Satu penghormatan untuk aku
dapat prakata dari Blogger lagenda yang pernah jual baju SDN.
Hujung 2015, aku dapat tawaran dari Karang Kraf bawah
penerbitan Buku Pojok, maka munculah KISAH LAKI BINI yang sudah 5 kali di ulang
cetak walau belum cecah setahun, Alhamdulillah. Kisah suka duka Laki Bini dari
Terengganu nak pergi kenduri makan gulai di KL, dalam perjalanan diuji mara
bahaya sehingga perjalan yang sepatutnya 6 jam, menjadi 3 hari 3 malam, namun
oleh kerana cinta mereka kuat, maka segala ringtangan pahit maun menjadi manis
akhirnya.
Pada tahun yang sama, aku juga dapat tawaran dari Tarbiah
sentap, dan Dubook Press, maka keluar lagi 2 buku baru yang siap pada 2016,
akan di jual di Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur, untuk Tarbiah Sentap,
judulnya MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA. Kisah penduduk kampung Kuala Syurga
yang menghadapi gelombang fitnah akhir zaman dan bagaimana mereka menanganinya,
manakala untuk DuBook Press, judul Buku adalah, AKU, ALMOND LONDON dan GAY.
Kisah aku mencari Almond London tapi di goda gay dan bagaimana cara nak atasi
masalah LGBT. Buku ini aku rasa paling mirip dengan gaya Bahasa blog di awal
2006 dahulu, jenis jelas dan terus terang, ha ha.
Oh, ye, Buku KISAH LAKI BINI juga dah ada sambungannya,
berjudul KISAH ANAK BINI, yang menghimpunkan soalan dari anak yang pelik pelik,
tapi masih mampu kami laki bini menjawabnya. Woha! Pun ada dijual di PBAKL.
Jadi pejam celik pejam celik, ada 8 judul Buku aku di
pasaran, kepada semua pembaca jemput datang ke pesta buku.
Ini tarikh aku ada di sana untuk seisi tanda tangan,
InsyaAllah:
2 Mei 2016: 11 pg hingga 1 tgh, booth Tarbiah
sentap-Menangkap Dajjal di Waktu Dhuha.
2 Mei 2016: 1 thg hingga 2 ptg, booth Dobook-Pelancaran Buku
AKU ALMOND LONDON dan GAY
7 Mei 2016: 2 ptg hingga 4 ptg, booth Buku Pojok-Kisah Anak
Bini, dan Kisah Laki Bini
7 Mei 2016: 5 ptg hingga 6 ptg, booth Terfaktab-Permata Yang
Hilang Kini Dijumpai, Kamar Sutera, Semusim di Syurga, dan Semusim di Neraka.
Ok, itu sahaja nak kongsi kali ini, terima kasih kepada
semua pembaca yang sudia baca blog aku sejak 2006 hingga 2016. Terima kasih
kepada yang sudi membeli buku buku aku, sama ada sebijik, atau lapan bijik, korang
telah buat semangat untuk berkarya dalam diri aku meluap luap bila baca komen
positif dan membina dari anda semua. Terima kasih!
Sesungguhnya, bakat setiap pengkarya datang daripada Allah,
yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sehingga berjumpa lagi,
di tapak pesta buku antarabangsa 2016, MAEOS, serdang!
Jumpa di sana!
Ps: Zaman aku menulis secara menyorok dah berlalu, nak masuk
umur 40, aku menulis secara terang-terang, kepada yang nak berselfie bagai
dengan diri ini yang gemok akibat Gabi, dipersilakan. Woha!
Gabi*=makan larut malam.