Oct 21, 2015

Apa itu Freemason dan Illuminati ?

(Freemason dan Illmunity telah buat sebahagian manusia lambat solat Jemaah hari ni- Cerpen oleh Hamka Keretamayat)

Troll bermaksud Berita ini sengaja di adakan untuk tujuan Provokasi, atau fitnah semata-,mata

Di beranda Surau Semusim Di Syurga, aku melihat seorang jejaka hensem sedang geleng kepala membaca keratan atrikel yang di tampal pada papan kenyantaan. Aku pun menghampirinya untuk tengok apa artikel yang buatkan pemuda hemsem geleng kepala macam tak puas hati.

Bila aku baca artikel yang sama, di beranda surau sudah ada dua orang yang sedang geleng kepala.

Tak lama kemudian, dalam tempoh satu sedutan hidap rokok. Aku terus koyakkan artikel tu dan buang dalam tong sampah berdekatan.

“kenapa pakcik?”

Tanya pemuda hensem yang berkulit cerah pada aku dan aksi aku.

“Ini mesti kerja Asraf budak tingkakatan satu tu, apa kejadah berita macam begini nak share pada dinding masjid surau!”

Pemuda tu senyum panjang menambahkan lagi kehenseman sedia ada, lalu bertanya:

“apa yang buat pakcik yakin sangat artikel tu tipu?”

Aku duduk dekat kerusi amil zakat yang kosong, serentak pemuda itu turut duduk pada kerusi kosong sebelah meja zakat. Jawab aku:

“Pakcik tahu siapa yang reka berita palsu ni, namanya hafizbar, dulu waktu dia masih belajar di USA, dia nak buktikan pada pembaca blognya akan betapa bodohnya mereka yang taksub dengan teori kospirasi, dan betapa senang mereka diperbodohkan, lalu hafizbar terus reka berita ini melalui email forward, konon Upin dan IPin adalah agenda yahudi, buktinya, U pada baju Upin adalah USA, dan I pada baju Ipin adalah Israel, untuk lebih troll, I pada Ipin juga mewakili Ilmuniti, dan kaitkan lagi beberapa watak dalam kartun Upin dan Ipin dengan freemason serta dajjal, bila dia sebarkan, terbukti ada ramai orang forward berita ni, terutama mereka yang anti dengan karya kartun tempatan dan bodoh dalam menilai fakta, adohai..”

Pemuda kacak tu gelak, kuat gelaknya, menampakkan giginya yang putih bersih, menambahkan lagi kehenseman sedia ada.

“Pakcik, sungguh terdapat banyak konspirasi dan fitnah di luar sana yang mana mengelirukan serta menyesatkan. Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Jake Hays, berketurunan American dan Sabahan, beragama Islam, dan keluarga saya mempunyai latar belakang freemasonry sejak dari abad ke 19 lagi. Saya boleh cerita detail tentang Freemason tanpa perlu mewakili mana-mana lodge, mahupun mother lodge saya sendiri. Sudikah pakcik mendengarnya?”

Memandangkan waktu azan lagi 19 minit, aku menunjukkan minat dengan bertanya soalan yang memeberangsangkan Jake Hays, hasil borak santai di beranda surau, ini adalah point dari beliau.

1. Freemason mempunyai tiga tahap, iaitu Entered Apprentice, Fellow Craft dan juga Master Mason, Kemudian ada badan-badan persatuan yang lain (appendant bodies) yang mana berkaitan dengan freemason melalui perkara yang tertentu. Ini termasuklah York Rite, Scottish Rite, Shriners, The Eastern Star, untuk yang bawah umur pula adalah Order of Demolay, Rainbow Girls, Job's Daughter dan lain-lain.

2. Di dalam Freemason, pangkat tertinggi yang mana seorang mason boleh perolehi adalah 3rd Degree Master Mason. Tidak ada yang lebih tinggi daripada itu, namun di sebabkan persatuan-persatuan lain mulakan degree mereka dari number 4 dan seterusnya, maka hal seperti ini yang mengelirukan semua orang bahawa kononnya freemason mempunyai 33 degree.

3. Seorang master mason yang mana mempunyai 33 degree dalam appandent bodies tersebut, pangkatnya tetap sama dengan seorang master mason 3rd degree. Orang umum melihat keseluruhan satu degree yang sama kerana FREEMASON mempunyai degree 1 hingga 3, manakala persatuan yang lain mempunyai degree 4 - 33. "4 - 33" ini bagi saya di considered sebagai optional. Tidak kira samada di perolehi atau sebaliknya, tidak ada pangkat yang lebih tinggi dari 3rd Degree Master Mason. So, Jawapannya No.Freemason tidak mempunyai degree lebih daripada 3.

4. Kami sebagai mason sendiri tidak tahu bila sebenarnya freemason di tubuhkan. Namun kami mempunyai rekod bahawa freemasonry boleh di kenalpasti sehingga kurun ke 13. Kami juga mempunyai banyak rekod dalam kurun ke 16. Kemudian, pada tahun 1717, beberapa lodge masonic bergabung bahu kemudian menubuhkan sebuah Grand Lodge, iaitu Grand Lodge of England, grand lodge yang pertama.Kemudian pada tahun 1730, mula didengarkan bahawa terdapat degree tambahan di buat oleh sesetengah master mason seperti Scotch Master, selepas itu terdapat lagi 4 degree lagi di tambah. Kemudian pada tahun 1801, Scottish Rite di tubuhkan. Jadi di sini, anda boleh lihat bahawa appandent bodies tadi tertubuh hasil daripada sesetengah mason mencipta degree tambahan. Pada tahun 1800 juga tertubuh northern jurisdiction dan kemudian southern jurisdiction. 

******
Oh!, panjang lebar penerangan dari jejaka sabahan ini dan aku pun pening dengan penerangan degree 1 hingga 3, lepas tu ada pulak degree 4 – 33, tak nak pening kepala, mari kita Tanya soalan lain:

 “Jadi, Adakah Freemason ini sebuah pertubuhan agama?”

Jawab Jake Hays:

“No. Freemasonry adalah sebuah fraternity atau persatuan, ia bukan lah sebuah agama. Ia adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk menjadikan seorang lelaki yang baik, menjadi lebih baik. Freemasonry hormat kepada agama yang di anuti oleh ahlinya, tidak kira samada Islam, Kristian, Hindu dan etc. Freemasonry tidak mempunyai apa-apa ajaran yang bercanggah dengan agama, mahupun perlakuan yang melampaui batas agama.”

“Ok, jadi Apakah Ajaran Freemason?”

Jawab Jake Hays:

Freemason mengajar seseorang individu untuk melakukan improvement moral, prinsipal dan lain-lain melalui pembelajaran. Freemason menggalakkan ahli nya untuk belajar, termasuklah dengan membaca falsafah yang di tulis oleh penulis-penulis pada zaman dahulu. Freemason tidak mengamalkan pendapat penulisan purba namun ia di jadikan sebagai bahan renungan dan menjadi penilaian setiap indivitu”

“So, adakah Adakah Freemason ini sebuah organisasi rahsia?”

Jawab Jake Hays:

Tidak lagi. Andaikata freemason adalah organisasi rahsia, sudah tentu pakcik tidak akan mengetahuinya. Freemason adalah fraternity yang mana terbuka kepada semua berdasarkan syarat-syarat kelayakan masonic. Meeting masonic selalunya di hebahkan secara public, bangunan-bangunan masonic di tanda dengan sejelas-jelasnya, dan seorang mason juga berbangga untuk memakai symbol masonic (rantai, pin, cincin & etc). Freemason mewarisi tradisi iaitu tradisi pertukaran rahsia daripada cathedral building guilds sewaktu zaman gelap Eropah. "Rahsia" freemasonry sebenarnya ada kata laluan traditional, tanda-tanda pengiktirafan dan presentation secara dramatik tentang pembelajaran moral. Freemasonry adalah terbuka untuk semua lelaki yang mempunyai karakter yang baik serta percaya kepada kewujudan tuhan. Freemasonry tidak melakukan diskriminasi samada pada bangsa, agama atau pun taraf dan pangkat.

“Bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan Freemason mempengaruhi agama?”

Jawab Jake Hays:

No. Freemasonry tidak mempengaruhi mana-mana agama, namun prinsip prinsip serta moraliti Freemasonry sedikit sebanyak di pengaruhi oleh agama pilihan ahli nya.

“Adakah Freemason ini sebuah organisasi global?”

Jawab Jake Hays:

Tidak ada mana-mana badan yang mentadbir Freemasonry. Setiap lodge adalah sama, tidak ada lodge yang boleh mentadbir satu lodge ke satu lodge. Sebuah lodge hanya boleh mentadbir lodge mereka sendiri sahaja. Kuasa penuh di dalam Masonry adalah Grand Master of Masons , bukannya seorang Grand Commander ataupun mana mana ahli yang lain. Grand Master of Masons boleh menggantungkan keahlian mana-mana ahli di dalam lodge nya sendiri sahaja. Tidak ada konsep Organisasi Global dalam Masonry, namun masonry wujud di setiap benua.

“Kenapa Freemason memilih symbol All-Seeing Eye?”

Jawab Jake Hays:

All-seeing-eye melambangkan bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui setiap perbuatan kita, dan ia juga menjadi peringatan kepada mason bahawa pemikiran dan amalan di dunia akan di catat dan akan di nilai oleh Tuhan.

“Mengapakah wujudnya golongan Anti-Freemason? “

Jawab Jake Hays:Selalunya, anti-masonry memegang kepada dua subject iaitu: Agama "Seorang muslim tidak boleh jadi seorang Mason" dan Konspirasi Politik untuk "mengawal dunia". Hal ini bagi saya adalah menarik kerana, sewaktu berada di dalam lodge, ahli-ahli mason tidak di benarkan pun untuk berbincang tentang Agama mahupun Politik, namun dua isu ini juga yang digunakan untuk menyerang fraternity ini. Adohai…

“Jika Freemason itu organisasi biasa, mengapakah ada "rahsia"?”

Jawab Jake Hays:

Sebenarnya tidak ada banyak rahsia yang ada dalam freemasonry, malah sebenarnya setiap ahli mason sebenarnya keliru, mana satu yang menjadi rahsia nya. Prinsipal moral Masonry adalah sama seperti yang di ajar sewaktu kita berada di bangku sekolah, cuma hanya prosedur dan cara penyampaian  prinsipal itu tadi yang di ajar dalam masonry adalah rahsia, kerana pengetahuan ini membenarkan seseorang mason untuk membezakan seorang mason dan bukan mason. Untuk memasuki sebuah lodge, seorang mason mesti memperkenalkan dirinya, dan rahsia-rahsia itu tadi di praktik kan untuk membuktikan bahawa seorang itu adalah mason. Term yang sesuai daripada rahsia adalah privacy. Masonry bukan organisasi public seperti PIBG sekolah dan lain-lain, ianya seperti Country Club dan etc. Tidak ada seorang pun yang bukan ahli, berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, ia adalah group peribadi, lebih layak di panggil  perihal peribadi daripada rahsia.

“Mengapakah seorang ahli hendak mengangkat Sumpah sebelum masuk Freemason?”

Jawab Jake Hays:

“Ahli baru hendaklah membuat sumpah yang suci dan benar mengenai perbuatan mereka sewaktu berada di dalam Lodge mahupun Society. Setiap member juga berjanji untuk merahsia kan method traditional yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang mason yang mana digunakan untuk menziarah lodge yang dirinya tidak di kenali. Freemason berjanji untuk membantu yang lain jika di perlukan, hanya jika bantuan tersebut tidak melanggar ajaran agama & undang-undang.”

“Mengapakah Freemason menggelarkan Tuhan sebagai Great Architect? “

Jawab Jake Hays:

“Freemasonry respect dan embrace semua ahli yang percaya kepada Tuhan. Keahliah freemason termasuklah Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Parsees dan lain-lain. Penggunaan Great Architect adalah untuk menggelakkan percanggahan, kerana melalui term ini, tidak akan berlakunya diskriminasi bagi mana-mana pihak”

“Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Freemason?”

Jawab Jake Hays:

Untuk menjadi seorang mason, anda hendak bertanya kepada seorang mason, untuk melakukan petition. Freemasonry tidak menggalakkan ahlinya untuk merecruit ahli member baru, ia seharusnya hendaklah atas pilihan seseorang itu sendiri. 

“So apa kata kata terakhir sebelum kita beri laluan kepada Azan berkumandang?”

Jawab Jake Hays:

“Saya harap, kita terutamanya orang Islam jangan cepat mempercayai teori konspirasi terutamanya konspirasi yang menjadikan 'Islam' sebagai aset mereka, kemudian, tanpa soal selidik dan siasat kita terus percaya maka ianya bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al hujarat yang menuruh kita menjadi ummat yang menyiasat sebelum percaya,  yang menyiasat pula,  jangan ada dalam kepala sudah di kukuhkan penekanan bahawa satu benda ini memang sesat,-- jika sudah terjadi macam tu, apa guna lagi anda menyiasat ? kerana apapun maklumat yang anda dapat selepas itu, anda akan cuba manipulasi maklumat tersebut agar ia nya sejajar dengan pendapat anda yang telah anda kukuhkan tadi. Malahan bila anda sampaikan kepada seseorang berkenaan hal tanpa bukti kukuh, itu bermakna anda sudah menyampaikan fitnah.

Untuk pengetahuan pakcik, saya telah tulis panjang lebar bab ini di blog saya, boleh tanya soalan pada saya jika nak tahu lebih lanjut, dan di sana, walaupun saya lebih suka menulis dalam bahasa English, tapi untuk menjelaskan bab ini, saya decide untuk tulis dalam bahasa melayu sebab target audience saya untuk main artikel ni adalah orang Melayu sendiri. Sebenarnya saya rasa amat-amat terkilan melihat beratus-ribu orang Malaysia masih terpedaya dan keliru dengan Konsep Freemasonry. 

Seolahnya, sudah jadi satu ajaran, Sebut sahaja Freemason, secara automatic di kepala akan terpampang Illuminati, bila sebut Illuminati pula, maka manusia KHUSUSNYA Islam paranoid akan terus terfikir akan Dajjal. Orang-orang kita telah terpedaya dengan mempercayai benda-benda karut seperti ini sebab mereka tidak punya knowledge asas tentang hal-hal dunia. Seperti lembu yang di tindik hidungnya, apabila video arrivals berkata tentang Freemason & Illuminati adalah satu society dan mereka adalah agen dajjal, orang kita terus mempercayainya.

***
Ternyata perbualan aku dan Jake Hays mendapat perhatian ahli Jemaah masjid yang lain, lalu orang ramai datang keruni kami dan masing masing datang ulang berbagai pertanyaan kepada Jake Hays, aku pulak beransur ambil wudhu, namun masih dengar dengan jelas penjelasan dariJake dan orang ramai:

"anak ni siapa? rancak benar cerita Freemason bukan dajjal ni?"

Tanya sepupu Ustaz Sufi supian, jawab Jake Hays:

"Saya orang islam, Orang sabah, Ayah saya berasal daripada America. Dahulu Ayah saya adalah seorang Minister bagi Methodist Church di Texas. Join Freemasonry pada umur 21, kerana beliau tertarik dengan perwatakan datuk saya yang juga seorang Mason pada ketika itu; yang sememangnya bersederhana dan suka buat charity. Ayah saya tiba di Malaysia atas urusan kerja mengikuti organisasi non-profit ICA (Institute of Cultural Affair) di mana misi mereka adalah untuk membangunkan taraf kehidupan masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman.

“Jadi saudara, Apa itu Freemason?” Tanya Kiai Zakaria:

Dengan tabah, Jake Hays menjawab:

“Mason secara asasnya bermaksud 'Pembina'. Freemason menekankan tentang moral diri, "those who are a freemason shall be a good leader, a good citizen, and a good man". Syarat utama untuk menjadi seorang member adalah "Believe in one SUPREME ARCHITECT" yang bermaksud Tuhan, tidak kira Islam, Kristian, Jewish, Buddhist dan lain-lain, manakala seoarang Atheist, or a Pagan TIDAK diterima sebagai seorang Mason”

“Habis tu, Kenapa orang menganggap Freemason sebagai organisasi Jahat?”

Tanya pulak Imam Habib Abib, jawab Jake:

“Kerana terlebih dahulu orang samakan Freemason dengan Illuminati. Illuminati ofcourse mempunyai agenda seperti NEW WORLD ORDER dan kononnya ingin menyesatkan agama Khususnya Islam. Freemason dan Illuminati KONONNYA adalah organisasi yang sama kerana mereka menggunakan symbol yang sama -Eye of Providence- sepertimana yang di claim oleh Series "The Ketibaan Dajjal".

“Kenapa Orang Islam Cepat Mempercayai nya?”

Tanya Aidil Adha pula, Jake jawab:

“Faktor utama adalah dengan cara sesuatu maklumat tersebut di sampaikan. Sepertimana contoh series "arrivelas". Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, namun menggunakan Fakta realiti yang salah. Sejujurnya, pada awal dahulu, saya hampir percaya dengan "The Arrivals", namun ada satu episode bila dia mengatakan FREEMASON & ILLUMINATI adalah berkaitan, dan mereka claim bahawa dua society ini berkaitan kerana menggunakan symbol yang sama. Kemudian terpampang di kepala saya, Manusia ni guna akalnya atau tidak. Bila saya teruskan menonton series tu, di tunjukkan symbol 'All-Seeing-Eye'. Yes, freemason juga guna symbol tersebut, tapi itu tidak bermakna Illuminati dan Freemason adalah satu society yang sama. Manusia yang intelektual sebenarnya mampu melakukan perbezaan ini, tetapi akibat dengan pendapat yang tersangat extremist dan konservatif, mereka serta merta Tutup Minda dan MALAS nak buat research lebih, mereka lebih suka mempercayai satu benda ni, especially bila banyak melibatkan Agama, conform-conform lah orang mudah terpengaruh,. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah di tipu, oleh Series-series yang tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai ini

“Tapi Logo Freemason tu memang mata satu macam Dajjal!”

Tegas anak arwah Bilal Idris Idrus Pilus, jawab Jake:

“ Ok, bang, Sebagai contoh, symbol SWASTIKA, bila anda nampak symbol ni, automatic akan akan berkata, 'Nazi'! Betul kan? Tapi, TAHUKAH ANDA, bahawa Symbol ini adalah juga symbol digunakan sejak Tamadun Indus lagi, keliru? Tak tahu tamadun apa tu? Ketara lah tak fokus waktu subject Sejarah di sekolah menengah dulu, kan? hehe Anyway Indus adalah tamadun India Purba, Salah satu tamadun yang tertua di muka bumi ini.. yet. Symbol swastika ni muncul dalam Agama Buddhism, Hinduism, dan Jainism, adakah ini bermakna agama ini adalah Nazi? Ofcourse Tidak. Begitu juga dengan Freemason & Illuminati, tetapi malangnya  ramai manusia khususnya orang kita sendiri keliru dengan benda ni.

Sebenarnya semua ini adalah berpunca dari kekeliruan orang kita tentang KEPERCAYAAN & PENGETAHUAN.

Adakah kita ingin mengaku bahawa Umat Islam adalah umat paling senang di tipu? TIDAK!
So, kenapa umat Islam serta merta mempercayai dengan benda-benda seperti ini? Hanya kerana mereka selitkan elemen agama untuk mempengaruhi kita? Hanya kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperolehi kepercayaan kita?

And let see, merekah sudah pun BERJAYA. Kita sebagai umat Islam, tengah keliru, tentang dua Society ini, kita sebagai umat islam sudah pun menanamkan sifat benci kepada dua society ini, kita umat islam sudah pun membuat penghakiman secara tidak adil, kita umat islam sudah pun melakukan fitnah bahawa dua society ini adalah agen dajal. Maka, Mereka sudah pun berjaya. Mereka dah berjaya menanamkan Sifat Negatif pada umat Islam. Siapakah mereka ni? Krew di sebalik tabir "The Arrivals" , or mana-mana pihak yang bertanggungjawab lahirkan series ini.

For one thing, kewujudan bagi Illuminati pula masih di ragui, even oleh Worshipful Master of Freemasonry sendiri masih meragui kewujudan mereka.

Apa pun, jika mereka wujud, dan Illuminati bertindak nak teruskan agenda NEW WORLD ORDER mereka, Who cares? Allah merancang, mereka merancang, dan Allah sebaik perancang, Dajjal akan di bunuh Nabi Isa, dan orang beriman tidak akan terkesan dengan firnah dajjal!”

***
Wah rancak sungguh perbincangan di beranda Surau Semusim di Neraka itu, lalu aku pun jerit:

“korang semua, Freemason dan Illmunity telah buat kita semua lambat solat Jemaah hari ni, Adohai”

Lantas semua mereka masuk saf dan solat berjemaah, mengakhiri cerita, suka aku petik pesana Ustaz Azhar idrus berkenaan Dajjal:


“Jadi sekarang ni pertahankan akidah kita, jangan sibuk bergaduh bincang dajjal keluar negara mana, yang ni kata keluar di khurasan, ada yang kata di rusia, ada yang kata di Turkistan, ada yang kata wakaf tapai, tinggalkan semua itu, yang penting, mantapkan akidah, InsyaAllah” 

Tamat.





Ps1: Pesan Ustaz azhar berkenaan dajjal dalam video di atas, jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul.

Ps2: Bacalah cerpen aku dengan berlapang dada, Aku tidak suruhpun masuk freemason, atau sokong freemason, aku suruh tinggalkan firnah melampau dan teori konspirasi yang mengarut, baca ini bagus juga

Ps: Sebagaimana kita yakin upin dan uipn bukan agenda yahudi, sebgitulah Jake Hays yakin freemason bukan penyembah dajjal, Oh ye, Jake Hays ini wujud orangnya, jika ada nak tanya soalan berkenaan freemason, boleh PM beliau di sini. 

Oct 7, 2015

Kisah Tuhan Ubah Takdir?

(Dua Pilihan Pengakhiran Cerita, Alternate ending dari Tuhan,)

‘Alternate ending’ atau ‘alternative ending’ adalah satu terma yang digunakan dalam dunia penceritaan yang mempunyai dua pilihan pengakhiran. Seperti hero mati ke hidup? Orang jahat terlepas ke atau kena tangkap?  Awek hero kena kahwin paksa kea tau lari sama hero? Dan lain-lain ending.

Tak dinafikan dalam mana mana sudut kehidupan kita pun, akan selalu ada dua pilihan yang menjadi konflik dalam hidup manusia seperti nak kerja sendiri atau makan gaji? Nak buat pahala ke atau dosa? Nak kekal Monogami atau Poligami?, dan lebih haru, bila ada yang pilih nak jadi Atheist dan hina Theist? Adohai…

Jadi, al kisah menjadi tukang cerita juga ada masalah yang sama, walaupun karya mereka sudah mencapai  tahap masterpieces, tapi ada setengah pengarah filem misalnya, sanggup rakam dua babak akhir yang berbeza dan akan membuat pilihan selepas di tayangkan kepada pengkritik filem atau penonton terpilih.

Antara filem terkenal yang ada dua pilihan babak pengakhiran, yang mana ending di panggung wayang adalah babak pilihan terakhir selepas diputuskan oleh penerbit atau pengarah, atau penonton terpilih. Manakala babak alternate ending ada dalam special disk of DVD. Ironinya, bila dah disiarkan babak alternate ending, ada ramai pula penonton lebih suka babak alternative, hmm, manusia tak pernah puas nafsunya, pilihan di hati masing masing. Layankan sahaja:

Antaranya:

  • 28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.
  • Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an, dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!
  • The Bourne Identity: dalam alternative ending, Bourne jatuh pengsan sewaktu mencari Marie, bila terjaga, terlihat Abbot disisi yang menawarkan Bourne kembali ke CIA.
  • Final Destination: hamper semua filem siries ada alternate ending. Yang patut hidup di matikan, yang mati dihidupkan, Rujuk sendiri.
  • First Blood: dalam wayang, Rambo berjaya di pujuk selepas mengamuk dalam balai polis akibat di hina kerana kalah dalam perang di Vietnam,  tapi dalam alternative ending, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya mati kena tembak.
  • I Am Legend: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan zombie, dan selamat pulang ke Kem tentera.
  • I Know What You Did Last Summer: Dalam alternative ending, Julie baca email yang tertulis "I still know".
  • Infernal Affairs: Dalam wayang, hero mati kena tembak, dalam Alternate ending, hero berjaya larikan diri.
  • Men in Black II: Cerita ini sepatutnya berakhir dengan menara World Trade Center bertukar menjadi piring terbang, tapi selepas terrorist attacks pada tahun 2001, yang kita tengok wayang adalah alternate ending rupanya.
  • Seven: Alternate ending,  John Doe dibunuh oleh Somerset bukan Mills.
  • Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Anaknya John Connor pula menjadi Senator dan  Skynet tidak pernah wujud.
  • Titanic: Rose yang sudah tua waktu buang rantai leher ke dalam lautan, cucunya Nampak kejadian tu.
Okey, dah banyak sangat aku bagi contoh alternate ending dalam filem, ke mana arah entry aku ini sebenarnya?, ini kan blog kereta mayat? Apa ke jadah aku sibuk nak cerita alternate ending dari filem barat yang lagho dan banyak adegan bukak aurat. Astarfirullah…

“kembali ke landasan yang benar”

Lantas kelihatanlah korang yang sejurus membaca tentang alternate ending, maka fikir korang, jika pengarah filem di Hollywood berusaha keras untuk hiburkan penontong dengan alternate ending, maka Tuhan yang merupakan Raja segala Pengarah sudah tentu mampu membuat Alternate ending yang jauh lebih baik dalam menggembirakan hamba ciptaanNya.

Lalu korang pun teringat satu ceramah dari Buznama, kisah alternate ending dari Allah yang Maha Pengampun, Ada satu riwayat lebih kurang cerita, satu orang yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat segala perintah Allah, belum sempat taat mana-mana perintah Allah, dah jadi mayat. Malaikat sangka dia masuk neraka!

Pendek cerita, di padang masyar kelak, berlakulah alternate ending, yang mana apabila Allah perintahkan para pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggang dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa seret dengan muka ke tanah lalu di campakkan kedalam neraka. Akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat halang dia dari terjun ke neraka dan tanya: kenapa berlari nak terjun ke neraka?, sedangkan orang lain tak nak siap kena seret muka ke tanah?

Maka kata hamba Allah ni:

Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh-sungguh, walau diperintah untuk terjun ke Neraka, itu yang saya berlari tu!
Maka korang tahu apa keputusan alternate ending dari Allah Yang Maha Pengasih?

Allah masukkan dia ke dalam shurga, walaupun asalnya dia di takdirkan masuk neraka, subhanallah.

Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut 100 meter, dah tentu malaikat tak tahan, dan biarkan korang cepat terjun sebab kisah di atas, orang tu sempat rasa nak bertaubat sebelum mati, cuma tak sempat nak zahirkan sahaja, so jangan jadi bodong bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk pelakon yang layak.

Contoh lain, ada hamba Allah yang buku catatan amal kebaikkannya tebal gila sehingga malaikat sangka dia ni confirm masuk Syurga, tapi ada alternate ending rupanya, Allah suruh dia yang ada buku tebal amal kebaikkan ini di campakkan ke dalam nereka sebab tak ikhlas! Riak! Dan syirik!

(Nota untuk mualaf: siapa yang meninggalkan amal kerana takut di puji itulah riak, dan siapa yang buat amal supaya di puji, itulah syirik)

Ambik kau! Oh!

Dalil lain berkenaan Altenate Ending

Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)

Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun untuk mereka yang masuk Nereka.
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat. Kemudian tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih Bukhari)

Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua, subhanAllah.

Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi?

Dalam hadis bagitahu iman ummat akhir zaman ni keluar masuk, ada yang pagi beriman, petang kafir, iman ni boleh keluar ketika berzina, ketika mencuri, ketika syirik, sekali mati waktu iman keluar, bau syurga pun tak dapat dah, ADOHAI.., so jangan selesa dengan tahap iman kerana itu adalah tipu daya syatan. jangan jadi bodong bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk pelakon yang layak.

Woi? Nak ke mana tu? Tegur sikit dah merajuk! adohai..

Ok abaikan mereka yang merajuk, sambung balik kepada korang yang masih sanggup baca entry kereta mayat.

Baik, Jika tadi ada kebaikkan sebesar biji kacang, kemudian biji sawi, lalu Allah ubah alternate ending mereka, sekarang, mari kita dengar hadis ini pulak, sabda Nabi:

“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang masih di neraka.

Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.

Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang berbuat kebaikan.” 

Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau sekiranya kamu semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau bacalah ayat ‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)

Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.

Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli surga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah. Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”

Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun., hadis lain pulak:
Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, aku pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.

SubhanAllah…

Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?

Ok, jika korang belum jemu, mari kita dengar Cerita lain berkenaan alternate ending:
Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di padang mahsar kelak, semua orang akan di timbang amalannya, yang baik dan yang buruk, jika buruk-lebih: masuk neraka, dan jika baik-lebih: masuk syurga, begitulah sebaliknya.

Bagaimana pula jika sama berat?

Bak sini aku cerita:

Maka seorang hamba Allah ini apabila ditimbang dosa pahala, syukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat, 50% amalan kebaikan, dan 50% amalan kejahatan.

Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk syurga

Maka berjalanlah dia di padang mashyar mencari kenalan dan sanak saudara di dalam lautan manusia, dengan harapan adalah nanti kawan, teman, taulan, atau kaum keluarga yang sudi memberi akan satu pahala sahaja!, agar dia layak masuk syurga dan selamat dari azab api neraka.

Punyalah ramai manusia (pergi himpunan kuning dan merah pun dah rasa ramai sangat orang, apatah lagi padang mahsyar..oh!)

Akan tetapi walaupun dah jumpa isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan, tapi semua tak sanggup bagi walaupun satu pahala, kerana satu pahala kat akhirat begitu berharga!

Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid, tak ade orang pedulipun, isk..isk.., aku ler nie..oh

Nota kuku: hari ni, satu orang kaya, bila di acu pistol, akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama, bermakna di dunia ini yang paling penting adalah masa, tapi kat padang mahsyar, masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dapat satu pahala!

Nota kiki: Bersabar dengan ‘lawak’ aku yang tak lawak dari karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat jugak pahala.., aku rasalah, jika korang sabar..isk,,isk,,

Sambung cerita, setelah bertahun tahun mencari pahala, maka satu orang hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:

“aku tengok engkau ke sana sini, bertahun tahun lamanya, apa yang kau cari?

Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar.

Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi:

“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu sajer pahala dan ada 99 baki dosa, aku ni confirm masuk neraka, jadi ambijklah satu pahala aku ni, semoga engkau dapat masuk syurga”

Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu kepada Mizan Allah (tempat timbangan) dengan mengambil masa bertahun tahun jugak.

Ringkas cerita:

Allah tanya,: dari mana kamu dapat satu pahala ini?

(nota untuk mualaf: Allah tidak perlu bertanya kerana Dia Maha Mengetahui, tapi menurut buznama, dalam Al quran dan hadis, bila ada kisah Allah bertanya, maka tujuannya hanyalah untuk di dokumentasikan agar manusia dan jin  boleh belajar dari perbualan Tuhan)

Lalu lelaki itu cerita panjang lebar.

Lantas Allah berfirman:

“panggil ke mari lelaki yang sanggup bagi engkau satu pahala itu”

Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu makan tahun jugak.

“eh, kau tak masuk shurga lagi?”

(Woha!)

Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..

“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”

“Apa? Allah panggil aku,  Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…, adohai”

Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap Allah.

Nota: Berapa lama masa ulang alik mereka berdua, dan berapa ribu langkah mereka gunakan untuk selesaikan masalah satu pahala?, baik korang solat jemaah, satu langkah satu pahala, okey.

Korang jawab balik,: “Tapi kalau pergi solat jema’ah dengan kereta macam mana dengan pahala langkah?

Aku kata: Hek eleh, takkan lah kau parking kereta betul betul tepi saf!!

Arghh, Sambung balik:

Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya, akhirnya lelaki yang dah ada 51% pahala masuk syurga, dan lelaki yang ada 99 dosa, tapi sanggup sedekah satu pahala pun di masukkan ke dalam syurga! Kenapa kedua dua lelaki itu masuk syurga?

Kerana Allah sahaja yang Mampu buat Alternate ending di akhirat kerana DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG!

Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang ada fikir macam nie, korang termasuk dalam golongan yang main-main! dan main-main adalah Larangan Allah!

Kisah lelaki yang ada satu pahala dan 99 dosa tapi boleh masuk syurga adalah HAK Allah, kita tak tahu apa amalan satu pahala yang buat ALLAH sangup ubah alternate ending lelaki ini. Macam kisah pelacur bagi air pada anjing, kita tak tahu apa yang ada dalam dada pelacur tu, dan apa punca dia di lacurkan, mungkin kena paksa atau mangsa keadaan? Tapi waktu bagi air pada anjing, ikhlasanya sempurna, bukan main-main…

So MORAL of the STORY:

Jangan mengharap alternate ending, jika main main dengan perintah Allah.

Akhir kata: BerSangka baiklah pada Allah, dan jangan putus asa dengan Rahmatnya!

Ok, dah panjang membebel, aku nak bagi alternate ending sikit pada entry ini.

Terbitan terfaktab Media
Sebelum ini, buku aku semuanya keluaran Terfaktab media, (PYHKDJ, KS, SDS, SDN) terkini, buku Kisah Laki Bini, (KLB) adalah keluaran Pojok anak syarikat Karang Kraf, aku tak ada gaduh dengan Terfaktab, malahan, tahun depan, aku masih ada projek buku baru dengan Terfaktab media, aku sajer alternate penerbit untuk tambah kenalan dan pengalaman, aku juga ada dapat lamaran dari Dubook Press, Tarbiah sentap press dan penerbit penerbit lain, pelan-pelan kayuh.

So pesan aku, sesiapun penerbit buku aku, bila berada di pasaran, silalah beli.

Woha!

Terbitan Pojok Anak syarikat KarangKraf
“kembali ke landasan yang benar”

Ok, sambung sikit lagi kisah Alternate ending dari Tuhan.

Pernah Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis semalam-malaman sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya ayat dari Surah AlMaa’idah. Ayat 118, ayat yang berkaitan alternate ending, bunyinya begini :

Ya Allah, Jika Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka hanyalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” 

Nabi telah ulang banyak kali sambil menangis-nangis, semoga kita semua termasuk dalam Alternate ending di ampunkan dan diselamatkan dari Azab api nereka. Amin.