Nov 5, 2015

Dajjal sudah Keluar?

(Cik Hamka keretamayat, tolong ulas cerita ini, betulkan Dajjal sudah keluar?)
James Camaron bersama 'Dajjal" mata dua.
Copy paste cerita dari soalan pembaca:

Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.

" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.

" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.

" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.

" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.

" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.

Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.

" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.

" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.

" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat dari kamera, manusia percaya.

Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya.

Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hakikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.

" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.

" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.

" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.

" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.

" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat.

Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w.

Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia.

Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.

" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.

" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan saya dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone (whatsapp/fb) sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat”

ULASAN HAMKA KERETAMAYAT.

Maksud penulis di atas nak menegur ibu bapa atau suami isteri supaya jangan lalai dengan telefon, jangan lalai dengan astro, jangan lalai dengan TV, dan lain-lain sudah bagus, Cuma bila nak tafsir hadis guna “pendapat saya” bukanlah budaya yang baik, sebab nak tafisr Al quran dan Hadis kena ada asbabun Nuzul dan lain lain syarat.

So jika nak tafsir kamera mata satu, adalah mewakili Dajjal mata satu, zaman sekarang, James Camaron dah guna kamare mata dua untuk dapatkan paparan emej 3D dalam filem Avatar. KRU pun guna kamara mata dua untuk filem 29 Feb. dan kamera mata dua ni dah guna sejak 1922, oleh William Van Doren Kelley untuk gambar yang lebih real. So kat situ dah fail nak tafsir dajjal mata satu, adohai…

Nasihat Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:

“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini seronok simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah sebutan hang tu."

Kata ustaz dari Barat pula,Dr Bilal Philips menyebut:

"Menurut Nabi s.a.w, Dajjal itu mirip Abdul Uzza Ibn Qathan dari Bani Mustolaq di Khuza'ah, yang meninggal pada era awal Islam.Jadi Dajjal digambarkan berupa manusia yang khusus, serupa manusia yang pernah dikenali. Maka kita menolak tafsiran lain seperti kononnya Dajjal itu adalah televisyen. Menurut beberapa orang, sebab Dajjal hanya ada satu mata maka samalah televisyen itu serupa mata besar yang melihat kita. Jadi dikatakan Dajjal itu televisyen. Atau ada yang berpendapat, Dajjal adalah Tamadun Barat. Atas sebab, apabila dikatakan Dajjal itu buta sebelah mata, yang buta itu mata rohaninya, maka samalah seperti unsur materialistik. Jadi ia adalah tamadun materialistik barat. Banyak lagi pendapat tentang apa itu Dajjal, tetapi jelas gambaran yang diberi oleh Nabi s.a.w kepada kita, bahawa Dajjal adalah seorang manusia."

So nasihat aku, bila dapat satu berita, jangan share terus, siasat dulu, Allah dah suruh lama dalam surat Al hujarat ayat 6. Siasat bila dapat berita, ini tidak terus share merata rata tanpa rasa apa-apa, adohai..

Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:

“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul”

Kesimpulan:

Masa aku kecik, ada kawan aku yang mencuri di kedai orang kafir, makan buah mempelam milik orang kafir tanpa izin, dan lain lain dosa, aku tanya dia: kenapa kau buat ni? Kata kawan aku (sekarang sudah arwah mati eksiden), ustaz cakap, boleh curi dari orang kapir. Punah! Ajaran sesat atau dia salah tafsir ceramah ustaz, nauzubillah.

Dalam islam mencuri adalah haram tak kira harta tu milik orang islam atau kafir!
jadi bila besar panjang, aku dengar ceramah ada ustaz cakap, Jemaah tabligh ni adalah ejen yahudi dan agenda British nak lemahkan ummat Islam, aku tak terus percaya, aku siasat dan kaji, alhamdulillah, Jemaah tabligh tak sesat dan sangat membantu orang islam. 

Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti Jemaah Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, apa sangatlah orang awam macam kita ni selamba fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah orang kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, dan macam macam dosa sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak kira orang yang kita fitnah tu islam atau kafir!

Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum menfitnah! Jika terbukti bersalah kena hokum, tak kira dia kafir atau islam, Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri potong tangannya,dan ada kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi yang mencuri baju besinya kerana tak ada saksi, so jelas Islam tak amalkan dikriminasi.

Di zaman FB, dan Whatsapp ini, sudahlah Al quran sudah jarang di baca, di internet kita menambah dosa dengan share berita fitnah pula.

“apa nak jadi korang semua ni?!”

“jadi mayat jugak!”

Dah jadi mayat, naik kereta mayat, tapi ingat, kereta mayat itu sehala jalannya, buat sehabis baik sebelum tumpang!


Pesan pada diri sendiri. Sekian.

25 comments:

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Pendapat yang bernas.. Baru pagi tadi dapat whatsApp ttg perkara ni.

Ehh..
first ke??

hamka said...

wah, setelah bertahun mencuba akhirnya dapat first, he he, sekarang komen di blog dah slow, orang ramai komen di FB, entry lepas tentang freemason, kat blog komen 10 sahaja, di FB, share sahaja dekat 1000, zaman dah berubah.

Tapi aku masih di sini, cuba update blog seminggu sekali macam dulu.

Sebab tak rugi menulis dan mendomentasikan ilmu, insyaAllah

Ashari said...

Org kita ari ni, takder dajal pun dah ramai yg sesat.
Cammane la bila muncul dajal nanti.
Dgn wahabinye lah, syiah lah, liberal lah, tarekat tarekat songsang lah & ntah ape ape lg la ?
Cammane nak ngelak dr tersesat ni ? Nampak mcm susah pulak, sbb org org yg nmpk mcm alim pun ramai yg tersesat. Sentiasalah doa mintak ngan Allah swt jgn sampai tersesat. Selain tu belajar,ler dan buangkan sifat ego angkuh rasa dah berilmu tinggi, dan buang juga sifat ta'asub pd individu atau kumpulan. Dua sifat ni kalau ada mmg menyesatkan.

Unknown said...

Assalamualaikum..Baru ja berdiskusi ngn member tentang ni..terimakasih.. Hamka..BG penjelasan..

khalies said...

haha.yg psl mencuri dari orang kafir tu boleh, saya pun pernah dgr dari ustaz saya sendiri. kami sekolah agama dan ade seorang ustaz ni sgt kami hormat. skang pun still hormat just terfikir jugak, kenapa beliau ckp boleh mencuri dari org kafir.huhu.

Unknown said...

sy lbh suke bace blog..hihihi...

.: Si BungaKopi : . said...

Terbaik hamka...kau telah membuka mata aku...kena share dgn kwn aku yg taksub kaji dajjal ni

.: Si BungaKopi : . said...

Terbaik hamka...kau telah membuka mata aku...kena share dgn kwn aku yg taksub kaji dajjal ni

Anonymous said...

Assalam,

((Di zaman FB, dan Whatsapp ini, sudahlah Al quran sudah jarang di baca, di internet kita menambah dosa dengan share berita fitnah pula.))

Terkesima dengan ayat ni...memang benar aku berdosa.
Ampunkan aku Ya Allah,
Ampunkan aku Hamka,
Ampunkan aku semua...

CF

Anonymous said...

vaksin lagi kui kui...masuk lubang biawak jugak...

Arrman said...

yg bestnye.. kaji sal dajal.. solat 5waktu pun fail.. dajal gelak je bruh.. carry on hamka.. pndapat n crita ko bnyak yg best

Arrman said...

yg bestnye.. kaji sal dajal.. solat 5waktu pun fail.. dajal gelak je bruh.. carry on hamka.. pndapat n crita ko bnyak yg best

Anonymous said...

Jangan tak update blog, sbb saya takde fb..

Anonymous said...

Jangan tak update blog, sbb saya takde fb..

Hana said...

Mula-mula dapat mesej pasal dajjal ni kamera kat whatsapp group pikir betul jugak kan tapi bila pikir balik ada kisah seseorang brjumpa Rasulullah yang dia brjumpa dgn Dajjal kat suatu pulau tu. Mmang dh jelas yg dia manusia. Bolehlah pakai jugak cara org yg buat mesej tu utk brcerita kata dajjal tu kamera untuk pengajaran tapi tidak memberikan pengajaran pada certain org yg tak berilmU. Bayangkan berapa rmai yg mungkin pikir dajjal tu betul kamera mata satu tu tak ke punahh uhuhuhu. Benarlah,, nak share kena nengok dulu baikburuk mesej tu. Wallahualam moga Allah jaga kita semua dari menyebarkan fitnah.

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Saya ada fb tapi jarang buka. Saya lebih suka baca kat blog sebab feel dia lain dari baca kat fb.. Siapa2 yang follow blog ni dari dulu pasti dia faham feel tu macam mana. he he....

Khairi Mohd said...

Sokong Ustaz Azhar Idrus, hindari perbincangan yang sia-sia. salah satunya cerita. dajjal.

Anonymous said...

baik khairi..insyaAllah..

Tornado Assassin said...

huhu

hamka said...

Ashari: sedang belajar buang dua sifat tu, Terima kasih atas cadangan

norihan din : salam, sama sama.

Dekchi: mencuri dari orang kafir tu kan, adohai..

Ar Eirza Japar : terima kasih sudi baca sebab dah tua begini. Jarang dah update, huhuhu

Si BungaKopi : .share jangan tak share, he he

CF: terima kasih atas doa tuan!

lay low : terima kasih

Anonymou: saya cuba seminggu sekali, ;)

Hana: Wallahualam moga Allah jaga kita semua dari menyebarkan fitnah.

Bakal Mayat Seri Kembangan: feel tu, he he

khairi Mohamad: saya sokong anda, ha ha

Tornado Assassin: huhu

Unknown said...

Oh begitu baru terima mesej ni..

Anonymous said...

al-masih dajjal masih belum memunculkan diri semula pada waktu ini di publik. dia mungkin akan muncul apabila imam al-mahdi telah muncul di publik.

namun kalau bercerita perihal yakjuj dan makjuj, mereka sudah muncul dan menguasai dunia ini. rujukan? melalui surah al-anbiya ayat 95-96. kaji ayat ini dengan peristiwa pembukaan negeri israel pada tahun 1945 di palestin.

siapakah golongan manusia yang membantu pembukaan negeri tersebut.

hamka said...

macam mana pulak Nabi sulaiman boleh kurung yakjud makjud yang akan keluar selepas dajjal, tapi korang punya tafsir dajjal belum keluar, yakjud makjud keluar dulu? wahhhh

Kak Yong Ayuni said...

Doa mintak pada Allah,,Betul tu .itu Sahara jalannya.moga kita sama sama sentiasa memohon darinya semata

detective nie said...

kepada Hamka si pemandu kereta mayat, terima kasih kerana sentiasa update blog, lme dah x baca blog kerana sibuk kebelakangan hari ni. tp topik ni sememangnya penting dalam umat islam kerana dalam islam kita di ajar untuk telus dalam menerima dan menyampaikan maklumat tapi di malaysia agak kurang berkesan kerana rakyatnya sukakan cerita dongengan daripada cerita yang sahih. sedangkan Allah swt dah jelaskan dalam Alquran, Nabi Muhammad saw pun dah tegur dalam perkara ni, tapi ramai yang masih degil, suka sgt sebarkan benda yang x sahih dan sampaikan ilmu tanpa validiti, semoga Allah merahmati mu. next time, kita singkap hadis2 nabi untuk kajian.