(I'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST, are you ANTICHRIST?)
Sempena lawatan Obama ke Malaysia, di wall FB berdengung
dengung dengan kebencian sebahagian pengguna FB yang beragama Islam pada
Amarika, lalu tersebarlah berita bahawa Obama ketua freemason dan ilmuniti yang
menyembah syaitan dan bakal melepaskan Dajjal.
Beberapa minggu yang lepas juga, selepas serangan pengganas
di Paris, di wall FB juga berdengung dengung dengan kebencian sebahagian
pengguna FB yang kafir pada orang Islam, lalu tersebarlah berita bahawa orang
Islam adalah pengganas kerana ajaran jihad adalah melakukan keganasan.
So siapa betul dan siapa salah atas tuduhan di atas?, bagi
orang yang waras, kedua dua tuduhan di atas adalah salah, bagi yang kurang
waras, salah satu betul dan salah satu salah, bagi yang tidak waras, maka kedua
duanya betul-adohai..
Ok, siapa aku nak tegur dulu?, hmmm, aku tegur orang kafir
dulu lah kot.
Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca blog
ini.
Sebagai orang Islam yang lahir dalam keluarga Islam,
mendengar korang orang kafir menuduh kami adalah pengganas adalah sangat tidak
masuk akal. Apatah lagi yang menuduh tu adalah orang kafir yang bergelar
wartawan, ada common sense, ada etika penulisan, ada ijazah diploma, tapi bila
melapor bab terrorist, terus di lebel Islam adalah terrorist, alangkah jahilnya
anda wahai wartawan kafir yang jahil tentang Islam.
Cuba korang bawa fakta tentang jihad, dan jumpa orang islam
sendiri dan sahkan dakwaan anda.
Ternyata ayat Al quran yang korang petik hanya
di rujuk dari segi teks, dan bukan konteks,
Korang tahu tak? al quran itu turun berperingkat-peringkat,
turun dengan ada sebab musabab, ada peristiwa, maka nak tafsir ayat kena tengok
kepada sebab musabab dan peristiwa, maka itulah yang jadi kepada salah tafsir
wartawan barat berkenaan ayat Motivasi jihad dari Allah seperti berikut...
“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir, Maka
pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka,
Maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau
menerima tebusan sampai perang berakhir...”
[QS Muhammad 47:4]
Jadi bila nak tafsir, kena faham ayat ini turun kepada siapa
dan pada waktu bila, iaitu jika bukak kitab tafsir, ayat ini turun pada waktu
Perang Uhud, Ayat ini adalah motivasi kepada orang Islam yang sedang sengit
berperang..., jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak
cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik
TEKS!!
Dua tiga bulan yang lepas, ada serangan Bom di Thailand,
bila siasat ternyata warga USA beragama Kristian. Tapi media tidak menyebutkan
sebagai Teroris kan? Tapi bagaimana jika pelaku beragama islam? Habislah berita
double standard akan keluar, adohai..
Padahal, ikut etika korang, aku boleh tuduh orang Kristian yang
bom di Thailand sebagai pengganas dengan merujuk atay dari kitab BIBLE,
"(Jesus Said:) Do not think that I have come to bring
peace to the earth; I have not come to bring peace, but a sword. For I have
come to set a man against his father, and a daughter against her mother, and a
daughter-in-law against her mother-in-law; …
[Matthew 10:34-39]
Boleh sajer dari ayat ini, aku tafsir Jesus ajar orang
Kristian sebagai pengganas sebab nak rosakkan muka bumi ini dengan cara anak
sembelih bapak, mak sembelih anak, bunuh menaatu dan sebagainya, tapi aku bukan
hentam kromo macam korang yang konon ada etika, aku fikir secara positif iaitu
pembunuhan anak beranak ini mungkin di sebabkan perbezaan ugama, macam kes para
Sahabat Nabi yang berperang dengan orang kapir yang juga terdiri daripada kaum
keluarga sendiri.., itu takde masalah,
Maka, sebagaimana korang
tak boleh TAFSIR suka hati Al Quran orang Islam, begitu jugaklah aku tak boleh
TAFSIR suka hati kitab korang, ini etika, jika tak faham sila bawa hujah bersama
bukti dan jumpa orang islam yang layak, jangan sebarkan api kebencian.
Padahal jika rujuk sejarah, orang bukan Islam jauh lebih ganas
dan kejam,
Hitler di Jerman adalah seorang penganut Kristian, bunuh
berjuta yahudi, tapi tak ada pun media yang lebel beliau sebagai "Christians
terrorist", sebab ajaran kritian bukan begitu.
Rujuk Joseph Stalin atau Uncle Joe, beliau telah membunuh
lebih 20 juta manusia dan termasuklah 14.5 juta mati disiksa dengan kejam.
Mao Tse Tsung dari China, 18 juta orang telah dibunuh di atas arahannya.
Benito Mussolini dari Italy, membunuh hampir 400 ribu
manusia.
Asoka dalam peperangan Kalinga di India membunuh 100 ribu
manusia termasuk adik beradiknya
George Bush Embargo di Iraq, hampir setengah juta
kanak-kanak mati terbunuh.
Belum cukup lagi info? Rujuk Perang dunia pertama - 17 juta
kematian!, Perang dunia kedua – 50 juta kematian!, Bom Nuklear di Hiroshima dan
Nagasaki - 200 ribu kematian! Perang di Vietnam - 5 juta kematian!, Perang di
Bosnia Serbia - 5 juta kematian!, Perang di Iraq - 12 juta kematian!, Perang di
Kemboja - 3 juta kematian! Etnik Rohingya Di Myanmar dan banyak lagi..., siapa
yang mulakan perang yang penuh kejam itu? Semua bukan orang Islam!
Tapi kenapa mereka semua tidak di lebel sebagai pengganas?,
kerana kita sebagai orang yang waras cukup faham, orang yang sesat dan
bertindak dengan cara yang salah tak ada kena mengena dengan agamanya,
Sekarang, IS telah di fatwa sesat oleh ramai ulamak dan
Negara Islam, malahan IS sebelum serang Paris, sudah beribu ribu orang Islam di
bunuhnya, ketahuilah, di Malaysia yang ramai orang islam, berapa peratus yang
mati kerana perbezaan agama, malahan mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta
jauh lebih ramai sebab bukan ajaran Islam membunuh sesama Islam.
Datanglah dan fahamilah Islam wahai orang kafir sekalian,
sesungguhnya, Islam adalah agama kedamaian, tapi bila ada yang taksub dan
tersesat lalu memilih jalan yang salah, mereka mengkafirkan orang islam yang
tidak sependapat atau menyokong mereka, lalu terbunuhlah orang islam dan bukan
islam.
Kita semua adalah mangsa pengganas, datok moyang kita mangsa
perang dunia pertama dan kedua, dan kini perang melanda lagi, marilah kita
mencari jalan kedamaian, kerana perperangan akan merugikan semua pihak, kalah
jadi abu, memang jadi arang..
Ok, sebelum undur diri, suka aku petik dialog dari filem My
Name is Khan, I 'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST. Babak Shah Rukh Khan bertemu
Obama:
President Barack Obama: Mr Khan, it's good to see you hale
and hearty. You on TV more than me now, huh?
Shah Rukh Khan: You already know my name?
President Barack Obama: Yes I do. Your name is Khan,And you
are not a terrorist.
Shah Rukh Khan: Oh no, no, I'm not a terrorist. And this is
my son. He was not a terrorist either.
Woha!
Ok, habis sudah pencerahan “orang islam bukan pengganas”
kepada bukan Islam, sekarang aku nak tegur berkenan “Amarica bukan Dajjal”
kepada orang Islam. Sila berlapang dada, jika ada salah apa yang aku tulis,
tegurlah di ruang komen, aku akan baca semua koman, InsyaAllah.
Asalamuialakum semua orang Islam yang sudi baca blog ini.
Baik, jika sebelum ini, orang kafir yang bergelar wartawan,
ada common sense, ada etika penulisan, tapi bila melapor bab terrorist, terus
di lebel Islam adalah terrorist, maka alangkah jahilnya mereka tentang Islam.
Maka dalam dunia Islam pula, ada orang bertaraf, Ustaz,
Pensyarah, pelajar university, blogger islamik, tapi bila bercerita bab
Amarika, terus keluar tuduhan yang bertentangan dengan Hadis, iaitu, Obama
ketua freemason dan ilmuniti yang menyembah syaitan dan bakal melepaskan
Dajjal.
Ini bukan cerita lama, minggu lepas aku post kisah Jake Hays
anak seorang freemason yang beragama Islam yang menafikan Freemason menyembah
dajjal, menafikan Amarica adalah dajjal berdasarkan bukti yang jelas.
Tapi di ruang
komen, ada yang paste kata-kata ustaz dalam ceramah, Amarica adalah dajjal
sebab duit Amarika ada logo poramid dan mata satu! Ada yang komen anggota
freemason meyembah syaitan dan mendapat arahan daripada Dajjal untuk menguasai
dunia, lalu kaitkan MH370, MH17, dan semua peristiwa dunia dengan perangcangan
Dajjal, adohai..
Sama seperti nasihat aku pada wartwan Islam yang jahil
tentang Islam agar datang jumpa orang Islam dan belajar tentang Islam dari
orang Islam sendiri, supaya jangan ambik berita dari sumber yang tak soheh
seperti FB sharing dan Blog sampah.
Maka nasihat yang sama aku tujukan pada ‘ustaz’ atau
pensyarah, atau blogger islamik pada yang jahil tentang isu dunia agar datang
jumpa orang bukan Islam, jumpa anggota freemason dan belajar tentang freemason
dari orang freemason sendiri, sesuai dengan perintah Allah dalam surah Al
hujarat, yang suruh siasat. Baru betul.
Dan jika korang ada bukti yang freemason nak lepaskan
Dajjal, freemason sembah syaitan, maka boleh buat report polis, boleh buat
aduan pada Jakim, boleh buat solat hajat, boleh tunjuk perasaan depan Markas
mereka, ada banyak markas mereka di Malaysia, dekat Kelantan pun ada. Jika anda
dipihak yang benar, pasti hak akan menang, bawa bukti dan suruh parti politik
masukkan dalam manifesto untuk haramkan freemason dalam pilihan raya akan datang.
Aku bukan nak sokong freemason dan Amarica, Nauzubillah
sokong orang kafir buat apa?
Tapi bila korang berhujah yang bertentangan dengan hadis,
aku terpaksa tegur, macam dulu, ada orang islam yang email aku katanya Sai baba
adalah Dajjal, Satelit Rusia yang ada huruf KFR di badannya adalah Dajjal, FB
adalah Dajjal, video Arrivals cakap Amaeica adalah Dajjal, malahan ada juga
dakwaan Yakjud dan Makjud adalah Amarika, dan terkini, aku baru update minggu
lepas, dakwan bahawa kamara adalah Dajjal sebab mata satu, tapi semua tuduhan ini
bertentangan dengan hadis.
Sekarang Sai Baba dah mati, satelit KFR buatan Russia dah
jatuh, Kamera untuk filem 3D sudah ada dua mata, dan terkini, Amarika datang ke
Malaysia Negara Islam dan mendengar Datok Najib bertungkus lumus menerangkan
betapa IS itu bukan mewakili islam dan Amarika bersetuju jadikan Malaysia Negara
Islam contoh yang bukan pengganas.
Suka aku petik Nasihat bekas Mufti perlis dengan orang
perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:
“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan
orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu. Semua ini
menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi
tak pergi tengok Ibnu Shayyad untuk pastikan dia Dajjal atau tidak. Ini
semuanya menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.Makhluk. Hadis Tamim adDari
itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk. Kadang-kadang orang ini seronok
simbolik. Amerika itu nampak sebelah mata, itulah Dajjal. Dia rasa dia pandai.
Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis, salah sebutan
hang tu."
Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:
“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti
kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada
umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi
jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman
kita betul”
Sebanarnya, aku tak pelik bila ada orang islam menfitnah
Amarica adalah dajjal, freemason sembah syaitan, Russia cipta Dajjal dalam
bentuk Satelit dan sebagainya sebab dalam Jemaah sesama Islam, aku pernah
dengar ceramah ada ustaz cakap, Jemaah tabligh adalah ejen yahudi dan agenda
British nak lemahkan ummat Islam, Jemaah Tabligh di taja oleh freemason untuk
buat orang Islam tinggalkan mengundi dan bagi parti kafir memerintah.
Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti
Jemaah Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, pensyarah
Universiti, Blogger islamik, maka apa sangatlah orang awam macam kita ni
selamba nak fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah orang
kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, fitnah kerajaan, fitnah
pembakang dan macam macam dosa sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak
kira orang yang kita fitnah tu islam atau kafir!
Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat
sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum menfitnah! Jika terbukti bersalah kena
hokum, tak kira dia kafir atau islam, Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri
aku sendiri potong tangannya,dan ada kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi
yang mencuri baju besinya kerana tak ada saksi, so jelas Islam tak amalkan
dikriminasi.
Jadi, Sebagaimana kita yakin orang Islam bukan pengganas,
sebegitulah orang bukan Islam di Amarika yakin mereka bukan penyembah syaitan
atau Dajjal.
Bila kita share berita yang kononnya dajjal sedang mengawal
dunia, dan Dajjal itu adalah Amarica, tentu menguntungkan mereka sebab Nampak macam
dajjal ni hebat sangat, padahal dalam Al quran Allah berfirman, mereka
merancang, Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang.
Orang kafir kuat, bukan sebab mereka kuat, tapi orang kafir
kuat sebab orang islam berpecah belah dan saling bergaduh, sila rujuk hadis sewaktu
Nabi doa tiga perkara yang ada cerita bab ini.
Akhir kata, bersatulah orang Islam, mulakan dengan solat Jemaah,
jangan solat asing asing, itu bukan Sunnah dan punca Islam menjadi lemah,
kemudian bersatulah dalam dakwah, dakwah cara Nabi, itulah kekuatan Islam yang
sebanar.
Sekian.
Ps: Nota untuk orang Slow, Entry ini tidak suruh anda masuk
freemason, tidak suruh anda sokong yahudi atau Amarika, (Nauzubillah) tapi suruh anda siasat
semua berita yang sampai kepada kita kerana di akhir zaman banyak fitnah, maka
elakkan diri dari fitnah agar tidak menyesal di akhirat kelak. Entry ini juga
menggalakkan umat islam bersatu dengan cara Solat berjemaah dan Dakwah cara
Nabi-Wallahu’lam.
Ps2: Jika orang bukan Islam yang baca entry ini, memang entry ini suruh anda masuk Islam. Dan bersatulah dengan orang Islam yang solat berjemaah dan berdakwah cara Nabi. InsyaAllah.