May 15, 2014

Bini kita bela Hantu?

(Baca dengan tenang, dan sila bersetuju di hujung cerita, ini agak deep, he he)

Kisah satu
Bila barang hilang, aku cari tak jumpa, tapi bini cari jumpa pulak.

Maghrib tadi, kopiah aku hilang, seperti biasa aku cari tapi tak jumpa. Bila bini cari, terus jumpa.
Aku rasa bini aku bela jin.

Tapi aku tak nak tuduh tanpa bukti, berdosa!, so lepas isyak tadi, bila aku tanya pada kawan kawan lelaki akan masalah ini, rupa rupanya..
.
.
.
.
Semua bini kami ‘bela jin’!.

Kisah 2
Orang perempuan ni memang betul bela jin!  Ajaib sungguh.

Tiap kali balik kampong atau bercuti, mereka akan siapkan beg.

Sampai di kampong atau tempat bercuti, bila kita mintak barang dari mereka. Selamba bukak beg dan keluarkan barang, yang peliknya semua barang yang kita mintak akan ada.

Berus gigi, sabun, ubat gigi, kayu sugi, pengetip kuku, putik kapas, kopiah, tuala, sapu tangan, charger smart phone, pen, gunting, ubat nyamuk, kain pelikat, baju panas, pendek kata, semua adalah.

Yang pelik semalam, aku tanya mana tumb drive?, oleh sebab bini sedang menyusu baby, dia kata ada sebeleh tepi poket beg. Aku pun pergi cari dalam beg, selongkar semua poket bag tapi tak jumpa-jumpa.

Mulalah aku rasa nak marah! sebab dah banyak buang masa cari barang tapi tak jumpa.

“awak bawak tak ni? Penat cari tak jumpapun!”

Bini selamba datang, seluk tangan dan terus keluarkan tumb drive.

Ilmu hitam apakah ini???

Woha!

Kisah 3
Dari kisah “laki cari barang tak jumpa” tapi “bila bini cari terus jumpa” tadi.. akupun share kisah tu dekat FB dengan tajuk kisah laki bini part 656 dan 657. Dapat ribu ribu like dan komen. Ramai bini orang kat luar sana mengaku bela jin dan hantu raya. Lagi satu, aku dapat info baru hari ini dari komen korang kat FB yang masing masing komplen laki dengan ayat:

“cari dengan hidung, memanglah tak jumpa?”

Bini aku lain!

Bini aku tak guna prosa cari dengan hidung atau kepala lutut.

Bini aku, bila dia jumpa barang yang aku cari tak jumpa tu, dia senyum sahaja.

Adakah Saka bini aku ni versi lain?

Tolong!

Kisah 4
Kagum bila kita cari barang yang tak jumpa, bila tanya bini, lekas lekas mereka tolong cari dan terus jumpa. Kagum dari dekat.

Puji laki sambil tersenyum kepuasan.

(Padahal dalam hati bini: Kalau tak tolong cari, habis barang disepahnya, bukannya nak susun balik, adohai..)

Eh? Akupun bela saka jugak ke sebab dapat tahu apa bini aku bisik dalam hati, kekekeke

Kisah 5
Laki: “Abang mintak maaf, sebab selalu tanya awak kat mana tempat letak barang dalam rumah ni.. padahal depan mata jer pun”

Bini: “Takpe, normal laki tanya bini bila nak cari sesuatu, walaupun depan mata.., kalau tak tanya karang, nampak benor sedang gaduh, hihihi”

Laki: “Alhamdulillah, syukur dapat isteri yang normal macam awak..”

Bini: “Saya pun syukur dapat laki normal macam abang..”

Laki: “Alang alang dah saling bersyukur ni, abang nak tanya lagi boleh tak?”

Bini: “Selagi barang tu ada dalam rumah ni,. insyaAllah saya tahulah nak jawab.

Laki: “awak nampak tak folder kuning yang bertulis “my file’ dalam tumb drive abang?”

Bini: “Amboi, tak jumpa cari folder dalam PC pun tanya bini? Melampau!”

Laki: “woha!”


Kisah 6
Laki: “Okey, hari ni sempena cuti hujung mingggu dan anak semua tak sekolah, maka apa kata kita buat gotong royong kemas rumah!

Bini: setuju!

laki: Awak sebagai bini sila kemas dapur, dan basuh baju, anak lelaki kemas ruang tamu dan halaman rumah, anak perempuan kemas dalam bilik”

Bini: "Okey, semua dah dapat kerja, awak pulak buat apa?"

Laki: “Saya akan susun folder dalam computer bagi cantik ikut susunan abjad, dan akan buang sampah dalam recycle bin.

Bini: Dah agak! Hampeh!

Kisah 7
Bini: “kenapa jalan terencut ni bang, Ya Allah, kaki abang berdarah!”

(binipun lap luka kat kaki laki dan bagi rawatan first aid)

Bini: “kenapa kaki abang ni?”

Laki: “tadi masa abang susun folder dalam computer, abang pasang lagu XPDC, kaki ni pun goyang goyang, sekali tersepak bucu pelapik CPU, tajam rupanya bucu tu.., habis luka hujung jari.., adohai, nasib baik abang pilih buat kerja yang 'susah' ni...”

Bini: “abang ni banyak dosa, Allah nak ampunkan dosa tu..”

Laki: “setuju.., adohai..”


Ps: agaknya, saka jin bini aku tu dah mengamuk tak? Woha! Ada ada jer kisah laki bini, layankan jer, adohai..