Jul 7, 2013

Kenapa ada ibu bapa menolak vaksin?

(Di tulis oleh orang yang ada parut BCG di bahu kiri. Dengan nasihat: berhentilah menipu, atau dalam kes ni, berhentilah kena tipu..)

Bulan lepas aku ada jawab isu vaksin di blog serta FB yang mana, dari komen pembaca, ramai yang setuju dan tak kurang juga ramai yang butthurt, akhirnya (setelah membuat kajian ringkas dari hujah pembaca)di sini dapat aku buat kesimpulan akan kenapa ada ibu bapa menolak vaksin.

1. Anggap Vaksin sebagai teori konspirasi.

“Hamka, Imunisasi adalah satu Konspirasi jahat Zionisme dengan tujuan untuk menguasai dan memperhambakan seluruh dunia dalam “New World Order” mereka. Rockefeller adalah pengasas WHO (World Health Organization) beliau adalah keluarga Yahudi yang paling berpengaruh di dunia, dan merupakan sebahagian dari Zionis. Apabila bayi orang islam di suntik vaksin, mereka akan mudah ditimpa penyakit apabila dewasa, dan mudahkan yahudi menyerang ummat islam.”

Hamka said:

Teori konspirasi lagi? Hampeh! Tahukah korang, dalam mahkamah, peguam bela dan peguam tuduh boleh bagi teori konspirasi yang gempak untuk kaitkan dengan satu satu kes, tapi hakim akhirnya akan menilai mengikut fakta, kena ada bukti, dalam islam pun sangat pentingkan bukti, rujuk kes hudud, so dalam teori konspirasi ni, faktanya adalah, Rockfellar mati pada tahun 1937. Dan WHO ditubuhkan pada tahun 1948. Orang yahudi sendiripun suntik anak mereka dengan vaksin. Adohai..

Setakat nak tulis teori konspiras yang gempak, aku pun boleh.., korang tahu tak?, Yahudi dah berjaya manipulasi otak korang dengan sebar berita palsu dalam internet mengenai keburukkan vaksin supaya orang islam bodoh macam korang menolak sains lalu menjadi lemah dan mudah ditimpa panyakit dan mudahlah mereka serang negara islam dengan menggunakan virus terkuat yang bernama:”War of Z”!-woha!

2. Anggap vaksin itu haram kerana mendapat doktor pakar yang mereka percaya cakap haram.

“Pakcik mayat, saya rujuk dotor pakar, Vaksin ada benda merbahaya yang merosakan otak, pakar tersebut adalah doktor Majid Katme, (medical doctor). Saya juga merujuk kepada pakar vaksin, Dr Leonard Horowitz.”

Hamka said:

Waktu ni aku sedar tahap bahaya (sebahagian) orang islam dalam bab menilai fakta, pakat main telan jer tanpa selidik, langsung tak beramal dengan surah Al hujarat ayat 6. yang mana setiap orang islam kena selidik setiap berita sepuya tak menyesal,  benda ni boleh search di internet, Dr LeonardHorowitz tu bekas doktor gigi, bukan pakar vaksin, adohai.., dan doktor Majid Katme pulak tade dalam radar wikipedia pun, dengan bantuan seorang penyilik,kita lupakan wiki, kita cari dalam carian SCOPUS (perlu ID) -- carian terbesar di dunia untuk semua artikel sains dan teknologi yang DIIKTIRAF dan tidak menjumpai sebarang artikel jurnal yang berkaitan dengan beliau. Setelah di selidiki juga, akhrinya tahu bahawa beliau merupakan retired psychiatrist dan bukan paedatrician ataupun neurologist mahupun 'fake scientist' seperti andrew wakefield yang ditarik balik status sainstis beliau selepas secara salah mengatakan vaksin MMR adalah penyebab autism (the lancet).

Nasihat aku, jika pandai asas sains dan pandai asas english, cuba baca asal usul anti vaksin di bawah, siap dengan analisa sekali, jika tak paham jugak bermakna, bodoh sains, bodoh english, dan bodoh sombong:


3. Anggap vaksin itu haram sebab tidak islamik.

Pakcik keretamaayat, Ilmu Allah sangat luas untuk di terokai...Kalau kita dah was-was dengan satu bahan maka jatuh haram. So boleh usaha cara lain...Homopathy adalah usaha selain vaksin...makanan sunnah nabi pun adalah salah satu usaha kalau diamalkan. Kita orang islam mesti merujuk pada nabi dan sahabat,bukan merujuk pada apa yang diri anda buat, kalau vaksin tu power nescaya(insyaAllah) Allah dah sediakan untuk anak nabi saw dan sahabat..,

Hamka said:

Aku tertinggal, jika tadi aku cakap jangan jahil asas sains, asas english, supaya korang boleh cari fakta dengan tepat, seperkara lagi tolonglah jangan jahil bab agama, rujuk ayat bab menyebarkan fakta surah al hujarat. Korang dah fail. Maaf agak kasar, dan aku sendiri masih banyak jahil agama sebab tu kena betul betul cari fakta sebelum sebar, betul betul cari pakar sebelum bertanya.., Vaksin juga termasuk dalam salah satu konsep tawakal.

Orang yang menolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, tawakal adalah menggunakan asbab dengan yakin yang betul...

Rujuk kisah Nabi ikat buraq di masjid.., ikut logik kita tak kan lah buraq nak lari waktu nabi solat, tapi Nabi nak ajar ummatnya bertawal dengan cara yang betul, guna asbab, tapi yakin dengan Allah.

Satu lagi, dalam islam dah ajar, jika tak tahu, tanya kepada yang pakar, rujuk an-Nahl: 43.  Homopathy ni bukan tempatnya korang nak merujuk bab vaksin, adohai.., (siapa rujuk Homepathy dalam perubatan moden adalh sangat kelakar..) memang benar ada yang ambik vaksin masih kena penyakit, tapi peratusan nya jauh sangat rendah dari mereka yang tak ambik. Inilah kuasa Allah. macam orang kunci motor tapi hilang jugak, tapi peratus hilang motor lepas kunci jauh lebih rendah dari peratus hilang sebab tak kunci.., inilah konsep tawakal.

4. Anggap Vaksin itu haram kerana ada babi.

“Cik Hamka, dalam vaksin banyak dna babi, awak nak cucuk anak awak dengan dna babi?”

Hamka said:

Mak Cik adik, jika dalam salah satu jenama ubat gigi ada DNA babi, maka perlukah kita haramkan ubat gigi jenama itu sahaja (bijak) atau kita haramkan semua jenis ubat gigi (bangang)? Jadi cik adik dakwa dalam vaksin ABC ada babi, maka saya yang perasan bijak ni haramkan semua jenis vaksin walaupun takde Babi?, Nak pilih jadi bijak ke jadi bangang? Tepuk dahi!

5. Anggap vaksin haram sebab ada fatwa dari ustaz cakap vaksin haram.

Tuan Hamka (Kereta Mayat), Berikut adalah respon dariMufti A.S Desai MUSA Vaccination is not permissible. See attachments.

Hamka said:

Jauh sangat sampai ke luar negara, mari kembali ke malaysia: Baca fatwa yang di keluarlan oleh ulamak Malaysia dalam bahasa melayu:






6. Tolak Vaksin kerana ada benda kotor.

“Bro keretamayat, saya memang tak percaya teori konspirasi, saya betul-betul merujuk vaccine insert, anda boleh mintak dari KKM dan baca sendiri kandungannya... memang bahan yang dalam vaccine tu adalah benda kotor... nak ke suntik anak dengan kandungan yang macam tu? untuk mencegah je pun, bukan mengubat. kalau memang dah sah-sah ada benda najis, kotor dan merbahaya masih nak suntik pada anak? geli saya nak sunti bahan yang datang dari benda kotor dalam badan anak anak saya. Kenapa doktor rahsiakan ada benda kotor dalam vaksin?”

Hamka said:

Sebelum tahun 1796, manusia di bumi ini berhadapan dengan gejala penyakit cacar yang mudah merebak dan membawa maut yang tiada penawarnya, kemudian menurut sejarah, munculah Edward Jenner yang memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..

Jamer Phipps sudah IMUN dengan penyakit itu.., dan dari situlah bermulalah kaedah vaksin dalam perubatan..

kepada anon, bahan dalam vaksin memang datang dari benda kotor, perkara ni dah tahu DUA RATUS tahun dahulu.., dan begitulah kaedah imunisasi.. yang kau baru tahu hari ni tiba tiba perasan pandai dan sebarkan jangan suntuk vaksin sebab dalam vaksin ada benda kotor, nak tunjuk pandai ke nak tunjuk bodoh? adohai..

7. Tolak Vaksin sebab tak takut anak mati awal.

“Brother mayat, Assalam, Pernah tak terfikir kenapa Allah ambil nyawa kanak-kanak? Comfirm syurga...kenapa kita takut anak-anak kita mati? Apakah kalau besar nanti dia boleh comfirm masuk syurga? Bukankah akhirnya kita akan mati? Mana lebih baik, mati ketika kanak-kanak atau sudah tua dan banyak dosa macam aku ni... Sesungguhnya Allh swt tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Melampau tak kalau cakap kita takut anak-anak kita mati kerana takut Allah hantar anak-anak kita ke syurga.

Hamka said:

Mula mula konspirasi, lepas tu kandungan dalam vaksin, lepas tu tak islamik, dan akhir sekali nak anak mati awal supaya boleh jamin ibu bapa yang banyak dosa ke shurga. Hmmmm..


.
.
.
.
.
.
.
.
.Ok, tutup majlis dengan tasbih kafarah.

Woha!

101 comments:

  1. penah alami situasi adik nak diberi vaksin ada dna babi sebab itu ubat terbaik..

    terang2an ditolak. moge ada jalan lain walaupun tak sebagus yang diperkatakan.

    alhamdulillah tanpa vaksin tu, adik sihat walafiat :)

    ReplyDelete
  2. 1st! silent reader. Hm mesti dorang baca buku Jerry D. Gray tu. hehe

    ReplyDelete
  3. vaksin tu prevent n nk kuatkn imiun bdan dgn meninjek vaksin itu kedlm bdn bayi @ mnusa yg mmg xde penyakit tu. Kalo btul hebat naww why still ada those penyakit sdgkn da d cucuk??? Buat rujukn dlu bai byk yg da di dedahkn. Xkn la kt group2 kt fb tu yg doc2. join nk menipu walaupun segelintirnya x menyokong @tkt nk explain??? Yer la masing2 ada tanggungan. N yes certain bhn dlm valsin mmg mempunyai dna babi. Contohnya rota virus & sedeh bila ada doc yg anggap vaksin rota virus no still halal walaupun dah tahu ada babi walaupun kdgan dia sikit. N doc tu muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yg di inject tu sebenarnya adalah virus/bakteria/antigen yang dah dilemahkan/dimatikan dan ada juga yang masih aktif. Boleh rujuk beberapa jenis vaksin mengikut jenis penyakit. Saya belajar semua ni.. Nak develop satu vaksin bukan sehari dua. Boleh makan lebih 10 tahun. Vaksin tu tujuan dia nak introduce antigen dalam badan supaya badan kita akan ada tindak balas untuk hasilkan antibodi yg spesifik untuk setiap jenis antigen (virus/bakteria/parasite). So, bila dah ada antibodi yg spesifik, bila dapat je serangan penyakit tu, antibodi tu boleh terus bertindak. Sebab tu akan ada tindak balas seperti demam, muntah dalam masa 2 3 hari selepas vaksin. Tanda tindak balas badan kita cuba lawan antigen tu. Dan memang betul, vaksin takkan berkesan 100%. Bila kita dalam keadaan immunosuppressed, antibodi mungkin tak cukup kuat nak lawan antigen yang tiba2 menyerang.. Contoh paling terdekat kat haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebanyakan yg dapat penyakit yang sepatutnya dilindungi oleh vaksin adalah haiwan yg pernah dapat suntikan vaksin tu sendiri. Ia disebabkan oleh faktor sekeliling, penjagaan oleh manusia dan kehidupan seharian. Kita tak boleh jamin 100% untuk vaksin ni berkesan. Setidaknya, ia adalah salah satu ikhtiar untuk masa akan datang yang kita sendiri tak tahu apa akan jadi. Saya dah dua kali ambil vaksin tetanus dan ia perlu untuk saya disebabkan keadaan sekeliling tempat kerja saya yang memerlukan saya untuk mendapatkan perlindungan daripada penyakit yang tak dijangka. Sekadar berkongsi. Terima kasih.

      Delete
  4. dari body language hamka,post ni ialah untuk meyakinkan diri dia sendiri rasanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Body language? Kau baca ayat dia diblog ke kau tgk dia kat tv?

      Delete
  5. Kebanyakan orang biasa lebih suka konspirasi dan sensasi daripada kaedah saintifik untuk mengkaji sesuatu perkara. Dan kebanyakan orang Islam zaman sekarang suka dengar testimoni daripada menggunapakai Fiqh Awlawiyat.

    Vaksin diberikan tak semestinya semua ada babi, ada yang guna patogen yang dilemahkan atau dinyahaktif.
    Vaksin diberikan cuma merangsang keimunan bayi, dan mengikut trial run kemungkinan untuk bayi sihat MELEBIHI bayi sakit atau mati. Vaksin terbukti membantu keimunan bayi sejak tahun 1700an lagi.

    Ya, ia bukan ubat, tapi ia 'booster'. Ingat tak masa korang ambil BCG, ada kawan korang mati/pengsan/muntah darah? Sekarang korang dah dewasa ada kena tak batuk kokol/tibi/rubella/? Ada tak korang punya kaki jadi bengkok dan lembut akibat polio?

    Tengok, dengan sihatnya korang pada zaman sekarang ni telah membuktikan bahawa vaksin memang selamat dan boleh digunapakai. Geng-geng medic yg grad dari negara Islam yang dilecturekan oleh practitioner perubatan Arab Islam pun tak bising pasal vaksinasi ni, malah mereka anggap ia harus. Vaksin telah menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia.

    Analogi yang Hamka pakai memang tepat. Geng anti vaksin ni boleh kemukakan berbagai alasan yang bersandarkan kepada hearsay dan emosi, suka hati mereka. Yang penting saya berpegang kepada apa yang telah terbukti. Jika saya tidak divaksin semasa kecil, tentu sekarang ni saya dah dapat tuberculosis dan polio kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ber kalau2..semua tu dr Allah.sihat dr Allah.sakit pn dr Allah.sy juga x vaksin,dan saya sihat.alhamdulillah :)

      Delete
  6. Alah takat dna babi 2 3 ketul besar taik semut pun berkira. Ambik je lah, demi kesihatan, kalau dah mudarat sangat. Yang korang buat maksiat tak pe pulak

    ReplyDelete
  7. Yang nak ambik ambiklah. Yang taknak tak payah ambik.

    Vaksin ni bak kata pengomen, booster. Perkenal virus lemah/x aktif kepada badan supaya badan ada maklumat pasal virus tu. Jadi bila virus tu serang, antivirus ada history untuk dirujuk, dan peluang berjaya tinggi.

    Xnak cucuk, memang lah ada risiko, tapi bergantung juga. Tengoklah penjagaan ibubapa, keadaan keliling.

    Mudah, kalau ragu2 tinggalkan. Syubhah.

    ReplyDelete
  8. Assalam,

    He..he..you never give up don't you?

    OK. rujuk Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989.

    Keharusan (pnggunn vksin) ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 :

    ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة

    "Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan".

    Ayat yang sama di papan tanda tepi jalan dengan gambar kemalangan (sutu masa dulu).

    Cuba baca Asbabulnuzul ayat tersebut diturunkan.Dan cuba renungkan dalam-dalam, relevan tak nak digunakan dalam isu ini?

    Crying Judge
    Not a mufti.....I love you Hamka!

    ReplyDelete
  9. Assalam

    For your easy reference Sir Hamka:

    Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

    Azam 40 hari cuti sekolah!

    Khalid

    ReplyDelete
  10. Salam Hamka,

    Sebenarnyanramai karkun yang tak berapa galakkan anak2 mereka ambil vaksin, saya mengambil vaksin yang benar2 perlu, semua vaksin semasa anak masih bayi dimabil, cuma vaksin yang bersifat ada pilihan seperti rubella, saya tidak benarkan pengambilannya. Alhamdulillah, saya juga setakat ini tidak membenarkan sebarang antibiotik diambiloleh anak sejak baby, biar antibodi nya melawan sakit. Alhamdulillah anak sihat, berkat kuasa allah dan sakit2 biasa saya banyak gunakan petua orang lama2.....syukur anak yang duduk di madrasah sejak usia 8 tahun sampai 10 tahun hanya demam2 biasa sekali dua sahaja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati hati lah. viral fever and bacteria induced adalah perkara berbeza. kebanyakan akan kerap kena viral. dan kebanyakan bacteria mmg boleh dilawan antibody badan. your child is enjoying the herd immunity effect. Please read up properly and consult somebody regarding your choices. it's unfair you a making life choices basing on little to no information of what you are doing

      Delete
    2. Again with looking down on others attitude.Doc have you ever heard of term patient's own choice aka autonomy?
      Yea that damned autonomy principle that is being religiously preached by medical professors at almost medical faculties around malaysia (but frequently ignored in real medical practice, autonomy my foot!). Yes you might disagree with her decision about not allowing her baby to be vaccinated for certain reasons, but legally who are you to stop her from sticking to her own decision? She has her own right to decide on the method of treatment for her child as well as her own, and i do believe that both lawyers and judges will agree to my point (unless there's a legal act in regards of compulsory vaccine regime for babies in malaysia). So my advice dear Dr is try to win the hearts and minds of those parents by educating them about infectious diseases that targeted both babies and children plus long term complications ( use simple explanation, avoid medical jargon, be humble and respectful) ; if you're succeeded in making those parents to be interested and eager about preventive aspects then you slowly talk to them (again, dont persuade them, let them decide by their own) about vaccination and its long term benefits compared to the risks associated with some of vaccines. This might now work on all parents involved, but to be able to convince at least half of them is good enough; just let the parents-led NGOs to do the rest. Cheers.

      Zul85

      Delete
  11. Assalaamu'alaikum Hamka,

    Tuan berada dalam jemaah tabligh.
    Tuan patut selalu dengar bagaimana orang tua-tua (eldest) kita bercerita tentang analogi sains yang boleh dipertikai logiknya dan dibacakan AL-Quran atau hadis yang menunjukkan teori sains itu bercanggah.

    Tuan juga patut tahu Allah Taala letak hakikat kejayaan dalam ketaatan kepada-Nya cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

    Tuan juga patut tahu tentang ayat Al-Quran yang menerangkan sifat orang Yahudi yang umum dari kebanyakan daripada mereka iaitu selagi manusia lain TIDAK ikuti mereka.. selagi itu mereka TIDAK akan senang.

    Hadis Nabi saw juga terangkan tentang satu masa nanti orang Islam akan ikuti mereka hingga ke lubang biawak.

    TIDAK cukupkah bagi tuan cara yang ditunjukkan oleh manusia paling ulung & unggul iaitu Nabi saw untuk dibawa dalam kehidupan seharian?

    Jika ADA yang TIDAK setuju dengan vaksin kerana ia bukan cara Nabi saw.. saya harus bersyukur kerana masih ADA orang Islam yang cuba belajar untuk meninggikan Allah & Rasul-Nya ikut kemampuan dia.

    Allah Taala TIDAK jadikan dunia ini berjalan ke arah kemodenan dengan penguasaan ilmu sains & teknologi oleh Yahudi dan Nasrani untuk kita jadi ikutan dan tauladan & meninggalkan kehidupan yang diberi tunjuk ajar oleh Nabi saw sehingga ia hampir pupus.

    Ini adalah ujian untuk kita semua.

    Beritahu saya mana satu sistem yang diguna pakai dalam dunia hari ini yang sama dengan cara Nabi saw 100%?

    Sistem pendidikan universiti yang ADA pengredan, sistem muamalat & perbankan, sistem perubatan, sistem pemerintahan, perundangan (hudud yang ada di negara-negara Arab kini TIDAK serupa 100% dengan cara Nabi saw).

    Jika kita tersepit dan perlu melalui kehidupan dunia ini sekarang dengan cara Yahudi & Nasrani.. kita patut istighfar & memohon bantuan Allah untuk diberi kemenangan terhadap agama-Nya dengan cara Nabi saw.
    Bukan bertindak mendokong cara Yahudi & Nasrani.

    Tuan boleh guna vaksin..
    Tuan boleh pentingkan sains & teknologi..
    Tapi sila JANGAN ajak orang lain jadi seperti tuan.
    Sila ajak orang lain untuk taat perintah Allah dengan cara Nabi saw.

    Saya yang mungkin TAK sampai 10% bawa cara Nabi saw dalam kehidupan pada hari ini.. berharap diberi taufik oleh Allah Taala supaya TIDAK menjadi pendokong cara Yahudi & Nasrani dan penghalang Allah & Rasul-Nya ditinggikan yang menyumbang kepada kepupusan kehidupan cara Nabi saw pada hari ini.

    Eldest dalam tabligh yang Allah Taala telah beri mereka kelebihan dalam kefahaman agama.. mereka berulang-ulang kali ingatkan kita tentang cara Nabi saw.

    Sekali-sekala eldest menyatakan tentang sains & teknologi dari sudut pandangan negatif atas dasar untuk ingatkan kita bahawa Allah & Rasul-Nya yang perlu ditinggikan.
    Bukan sesuatu selain dari Allah & Rasul-Nya.

    Tuan boleh beritahu mereka bodoh kerana TIDAK buat kajian sebelum beri kenyataan tentang vaksin yang kerana TIDAK buat kajian.. mereka telah malu sendiri kerana salah & silap fakta.

    Tapi jika tuan berani berkata mereka bodoh kerana menolak sains & teknologi disebabkan cuba belajar meninggikan Allah & Rasul-Nya.. saya rasa tuan patut pergi mengembara masa lampau dan jumpa eldest dan beritahu eldest juga bodoh kerana cuba belajar meninggikan Allah & Rasul-nya lebih dari sains & teknologi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan..
      saya percaya ramai yg sedang BELAJAR tauhidkan Allah dgn contohi sunnah nabi saw(tapi tidak pula berniat bodohkan@jahilkan@sesatkan org lain sebab kita sama2 je bodoh dan hidayah Allah sentiasa terbuka luas pada sesiapa saja insyaAllah)ingin jawab mcm tuan,tapi malas nak susun ayat panjang2,lalu biarlah saja ia bagai angin berlalu sebab insyaAllah tiada untung dan ruginya jika beria2 sgt bahas berbahas ni,tapi terima kasih lah pada tuan sebab dah jadi wakil pada yg malas nak berbahas dan susun ayat...tq.
      Allah kuasa makhluk xda kuasa,kejayaan hanyasanya ada dlm agama Allah dgn sunnah nabi saw..salam.

      Delete
    2. As Salam kembali.
      Ok, sama-sama.

      Saya tidak kisah pun.. jika sesiapa pilih bagus ambil vaksin.

      Cuma tidak perlu kata bodoh dan jahil bagi mereka yg menolak vaksin.

      Beritahu shj.. anda menolak hujah mereka.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Setuju dgn izhar. Sy yakin dgn perubatan cara nabi as bekam, makanan sunnah, dan sy yakin dgn janji nabi bg pngamal habbatussauda'.. Tp kalau Allah nk uji dgn pnyakit jgk nk buat cmana ye dak..sakit jg 1 nikmat bl kita jd hamba yg brsyukur. Alhamdulillah ank2 sy x vaksin, dan semuanya sihat!

      Delete
  12. Assalam

    Aku terkesima dengan ayat ini:

    "patut pergi mengembara masa lampau dan jumpa eldest dan beritahu eldest juga bodoh kerana cuba belajar meninggikan Allah & Rasul-nya lebih dari sains & teknologi".

    Hamka bukan orang jenis seperti di atas....

    Walaupun aku tak pernah jumpa Hamka tetapi aku berani kerat jari, dia bukan orang macam tu....

    Jangan pancung brother!
    Life is a joke, don't take it seriously... Woha!

    Khalid
    110% behind KM
    Kalau nak kerat jari aku, kau tau mana nak cari aku...
    You ain't heavy Hamka, You are my brother.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam kembali.

      Setakat beritahu nama tuan Khalid shj.. saya tak dpt pastikan siapa tuan.

      Delete
  13. armani

    Dalam makanan XXX dan minuman YYY, ada enzim babi. Kadangkala ada lemak babi, sel babi, daging babi, tulang babi, bulu babi, usus babi, tekak babi, hidung babi, lidah babi, tetek babi, pendek kata semua anggota babi.
    Ini selalu dibuat untuk mensabotaj perniagaan. Yang terkini benda ini kena kepada syarikat Ramly Burger. Siap ada surat palsu dikeluarkan kononnya disahkan oleh Jabatan Agama Islam bahawa daging Ramly Burger mengandungi Babi.
    Ada antara mereka yang cakap “alah, kalau tak betul pun, bukankah ini cara untuk menjadikan orang islam lebih berjaga2?” ini kata-kata mereka yang bodoh ini. Ramly Burger rugi berpuluh2 ribu, dizalimi oleh mereka yang suka mensabotaj. Mereka boleh lagi defend perkara tersebut dengan topeng agama? Sungguh sial. Celaka mereka ini, dan para pendokong mereka.
    Walau perkara ini dibuat kepada syarikat bukan Islam sekali pun, kita tak boleh redha. Siapa yang menyebarkan perkara ini, tanpa menyemak atau mengkaji kesahihannya, turut sama-sama bersalah atas dosa mensabotaj dan menyebarkan berita palsu yang memudaratkan manusia lain (walau kepada bukan Islam sekalipun).
    Dalam islam tak diajar adab perniagaan yang menyuruh kita mencari babi dalam produk keluaran pesaing2 kita. Kalau nak jual ubat gigi halal atau jual ayam goreng halal, jangan fitnah orang lain letak babi dalam produk mereka.

    (end copy paste from Bal)

    Note: benda yang sama berlaku pada sesetengah vaksin, di sebartkan konon ada babi, tapi rupanya fitnah, adohai..

    ---------
    Rizuan

    Yang peling kadang kadang, anti orang kapir tapi rujukan juga kepada orang kapir, tepuk dahi..

    -----------
    SARS

    Aku suka jika ibu bapa menolak dengan fakta, no 1 hingga 6. Adalah jenis ibu bapa yang sangat kasihan, mudah kena tipu dan mudah pulak menipu, tolonglah tolak dengan fakta, contoh ibu bapa jenis ke tujuh, fakta anak mati masuk shurga, sebab atu aku terus tutup majlis dengan tasbih kafarah. Woha!

    --------------
    Anonymous Not a mufti

    Sebab tu aku tak guna hujah fatwa tu, aku guna hujah nabi ikat buraq..
    Nabi datang bukan untuk usaha atas dunia, tapi usaha atas iman,
    Saidina umar mati sebab darah banyak mengalir, belum ada teknologi transfer darah zaman tu, tapi takpe, yang penting mati dalam iman, bab dunia, pernah sahabat rujuk bagaimana nak bagi pokok lebih subur, nabi suruh tanya pakar pokok.., jadi bab medical, rujuk pakar medical, zalim bila kita rujuk pada orang yang bukan bidang.

    --------
    Khalid

    Terima kasih kerana sellau berdoa untuk aku, semoga aku dapat buat usaha atas iman sampai mati.

    --------------
    Hanisumayyah

    Ramai jugak doktor dikalangan karkun yang galakkan ambik vaksin, sebenarnya vaksin ini asbab sahaja, mesyuarat dalam agama adalah bagaiaman nak guna asbab dengan yakin yang betul, pernah satu orang sakit dalam jemaah, amirsab putus supaya dia solat sunnat hajat 12 rakkaat dalam keadaan duduk, lepas solat, amirsab bagi dia panadol, dia cakap, dia nak tunggu allah bagi sembuh, amirsab cakap, orang sakit wajib berdoa minta sembuh, orang sihat wajib cari asbab tolong oarng susah, siapa yang tolak asbab dia jahil, dan siapa yang yakin dengan asbab dia syirik, maka mamat ni makan, dan sembuh dna dapat sambut takazar agama.. wallhu’lam,.

    ReplyDelete
  14. duit x kuasa Allah kuasa,bos kamu x kuasa Allah kuasa,adakah org yg cakap mcm ni menganggur sebab tolak asbab? dan kalau kerja pun dia kurang ajar kat bos dia sebab tolak asbab dan sebab dia jahil pasal asbab?sebut Allah lagi kuasa dari vaksin la,dan siapa x ambik vaksin pun Allah boleh selamatkan dan bahgiakan..kita nak semua dapat msg yg Allah tu tinggi insyaAllah ful stop..

    ReplyDelete
  15. Izhar

    Nampaknya kau termasuk dalam senarai ahli keleuraga yang ke 3, tolak vaksin sebab bukan sunnah Nabi.(woha!)

    Benda ni berlaku sebab jahil agama.
    Dalam islam, walaupun wahyu belum berhenti, tapi nabi diperintah untuk duduk mesyurat dengan sahabat, salah satu tujuan mensyuarat adalah, mengumpulka fakta, dan bagaiaman nak guna ‘asbab’ dengan yakin yang betul, pernah satu orang sakit dalam jemaah, amirsab johor putus supaya dia solat sunnat hajat 12 rakkaat dalam keadaan duduk, lepas solat, amirsab bagi dia panadol, dia cakap, dia nak tunggu Allah bagi sembuh, amirsab cakap, orang sakit wajib berdoa minta sembuh, orang sihat wajib cari asbab tolong oarng susah, siapa yang tolak asbab dia jahil, dan siapa yang yakin dengan asbab dia syirik, maka mamat ni makan, dan sembuh dna dapat sambut takazar agama..
    Zaman kini, wahyu dah berhenti, tapi perintah mesyuarat kalau boleh hari hari, sahabat nak beli tali kasut pun mesyuarat, sebab tu majlis fatwa mesyuarat kumpulakn fakta, problem hari ini ramai orang buat keputusan tanpa mesyuarat, atau tanpa fakta..
    Allah buat dunia ni darul asbab, Nabi isa turun dari langit ke masjid aqsa, sampai di bumbung mintak tangga, (rujuk bayan elders), dalam usaha agama ada kaedah tafakult, yang mana takazar akan di beri ikut ehwal mereka, ikut asbab yang ada dalam diri mereka.., akupun masih belajar bab ni, tapi ramai jugak karkun yang bayak langgar tertib, aku masih ingat zaman sebelum 2000, ramai karkun bayan imam mahdi muncul tahun 2000, siapa tak keluar sebelum tahun 2000, tak layak jadi tentera imam mahdi, sehinggalah bila aku pergi mesyuarat di markaz terengganu, syurra putuskan jangan bayan tentang ramalan dalam usaha ugama, jangan bayan tetntang sains jika jahil sains, masa tu dikuatkan tertib banyak cakap atas langit(kisah akhirat) dan bawah bumi (kisah sahabat), banyak cakap 4 perkara(pertolongan Allah pada Nabi dan sahabat) sekitar 6 perkara,(iman, ibadat, ilmu, akhlak, niat, dakwah) lepas tu baru aku tengok bayan terkawal, tak ada lagi karkun yang bayan tolak ubat, tolak kerja, tolak asbab, bayan dajal dah nak dtg dan sebagainya, masa tu aku belum tulis blog, kalau tak aku guna blog untuk sedarkan bukan setakat karkun tapi semua orang islam suapya jangan cakap bende merepek.
    Oleh sebab kau karkun maka pesan aku, dalam bayan JANGAN CAKAP BAB SAINS JIKA BODOH BAB SAINS, cakaplah tentang 4 perkara sekitar 6 perkara, jika nak copy pste bayan elder, make sura kau PAHAM tentang tamsilan, tapi aku rasa baik tak payah sebab bayan bukan niat nak buat orang suka, tapi nak sukakan Allah.

    Allah kuasa makhluk tak de kuasa, yang bagi sedap Allah, bukan garam, kicap, belacan.

    : )

    ReplyDelete
  16. Allah kuasa makhluk x kuasa,sape x ambik vaksin pun Allah boleh buat dia hidup,bukan pekerjaan bagi makan Allah yg bagi makan sebab tu seluruh penganggur x mati2 kat muka bumi ni,Allah kuasa kicap x kuasa belacan x kuasa garam x kuasa,vaksin pun x kuasa,Allah kuasa..marah ke?kamu yg pandai pembaca kamu bodoh hehe.xpe kalau dah memang betul kamu pandai ape salah aku akui..
    ALLAH KUASA MAKHLUK XDA KUASA.

    ReplyDelete
  17. Assalam

    amirsab johor putus supaya dia solat sunnat hajat 12 rakkaat dalam keadaan duduk, lepas solat, amirsab bagi dia panadol, dia cakap, dia nak tunggu Allah bagi sembuh, amirsab cakap, orang sakit wajib berdoa minta sembuh, orang sihat wajib cari asbab tolong oarng susah

    Dia dah sakit. Berbeza dengan vaksin, belum sakit. Takut sakit (mati)...ambil vaksin. Tak relevan.

    Ikat buraq. Takut hilang. Bukan takut sakit atau mati.

    I rest my case.

    CJ

    Off coure...I love you Hamka. Don't ever doubt about that bro!

    ReplyDelete
  18. Assalam

    Bukankah Nabi saw bersabda (lebih kurang)setiap penyakit ada ubatnya dan madu adalah ubat segala penyakit keculi maut?

    Ada ke ubat sebelum penyakit?

    Bukankah sakit ada 2 sebab, ampun dosa atau kalau belum akil baligh naik darjat. Hatta tertusuk duri pun ada ganjarannya.....

    Bukankah bakteria adalah mahluk Allah swt dan hanya menyerang manusia dengan perintah Allah swt?

    Khalid

    ReplyDelete
  19. Assalam

    Bukankah menzirahi orang sakit seumpama dihujani rahmat Allah swt

    Bukankh doa orang yang sakit diterima oleh Allah

    Bukankah seorang ibu yang berjaga malam kerana menjaga anak yang sakit diberi ganjaran yang besar

    Bukankah bersabar atas sakit mendapat pahala yang besar

    Bukankah kerana sakit maka Hospital ada merata...ada kerja..dan ada orang ramai boleh pendapatan sara anak bini..ada doktor, misi..he..he..ada kereta mayat. Woha!

    Nikmat tuhan mana, yang kita hendak nafikan?
    Actually... It's OK to sakit.
    Life is a joke!

    Happy newborn bro. Doa bapa kepada anak seumpama doa orang teraniya. Tiada hijab.

    Doa karo.

    ReplyDelete
  20. haramkan vaksin 'lagu-lagu dan muzik muzik' kerana dikhuatiri dan diyakini 'vaksin' ini akan masuk melalui telinga dan terus ke dalam hati lalu menyebabkan lalai dari mengingati Allah.

    ReplyDelete
  21. mengharamkan semua benda tu kerja org sombong,tapi MENGAJAK sedara2 sesama muslim MELIHAT yg Allah kuasa makhluk tiada kuasa dgn contohan nabi saw itu ialah kerja kita semua..

    ReplyDelete
  22. mencegah lebih baik dari mengubat..

    untuk karkun yang lebih pamah konsep tamsilan, vaksin ni macam helmet motor atau topeng besi waktu perang.

    memang ada yang pakai helmet dan pakai topeng besi mati bila eksiden, tapi peratusnya lebih kecil dari yang tak pakai langsung..

    fahamah jabariah, menolak ikhtiar, anggap semua dah takdri Allah, berserah sahajalah..

    fahaman kadariah pula menolak takdir, semua kena usaha sendiri..

    tapi fahaman sunnah adalah, berusaha dengan bertawakal kepada Allah tanpa menolak takdir.

    dalam bayan elders, bagitahu dengan solat yang betul, jika amarika lancar bom, solat yang betul mampu letupkan bom tu dari jauh, tapi hari ini, solat kita bukan setakat nak hentikan bom, nak hentikan lidah dari mengumpat dan hentikan hati dari buruk sangka pun solat kita tak mampu cagah, jadi buatlah usaha sungguh sunguh sehingga solat boleh selesai masalah dunia dan akhirat.

    this is my blog, sometime, i never rest my case, woha!

    ReplyDelete
  23. hihihih

    pak sudin

    ReplyDelete
  24. pakai vaksin je boleh tamsil topeng besi,usaha sungguh2 pertahan vaksin boleh betulkan solat tak?huhu

    ReplyDelete
  25. Assalam

    untuk karkun yang lebih pamah konsep tamsilan, vaksin ni macam helmet motor atau topeng besi waktu perang.

    Pakai halmet bila naik motor...
    Pakai topeng besi bila perang...

    Pakai vaksin....bila...?

    It' a daily routine for me
    to rest my case.

    Love you more and more bro.

    ReplyDelete
  26. Assalam

    Happy Ramadhan bro.!
    Cuba nak terawih kat KT.
    Doakan aku...

    Crying Judge

    ReplyDelete
  27. Adohai anon2, anti-vaksin sekalian,

    Ape korang melalut nih.. Tetibe ade plak hujah

    "Bukankah bersabar atas sakit mendapat pahala yang besar"

    -Ok..back to the start.Korang xnk amik vaksin sbb xnk anak sakit kan.Hahaha.

    "Kalau x amik vaksin,anak mati xpe.masuk syurga"

    -hoi ya hoi..korang xnk amik vaksin sbb kononnye vaksin bleh sbbkan kematian la..kcacatan la. Nmpak tak percanggahan fakta korang.

    Jangan merapu weh. Dahla hamka. Org cmni x bleh diajar. Semoga anak2 mereka ni selamat akibat kejahilan ibubapa.Sad.;(

    ReplyDelete
  28. salam,tu la rajin lagi fatwa kera kan sedara semuslim yg lain,last2 bila terbelit sendiri habis kadariah jabariah semua keluar hehe,kadang2 nak taip salam pun kita x larat x payahla tetiba melaratkan diri ramal masa depan hehe,kepada yg x ambil-mungkin usaha cara lain,dan yg ambil semoga kedua2nya Allah lindung insyaAllah..insyaAllah..kalau ada yg x kena dgn sedara muslim kita yg lain,ada bayak perkataan selain kera@bodoh dan lain2 boleh digunakan,boleh dikira vaksin gak ke tu jika ada perkataan lain lebih banyak tapi kita pilih perkataan tu hehe,tamsilan topeng besi gak ke tu huhu.udah udah ler,Allah taala x pernah terikat dgn vaksin kamu sehingga kamu susah hati kat org yg usaha cara lain..
    selamat menyambut ramadhan mulia..udah2 le

    ReplyDelete
  29. saya dah berumur 30 tahun tapi takde tanda bcg kat tangan... camner ek... sempat lagi ke nak amik bcg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noob hang ambik jelah bcg tu sekali lagi, kalau tak naik jugak mungkin hang ni istimewa tak lut kuman tb

      Delete
  30. kepada armani pengkomen yg pling awal,

    aik aik..vaksin tolak sbb knonnye ade alternatif lain. mcd bleh plak mkn ye? xde mknn lain ke dik. ksian org palestin.huhu

    miawwwww >,<

    anon 10.33 am 9 july,

    aik aik..uai ckp bodo bleh plak.nik aziz kafirkan sesama muslim bleh plak.jgn dabel standard sedara.

    miawwwwww lg >,<

    ReplyDelete
  31. aku x mengundi pun,ko sebut la sape pun aku x kesah,najib ke nik aziz ke hehe

    ReplyDelete
  32. Abang mayat, aku x tahu nak komen apa sebab ilmu aku ni cetek sangat. Tapi dalam artikel kau ni, aku rasa kau x ada plak cakap yang kau menolak sunnah dan kekuasaan Allah. Apa yang aku faham dr tulisan kau ni, kau ambil vaksin ni sekadar ikhtiar atau langkah pencegahan. Tak lah kau cuma duduk dia, dan hanya bertawakal tanpa usaha. Tu yang aku faham.

    ReplyDelete
  33. Abang calon mayat,aku ingat masa sekolah dulu ustaz ajar konsep tawakal..mudah je nak paham.kenapa la manusia suka pusing sana pusing sini,benda yang mudah jadi complicated.Pada aku,aku ambil suntikan vaksin untuk anak-anak sebagai satu usaha untuk mencegah penyakit,selebihnya aku serah je pada Dia.Tu lah dia kalau dh terlampau pandai jadi memandai-mandai.Wallahualam

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum

    Mohon memberi pendangan.

    Saudari Azwani Shaari dan lain2.

    http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/appendices/b/excipient-table-2.pdf

    Jika saya boleh terangkan sedikit tentang Vaccine insert dari pengalaman saya mengkultur bakteria untuk menghasilkan Hep B Vaksin beberapa tahun lalu.

    Saudari perasan tak pernyataan ini di atas link yang saudari bagi
    “This table includes not only vaccine ingredients (e.g., adjuvants and preservatives), but also substances used during the manufacturing process, including vaccine-production media, that are removed from the final product and present only in trace quantities. In addition to the substances listed, most vaccines contain Sodium Chloride (table salt)”

    “Substances used during the manufacturing process” yang dimaksudkan di atas biasanya digunakan di dalam penghasilan vaksin. Antara cara penghasilan vaksin ialah melalui kaedah tissue culture ataupun penghasilan oleh bakteria.

    Di dalam proses ini, biasanya gene dari organisma lain akan dimasukkan ke dalam cell tersebut untuk menghasilkan antigen. Gene ni la kadang2 adalah dari babi. Tapi dengan teknologi terkini…kita boleh klon gene ini di dalam makmal…isu babi pun dah boleh di keluarkan dari masalah orang Islam. Begitu juga dengan serum yang digunakan untuk makanan cell…zaman dulu mungkin datang dari serum babi…tetapi kesedarang tentang halal makin tinggi…oleh yang demikian sudah ada syarikat yang membekalkan serum dari lembu.

    Untuk cell-cell ini hidup di dalam bioreactor (Cell2 ini termasuklah cell dari kidney monyet. )…mereka memerlukan makanan (term yang biasa digunakan adalah media) dan juga bahan2 lain untuk penyokong pertumbuhan cell seperti serum yang saya perkatakan sebelum ini. Di akhir proses mengkultur di dalam bioreactor…biasanya vaksin atau protein yang diperlukan untuk proses imunisasi akan di asingkan (purification) dari bahan2 tadi.

    Teinik pengasing ini sangat teliti menngikut saiz molekul protein. I’m talking about molecule level here. Jika ada pun traces bahan2 ini …ia adalah seperti di dalam link yang saudari beri “present only in trace quantities”

    Faham tak apa maksud “present only in trace quantities” di dalam kaedah saintifik kalau kita nak administer ke dalam badan manusia?

    Untuk faham maksud ini…anda kena belajar sedikit pharmacology…antara term yang anda perlu tahu ialah…upper dan lower limit. Tolerance limit dan beberapa term asas pharmacology. Term lain yang peril anda tahu ialah lethal dose.

    Traces quantities yang ada di dalam ubat-ubatan ini diukur menggunakan kaedah moden termasuklah menggunakan alat Gas Chromatography (GC), High Performance Liquid Chromatography (HPLC) dan beberapa kaedah lain mengikut saiz partikel dan juga jenis partikel yang bakal di ukur kandungannya. Kaedah2 ini sangat sensitive.

    Untuk makluman, bagi memastikan bahan2 tadi tidak memberikan kesan yang kronik kepada manusia…peraturan yang dikenakan untuk ubat/vaksin ini lepas kepada pengguna adalah sangat ketat. Lower level dan upper level untuk bahan2 yang di senaraikan di dalam link yang saudari beri dijaga dengan teliti.

    Boleh dikatan Heavy metal dari kangkung yang ditanam di dalam longkang di hadapan bengkel kereta lagi banyak dari di dalam ubat ubatan ini (itupun jika ada di dalam ubat laaa).
    Saya Insyallah akan membenarkan Dr. memberikan vaksin kepada anak2 anak saya.

    FYI…vaksin untuk ovarian cancer dah Berjaya dijumpai.

    Sebab anak2 kita demam lepas diberikan vaksin adalah tindakbalas tubuh ke atas vaksin tersebut. Dah kita masukkan partikel virus/bakteria ke dalam badan…dah2 la badan kita react sebelum memory cell putih kita ingat nak combat penyakit mana.

    Kepada yang cakap…Alhamdulillah…saya tak berikan vaksin pun…anak saya sihat. Ingat tuan…sakit dan sihat tu dari Allah…kalau ditakdirkan anak saudara kena polio…masa tu mungkin anda akan sedar.
    Allah tak larang kita mencegah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berharap bahawa tuan dapat mengelakkan dari menggunakan medical atau biological jargon atau menggunakan tahap keilmuan tinggi dalam menerangkan keperluan vaksin kepada orang biasa/marhaen.
      Walaupun niat anda baik dan cuba menunjukkan kebaikan vaksin secara ilmiah, besar kemungkinan mesej anda tidak sampai kepada golongan sasaran yang cuma berpendidkan setakat spm saja, atau dicap sebagai cuba menunjuk nunjuk kepandaian atau istilah orang kota kita, poyo. Silap haribulan golongan ini terus berpaling dari golongan professional dan saintis perubatan hanya kerana tersalah cakap atau silap gaya dalam approach golongan sasaran.

      Zul85

      Delete
  35. kata kata kadang kadang macam cermin.

    ReplyDelete
  36. Komen panjang lebar dari MIE, sangat bagus..

    Dari berita dunia, kes polio telah menurun semenjak vaksin diperkenalkan, namun di pakistan, dan Negiria terdapat ‘geng’ yang anti vaksin dengan menuduh, vaksin adalah rancangan jahat amerika untuk memandulkan orang islam lalu mereka menyerang petugas vaksin dan ramai petugas yang mati kena tembak, maka kes polio telah muncul kembali kerana doktor tak berani nak bagi vaksin sebab takut kena bunuh..,

    Polio ni boleh buat budak budak lumpuh kekal sampai ke tua, sekarang, di Paksitan dan Nigeria, orang dewasa yang terkena penyakit polio telah menjadi petugas sukarela untuk menyedarkan ibu bapa yang anti vaksin supaya tak jadi macam mereka bila dewasa, tak ulang kesilapan bapak mereka yang telah di tipu oleh fatwa kera.

    So, kepada mereka yang tak suntik anak mereka dengan vaksin, berdoalah agar virus polio tak merekbak di Malayisa..

    Dan kepada mereka yang cucuk anak mereka dengan vaksin dengan niat iktihar dan tawakkal, maka boleh doa untuk kesalamatan ummat dari api neraka.

    Oleh sebab anti vaksin biasanya jahil english, jahil sains dan jahil agama

    Boleh baca link dibawah dalam bahasa indonesia, (siap dengan video):

    http://plasa.msn.aquila-style.com/aquila-videos/guru-mengaji-pakistan-yang-turut-berjuang-melawan-polio/

    http://health.liputan6.com/read/530051/kampanye-polio-di-nigeria-dirusak-teori-konspirasi

    ps: Allah berkuasa, makhluk tak ada kuasa. Tolak asbab dengan yakin yang betul tak salah, tapi tolak asbab dengan kejahilan, confirm salah, adohai...

    ReplyDelete
  37. PERISTIWA.CO: Di negara-negara maju penyakit polio memang sudah tidak ditemukan, namun di negara miskin dan berkembang, penyakit ini masih menjadi menjadi masalah. Karena itu Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) menargetkan untuk menghapus penyebaran virus ini di tahun 2018.

    Untuk mewujudkan target tersebut, WHO telah menyiapkan dana sekitar 5,5 miliar dollar Amerika atau sekitar 55 triliun rupiah. Beberapa negara yang sampai saat ini masih mengalami penularan virus polio liar antara lain Afganistan, Nigeria, dan Pakistan.

    Polio adalah penyakit yang disebabkan oleh virus poliomyelitis yang bisa masuk melalui makanan, berkembang biak di kelenjar getah bening saluran cerna, kemudian menyebar lewat darah ke sistem saraf. Penyakit ini akan menyebabkan kelumpuhan serta cacat seumur hidup, terutama lumpuh pada kaki.

    Sebagian virus polio akan keluar melalui tinja dan sangat menular. Virus polio dapat bertahan di dalam tinja hingga seratus hari.

    Program imunisasi serentak sampai saat ini masih menjadi cara yang efektif untuk menghentikan penyebaran virus polio. WHO juga berencana untuk meningkatkan cara-cara deteksi virus sehingga transmisi virus ini diharapkan sudah dieradikasi di tahun 2014.

    Meski imunisasi polio sudah menjadi program rutin pemerintah di banyak negara, namun menurut WHO eradikasi penyakit ini sulit karena penularan virusnya sangat cepat.

    “Selama masih ada satu anak yang belum divaksin maka seluruh anak di satu negara masih beresiko tinggi tertular polio. Kegagalan mencegah penularan dari satu anak ini akan menghasilkan 200.000 kasus baru setiap tahunnya. Dalam 10 tahun, seluruh anak di seluruh dunia ikut tertular,” tulis WHO dalam situsnya. (kompas)

    ReplyDelete
  38. Salam abang mayat.

    Aku suka baca kau punya post kat blog kau. Tapi aku memang tertarik ngan kau punya entry pasal vaksin tu.
    Entah, aku pown x faham kenapa ramai yang salah faham dengan tulisan kau tu. Mungkin bila kau tulis perkataan bodoh, diorang terasa dan semangat membalas balik ape yang kau tulis. Diorang terasa seolah-olah kau cakap dia bodoh. Aku x terasa sebab aku x bodoh, lagipon ape yang aku faham dalam tulisan kau tu vaksin tu hanya salah satu usaha, sama macam panadol, antibiotik dan menda-menda lain lah. lebih baik berusaha dan bertawakal dari bertawakal tanpa ape-ape usaha.

    Macam masa nak peksa, kau x usaha pown, tapi kau hanya bertawakal dengan menyerahkan segala-gala kepada Allah, result nya adakah korang berjaya? So, setiap tawakal perlu didahului dengan usaha.

    Seriyes aku pernah hadapi satu situasi dimana salah sorang ahli keluarga aku kena demam kencing tikus, dan masa tu kitorang dah dapatkan rawatan yang terbaik, selebihnya hanya bertawakal. Tapi masa tu aku x terfikir pown nak tanya doktor apa kandungan dalam ubat, antibiotik atau vaksin yang dia suntik, yang aku harapkan time tu, dia pulih. yelah, dalam islam pown kalau darurat kita boleh makan babi (if betul-betul darurat). sama macam orang kritikal, dikira darurat gak kan? sebab kau da x ada pilihan lain selain dari ubatan sedia ada.

    Lagi satu, ada yang cakap kau menuduh orang yang mendahului sunnah itu menolak sains sampai suruh kau pergi jumpa eldest zaman dulu cakap diorang bodoh..seriyes aku pown terpaksa cakap dia tu bodoh. Aku x nampak langsung kat mana kau cakap camtu, lagipown diorang ni bebal ke sampai x tahu yang sains dan perubatan ni adalah dipelopori orang islam. ubatan dicipta oleh orang islam. Orang yang komen ni terlampau bergantung pada google untuk dapat info, kalau pandai sangat pergi dapatkan kitab ibnu sina..(kalau diorang fahamlah kan???)

    Lepas tu segala maklumat yng diorang rujuk semua dari doktor yang xberkenaan dan yang paling penting kafir....

    senang citer la, berapa ramai yang percaya hati, limpa tu boleh mendatangkan darah, sedangkan rasulullah x galakkan kita makan organ dalaman???? bab kat sini diorang percaya yang mana???

    bro, aku rasa cuba kau tulis topik pasal antara ilmu perubatan dan sunnah nabi tentang permakanan hati dan limpa. Cuba kau huraikan, dan aku nak tengok apa response diorang sumer..sebab aku tahu kt luar tu sumer makan hati sebab nak tambah darah, leh plak diorang abaikan sunnah rasulullah...

    salam, selamat posa besok

    ReplyDelete
  39. Prince of Noob

    bcg percuma untuk kanak kanak sahaja, (tapi ibu bapa tak nak) untuk org dewasa, RM150 sekali cucuk. ambik ko, bagi free tak nak- woha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada apa yg free..
      Tu kan duit tax

      Delete
  40. salam,selamat berposa untuk semua juga..Dah la udah2la,Allah kuasa vaksin kamu x kuasa..kamu tau yg semua manusia kat lua makan hati sebab nak tambah darah?kamu tau besok hujan kul berapa x?sebab aku nak beli makanan buka posa(insyaAllah)takut hujan lak time kelua rumah,bagi info sini esok hujan kul bape ye hehe.lupa gtau kamu dorang makan hati bukan tggl sunnah tapi sebab tamsil topeng besi huhu..semoga yg ambik dan x ambik tetap berada dlm kasih syg dan ampunan Allah..insyaAllah.

    ReplyDelete
  41. hamka,
    ape kate ko copy paste komen mie msuk dlm satu entry. jadi xdela manusia2 belagak pndai ni abes pndai tulis psal prubatan. ksian dorg xdpt bace nnti.

    ReplyDelete
  42. hamka,
    ape kate ko copy paste artikel tentang Allah dan Rasul saw dalam semua entry ko di bulan ramdhan ni..kesian dorg x dpt bace nnti.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum,

    Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang tak pernah mengambil vaksin. Malah anak-anaknya juga tidak diberikan vaksin. Alhamdulillah lelaki itu dan keluarganya sihat sejahtera tanpa vaksin. Lelaki itu mengamalkan habbatussawda, kurma, madu, kismis, cuka, zaitun, buah tin, dan makanan sunnah yang lain. Beliau juga rajin bertahajjud, berzikir,dan beramal ibadah yang lain. Kita dapat mengagak daripada amalan lelaki ini bahawa beliau adalah seorang yang sihat rohani dan jasmani. Anda mungkin berkata, itu zaman dulu. Vaksin mana ada time tu... Sekarang dah moden dan maju.

    Tahukah anda siapa lelaki yang sihat itu? Dialah Muhammad Rasulullah. Sunnah nya relevan untuk setiap zaman dijamin oleh "Doktor Pakar di langit"

    Lebih baik berdakwah makanan sunnah daripada mempertahankan vaksin yang tidak dijamin oleh "Doktor Pakar segala doktor pakar"

    Tanya diri sendiri, sudahkah kita istiqamah mengamalkan cara hidup sunnah yang telah diiktiraf oleh Allah sehingga kita hendak mencari vaksin yang tiada siapa berani jamin.

    Tepuk dada tanya iman.

    Wasalam

    ReplyDelete
  44. pada zaman dahulu juga, malaikat telah datang belah dada beliau dan cuci hati beliau dari kekotoran menyembabkan beliau imun dari sebarang penyakit hati.

    Sunnah Nabi terbaik, aku tak kesah korang nak tolak asbab dengan ilmu, yang jadi masalah bila korang tolak asbab dengan kejahilan.

    Cuba tengok video hafiz yang lumpuh kerana polio sebab ayah dia menolak vaksin dengan jahil..

    adakah masa depan beliau musnah? tidak, malahan beliau istiqamah solat berjemaah dan hafal al quran, cuma selain beliau mengajar sunnah, beliau juga berkempen kepada ibu bapa di paksitan agar tidak menolak vaksin dengan kejahilan.

    Vaksin ini sains, benda yang boleh dibuktikan,

    Agama ini adalah ketuhanan, benda yang tidak boleh dibuktikan dengan sains.

    pesan aku jika mahu faham:

    Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

    Jika anda tidak kesah anak cacat yang penting ikut sunnah (walaupun anda menolak asbab) aku bukan mahu berdebat, tiada paksaan dalam islam, dan tiada paksaan juga dalam sains.

    ps: Anak Nabi yang lelaki seramai 3 orang semua mati kecil, sejarah tidak menyatakan penyakitnya dengan jelas, kita sangka baik, semuanya adalah ujian dari Allah. Nabi SAW juga pernah bersabda, pada setiap kekasih Allah ada penyakit yang menaikan darjat mereka, kata Aisyah, aku sering melihat Nabi membalut kepalanya dengan kain sambil berkata: wahai kepala ku yang sakit.., ada riwayat juga mengatakan nabi wafat kerana luka lama dari perang, bermakna Nabi mati syahid, namun, walaubagaimana susah dan menderitapun Nabi Muhammad SAW, Allah ambil nyawanya setelah agama sempurna, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah

    ReplyDelete
  45. manusia2 yg menolak vaksin atas hujah sunnah,

    Kite zaman skarang ni mkn mcm2 bahan kimia.Dgn mcd nye.Blum msuk lg mknn syubhah. Klau betul ikut sunnah,ikutla cara nabi spenuhnya.Insyaallah. Sy tak menentang kalau anda x amik vaksin pn.

    Tapi kalau dah mknn harian penuh dgn kotoran segala,tapi tak nak amik vaksin sbb bahan yg kotor. Entahla. Tanggunglah risiko tu.

    ReplyDelete
  46. Izhar, Eldest tu yang paling tua. Elders ayat yang sebetulnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, terima kasih betulkan ejaan ya.

      Delete
  47. salam,tu dia..nak buktikan yg vaksin ni benar sampai anak nabi meninggal waktu kecil pun di sebut2,anak sahabat2 semua meninggal waktu kecil jugak ke?..kalau nak ikut sunnah,ikutlah sepenuhnya,makanan harian pun dah kotor tapi tolak vaksin?kalau semua manusia dapat ikut sunnah dgn sempurna,bahgiala dunia..xda 1 manusia pun dapat ikut sunnah dgn sempurna,tapi yg mana kita x dapat ikut tetap x menjejaskan sunnah sebagai contoh paling tggi,sebab tu kita jgn cerita pasal apa yg kita buat atau x buat,tapi cerita la pasal Allah dan rasul..nak buktikan penemuan modern itu tggi sampai terlepas cakap seolah2 saidina umar meninggal sebab belum ada teknologi nak berentikan darah mengalir keluar,punyala banyak manusia meninggal 1 titik darah pun x mengalir keluar tau hehe..kalau kamu ambik vaksin kamu ambik jela,x perlula kamu nak berhujah hingga anak nabi saw pun kamu sebut2,saidina umar meninggal sebab belum ada teknologi berentikan darah mengalir pun kamu sebut2..ALLAH KUASA MAKHLUK X KUASA,KEJAYAAN MANUSIA HANYA ADA DLM AGAMA ALLAH DGN CARA NABI SAW..
    (semoga kita yg amek dan x amek termasuk jua dlm golongan yg dlm perlindungan Allah insyaAllah)

    ReplyDelete
  48. Additional reading on vaccine ~,~
    http://barelysupermommy.com/2013/07/11/vaccinations/

    ReplyDelete
  49. Point penting dari Hamka yang aku faham...kalau nak tolak vaksin sila tolak dengan ilmu..bukan tolak dengan alasan bodoh contohnya teori konspirasi bagai...

    Sama jugak benda lain...kalau taknak makan nasi lemak sila bagi alasan bahawa korang tgh diet ke ape...
    Tapi jangan la korang kaitkan nasi lemak dengan bentuk piramid seterusnya merupakan perancangan rapi dari keluarga rothschild utk membuatkan umat islam di malaysia lemah akibat obesiti...

    Dan kalau nak jadi jahil sila jadi jahil sorang2...jangan sebarkan kejahilan korang yang akhirnya membuatkan masyarakat pandang serong kepada penjual2 nasi lemak kononnya dorang ni bersekongkol dengan yahudi....

    mungkin ilmu dari blog yang dibaca dalam masa 7 minit lebih diiktiraf berbanding ilmu yang dipelajari selama lebih dari 7 tahun?

    mungkin kata2 dari anon lebih diiktiraf berbanding mereka yang berani guna nama betol?

    Ishh..buka hari ni rasa nak makan nasi lemak plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba kita sama2 belajar masukkan perkataan Allah dan Rasul dalam setiap "cerpen" kita..

      Delete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. A double-blind study is one in which neither the participants or the experimenters know who is receiving a particular treatment. This procedure is utilized to prevent bias in research results. Double-blind studies are particularly useful for preventing bias due to demand characteristics or the placebo effect.

    For example, let's imagine that researchers are investigating the effects of a new drug. In a double-blind study, the researchers who interact with the participants would not know who was receiving the actual drug and who was receiving a placebo.

    Anti vaccine fail this area

    ReplyDelete
  52. dear anti vaccine

    You really are a credulous, uneducated conspiracy nut whose health has benefited from the herd immunity of the vaccinated population. You employ every logical fallacy under the sun to back up your ridiculous statements. Your input is totally worthless. You should thank the rest of us for your health. And don't forget, you are STILL benefiting from your childhood vaccines. woha!

    ReplyDelete
  53. I am not a scientist, nor do I claim expertise in that direction, at all. However, as a professional magician, I do understand two facts about our species in considerable depth: I know how people are deceived, and – more importantly for this present discussion – how they deceive themselves. Others with proven expertise in medicine will provide every sort of fact and lots of figures on how many – literally millions – of human lives have been saved since medical science came up with vaccines back in the 1770s. In fact, it would be difficult to offer a more striking example of a powerful, dependable, scientific discovery that has proven itself so positively, for more than a century now. Unfortunately, there are uninformed, biased people currently preaching loudly that we should abandon this great discovery and allow life-threatening infections and diseases to again take over as decimating elements in our pursuit of health and longevity.

    Fear of medical progress is, to some extent, understandable. Parents of children who believe that vaccines threaten their kids can easily be influenced by ignorant celebrities – sports figures and cinema stars – who may well honestly believe and repeat the horror stories they’ve been told. These stories are naturally frightening to those uninformed of the facts, but are often built entirely upon misunderstandings of reality. The “Big Pharma” golem that has been invented by the naïve came about from the fact that the creation and development of new means of conquering disease is very expensive, and the billions spent in that pursuit must be defrayed in the costs of the products. Yes, this is unfortunate, but the results of such research are evident when the statistics are considered. Today, the scourge once known as smallpox is controlled, polio is no longer crippling children worldwide, and simple preventive means are available to most of the world. The lives saved are incalculable.

    However, these facts are sometimes forgotten when a popular actress, a well-known author, or a religious figure stands up and declares – with no authority whatsoever – that vaccines are responsible for causing the dreaded condition known as autism, for example. The fact that entry into a child’s system is made to administer a vaccine, can override a parent’s common sense, set off alarms, and bring about panic that the government is imposing rules on the populace that are not necessary and that may be harmful.

    When the thalidomide scare erupted in the 1950’s, the public’s fear of medical science was brought to a peak. That drug was withdrawn when it became known that birth defects could be a side-effect of its use, and though it is still used with a different application, that dreadful lesson is still before us. We’ve learned a lot since then, as we tend to do when errors are made, but the idea that vaccines cause autism is a very thoroughly tested, researched, and disproved notion.

    We have a Dark Age of sorts facing us, one in which a generation of children may be decimated through the ignorance of the public, fueled by irresponsible public figures who assume expertise they do not possess. Every parent will defend a child; withholding legitimate, effective, medication is not the way to do it… That is self-deception, resulting in well-meant but often fatal results. We must work harder to oppose this effort!

    ReplyDelete
  54. Assalam

    The Prophet pbuh. lost 2 son which no Mukmin will deny. And Mukmin belive that every step and aspect in life which is accordance with the holy life of the prophet pbuh is a sunnah which will be awarded martyr...and his anak sedare (Ibnu Abbas rahum)said it will be 100 time martyr reward.

    Perhaps you will suffer mising your son or daughter but don't this bloody life is just temporary basis? Tears in heaven ? Will you know my name, if I saw you in heaven...he..he..

    One day in hereafter is equal to 1000 years of this bloody life...

    Don't life is just a dream, and you will wake up one of this day?

    So..why thank human for the health that God gave, which also includes the brains of doctors around the world which claimed they give good health for human being? Then who gave good health to the doctors? The doctors themselves?

    Wake up! Don't God gave us brains?
    So that we can be doctors for the best creature of God made, aiee?
    If there is no patience then, will there be any doctor?...errr...if there is no criminals then will there be any cops, lawyers and judges? Life is a joke, don't they? Woha!

    The companion rahum. of the Prophet pbuh. have prove to us that with 2 rakaat of namaz, can bring life to a dead daughter and dead camel.

    Yes we are not sahabah, but don't God help us 50 times more then the sahabah and do you wonder why all the prophets wanted to be like us the ummat of Muhammad?

    Thanks for the khidmat doc but not for the health...it's God made, not yours.

    I will never betray my God.
    Azam 40 days in the path of Rabb in this coming school holiday. Amin

    Cryingfella.

    ReplyDelete
  55. As salam, after long reading, hnya sorg je bro saintis yg betul2 buat cell culture komen kt sini..and i am also one of the staff yg buat cell culture hari2 dan aktif menerangkan bab vaccination ni..terpulang pd sape2 nk tolak vaksin..sape yg penah belajar bab ni, dan phm sila amalkan..sape yg xnk cuba phm xpe tinggalkan takut syubhah katanya..isu dna babi dh lama xde..sbb kita dh replace dr sumber yg halal..maybe post2 dr dlu2 masih berlegar di internet..google semua..jd skrg org klik je trus dpt baca info samada betul atau xbetul..atau yg xdiperbaharui..maybe juga ada yg kurang phm bab pemprosesan ni sbb diorg tak terlibat..xleh slh kan diorg sbb mmg xpenah tlibat dlm pemprosesan ni..klu nk bagi diorg phm kena ajar n tunjuk satu2 dari bab immunology, virology, bacteriology, pharmacology, clinical mircobiology, chemistry dll. kena master betul2 dlm semua ilmu tu inshaa Allah akan phm..semoga usaha kita mencurahkan ilmu dlm sains dan vaccination ni diberkati Allah amin..inshaa Allah..sy alhamdulillah percaya utk amik vaksin utk anak2 sy sbb sy sndiri bkerja n terlibat dlm bidnag ni dan sy tau setiap kandungan nya..jd tiada isu syubhah disini..sape2 nk tolak x dilarang..kena phm perasaan ibu bapa yg masih kurang phm psl ingredient dan purpose and history vaccine ni sbnrnya..semoga kita diberi hidayah..

    -lots of love from islamic scientist-

    ReplyDelete
  56. aku bukan saintis, tapi Allah cipta akal dan perintah manusia menggunakan akal.

    Dalam bab agama, aku suka imam ghazali punya pesan: jika ada hadis lain yang lebih sahih membatalkan hadis yang beliau kaji, maka tolaklah pendapat beliau dan gunakanlah hadis yang lebih sahih.

    Bab sains pun sama, jika sudah ada ada LAW, apa guna lagi merujuk kepada TEORY?, adohai...

    ReplyDelete
  57. salam hamka.
    apa kata kau lari topik sikit..
    kau cuba terangkan isu pasal pelaburan ASB..boleh?

    ReplyDelete
  58. setelah tengok 'peperangan' antara pro-vaccine dan anti-vaccine, saya ingin bertanya, adakah anda belajar mengenai vaccine?.. jika anda belajar dan melihat kajian yg dilakukan oleh scientist macam mana nk dptkan vaccine tu, pasti anda akan tarik balik kata2 anda kerana kajian tersebut dilakukan bertahun2 dan perlu bertahun tahun untuk diapprove oleh WHO, FDA, dan pelbagai agensi yang mengawal pengeluaran dan kualiti produk tersebut. vaccine dihasilkan atas tujuan mencegah, dan sunnah nabi adalah mencegah kemungkaran daripadaa berlaku, bukannya perkara dah berlaku baru nk cegah. mereka yang mendekatkan diri dengan perkara yg memudaratkan adalah berdosa besar. kerana amalah memudaratkan diri adalah amalan orang kafir. jgn salahkan orang yg buat vaccine tu orang kafir, diorang xnak anak bangsa diorang mati awal dan penyakit bersebar. so diorang kaji vaccine. kalau xnk ambil vaccine, diamkan diri, kerana jika anda mencegah orang lain berikhtiar, maka anda tergolong dalam golongan yang zalim. kerana hanya raja yang zalim pada zaman Gelap di eropah yang menentang golongan saintis dengan membunuh mereka sehingga banyak inovasi pupus begitu sahaja. dan islam membawa teknologi ke eropah dan orang eropah mula dapat meneruskan kajian yang tertunggak dahulu dengan teknologi dari umat islam serta penjatuhan penguasaan Mubaligh katolik dan golongan atasan. maka banyak penyakit dapat diatasi seperti Spanish Flu yang meragut jutaan nyawa pada zaman tersebut. maka, jgn salahkan orang kafir menkaji vaccine sebaliknya kita meneruskan kajian mereka agar kita dapat mencari vaccine yang lebih baik dan halal serta mencari lebih banyak alternaatif yang baik. dan tanpa memudaratkan. jika anda ingin menafikan vaccine, buatlah kajian yang mendalam dan berusaha mendalami biotechnology dan genetic engineering. kerana bidang ini berkaitan dengan vaccine.

    di sini saya lampirkan terjemahan ayat alquran untuk tatapan

    [3:7] Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mu-tasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

    ReplyDelete
  59. point no 7 mmg mnyakitkan hati aku

    sampai mcm ni tahap pemikiran orang melayu bila bercakap pasal agama

    ReplyDelete
  60. detective nie

    bab percaya ni: Nabi tunjuk mukjizat pun orang sombong tolak, apatah lagi jika benda ghaib atau benda yang kita jahil, adohai..

    ReplyDelete
  61. salam,kamu doakan anak kamu sehat serta kamu doakan jela anak org lain yg x amek sehat gak, apa la yg buat kamu susah hati sangat hehe.kalo dia x amek, kerja amek nyawa tetap kerja Allah,so kamu doa la kat Allah supaya anak dia selamat,yg kamu mcm nak paksa org amek gak tu kenapa,kan kamu boleh doa kat Allah supaya anak dia selamat sebab Allah la yg memegang nyawa,kamu doa je kat Allah ok...
    sampai ada yg tulis 2 3 page beserta ayat quran,tapi untuk vaksin,quran diturunkan untuk tauhidkan Allah dgn contohan nabi saw,bukan tauhidkan vaksin..Allah itulah yg mengambil nyawa,bukan vaksin,jadi jika ada org xnak ambik,ape yg buat kamu berputus asa dari menyalurkan kasih sayang kamu kedalam doa kepada Allah untuk mereka?sebab Allah la yg mengambil nyawa..kamu tulis la sepuluh page hujah atau sepuluh surah dgn niat meninggikan vaksin pun,yg mengambil nyawa itu tetap Allah,jadi kamu tetap ada jalan berkaseh sayang terhadap sedara mara kamu yg x buat mcm kamu,doa je la ok..kejahilan itu sementara kalau Allah mau,tapi neraka itu kekal pada yg bijak juga kalo Allah mau..nabi tunjuk mukjizat sebab nak Allah tggi bukan makhluk tggi..nabi tunjuk mukjizat ramai yg tolak Allah.kamu tunjuk bukti vaksin ada x sesiapa tolak Allah?cube periksa komen2 balik,bahkan ramai yg ingatkan kamu tentang Allah lagi ada..

    ReplyDelete
  62. Assalam

    Macam mana nak guna akal bila fatwa kebangsaan tentang vaksin guna ayat 195 surah Al Baqarah?

    What a joke...

    Betul aku ambil BCG tetapi itu bukan sebab aku tak mati atau tak sakit.

    Bukankah yang cipta vaksin BCG juga adalah manusia yang diberi akal oleh tuhan?

    Kerana Tuhanlah aku tak mati(lagi) dan tak sakit. Bukan vaksin.

    Tak salah nak ambil, jangan yakin ia dapat menentukan anda tak sakit atau tak mati kerana penyakit.

    Ya Rabb, jadikanlah kami harta yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa kami dn jadikanlh anak-anak kami harta kami yang tidak ternilai di akhirat nanti.

    Hamka beraya kat mane, nak minta duit raya? Woha!

    Smile, God is watching!

    ReplyDelete
  63. aku naik motor tak pakai helmet, dua kali eksiden tak mati.

    kawan aku hari hari naik motor pakai helmet, eksiden sekali terus mati.

    Helmet dan vaksin tak ada kuasa.

    yang berkuasa adalah Allah.

    Moral: Tak payah pakai halmet, vaksin, semua tu konspirasi nak jual barang.

    ReplyDelete
  64. Zaman nabi mana ada naik unta pakai helmet? atau vaksin.

    bodoh semua tu, yg selamat kan kita hanya Allah.

    ReplyDelete
  65. Bagus jugak jika kita tukar vaksin kepada helmet.., sebab bab vaksin ni kena ada ilmu sains, bab helmet semua boleh piker sendiri, he he he

    Bayangkan jika ada ibu bapa menolak anaknya memakai helmet waktu naik motor.

    Alasannya:

    1. Helmet sebagai teori konspirasi.- Halmet adalah satu Konspirasi jahat Zionisme yang mana bahan dalam helmet boleh membuatkan kepala jadi berat, dan telinga menjadi tuli, maka senanglah yahudi nak menakluk orang islam.

    2. Helmet itu haram ‘doktor homopaty’ cakap haram sebab menyerupai orang kapir, siapa menyerupai orang kapir maka akan masuk neraka.

    3. Helmet haram sebab tidak islamik. Sepatutnya guna serban.


    4. Helmet haram kerana ada babi. Dalam selaput helmet ada tulang babi!


    5. Helmet haram sebab ustaz naik motor pakai serban, kita kena ikut ustaz, Nabi dulu naik unta mana pakai helmet? Bidaah!

    6. Tolak Helmet kerana ada benda kotor. Tali helmet di buat dari darah babi.

    7. Tolak helmet sebab tak takut anak mati awal.

    Woha!

    ReplyDelete
  66. Imunisasi yg terbaik adalah susu ibu..
    Tunaikanlah hak anak2 dgn memberi minum susu ibu slama 2 taun stengah..maka lengkaplah imunisasi yg dia perlukan pd waktu tu..

    Ni bru 2,3 min budak tu kuar, dh kengkabut xde susu la, budak lapar la.. Trus nk bg fm..yg tah hapa2 ada kat dlm tu. pastu kengkabut nk inject sgala heavy metal kat budak tu..

    Then bila smpai masa dia nk increase lg immune system dia, maka Allah bg la dia sakit tu, supaya dia generate sndri..Allah tau when is d right time. Xyh la dr baby nk suh dia tanggung sgala mcm vax tu.. Kesian dia..

    Ni sakit, trus bg panadol..mmg kesian sgguh. Betapa system dalaman dia x diberi peluang utk develope sndri..
    Semuanya diganggu..

    Vaccine adalah salah satu cara imunisasi..
    Tp bukannya satu2nya cara imunisasi..
    Xnak vax, it's ok, amik cara lain..
    Nak amik pn ok, it's ur choice..

    Tp klu vax pn xnak, nyusu anak pn xnak,
    Pastu hentam mkn merapu rapu suma.. Mmg speechless la..

    ReplyDelete
  67. .. mcm2 pandang...

    woha....

    suka ati hamka nak tulis apa...

    well.. kta ada pilihan..

    tp sy plih nk jd bijak..

    bukan taksub pada yg sy jahil..

    itu nmanya stupid.error..

    ReplyDelete
  68. segala penyakit dtg dari Allah.
    ubat2an dan vaksin wujud dgn izin Allah bukan pakar Yahudi.
    kesihatan zuriat kita juga dgn izin Allah bukan sebab ubat2an dan vaksin.
    ubat2an dan vaksin perlu izin Allah untuk berkesan.

    ada sebab kenapa Allah izinkan vaksin wujud dimuka bumi. kenapa?... fikirkanla sendiri...

    rasanya, ini asas tauhid kita pada Allah. tajamkan lagi konsep percaya qada' dan qadar.

    boss, dah ada buku baru nampak. xde yg free ke?

    DHT

    ReplyDelete
  69. dulu masa sekOlah tak nak belajar betul betul, dah besO kata semua tu kOnspirasi, cilik cilik Orak mOdhar, senggedhi nyusahe wOng... kekke...

    ReplyDelete
  70. assalam,

    niat untuk mencari kesan2 akibat vaksin mmr since my baby will get a jab of dat vaksin..(risau dengan post2 rakan2 fb yang anti vaksin).. but came across to ur blog..

    xnak cakap banyak n saya pn x reti berhujah..

    cuma nak ucapkan terima kasih atas entri anda..sangat berguna untuk saya..

    TQ, wassalam

    ReplyDelete
  71. Mari hormati pilihan masing2. Malu tgk org Islam bergaduh dlm hal ni. Umat Islam WAJIB bersatu tak kira la anda sokong vaksin atau tidak.

    ReplyDelete
  72. Bro .dripada buat entri ni better bro buat entri pasal kepentingan susu ibu.. Susu ibu tu sendri adalh vaksin terbaik penyakit untuk anak2 kite. Ade hikmah dlm alquran allah menyuruh kita myusukan sampai umor 2 thun..ramai mommy yg kurg pengetahuan bab2 susu ibu ni.. Thats why ramai yg menyerah sebelum usaha sebb ape. Sebb susu fm yg yg berlmbak di pasaran.. .

    ReplyDelete
  73. Aku bg anak aku vaksin, kakak aku anti vaksin, xbg anak dia vaksin. Dia dgn cara dia, aku dengan cara aku. Aku x ckp dia salah.. Aku yakin aku xsalah. Parent ada hak ke atas anak selagi dia blm cukup umur. Satu hari nt kalau anak aku persoalkan (kalau dia macam kakak aku), aku lempang dia. Settle

    ReplyDelete
  74. 1. Vaksin ni secara simplenya kita kata dia suntik dengan kuman yg dibunuh atau dilemahkan supaya sistem pertahanan tubuh kita diransang untuk bertindak. Jadi kalau hari lain datang virus tu, sistem pertahanan kita dah cukup sedia.

    2. Teori konspirasi ni byk berlaku kat luar negara pasal sana sektor kesihatan diswastakan. jadi mmg ramai doktor dan syarikat farmaseutikal yg tak jujur ambil kesempatan promote vaksin2 yg kadang2 tak perlu pun pasal depa dapat komisen. tapi menda ni tak berlaku kat malaysia.

    3. Kerajaan malaysia tak paksa vaksin. Tapi dia sediakan jadual vaksin untuk budak2. Saya taklid hak ni ja. Lagipun bayar berapa lah sgt hosp kerajaan. vaksin2 yg disenarai pulak jenis2 penting dan sesuai di negara ni. jadual ni nak lulus bukan senang2. makan masa dan tenaga jugak depa kaji dan survey semua. Dan haritu kementerian kesihatan dah keluar kenyataan bersama Jakim untuk sahkan takda keraguan pada kandungan vaksin.

    4. manusia jutaan tahun selama ni sihat?? ehh..buta sejarah ni. Wabak2 penyakit dicatat sejarah sejak zaman Yunani lama dulu lagi. Zaman Umar ra pun ada wabak kolera (taun) sehingga sahabat abu ubaidah ra pun mati pasal taun. Dan telah direkod dalam sejarah wabak smallpox sudah secara total dihapuskan di bumi ni kerana ada nya vaksin. Polio pun dah dihapuskan di negara2 maju dengan ada nya vaksin.

    5. satu lagi yg baik ialah teori herd immunity. Dimana kalau satu2 masyarakat tu ramai org divaksin, penyakit berjangkit yg alah pada vaksin tu susah untuk merebak.

    6. kalau nk kira sorg doktor pakar tanak vaksin anak, saya kira ramai lagi doktor pakar lain yg nak vaksin anak dia. hahahah.

    7. Tapi kalau nak kira konta dia pun memang ada. Kesan2 sampingan memang ada. Dan memang itu lah etika perubatan moden. Segala perkara baik dan buruk semuanya direkodkan utk penambahbaikan dari semasa ke semasa. Dan kesan sampingan ni doktor akan warning terlebih dahulu. nak kata kesan sampingan tadak langsung tu tak lah. cuma manfaat mencegah penyakit tu lebih besar dari mudarat kesan2 sampingan yg ringan tu.


    Wallahualam

    ReplyDelete
  75. Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

    1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

    فر من المجزوم كما تفر من الأسد

    “Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

    Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

    2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

    لاَ عَدْوَى

    “Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

    Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

    3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

    أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

    " Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

    Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

    4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

    Nabi saw bersabda:

    لا يوردن ممرض على مصح

    "Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)

    Nabi saw bersabda:

    كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

    “Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

    Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

    Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

    5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

    Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

    Nabi saw bersabda:

    الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

    “Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

    ReplyDelete
  76. 6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

    Aisyah ra bertanya berkata:

    سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

    “Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

    7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

    أفرارا من قدر الله؟

    “Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

    Umar menjawab:

    لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

    “Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

    8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

    Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

    9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

    Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

    لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

    “Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

    Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

    Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

    ReplyDelete
  77. 1) Fear-mongering tactic works well. Ini yang berlaku. Mudah untuk buat orang percaya dengan kita dengan menakut-nakutkan dengan informasi yang berat sebelah. Orang ramai -terutamanya yang tidak mempunyai kapabiliti akal dan pengetahuan saintifik sebenar- untuk menyaring maklumat, sering mudah terperdaya.

    2) Cuba baca pasal kajian hoax DHMO (dihydrogen monooxide), di mana orang marah dan benci dengan DHMO, sedangkan DHMO hanyalah air (H2O). Pengkaji saja mereka-reka cerita tentang bahaya DHMO, kononnya boleh buat hakisan tanah dan mampu mengaratkan besi, dan DHMO ini ada dalam sistem perpaipan rumah. Tapi ramai tak siasat, marah-marah, dan tak ramai yang sedar DHMO itu ialah H2O. Baca sini tentang hoax DHMO yang bertujuan untuk mengkaji sejauh mana orang ramai berfikir dengan kritikal:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Dihydrogen_monoxide_hoax

    3) Tak salah tolak vaksin, tapi alasannya perlu logik. Perlu ada ilmu tentang mikrobiology, immunology, virology, biochemistry, epidemiology dan physiology. Bukan semudah itu menolak dan melecehkan vaksin. Immunologi subjek yang kompleks, jadi ramai yang tak mampu memahami dengan tepat manfaat vaksin.

    4) Islam mengajak kita apabila tak pasti, bertanya kepada yang ahli (ahli immunologi, virologist, biochemist etc), dalam isu immunisasi.

    5) Kalau tolak vaksin macam kerana takut jarum, masuk akal. Tak apa. Ini alasan valid. Kalau takut terkena risiko alahan -walaupun sangat jarang terjadi-, pun tak apa.

    6) Tapi kalau sebut *semua* vaksin itu ada bahan haram (sedangkan gagal buktikan secara saintifik mana bahan haram tersebut), ada konspirasi Yahudi, vaksin sentiasa berbahaya dan beracun, semuanya tidak ada bukti sahih dan cerita tentangnya boleh disusun dan diolah untuk menyakinkan orang.

    7) Jika dianalisa betul-betul hujah-hujah kedua-dua pihak, kita dapati pemberian vaksin mempunyai hujah yang solid, berdata, berkonsensus dan sangat faktual.

    8) Vaksin berkesan tak? Ya. Small pox dah tiada, so tak perlu lagi vaccine small pox. Polio 99% nak pupus. SAtu hari nanti polio pun tidak perlu divaksinkan, insya-Allah.

    9) Sedangkan penyakit berjangkit yang tidak mampu divaksinkan (seperti HIV), kadarnya masih sama, meningkat, atau turun dengan perlahan (disebabkan faktor lain seperti kebersihan, ubatan moden dsbnya). Cuba fikirkan.

    10) Siapa beri penyelesaian? Allah. Siapa perlu ikhtiar? Kita. Bagaimana? Kajian ilmiah dan fakta. Bukan sentimen dan emosi.

    11) Taliban sendiri menarik pendirian mereka menolak vaksin, -dulu mereka tolak sebab konon itu agenda US. Tapi, selepas didapati kes polio meningkat di beberapa kawasan mereka, menyebabkan kanak-kanak lumpuh, mereka ikhtiar kembali guna vaksin polio.

    http://www.irinnews.org/report/86136/afghanistan-taliban-gives-nod-to-polio-immunization-in-south

    12) Vaksin hanya ikhtiar pencegahan daripada menerima penyakit berjangkit. Pencegahan itu dituntut, dan tiada pencegahan berkesan kecuali dengan izin Allah. Helmet tak semestinya melindungi daripada cedera. Begitu juga senaman dan diet sihat tidak mencegah daripada serangan jantung.

    13) Tapi kajian data tunjukkan ada manfaat pakai helmet, dan bersenam. Jadi kita tetap perlu pakai helmet, kita tetap perlu diet dan senaman. Jadi kita buat juga, kalau ditakdirkan kena, kenalah. Jadi Islam suruh kita berikhtiar dengan ilmu, kajian dan common sense. Perlu difahami vaksin bukan soal "boleh atau tidak" dapat penyakit, tetapi soal "tinggi risiko vs rendah risiko" dapat penyakit.

    14) Kalau still tak mahu vaksin, silakan. Tapi perlu jelas secara fakta bahawa vaksin itu berkesan dan bermanfaat, dan kesan buruknya jauh lebih kurang berbanding manfaatnya. Jika tidak berkesan, tunjukkan fakta dan datanya, secara ilmiah, bukan testimoni dan ungkapan orang itu dan ini.

    15) Cara kita berfikir dan berhujah perlu dengan disiplin ilmunya, sepertimana diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan burhan, dengan bukti.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  78. masih ada orang islam yang pandai, alhamdulillah.

    :)

    ReplyDelete
  79. Bertaubatlah wahai saudara Hamka. Wak lu la....
    Cukup cukup lah dengan artikel dongeng penuh dengan karut marut anda itu. Lu mabok minom todi ka? Lu pegi masuk sekolah dulu la... belajar a b c


    kah kah kah

    ReplyDelete
  80. Paklong ada latar belakang dalam bidang perubatan.
    Bagi paklong, tulisan di atas adalah tulisan paling mengarut pernah paklong dengar.
    Tahu tak virus Smallpox dah hilang dari dunia dengan sebab adanya vaksin? (dengan izin Allah)

    Ustaz di atas tak pernah hidup zaman virus Polio, Smallpox dan virus-virus yang bahaya sampai tahap dicipta vaksin untuknya. Teruk. 500 juta orang pernah mati sebab Small pox sahaja.
    Cuba google kalau tak percaya. Kita patut bersyukur pada Allah sebab bagipenemuan vaksin pada manusia. Ustaz-ustaz ni cakap tapi takda ilmu. Itu masalahnya.
    Masalah paling besar sekarang ni adalah wujudnya golongan Anti Vaksin seperti ustaz di atas.
    Nanti, virus yang sudah lama hilang di dunia akan muncul balik, sebab adanya bayi yang tak divaksin.
    Waktu tu, bila dah berjuta juta mati , barulah Ustaz-ustaz macamni puas hati.

    Komen Paklong, nak vaksin ke tak ikut suka hampa la, tapi JANGAN HANTAR ANAK HAMPA SATU TADIKA DENGAN CUCU AKU!!!

    Kepada yang berminat untuk beriklan di blog Paklong ni, boleh baca di sini.

    ReplyDelete
  81. Ustaz,
    1.Dr. Azmier tu dr. Perubatan kah atau dr. PhD?

    2. Vaksin BCG utk penyakit tb, HepB utk penyakit hepatitis, Hib untuk influenza.
    penyakit2 ini baru dicipta oleh dajal ka ustaz?

    ReplyDelete
  82. Cuma saya hairan..kenapa bila nak pergi umrah..haji..perlu vaksin, tiada pulak yang menolak untuk di vaksin..semua boleh pulak di vaksin.. kenapa ye?

    ReplyDelete
  83. Ada yang nyatakan di atas ingin ikut sunnah nabi dan mengatakan jangan ajak vaksin kerana ke arah kemodean dan mengikut yahudi dan nasrani..Cuma satu yang saya ingin nyatakan di sini,bagus ingin ikut sunnah nabi tiada salahnya..cuma pada zaman nabi tiada perokok,tiada orang ambik dadah ,tiada lagi virus hiv, tiada processed food , tiada fast food,tiada formula mill ,tiada ivdu dan sebagainya..oleh itu pada masa itu,tiadalagi kuman kuman yang pelik yang boleh mengancam nyawa seseorang..wallahuallam ..

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete