(Koleksi kisah laki bini dari FB Hamka Keretamayat di awal
Ramadhan beberapa hari yang lalu.., layan..)
Sahur hari pertama
Sebelum tidur, berkatalah laki kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham
laki masing masing, adohai...
Sahur Hari kedua
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam
kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng
dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini
ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a..,
ha ha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!!
, kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai...
Sahur Hari ketiga
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan
bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur
untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya...
Ps: Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada
semua bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing
masing, kagum dari jauh!
Sesat mencari sahur di hari ke empat
Alamak, aku dah sesat, aku tak patut berada di lorong ini,
ini kawasan perempuan, buat apa aku masuk ikut sini, mana peta? Mana peta?
Aku raba poket kiri? Peta takde, aku raba poket kanan pun
takde peta? Arggh, ni mesti peta yang bini aku bagi kat rumah tu terjatuh kat
lorong ramai perempuan tadi, nak kena patah balik ni masuk lorong yang ramai
perempuan seksi, adohai..
Jika bini aku ada disisi, tentu aku tak sesat macam
sekarang, tapi bini aku sedang berpantang kat rumah, macam mana ni?
Aku takde pilihan lain, dari terus sesat, akupun masuk balik
ke lorong tadi, abaikan betis mereka yang putih dan gebu, aku mahu cari peta,
mana? Mana?
Hah itu dia!., harap bukan tisu muka yang di buang oleh
wanita tak senonoh..
Aku pungut kertas yang bergumpal, bukak dan Alhamdulilah,
memang itu peta yang bini aku sediakan sebelum aku keluar rumah.
Aku baca panduan peta tersebut untuk mengelakkan aku sesat
lagi:
“garam, gula, kobis, anggur hitam dah beli, ok, sekarang nak
kena cari beras, biskut, kurma, dan kentang..”
Aku lipat ‘peta’, tolak trolley sambil tersenyum kerana
tidak sesat lagi dalam membeli belah.
Woha!
Perbualan ketika sahur di hari ke lima
"Abang, binatang apa yang jika mahu puasa, tapi tak
boleh berpuasa kerana tidak tahan deangan godaan di bulan puasa?"
Tanya bini ala teka teki sewaktu bersahur.
"ular" jawab aku kekenyangan tapi nasi belum habis
sebab ambil lauk banyak sangat.
"kenapa ular?"tanya bini
"sebab ular tidur lama sangat sampai puasa
batal-woha!"
Bini geleng kepala dan berkata:
“salah! jawapannya adalah ayam,”
“Apahal pula ayam?” sanggah aku.
Kata bini:
“Sebab manusia selalu membazir makanan dan buang dibelakang
rumah, jadi ayam setiap hari dibulan puasa tidak mampu menahan godaan makan
makanan yang dibazir manusia, huhu, insaflah wahai insan, woha!”
Teki teki sambil perli yang tak tahan tu, adohai.., membazir
itu saudara syaitan.., insaf.., insaf.
Sahur hari keenam
"Awak nak dengar tak abang ubah lirik lagu “harapan Ramadhan” kepada “harapan terawikh”
"Awak nak dengar tak abang ubah lirik lagu “harapan Ramadhan” kepada “harapan terawikh”
Tanya aku pada bini, terus bini angguk setuju, lalu akupun
menyanyi:
****
“Ku mengharapkan Tarawih malam ini penuh makna ,
Agar dapat kulalui Dengan sempurna,
Sebaris demi sebaris,
Sejuzuk sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada
Di dalam sembahyang tarawikh”
“Ku mengharapkan Tarawih malam ini penuh makna ,
Agar dapat kulalui Dengan sempurna,
Sebaris demi sebaris,
Sejuzuk sudah pun berlalu,
Masa yang pantas berlalu,
Hingga tak terasa ku berada
Di dalam sembahyang tarawikh”
****
Bini gelak, dan bertanya:
Bini gelak, dan bertanya:
“Wah! Sedapnya abang tukar lirik, bila dapat idea tukar
lirik ni?”
“Masa solat terawikh malam tadi, ada ringtone Handphone sape
ntah yang berbunyik lagu ni waktu rakaat ke lapan, tu yang abang ubah lirik
kisah orang khuyuk sembahyang..”
“Ha ah.., Khuyuklah sangat, Woha!”
Adohai, kantoi!!
Beli kuih di hari ke enam
Hari ni bawak anak 4 orang pergi bazar Ramadhan, setiap sorang aku bagi RM2, mereka boleh pilih nak beli apa-apa, tapi terhad pada RM2.
Hari ni bawak anak 4 orang pergi bazar Ramadhan, setiap sorang aku bagi RM2, mereka boleh pilih nak beli apa-apa, tapi terhad pada RM2.
Anak aku yang sulung (10 tahun) dan adiknya ( 8 tahun)
berpecah dari aku kerana mereka dah besar, sempat aku kirimkan mereka beli kuih
lompang untuk ibunya, jadi aku tambah RM 2 untuk mereka, sementara aku bersama
dengan anak perempuan ( 7 tahun) dan anak lelaki ( 5 tahun) pergi cari kuih
mengikut halwa masing masing.
Di hujung bazar Ramadhan, anak perempuan aku beli burger
mini, anak lelaki yang masih tadika beli kek coklat. Kemudian datanglah dua
lagi anak aku yang membeli kuih gulung dan sorang lagi kuih puteri mandi, eh?
Mana kuih lompang?
Anak aku tak kenal pulak kuih lompang?, adohai.., maka
terpaksalah aku meredah bazar Ramadhan membeli kuih lompang demi untuk bini.
Sampai rumah, semua kuih di hidang atas meja, Lompang untuk
bini, kuih gulung untuk anak no 1, kuih puteri mandi untuk anak no2, mini
burger untuk anak no 3 dan kek coklat untuk anak no 4.
Eh? Mana kuih aku?
Mana kuih untuk Hamka keretamayat?
Nampaknya aku lupa membeli kuih untuk diri sendiri.
Begitulah kisah Bapak Mithali- Woha!
Sahur yang menyedihkan di hari ke tujuh.
Kisah laki bini kali ini agak sedih..
Malam tadi, Bini tanya:
“abang sahur nak makan apa?”
Laki setelah berfikir sejenak, menjawab:
“Nasi lemak, dah lama abang tak makan nasi lemak, sejak
bulan puasa belum lagi makan nasi lemak”
Bini senyum lalu berkata:
“Abang pergi beli santan, bahan lain semua sudah ada”
Lepas terawikh, aku pergi kedai runcit untuk beli kelapa
parut, namun malangnya, Kelapa ada, tapi orang bertugas mesin kelapa pulak tak
ada, kata kakak jaga kaunter kedai runcit, orang tu belum balik solat terawikh.
Aku pun Tanya mana parang, aku kopak kelapa sendiri, dan aku mesin sendiri di
kedai itu, Kakak itu senyum tengok aku yang berbakat dalam parut kelapa,
malahan kakak tu gelak bila ada pelanggan lain mintak aku parut kelapa jugak,
adohai..
Sampai rumah, aku tolong bini masak, perah santan, siang ikan
bilis dan sebagainya. Al maklumlah bini sedang berpantang.., akhirnya nasi
lemak yang sedang di masak dalam periuk elektrik mulai berbau wangi, sambal
yang sudah siap di goreng juga berbau harum, timun yang sidah siap dihiris juga
menimbulkan aroma menarik, Cuma tinggal telur goreng mata kerbau sahaja belum
goreng, Arghh, besok waktu sahur sempatlah aku menggoreng telor tu, insyaAllah.
Ok, sekarang Jam sudah 12 tengah malam, kami laki bini tidur
dahulu, besok kita sahur nasi lemak sama-sama. Yahooo!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi ini, kami laki bini hanya memandang nasi lemak yang siap terhidang di bawah saji, bersama alunan azan subuh…
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi ini, kami laki bini hanya memandang nasi lemak yang siap terhidang di bawah saji, bersama alunan azan subuh…
Rupanya kitaorang terjaga sebaik azan subuh berkumandang…
Sob.. Sob..
Tak ada rezeki makan nasi lemak di bulan puasa ini nampaknya..,
namun..,
Syukur pada Allah, kerana Malaysia masih aman.
terjadi gak pada diri sendiri...bila bangun nak bersahur tgk jam tinggal lagi 5 minit nak masuk waktu azan subuh..sempat minum air suam jer lar...sambal sotong dan gulai lemak ayam hanya mampu di simpan dah buh dalam petiais...rezeki berbuka nanti lar nampaknya
ReplyDeleteBerbuka dan bersahur, rezeki kita sudah ditentukan. Terlepas sahur dengan redha.., :)
ReplyDeleteHahaha..sadis sungguh ynag terakhir tu:) Woha..err woha tu apa?
ReplyDeleteWoha = LOL!
ReplyDeleteBeberapa hari lepas, dengan selamba aku tegur Hamka kat fb, xset alarm ke untuk sahur..
ReplyDeleteDan bestnya, esok paginya..bini aku kejut baaeeekkk punya pukul 5.49..hohoho
Terpaksa la simpan ayam percik yang dibeli kat kedai Pakcik Fatah dalam peti ais..balasan kot..huhuhu
aku ingat kau ni perempuan, baru ku tahu selama ini.., aku-ein? hu hu..
ReplyDeletesy pkul 5 mesti terpacak bgun sahur.. sahur itukan sunnah.. huhu
ReplyDeleteBang.. bini dah pantang berapa lama.. dpt baby apa..
ReplyDeleteKesian pulak dia nak kena masak bagai.. tp takpelah..dia bini yg bagus..redha aje dgn abg..
Kot sy lah.. Mau bersunat 2, 3 kali la abg nih...
Lol.... Woha
ReplyDeleteAlhamdulillah, ramadhan kali ni baru sekali terlajak bangun. Ada improvement.
ReplyDeleteZul Fattah
ReplyDeleteAlhamdulillah.., tapi kan sahur yg best pun boleh tertinggal, apatah lagi tahajjud bengkak kaki, adohai..
-----------
rinz raime
bini berpantang dah 2 minggu lebih, malam jumaat bagi kami kini di kenali malam cubit perut- woha!
-----------
MUQARRABINZ
Eh? Kau cakap kat aku ke atau kau? huhuhu
Nota untuk diri sendiri. Esok lusa belum tau lagi. Wuhu..
ReplyDeletekelakar habes... apa-apa pun saya dah buat nasi lemak dgn housemate masa awal ramadhan.. :)
ReplyDeleteaku posa tahun ni antara yg paling kerap tlepas sahur.sbb 'sejuk' kot.haha
ReplyDeleteMlm cubit perut tuh satu kaedah family planning jugak bang hamka..
ReplyDeleteGirl ke boy kali nih..
MUQARRABINZ
ReplyDelete. Wuhu..
------------
maryamnur aisya
: )
---------
Muhammad Anwar
Sejuk pagi atau sejuk usaha atas iman... adohai
----------
rinz raime
BOY yang baby face.
saya bdak utm skudai.skrg tngah practical kat kl.dok kl plak sorang2, mmg slack la
ReplyDeleteaku baru balik dari utm skudai, huhuh
ReplyDelete1st day sahur kt msia.1st day berbuka kt masjid nabawi.almost 20 hours puasa smpi lembik.smpi hotel,nmpk ja masjid kesygn Nabi trus azam brtahan wpun hubby dh sruh brbuka, sian baby dlm perut.ALLAH taqdirkn rezeki brsahur kt tanah suci for 13 days trmsuk 1day extra sbb flite delay.balik msia hubby yg sibuk siapkn sahur sbb ikram bini yg xsihat..huhu..sian lakiku..
ReplyDelete-petot-
itulah rezeki. :)
ReplyDeleteabg hamka p utm skudai buat apa? p mengail toman ka?haha.takpon p atas maksud agama?
ReplyDeleteinshAllah laki ak dapat banyak pahale.. dah 3 tahun kawen.. tiap2 kali time puase dia yg bangun dulu n sediakan sahur.. kejutkan bini bile sahur dah siap je... syiok pulak ak... kalau ak bangun nnt die marah.. cakap ak rest utk nyusukan anak n untuk baby dlm perut je.. Alhamdulillah
ReplyDeleteaku ada urusan dunia sikit, adohai..
ReplyDeletesedapnya nasi lemak ~
ReplyDelete