Dec 30, 2011

Pepatah keretamayat?

(Mulakan azam tahun baru dengan ‘pepatah kereta mayat’ agar anda lebih dramatik dalam seni kehidupan-woha!)

Sempena orang melayu kita yang suka bercakap menggunakan ‘pepatah’ sebagai lambang bijaksana dan sempena Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Orang yang paling bijaksana adalah orang yang sentiasa mengingati mati.(Riwayat Ibnu Majah) maka, apa kata kita murnikan balik ‘pepatah melayu lama’ dan di ganti dengan ‘pepatah keretamayat’ yang menandungi unsur-unsur kematian agar kita menjadi lebih bijaksana ketika bermain dengan kata kata dalam mengharungi arus dunia yang penuh pancaroba ini. Chewah, klasiknya ayat!

Lepas ni jika korang berbicara, selain guna pepatah “langkah mayat saya dahulu” boleh juga guna pepetah pepatah versi kertemayat di bawah sebagai seni dihujung kata kata sebagai prosa pengembagan kebijaksanaan penguasaan bahasa masing masing.

******

PEPATAH KERETAMAYAT

1."Tak kan lari keretamayat di kejar."

(Bermaksud, tak perlu kita tergesa gesa dalam semua perkara, sabar itu sebahagian dari imam)

2. "Terdengar siren keretamayat, kereta sendiri di ketepikan"

(Bermaksud, Mendahului orang lain itu amalan yang mulia, inilah salah satu sifat ikram muslimin)

3."Tarik mayat sorong mayat"

(Bermaksud, jika saling tolong menolong, sangatlah mulia, fardu kifayah tu!)

4."Seperti mencurah air di badan mayat"

(Bermaksud, perbuatan yang tidak sia sia, kerana mencurah air di badan mayat mendapat pahala)

5."Mayat sama lebam, nasib akhirat lain lain"

(Bermaksud,jangan menilai orang dari rupanya)

6."Mayat berat sama di pikul, mayat ringan sama di jinjing"

(Bermaksud, saling kerja sama, jika pikul keranda, mayat berat ke ringan, tetap dapat upah kain tuala-merujuk adat melayu)

7."Jika takut melihat mayat, jangan berumah di tepi rumah mayat"

(Bermaksud, Jangan berani sangat, hati hati membaca blog keretamayat waktu pejabat)

8.”Mayat dah siap mandi, pahat keranda masih berbunyi”

(Bermaksud, kerja tak sempurna, macam makan nasik di rumah sendiri, tapi pinggan suruh bini basuh, tak malu ke?)

9. “Harapkan mayat, mayat makan tanah”

(Bermaksud, jangan mengharap pada orang yang tak boleh harap)

10. “Kain kapan sama putih, Tapi mayat lain-lain”

(Bermaksud, Jangan menilai dari luar, eh, macam dah ada pepetah ni tadi)

11. “Bagaikan mayat lupakan keretamayat”

(Bermaksud, orang yang sering lupakan jasa orang lain, nasib baik waris kau ada, boleh pakcik claim duit minyak)

12. “Indah keretamayat dari mayat”

(Bermaksud, don’t judge the car by the cover)

13. “Kerana mayat,kereta mayat dapat nama”

(Bermaksud, err, woha!)

14. “Air yang tenang jangan disangka tiada mayat”

(Bermaksud, jangan anggab semua benda tak de mudarat, belajarlah berenang walaupun anda di padang pasir, lebih lebih lagi jika hidup di zaman Nabi Nuh)

15. “Diam diam isteri Hamka keretamayat, tapi berisi”

(Bermaksud, ha ha ha)

16. “Berani kerana mayat, takut kerana keretamayat”

(Bermaksud, errr, aku tak paham pepetah ni)

17. “Di mana ada mayat, di situ ada keretamayat”

(Bermaksud, jangan berputus asa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,err, lorong mana jalan kubur? Pakcik dah sesat ni.)

18.“Sepandai pandai kamu semua melompat dan menari, akhirnya jatuh ke lubang kubur jua”

(Bermaksud, jangan sombong sangat hidup ni, nasihat salah sorang pencegah maksiat pendakwah dari dalam disco)

19 “Dimana tumpahnya barus kalau tak ke badan mayat”

(Bermaksud, kau pikirlah sendiri)

20. "Dua tiga mayat berlari, manakan sama mayat sendiri.."

(Bermaksud, eh? Ni mcam pantun, aku nak pepatah jer)

21. "bersakit-sakit dahulu bermayat-mayat kemudian"

(Bermaksud, kalau ada ubat, makan, kalau dah tade ubat, macam sakit AIDS tu, tak pahlah nak bela cicak tokek, mangarut semua tu!)

22. "Biar pecah mulut, jangan pecah perut mayat!"

(Bermaksud, kerja kena di segerakan, jika kita tak letak pemberat di perut mayat, boleh kembong tau!)

23." Alang alang menggali kubur, biar sampai ke hujung talkin."

(Bermaksud, buat kerja tu biar sampai habis, biar sampai malam ke tiga tahlil, untung kau buat rumah besar besar, selesa betul aku tahlil kat rumah korang)

24. “Di mana bumi dipijak, di situ mayat ditanam..”

(Bermaksud, jangan sia siakan peluang, ada tahah, kita buat wakaf kubur)

25. “Cubit peha kiri mayat, peha kanan mayat memang tak terasa.”

(Bermaksud, perbuatan yang sia sia, tapi jika kau cubit peha mayat, bukan lagi sia sia, berdosa sebab menginayai mayat)

26. “Bagaikan Hamka dengan keretamayat”

(Bermaksud, err, ni pun aku tak paham)

27. “Mayat terdongak di hulurkan bantal”

(Bermaksud, arhh, pakcik dah pening)

28. “Sediakan kereta mayat sebelum mayat”

(Bermaksud, arggh, lagi pening)

29. “Marahkan mayat, keretamayat di bakar!”

(Bermaksud, tak kan lah?.., sedih)

30. “Bagaimana mayat, begitulah kerandanya”

(Bermaksud, makan tu beringat, nanti dah gemok, keranda besar, aku cas mahal)

31. “Kau kunci mayatku dalam kerandamu”

(Bermaksud, eh, ni macam tajuk lagu lah pulak, hihi)

32. “Ku sangkakan hidup sampai ke petang, rupanya menjadi mayat di tengah hari”

(Bermaksud, arghh, pakcik dah bosan!!)

Ok, cukup sampai sini pelajaran kita hari ini, kalau korang ada pepetah versi keretamayat yang lebih best, boleh share di ruangan komen, jadikan diri anda bijaksana dengan sering mengintai mati, bak kata pepetah keretamayat: alang alang mencangkul tanah, biar dalam 7 kaki, alang alang mahu bercangkul, biar sampai ke lubang kubur, Woha!

Cukup sampai sini, tak perlu lebih cangkul dari lubang kubur kerana bertepuk tangan dengan mayat tak akan berbunyi. Akhir kata, "kalau sungguh mayat dah ada, keretamayat saya sediakan..." Woha!

SEKIAN.

Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat itu mayat, yang hensem itu Hamka keretamayat- woha! dan Selamat tahun baru.

Dec 22, 2011

Bagaimana didik anak?

( If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots- Maddox. )

****

Soalan pembaca:

Salam and salutations

Saya cadangkan KeretaMayat tulis entry tips didik anak2 pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang susuai untuk didik anak? boleh share dengan kami, terima kasih.

Jawapan dari Hamka keretamayat.

Salam and solutions.

Anak aku masih kecik-kecik, yang sulung masih sekolah rendah, yang kecik masih berpampers, jadi nak tulis dari segi pengalaman belum sempurna, tapi aku nak tulis juga tip-tips perihal jaga anak setakat yang aku tahu. nota kepada diri sendiri.

1.Tolong bagi nama yang ringkas.

Aku pelik zaman sekarang, mak bapak suka benar menyusahkan masa depan si anak dengan bagi nama anak panjang nak mampus, kesian anak korang bila waktu nak isi borang, ruang kotak tak muat, waktu exam terkial kial nak tulis nama, lepas tu bila nak kahwin, terkebil kebil Tok Kadi dan calon menantu nak sebut nama anak yang panjang nak mampus.

“Aku nikahkan dikau, Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek dengan Siti Ainun Bariah Putri Gusti Ledang Amani Kudus Binti Tun Doctor Datok Tuah Syeid Haji Abdul Malik Karim Abdullah dengan mas kahwin.., hargahhh, putus nafas! Semput.. semput!”

Mana ada dalam islam suruh letak nama anak panjang panjang?, dalam islam ajar nama pendek pendek jer, contoh: Nuh, luth, Adam, Isa, Ali, Umar, dan lain lain, kan senang? Al quran tak nak ikut, habis tu nak ikut sape? puteri gunung ledang? Dah buang tebiat? Nak kena sumpah muntah darah? Bingai tak habis habis.

Nama anak perempuan aku sepatah jer, Najiha binti Hamka, habis cerita.., aku bagi nama anak aku ni bukan gabungkan nama nenek aku dan bini aku atau makanan kegemeran dan peristiwa, aku namakan nama anak aku najiha sebab waktu lahir, dalam TV ada drama bertajuk, “syair buat najiha”, lakonan Rita Rudani, aku memang minat Rita rudani waktu bujang dulu, jadi terus letak nama Najiha. Woha!

2.Kalau boleh, bagi nama anak yang unik

Nama unik, maksud aku namanya tak terlalu ramai yang guna, ini dari segi psikologi, anak akan cepat terkenal kerana orang akan mudah ingat nama beliau, dan cerahlah masa depan insyallah, serta mudahlah beliau untuk takluk dunia, macam nama Hitler.., he he,

Contoh nama aku, Hamka, kat sekolah, jarang sangat aku jumpa dengan orang nama Hamka, kalau jumpapun, tak hensem macam aku, aku tetap win- woha!, dan nama anak aku terkini, Hazkil, sempena Nama Nabi terdahulu yang sezaman nabi Ibrahim, setakat ni aku tak jumpa nama anak kawan aku bernama Hazkil, dan aku panggil dia dengan nama manja “K”.., mungkin bila besar esok, dia akan jadi Datok K, dapatlah aku menantu secantik Siti nurhaliza, dapatlah pakcik pergi konsert maharajalawak percuma –woha!

3.Jangan takutkan anak dengan hantu.

Mak bapak yang bodoh jer ajar anak takutkan hantu, tak de manfaat langsung ajar anak takutkan hantu. Sejak dari kecik lagi, aku dah bagitahu pada anak aku bahawa hantu itu tidak wujud, malahan, aku tak pernah cerita hantu pada anak aku dan larang siapa-siapa yang berdekatan dari menyebut-nyebut tentang hantu, dan jika ada hantu yang menjelma, siaplah aku kerjakan! Woha!

Aku juga ajar anak aku agar tidak takut kepada gelap, untuk itu aku buat ujian ‘seekers’ iaitu dengan meletakkan mainannya di bilik belakang, tutup semua lampu. Lepas tu aku duduk bahagian depan rumah dan arahkan anak aku, sorang sorang pergi ambil mainan dalam bilik belakang yang gelap, siapa yang berlari di kira gagal (kena pukul), siapa yang menjerit dan menangis juga di kira gagal.., (aku terajang) dan alhamdulillah mereka berjaya mencari mainan dalam rumah yang gelap (di bilik belakang pula tu) tanpa menjerit, menangis atau takut…

Maka senanglah aku tidur berasingan dengan anak anak aku, dan jimat bil letrik sebab anak aku memang suka tidur dalam gelap, kalau bukak lampu, mereka akan merayu agar di tutup, ok.., jimat letrik dan dapatlah aku beramaradana dengan isteriku tanpa perlu bimbang anak ternampak ‘toyol’. Woha!

4.Tak payah habiskan duit hantar anar anak belajar ilmu yang pelik pelik.

Ada orang habiskan duit beribu ringgit hantar anak anak belajar ilmu yang kononnya hebat untuk si anak waktu cuti sekolah dengan ilmu pelik seperti hafal sifir 78, menjawab soalan matematik menggunakan minda, teknik silang jari untuk sifir 46, teknik adiputra, vedic math, mental math dan lain lain, bagi aku semua tu buang duit, buang current, sebab zaman sekarang dah ada calculator, kesian anak hafal sifir 78 darab 36 dan berkira kira dalam kepala, selepas 10 minit tersenyum puas, anak orang lain dan siap 0.05 second tekan calculator.. kejayaan matematik bukan di ukur dari segi betapa cepat hafal sifir pelik pelik, tapi paham konsep, baik belajar kalkulus, Math engnenering, EMT dan lain lain.., ni satu contoh ilmu, ada banyak lagi, pikir sendiri.

5.Jadikan anak, hadiah yang paling dia suka adalah buku.

Kurangkan peluang hiburan, seperti peluang main geme, internet, atau astro, maka anak akan cuba cari hiburan dengan perkara lain, dan apabila si anak terhibur dengan membaca buku, maka insyAllah, cerahlah masa depan mereka.

6. Didik anak cara Sunnah.

Anak macam ‘sponge bob’, akan ‘menyerap’ semua kelakuan ibu bapa sebagai falsafah hidup, bapak yang solat di rumah, anak juga akan ikut solat di rumah walaupun bila besar jadi ustaz, bapak yang tak solat, anak jugak akan sama tak solat walaupun bila besar jadi pemimpin parti so call islamic. Maka, untuk didik anak cara sunnah, mak bapak dulu kena amalkan sunnah, mak bapak masuk tandas tak tutup kepala, anak akan ikut.., (aku ler ni..oh) mak bapak hantar nenek ke rumah orang tua, anak juga akan hantar korang ke sana,oh..

Jadi, jaga sunnah dalam diri korang, sebab si anak sedang perhatikan korang.., pernah member aku tegur lepas solat isyak pada satu malam,” eh, Hamka, kau tak ajar anak kau solat sunnat bakdiah dengan betul ke Hamka?, aku tengok dia solat satu rakaat jer..

Aku cakap, “anak aku tu solat witir..,” (macam bagus aku ni, pergi mampus!)

Secara ringkas, anak belajar dari pemerhatian, bermakna, jika kita ikut sunnah Nabi, maka senang anak nak ikut, jika kita KO, anakpun KO sama, (tertakluk pulak kepada kawan kawannya)

7.jika ada orang menegur kesalahan anak kita, ucapkanlah terima kasih

Ni penting!, jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita..Kenapa Mak bapak jenis tu aku panggil bangang?!

Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bangang!

Masa aku kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak aku cakap aku ni nakal usik anak dia, mak aku terus ucap terima kasih, dan pukul aku depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan aku, itulah yang mak aku lakukan..

Tapi ada jugak jiran aku, bila mak aku mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak aku, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..

Sekarang, mak aku dan jiran aku tu pun dah arwah, dan aku tengok, anak jiran aku tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)

Dan hari ini, aku tengok ramai mak bapak yang bila kita mengadu salah anak mereka, di makinya kita, tak boleh terima keturunannya buat silap konon, apa punya bangang?!

Jangan rosakkan masa depan anak anak kita, jika salah hukumlah.., dan jika ada orang lain mengadu, ucaplah terima kasih kerana dalam dunia ini, masih ada orang yang sayang pada anak-anak kita..

Korang tahu kenapa ramai mak bapak bangang dalam hal sebegini?

Ini adalah kerana sikap tak boleh dikritik, dan rasa diri betul dan sempurna, yang mana apabila ada orang mengkritik anak mereka, pada pandangan si bangang ini, seolah mengkritik diri mereka, aduhai.., anak buat salah, orang tegur, buat apa nak emosi, lebih baik betulkan anak sewaktu masih boleh dibetulkan..,

Aku tahu korang sayang pada anak korang, tapi cara korang tunjuk kasih sayang biarlah dengan cara yang betul, Lukman Nur Hakim yang bijaksana selalu pesan, “anak tidak dapat tidak perlu dihukum, seperti kebun perlukan air” atau pepetah melayu lama; “sayang anak, tangan tangankan..,” atau pepatah keretamayat.

“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”

8.Hidupkan suara Nabi di rumah.

Al quran dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..

Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu,

Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...

Untuk itu, aku juga belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana aku telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..

Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?

Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?

Maka kerana itulah kita kena hidupkan kembali “suara Nabi” dirumah kita agar cahaya Al quran dan hadith dapat menerangi isi hati kita.., bila hati dah ada cahaya, barulah kita dapat amal ilmu ugama kerana terbukti, ramai orang ada ilmu ugama tapi selamba buat maksiat dan selamba tak pergi masjid sebab hati mereka gelap.., dan bila aku tanya kawan kawan aku yang istiqamah buat baik dan istiqamah pergi masjid, apa rahsia mereka?

Jawapan mereka adalah mereka mendengar “suara Nabi” setiap hari bersama anak bini.., dan yang malas bersolat di masjid serta suka solat lengah-lengah, bila ditanya, ada tak majlis “suara Nabi” di rumah korang? Jawapannya takde.., sibuk layan TV anak beranak.., macam mana hati tak jadi gelap?(walaupun TV tu bercahaya dan bewarna warni)

Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..

Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...

Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak anak kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..

9. Jangan tunggu 10 tahun baru nak pukul anak.

Percaya cakap aku, tak nak ulas bab ni.., anak aku belum 10 tahun lagi, dah kena pukul dah, pergi surau diam jer kat belakang, (macam riak aku ni..oh) tak macam budak budak lain yang buat bising kat belakang surau waktu solat, bapak pulak buat bodoh jer, bila tanya, kenapa tak larang anak buat bising, mereka cakap, tunggu 10 tahun baru boleh pukul.., apa ke bengap?! Memang Nabi suruh pukul anak tak solat bila umur 10 tahun, dan itu bab solat, bab lain, tak kan nak tunggu 10 tahun? Lagipun dalam islam tahun pendek, anak umur 8 ke 9 tahun kelendar masihi dah 10 tahun dah.., pukul jer anak tu, ada hadith, rumah yang di gantung rotan untuk mengajar anak, dapat pahala, tu gantung, kalau pulul lagi banyak pahala. dan tak perlu aku cerita tahap pukulan yang macam mana, aku tahu korang semua tak slow. Biar anak takut dan hormat sama kita waktu mereka kecik., cuba rujuk gambar di bawah:

Gambar di atas aku petik dari web maddox, dan aku kongsi nasihat beliau:"If you love your kids, love them enough to beat them so that they don't grow up to be idiots."

Jap lagi ada yang butthurt: “eh, Hamka, kenapa qoute ayat orang kapir?”

Yelah yelah, aku qoute kata kata Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi... amacam puas hati?!

Ok, Aku rasa cukup sampai sini, anak aku dah menangis nak susu, pergi dulu, bancuh susu jap. Eh, rupanya anak aku menangis sebab si abang sulung yang usik? Mana rotan? Siap kau!!

( Babak seterusnya terpakasa di potong kerana terlalu ganas yang agak keterlaluan, juga ada gabungan dua atau lebih unsur ganas yang lain)

Sekian.

Ps: Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bakak dengan kapur- woha!

Dec 15, 2011

Pencen umur 60 tahun?

(Khas buat semua kakitangan awam, mari mimum kopi sambil dengar taklimat percuma dari Pakcik driver keretamayat)

Sempena isu SBPA pekerja kerajaan, apa kat kita layan soalan dari salah sorang kakitangan kerajaan yang di rahsiakan pejabatnya.

Soalan pembaca:

Salam.

Terima kasih kerana membuat blog yang menjadi rujukan pertama kepada saya dalam semua perkara. Ni nak tanya, saya ni pekerja kerajaan, sekarang semua orang sibuk berbincang tentang isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan. Saya nak tanya, mana lebih baik, ambil pencen 60 tahun, atau bersara awal? Sekarang kami di beri option untuk memilih, jika pilih skim baru, gaji naik, tapi kena bersara umur 60 tahun, sedey..., tapi jika pilih skim lama, bersara awal tapi gaji tak naik, ada tak pendangan islam tentang kaedah bersara?

Jawapan dari Keretamayat:

Gila kau jadikan aku rujukan pertama dalam semua perkara, aku sendiripun selalu merujuk kepada orang lain, dan kadang kadang aku merajuk macam orang tua bila bini aku enggan memakai baju tidur seksi yang aku jahit sendiri, dan itu cerita lain.

****

Bab bersara umur 60 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 60 tahun, sebab orang macam korang, (Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,) SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim penven umur 70 tahunpun, korang ambiklah.

Tapi jika korang bosan dengan kerja, pergi kerja lambat suruh kawan punch in, lepas tu buat kerja lembab nak mampus, selalu bermuka bosan, ponteng kerja tu selalu, mengular usah cakap, dan pergi kerja asyik bincang tentang isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan tak sudah sudah..

Nasihat aku, korang tak payah ambik pencen umur 60 tahun, korang akan menyusahkan rakyat, ambil pencen awal pun tak payah, 40 tahun ke, 55 tahun ke, jangan!, aku nasihat, korang elok berhenti terus!

Buat bazir duit kerajaan jer bagi korang kerja, tapi pergi kerja, buat kerjanya sikit, tapi sibuk ‘mengeteh’ sambil bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan yang tak sudah sudah, buang current jer!

Henti Hentikanlah bincang isu yang tak boleh selesaikan masalah, bila korang bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan kat kedai kopi waktu ofis, bukannya boleh selesaikan masalah, orang bodoh jer bincang perkara yang tak boleh selesaikan masalah, sebab tu ada member aku, seorang usahawan yang berjaya, dan bila di tanya apa rahsia kejaaannya, salah satu yang dia kongsi adalah: jangan lepak dengan pekerja kerajaan yang bodoh di kedai kopi.

Siapa pekerja kerajaan yang bodoh? Mereka adalah orang yang selalu bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan dengan penuh semangat dan emosi, terutama di kedai kopi, tapi hasil perbincangan tu tak selesaikan masalah apa apapun, buat kering air liur jer bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan, sebab korang bukan bincang di peringkat cadangan, tapi bincang di peringkat ‘kedai kopi’. tak ke Bengong?!

Tak puas hati tentang gred?, naik pangkat?, dan pencen lambat?, elok berhenti terus, pergi bukak kedai kopi, dan berbincanglah perkara yang boleh selesaikan masalah seperti isu masjid kosong, isu Al quran jarang di baca atau isu ekonomi, seperti meluaskan networking, cari pasaran baru dan memantapkan produk. Faham?!

So, nasihat aku kepada semua kakitangan awam:

SUKAILAH KERJA ANDA, DAN JIKA TIDAK SUKA, CUBALAH UNTUK SUKA, DAN JIKA TIDAK SUKA JUGA, ELOKLAH BERSARA TERUS, KERANA, SESIAPA YANG SUKA DENGAN KERJA DIA, MAKA DIA TELAH BERSARA PADA HARI PERTAMA DIA BEKERJA.

(nota bagi pekerja kerajaan yang slow: ‘Bersara’ sebab seronok bekerja sehingga tak terasa bekerja, tapi rasa sedang bersara, tak paham lagi memang lembab, elok berhenti terus)

Jadi, bila korang dah ‘pencen’, tak payah risau lagi tentang bersara awal, bersara umur 60 tahun ke, 80 tahun ke, kerana korang sudah seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, tahniah!

Pergi mampuslah dengan kawan kawan korang yang habiskan masa dikedai kopi waktu pejabat sambil bincang isu isu kenaikkan gaji, pangkat, dan saraan, mereka sebenarnya musuh Negara sebab bazirkan wang rakyat.

Akhir kata:

Please, tolong stop berbincang isu-isu yang tidak meningkatkan iman atau isu yang tidak boleh selesaikan masalah, Jadi, mulai esok, mulakan tajuk perbincangan ilmiah di kedai kopi dengan soalan:

“korang pernah baca blog keretamayat tak?”

Woha!

Ps: Jika aku pekerja kerajaan, aku akan ambik pencen paling maximum, jika bersara 80 tahun pun aku ambik, sebab aku memang akan suka dengan kerja aku, so aku dah ‘bersara’ dah, dan andai kata, aku rasa tension dengan ‘aktiviti bersara’, aku akan ambik cuti tanpa gaji untuk mengembara, atau berniaga, dan apabila dah penat mengembara atau berniaga, aku akan masuk pejabat balik, eh, silap?, aku akan ‘bersara’ balik. Hah!, mana kerusi roda pakcik?, nak pergi 'meeting' kat kedai kopi macam orang bersara jap, woha!

Dec 13, 2011

Dec 5, 2011

Kerja pun ibadat?

(Manusia itu boleh menjadi lebih hina dari binatang, dan lebih mulia dari malaikat, tertakluk kepada terma dan syarat: reboot entry 2006)

Korang pernah tak?, bila azan berkumandang, terus berhenti dari buat kerja dunia, dan galakkan kawan kawan yang lain untuk pergi solat secara berjemaah,

“Jom solat berjemaah!” ajak korang sambil tersenyum kepada kawan yang sedang duduk depan komputer,

Tapi kawan korang yang sedang perasan sibuk dengan urusan dunia, (sedang edit slide power point) dengan selamba menjawab:

“ kerja pun ibadat jugak!”

Lalu menceritakan hadith tentang jihad ekonomi, Nabi dulu berniaga, Abdul Rahman sabahat Nabi yang kaya dan sebagainya, Bla bla bla..

Maka korang yang cetek ugama, tak mampu nak jawab apa, sebab ada betul jugak hujjah kawan korang tu tentang “kerja juga satu Ibadat”, lalu tersengih-sengih menyambung kerja (buat slide power point) sambil melengahkan solat.

Jihad ekonomi kepala otak kau jika lengahkan solat!

Baik, memang benar, “kerja juga satu Ibadat”, dan tidak Allah jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk tujuan beribadat,

Tapi ibadat ni ada beberapa TAHAP.

Meh sini aku cerita, boleh buat slide power point bab ni untuk kefahamam secara visual! Woha!

Baik, Ibadat ini terbahagi kepada empat TAHAP.

Tahap paling rendah adalah: Ibadat tahap BINATANG!

Korang kerja, cari makan, kahwin, beli rumah untuk berteduh, bersetubuh dan lain lain, itu semua IBADAT TAHAP BINATANG!

Semua benda tu binatang dah buat, tak perlulah korang nak bersaing dengan binatang untuk buat benda yang sama dengan binatang, lebih baik korang jadi binatang terus, raya korban boleh aku sembeleh, korang tu manusia, bukan lembu, dan memang betul lah kata korang, cari makan tu ibadat, tapi ibadat tahap binatang sahaja, sebagai manusia korang kena buat ibadat yang lebih tinggi dari binatang mampu buat, kita pergi kepada tahap seterusnya.

Tahap Ibadat yang lebih tinggi dari Ibadat tahap binatang tadi adalah: Ibadat tahap MALAIKAT!

Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, adalah termasuk Ibadat tahap MALAIKAT , binatang tak buat ibadat ni, Malaikat yang buat semua ni, Nabi pernah lihat malaikat rukuk, sejud, bertasbih dan membaca Al quran, jadi kita kena buat ibadat tahap malaikat ni, sebab binatang memang tak payah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain sebab mereka tu binatang, bila lembu cari rezeki, sedang kunyah rumput, tiba tiba azan berkumandang, lembu tak payah sibuk sibuk nak berkumur untuk pergi ambik wudhu dan solat, tak payah!, tapi manusia, bila dah azan, seoelok eloknya, terus berhenti buat kerja dan pergi solat berjemaah, kecuali korang memang seekor lembu, makanlah rumput dari perut kedua korang, raya haji tahun depan, jadi Daging begedil lah korang sebab degil nak mampus!

Walaubagaimanapun, bila korang dah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain yang setaraf dengan malaikat, tak boleh jugak sibuk nak beribadat tahap malaikat sahaja, sebab Allah dah buat malaikat untuk khas ibadat tahap tu, sebagai manusia, korang kena buat jauh lebih tinggi dari malaikat mampu buat, kita pergi kepada tahap seterusnya.

Tahap Ibadat yang lebih tinggi dari Ibadat Malaikat tadi adalah: Ibadat tahap KHALIFAH!

Hormat orang tua, muliakan orang alim, kasing sayang pada isteri dan anak, bersedekah, menolong orang susah, bantu orang miskin, tidak derhaka pada ibu bapa, menunaikan hak jiran, hak rakyat, hak pemimpin, respect each others dan lain lain, adalah termasuk Ibadat tahap KHALIFAH , Malaikat tak buat ibadat ni, pernah tengok malaikat tolong manusia punch card? Tak pernah!

Sama jugak, binatang pun tak buat ibadat tahap ni, pernah tengok lembu tolong kawan dia siapakan presentation slide power point? Tak pernah!!, manusia sahaja yang buat semua ni, inilah maksud, firman Tuhan: “tidak aku jadikan manusia, melainkan sebagai khalifah di atas muka bumi”.

Jadi, walaupun korang dah bagus beribadat tahap malaikat, sudah Solat, baca Al quran, bertasbih, puasa, dan lain lain, tapi jika akhlak korang teruk, boleh masuk neraka, tak kiralah betapa lebam dahi sujudpun, jika akhlak seperti hormat orang tua, muliakan orang alim, kasing sayang pada isteri dan anak, bersedekah, menolong orang susah, bantu orang miskin, tidak derhaka pada ibu bapa, menunaikan hak jiran, hak rakyat, hak pemimpin, respect each others dan lain lain tak korang pedulikan kerana sibuk beribadat tahap malaikat, tetap masuk neraka kerana dosa pada manusia lain dalam bab menunaikan hak.

Ok, korang dah faham, ibadat tahap binatang, tahap malaikat, dan tahap khalifah, sekarang aku nak cerita ibadat Tahap yang paling tinggi iaitu Ibadat Tahap Nabi!

Apa itu ibadat tahap Nabi?

Jawapan: Ajak manusia kepada Allah, dan cegah manusia daripada kesesatan.

Berdakwah, berjihad, mengajar ugama, bagi ceramah, bayan, dan lain lain, itu semua adalah ibadat Tahap nabi, bukan nak jadi Nabi, tapi nak beribadat macam Nabi, dan inilah tahap ibadat yang paling tinggi dalam semua ibadat. Ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam yang beriman kepada bertakwa! Ini ibadat tahap paling tinggi!

Aku bagi contoh, Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah(ibadat tahap binatang) tiba tiba terdengar azan lalu berhenti untuk solat berjemaah(Ibadat tahap malaikat) walaupun hanya tinggal seketul batu sahaja lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu orang tegur, “kenapa tak siapkan, satu batu sahaja lagi…”. sahabat tadi tak marah(ibadat tahap khalifah) dan bagitahu pada orang itu: “aku takut nanti Allah tanya di akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?”(ibadat tahap nabi:daqwah) dan ajak orang itu ke masjid…

Faham tak?

Contoh lain, Jika korang tengah bekerja, bisnes, cari duit, cari makan, tu ibadat tahap binatanglah, wajib kau cari rezeki untuk anak dan isteri. tapi bila dah dengar azan, wajiblah kau pergi masjid, tu ibadat tahap malaikat. Tinggalah dunia sekejap sebab kita kerja ni seolah hidup seribu tahun, maka bolehlah kita lengahkan kerja kita sebab ada 900 tahun lagi baki umur untuk siapkan kerja, tapi ibadat pula seperti mati esok hari, maka saya kena terus solat sebab takut mati esok tak sempat bertaubat, Alhamdulillah, murninya niat.

Dalam perjalanan korang ke masjid, tiba tiba ada orang lemas mintak tolong, tak tolong jadi mayatlah pulak, maka korang wajib tolong dia ,itu ibadat tahap khalifah, tinggalkan dulu solat berjemaah sebab ada ibadat yang lebih mustahak, ibadat tahap khalifah!,

Lepas dan selamatkan dia, kau dapati beliau adalah orang islam, dan confirm mamat tu tak solat lagi sebab lemas waktu azan, Hah! kau ajak dia sembahyang berjemaah sekali sama sama. Itulah ibadat tahap nabi.bukan capai tahap nabi ,ibadat tahap Nabi. Dakwah dia supaya solat secara berjamaah!

Jom solat berjemaah!

Kata aku kepada hamba Allah yang sedang siapkan slide power point.

Lalu beliaupun setuju dan kami ke masjid berdekatan dan mendapati diri kami telah masbuk.(tertinggal takbir pertama bersama imam)

“Errr, Masbuk ni Ibadat tahap apa Hamka?”

(alamak, apa jenis soalan ni.., susah nak jawab nih)

“Tengok jenis Masbuklah, jika Masbuk kerana urusan dunia, ni kira ibadat tahap separuh manusia separuh binatang!”

Tak paham!

“Maksud separuh manusia dan separuh binatang adalah, bila kau mati, mayat kau badan manusia tapi kepala babi!”

Woha!

Ps: Err, jangan serius sangat, Aku gurau jer bab mayat kepala babi tu, tapi jika korang segaja lengahkan solat, dengan alasan kerja pun ibadat jugak, sedangkan kerja tu tak urgent pun, korang memang ‘babi’!