May 25, 2011

Apa hukum melukis?

(Seolahnya di sini situasi seorang perokok yang bertanya hukum merokok kepada ustaz yang merokok, sungguh bias)

Soalan ni telah di tanya dalam email sejak tahun 2006 lagi, dan aku mengelak menjawab soalan hukum hakam dengan menyuruh mereka merujuk ustaz ulamak, sebab aku akan ‘bias’, kerana aku sendiri berbakat dalam bidag seni melukis, “sangat berbakat”: kata bini aku ketika berstatus awek setelah menerima surat cinta dari aku yang disertakan bersama lukisan portrait dan kartun kartun.(oh..)

Arwah emak aku cukup tak suka dengan bakat melukis aku, tiap kali di jumpai lukisan graffiti hasil kerja boring aku dalam kelas lalu melakar dalam buku sekolah, emak aku akan berleter:

“Emak mahu kau jadi penulis, bukan pelukis, sebab tu mak namakan kau dengan nama ‘Hamka’ seorang penulis yang mak sanjung, jika mak nak kamu jadi pelukis, mak akan namakan kau dengan Leonardo Da Vinci,”(woha!)

Begitulah marah arwah mak aku lebih kurang, buat semangat melukis aku luntur, tapi tidak dengan ayah aku, beliau sangat suka aku melukis, buku lukisan selalu di beri sebagai hadiah kepada aku, dan tiap kali melukis, ayah aku akan memuji dengan sedikit syarahan, kalau nak lukis gambar orang, jangan lukis penuh, nanti dia mintak nyawa…

Rupa- rupanya aku berada di daerah darah seni, sebab abang abang aku, kakak kakak aku juga berbakat dalam bidang melukis, jiran jiran aku merangkap saudara sepupu sepupu aku jugak sangat berbakat.., tapi oleh kerana bapak saudara aku, merangkap abang arwah mak aku, seorang imam besar, ustaz bertaraf ulamak telah menghalang anak anaknya, serta anak saudara (termasuk aku) mencari rezeki dengan melukis, maka kami kuburkan sahaja bakat melukis kami dengan melakar contengan-contengan seni di lubuk hati masing masing.

20 tahun kemudian.

Aku hanya menjadi penulis(merujuk kepada blog ini) dan abang abang serta kakak kakakku semuanya menjadi penulis di papan hitam sekolah rendah dan menengah (menjadi guru atau ustaz), tapi tidak dengan sepupu sepupu aku, mereka meredah dunia seni lukis selepas bapak saudara aku meninggal, ada antara mereka melukis batik, ada melukis T shirt, melukis banner, dan ada yang terlibat dengan syarikat animasi dan telah menghasilkan animasi bertajuk “Taman Laut”, “ Chiee Pengembaraan Si Genius” dan lain lain (tapi tidaklah sepopular animasi Upin dan Ipin-mungkin sebab siaran di rtm, jka di tv3 atau tv9 mungkin lain promosinya, isk)

Bila aku ziarah makcik aku merangkap mak supupu sepupu aku, dan bertanya khabar kerjaya anak anak mereka, selamba makcik tu jawab:

“Dulu masa mereka kecik, makcik marah benar tengok mereka melukis kartun, apa mereka ingat boleh dapat duit ke kerja melukis?, tapi sekarang rupanya mereka dah boleh beli kereta, beli rumah, berkahwin dan beranak pinak dengan melukis kartun, lawak betul”

Akupun turut tergelak dengan kesedaran orang tua zaman sekarang. He he.

Oleh yang demikian, untuk itu, aku seolah-olah ‘terpanggil’ (maaf, tak jumpa prosa lain yang lebih senonoh untuk ganti ayat ‘terpanggil’) untuk nyatakan pendapat aku bab hukum melukis kerana jika ada anak anak aku, atau anak buah aku yang berbakat dalam seni lukis, tapi takut nak mencebur bidang ini kerana masalah ugama, cuba dengar pendapat Pak Cik Keretamayat ini, dan ini pendapat pakcik semata mata, pakcik bukan ustaz ulamak, tapi jika pakcik suruh korang rujuk ustaz, dan terjumpa ustaz yang ‘josh’, yang terus letak hokum:

“siapa melukis gambar akan masuk neraka, kerana menurut hadith Nabi, lukis gambar masuk neraka, bla bla, bla, “

Pak cik takut lain pulak ceritanya, dan jadi asbab pelukis kapir tak nak masuk islam…

******

Sebelum tu mari dengar cerita pakcik dan penerbit pakcik akan kisah penerbitan buku pertama keretamayat.

Kisah bermula setelah seorang penerbit ‘gila’ sanggup untuk terbitkan buku pakcik.

Pakcik yang kagum dengan kegilaannya untuk bukukan blog keretamayat yang carca merba ini, dan kerana kekaguman itu, pakcikpun sanggup bersekududukkan dengannya untuk menerbitkan buku pertama keretamayat.

Pakcikpun pilih tajuk best best dalam blog, edit balik bagi mantap, dan tambah beberapa entry supaya tidak ada ‘plot hole’ lalu bagi kat penerbit pakcik yang ‘gila’ itu.

Setelah beberapa minggu, pak cik tiba tiba tak sabar lalu email penerbit pakcik. Kita namakan dia sebagai Encik DK.

Aku:
Woi! Bagaimana perkembangan terkini, projek buku keretamayat?

Encik DK:
Perkembangan terkini, aku dah check balik tulisan kau, banyak gila salah type, tulis macam budak budak menaip guna dua jari, hampeh betul, tapi itu lebih baik dari budak budak perasan unik tulis ringkas macam sms, ok, sekarang aku perlukan tiga (3) artwork untuk cover depan, dalam bentuk kartun. Satu artwork akan terpilih untuk cover depan. 2 lagi artwork, buat backup atau akan diselit kat dalam buku. Artwork-artwork lain untuk bahagian dalam buku (mungkin satu artwork untuk setiap hujung bab, atau setiap 5 bab, dan lain lain)

Aku:
Kau nak upah orang melukis ke?

Encik DK:
Nampaknya begitulah, tapi upah melukis ni, paling cikai pun RM 50 satu gambar, kau kenal tak mana mana pelukis yang boleh upah murah?

Aku:
kenal sangat.

Encik DK:
Bagus, berapa upahnya?

Aku:
Pelukisnya adalah aku sendiri, woha!, aku adalah pelukis handalan, banyak karya aku tersiar pada surat awek cun cun yang dah jadi artis sekarang ni, dan masa kecik, aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna, menang tempat ketiga dan dapat hadiah pensil warna, woha!

Encik DK:
Wah, ini sudah bagus, penulis dan pelukis orang yang sama, siapkan cepat! Upah aku kira kemudian.

Aku:
Tapi sebelum tu aku nak tanya, boleh ke aku melukis guna ball pen?

Encik DK : Boleh tengkorak kau pakai ball pen. Aku cadang kau buat sketch dulu menggunakan pensil. Kemudian, trace semula dengan menggunakan tracing light box (macam arkitek pulak dah). Trace semua garisan yang dikehendaki dengan menggunakan pen Artline 200 FINE 0.4. Selepas tu, bold kan garisan luar (outline) dengan pen Artline 210 MEDIUM 0.6. Setelah itu, scan hasil lukisan dengan menggunakan mode Black & White (B&W). Akhir sekali, email kat aku lukisan yang telah di scan.

Aku:
Wah, banyaknya ilmu aku tak tahu bab melukis ni, baik, bagi masa sebulan untuk aku melukis.

Encik DK:
Bagus , aku tunggu.

****

Ok, sementara Encik DK sibuk menantikan artwork dari aku yang belum pernah di siarkan kepada dunia, yang sebelum ini hanya tersiar di surat surat awek awek cun yang lahir sekitar tahun 80-an, maka kita sambung bab hukum melukis tadi.

HUKUM MELUKIS DARI BUKAN USTAZ YANG SUKA MELUKIS.

Setelah aku buat kajian mendalam, dengan bertanya kepada Ustaz serta ulamak, dan merujuk buku buku serta kitab-kitab, selain bermuzakarah dengan geng geng usrah, juga berzikir mengadap kiblat dalam keadaan suci dari sebarang hadas di dalam masjid di waktu hujan lebat bagi mencari ilham dan petunjuk, akhirnya, aku menjawab kepada mereka yang bertanya apa hukum melukis, jawapan dari aku (yang juga seorang yang suka melukis-nampak sangat bias)

BOLEH, hukumya antara MAKRUH dan HARUS, tapi dengan bersyarat. Dan jika tidak mematuhi syarat hukumnya menjadi HARAM.

Tapi sebelum itu, cuba korang baca fakta, dalil dan nas mengenai hukum melukis yang sempat aku kumpulkan dan sama sama kita nilaikan semula nanti akan jawapan aku.

1. Memang terdapat banyak Hadith Nabi yang mencela pelukis, yang mana menurut hadith, mereka para pelukis akan di azab akhirat kelak, dan gambar gambar atau patung patung yang mereka ‘cipta’ akan di beri nyawa untuk mengazab mereka. Dalam hadith lain , mereka tersenarai dalam golongan terawal masuk neraka.

2. Namun menurut Buznama dan ulamak yang aku rujuk, kebanyakan dari mereka berpendapat dalam mentafsir hadith kena faham ‘asbabun wurud’ iaitu suasana Hadith itu dikeluarkan yang mana secara ringkasnya aku boleh kongsi, Nabi melafazkan makna lukisan dan patung adalah sewaktu kaabah di kelilingi 360 berhala dan berpuluh puluh gambar ketuhanan nenek moyang, selain amalan ugama sesat waktu itu (sekarang pun) yang mana ahli kitab menghias rumah ibadat mereka dengan gambar-gambar dan patung patung pujaan manusia, maka tafsir di buat: Nabi merujuk akan gambar atau patung yang berunsur ketuhanan dan sembahan manusia sahaja, selain dari itu tidak termasuk dalam hadith ini-wallahulam.

3. Menguatkan hujah ini, Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya. Maka terus Nabi Muhammad SAW yang sedang sakit ketika itu, bangun dan bersabda:“Mereka itu, bila ada seorang soleh di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut (sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”

4. Dan hadith lain, apabila gambar selain ketuhanan, yang di lukis di langsir, juga gambar di bantal, Nabi hanya menyuruh di alihkan sahaja, dan bersabda, “tidak mahu teringat kepada dunia” (Riwayat Imam Muslim dari Aisyah r,ha)

5. Namun, kebanyakkankan imam besar seperti mazhab Hanafi, Syafie, Hambali (betulkan aku jika silap) yang sangat berhati hati dalam meletak hukum, mereka mengharamkan terus melukis makhluk bernyawa. Maknanya, boleh lukis gambar benda sahaja, sebab benda tak bernyawa tak akan mintak nyawa kat akhirat, jadi, jika korang nak cipta basikal, lalu lukis gambar basikal, maka hukum melukis basikal itu tak berdosa langsung.(masa kecik aku selalu lukis robot transformer sebab robot takde nyawa-woha)

6. Pendapat dari Buznama lain, boleh lukis gambar pemandangan sahaja. Seperti gambar kaabah, gambar masjid, gambar pokok, tapi jika gambar pemandangan itu adalah matahari dan di sembah oleh penyembah matahari, maka hukumnya haram.

7. Ada jugak ulamak, jika tak silap namanya, Al-Imam Al-Mujahid. Mengharamkan melukis gambar pokok yang berbuah, yang tak berbuah takpe, dalilnya aku tak tahu.

8. Menurut arwah bapak saudara aku yang bertaraf imam besar Raja terengganu telah berkata: boleh lukis gambar manusia, tapi tak boleh lukis penuh, waktu tu aku belum baligh, jika salah faham maksud bapak saudara aku, salahkan ketidak balighan aku.

9. Syekh Yusuf Qardhawi, ulamak zaman moden menafsir hadith Nabi mengutuk pelukis adalah merujuk kepada gambar yang berunsur ketuhanan seperti lukisan di dinding gereja. (dah aku nyatakan di atas) dan di bolehkan melukis bergantung kepada niat.

10. Berdasarkan fatwa fatwa ulamak, sesetengah negeri di Malaysia yang sempat aku baca, (betulkan jika aku salah) boleh melukis gambar, kecuali Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat dan Sahabat Nabi.

11. Jika kita rujuk Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan lain lain ustaz politik pembakang, yang tidak pernah menegur lukisan kartunis Zunar di harakah, seolah olah mereka merestui, (hukum macam boleh jer), jadi kena tanya balik mereka face to face akan apa hujah mereka membenarkan kartunis zunar melukis kartun sedemikian walaupun kita tahu kartun politik berasal dari barat.

12. Sama jugak Mufti di jabatan kerajaan, mereka tidak pernah mewartakan pengharaman majalah gila gila, majalah ujang, dan juga lukisan politik kartunis zoy di Berita Harian, juga kartun Upin Ipin seolah mereka ada dalil dan hujah yang mungkin kita boleh cungkilkan lain kali. Atau benda ni remah sahaja, biar mereka jawab atau dah jawab, aku jer yang tak tahu.

13. Buku buku ugama yang di dokong oleh ustaz ustaz ada gambar kartun seperti majalah Solusi, juga buku Dr Fadilah Kamsah, juga ada gambar kartun, mereka labih arif bab ugama patut ada jawapan lebih baik, kita masyarakat menjadikan mereka sebagai contoh(aku paling tak suka guna hujah ni tapi aku kena tulis juga untuk isu ni)

14) Ada Buznama berkata, lukis gambar makhluk bernyawa secara penuh, makruh, gambar secara separuh, hukumnya harus- katanya Mazhab Imam Malik berpendapat begini.(Check balik Buznama)

15) Tapi ada jugak ulamak yang haram terus melukis apa apapun, namun bila ada ulamak yang tak haram terus maka kita tak payah nak berbalah macam geng wahabi fanatik dan geng mazhab fanatik berbalah atau geng politik berbalah sehingga tahap kafir mengkafir, muzakarah elok elok dan berlapang dadalah..

Kesimpulan:

Perkara yang melibatkan dosa dan kita guna alasan ugama untuk benarkan dosa tadi di panggil fahwa kaum kera, semua faham sudah, tapi jika benda tak berdosa dan baik, seperti kongsi ilmu guna medium x, hubungan silaturahim guna medium x, atau hiburan yang tidak melalaikan menggunakan medium x, lalu guna alasan ugama itu di panggil Bidaaah hasanah, sebab Nabi tak buat tapi benda tu bagus untuk orang yang sakit iman…

Namun aku ingin membuka ruang terhadap bidaah hasanah itu dengan rasa bersalah dan takut yang tebal atau nama arabnya ‘takwa’, sebagai contoh, lepas solat kita istigfar, walaupun solat itu sunnah, namun oleh kerana ada rasa bersalah dan takut yang tebal seandainya solat kita tak di terima akibat kesalahan kecil dalam solat, maka kita memperbanyakkan istigfar.

Oleh sebab itu, untuk bab melukis ini, walaupun tujuannya baik, untuk kongsi ilmu, hubungan silaturahim, atau hiburan yang tidak melalaikan, namun wujudkan juga rasa bersalah dan takut yang tebal, sebab benda ni confirm bidaah, lalu memperbanyakkan istigfar sehari hari kerana kehidupan kita yang sudah semakin jauh dari kehidupan Rasullullah…

Kembali pada bab hukum, Ada benda yang berubah hukumnya mengikut peredaran masa, contoh, zaman Nabi al quran tak di bukukan, Nabi suruh semua sahabat hafal, namun di zaman saidina Abu bakar, Al quran di hafal dan di bukukan kerana ramai hafiz terkorban, mulanya ada sahabat tak setuju tapi selepas bermuzakarah, mereka bersetuju dan hukum ini terpakai sampai sekarang.

Sama jugak kes ziarah kubur, pada mulanya nabi larang, kerana zaman itu iman sahabat belum kuat di tambah amalan sembah kubur yang berleluasa, tapi bila iman sahabat dah kuat, Nabi benarkan ziarah kubur untuk tujuan peribadi, bukan untuk upacara ugama-rujuk balik hadith.

Kes lain, di zaman Nabi, perempuan tidak di cegah pergi solat berjemaah di masjid, tapi di zaman sahabat, tidak di galakkan lagi kerana fitnah perempuan akhir zaman ke masjid terutama waktu gelap mengundang masalah jenayah, bersandarkan tiada hadith yang menggalakkan perempuan ke masjid, maka di zaman sahabat lagi, hanya lelaki di wajibkan pergi ke masjid, dan perempuan di galakkan solat di rumah.

Ada banyak lagi hokum yang berubah selepas ulamak bermuzakarah, seperti hukum bayar zakat pakai wang,(zaman nabi zakat guna bahan bernilai)juga hukum guna wang itu sendiri, (ada pendapat kata kena guna wang dirham) hukum ustaz dapat upah mengajar,(nabi mencela al quran di jadikan dagangan), hukum bermain alat muzik(menurut hadith daif-hukumnya haram), hokum tentera di bayar gaji (zaman Nabi bukan semua orang berjihad boleh dapat harta rampasan), hukum menari tarian poco poco, hukum merokok, hukum bersumpah, hokum hudud dan lain lain.(kita cerita lain kalilah kot)

Namum aku bukan nak meletakkan fatwa melukis di sini sebaris dengan fatwa ustaz ulamak di atas, aku bukan ustaz pun, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.

Aku ulang, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.

Bagi aku, banyakkan istigfar kerana tak dapat amal apa yang Nabi suruh, jika nak melukis, tengok balik niat, elakkan melukis benda yang boleh menimbulkan fitnah dan benda yang nyata haram, dan sentiasa bersangka baik dengan ustaz ulamak, melukis untuk tujuan perkongsian ilmu, hubungan silaturahin, dan hiburan yang tidak melalaikan, bagi aku yang hina dina ini, boleh selagi tidak mendatangkan fitnah…

Tapi aku mengaku, aku masih banyak bodoh dalam banyak hal, ajarkan aku jika ada salah dan silap, bab hukum hakam ni memang aku cuba elak dari menjawab, tapi takut korang terujuk ustaz yang josh, kacau jugak..

****

Kita balik kisah aku dan penerbit, seminggu kemudian.

Encik DK:
Salam Hamka, macam mana lukisan, berapa peratus dah siap? Sajer tanya walaupun dateline belum sebulan.

Aku:
Salam kembali, jumlah lukisan yang dah dilukis, kosong peratus sebab pen yang kau cadang tu pun aku tak beli lagi. Perasan sibuk ni.

Encik DK:
Aduh, bila nak siap buku macam ni, habis tu bila nak pergi beli pen?

Aku:
Tak payah bising bising, aku ada cadangan lain yang lebih mudah, aku rasa tak payah melukis, susah sangat nak tekap macam yang kau ajar tu, aku nak ambik gambar jer, gunakan anak anak aku sebagai pelakon, amacam?

Encik DK:
Hmmm, setiap tajuk / bab ada gambar hitam putih. Cantik jugak, kau selalu ada idea bernas, kamera nak guna nanti, berapa megapixel?

Aku:
12 MegaPixel

Encik DK:
Mantap, aku bagi kau tempoh seminggu untuk tangkap gambar anak kau sebagai hiasan buku.

Aku:
Ok, aku cuba, insyAllah..

******

Baik, sementara Encik DK sibuk menantikan foto dari aku. Mari kita bincang bab foto pulak, apa hukumnya.

( TAK KAN NAK CERITA SEMUA HARI NI?DAH PANJANG GILA DAH ENTRY INI!)

Ok, lain kalilah, betul tu, dah panjang sangat dah ni, kita sambung kisah aku dan Encik DK.

*****

Seminggu kemudian.

Encik DK:
Salam Hamka, macam mana foto, berapa peratus dah siap?

Aku:
Salam kembali, maaf tak sempatlah ambik gambar, pelakon demam.

Encik DK:
Aduh, ambik jerlah gambar anak kau yang demam, gambar hitam putih takpe.

Aku:
Tak payah nak mengamuk, selain anak demam, aku kena tolong bini aku tebuk wall plug sebab nak gantung langsir, ha ha, Encik, aku ada cadangan lain yang lebih mantap sebab aku memang perasan sibuk gila babi.

Encik DK:
Apa pulak kali ni!

Aku:
Aku rasa tak perlu letak gambar kartun mahupun gambar betul, biar sahaja buku aku dalam bentuk tulisan,

hujah aku:

1.Biar buku aku tu macam blog.

2.Ada pembaca yang bertakwa akan terganggu jika ada gambar kartun atau rupa manusia.

3.Mungkin ada orang nak membaca di masjid, (mungkin) atau ustaz nak jadikan bahan mengajar di masjid (woha) atau abang abang usrah nak guna buku aku sebagai bahan rujukan, (ehem, ehem) maka, elok buku aku dalam bentuk perkataan sahaja.

4.Ada hadith Malaikat tak masuk rumah jika ada gambar manusia, maka andai kata ada orang baca blog aku lalu tertidur dalam keadaan buku terbukak, nanti malaikat rahmat tak masuk pulak.

5.jika tengok buku bestseller dari Baratpun, buku mereka tulisan sahaja. Sebab orang tak beli buku kerana gambarnya tapi kerana isinya.

6.jimat kos, sedangkan benda tu tak perlu.

7.Aku perasan sibuk, nak melukis dan ambik gambar tak berapa sempat.., tapi buku nak siap cepat, he he

Tapi itu hujjah aku, jika kau ada hujah lebih bagus, aku akan timbang balik.

Encik DK:
Ok, aku terima cadangan kau, tapi cover kena ada gambar sikit, tapi aku tak nak suruh kau lukis, buat penat tunggu jer, Aku nak cadang, mari kita outsource kerja ini kepada Encik Nik Wafdi yang pernah menjadi kartunis di majalah Ujang. Beliau juga peminat blog Kereta Mayat hehehehehe. Aku kenal sangat dengan dia, amacam?

Aku:
Biar betul, Aku masa remaja pun minat dengan katun beliau seperti Ali & Davidson, Tandori payat, wah bestnya. Aku setuju, suruh dia lukis cover, dan kirim salam kat dia.

Encik DK:
Nak suruh dia lukis gambar apa? Gambar mayat, gambar Kereta mayat?

Aku:
Gambar tengkorak cukup, gambar kepala tengkorak, tapi design mestilah sesuai dengan tajuk buku aku tu.

Encik DK:
Baik, aku akan uruskan bab ni, siap kelak, aku email mintak pendangan kau, sudah, pergilah tolong bini kau tebuk wall plug tu, woha!

Aku:
He he he. main kasar ye..,

****

Sementara kita tunggu lukisan Kartunik Nik menjelma minggu depan, apa kata aku post jer entry ni kat blog. : )

Sekian.

Ps: Aku tak mahu perasan polular, aku akan cetak buku aku berdasarkan jumlah orang survey, jika 3 ribu orang setuju nak beli melalui borang survey, aku cetak 3500, baki 500 mungkin ada yang nak beli lepas dah cetak, maka silalah klik klik dekat sini jika korang nak beli. Segala kerja sama di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

May 18, 2011

Gaji pertama, beli apa?

(Pada tahun 2007 lebih kurang, ada sorang pembaca keretamayat bertanya tentang apakah belanja yang paling afdal untuk gaji pertama, aku lupa apa jawapan aku waktu tu, tapi aku jawab balik beberapa tahun kemudian bersamaaan hari ini)

Kita biasanya tak akan lupa benda yang first time, seperti hari pertama haid bagi perempuan, atau hari pertama baligh bagi lelaki, atau hari pertama naik bas, atau hari pertama masuk wayang, atau hari pertama jatuh basikal, atau hari pertama masuk hospital, atau hari pertama jatuh cinta, atau hari pertama malam pertama, atau persetubuhan kali pertama (dah nak start melalut, ehss..).. dan lain lain.

Pendek kata, benda first time ni memang selalu kita ingat, dan bila berkongsi dengan kawan kawan tentang benda benda pertama ni, kadang kadang kita ralit berborak, habis teh tarik, tambah lagi, itulah resam manusia yang hidup atas dunia yang fana, selalu cerita benda benda yang pertama dibuat dalam hidup dengan penuh teruja sambil gelak macam orang gila, lepas dah jadi mayat, baru kita akan cerita benda terakhir yang kita buat dan itu cerita lain.

Straight to the point, kali ni aku nak tanya korang,

Apakah benda ‘berharga’ atau ‘sentimental value’ yang pernah korang belanja pada kali pertama dapat gaji dan benda tu masih ada sampai sekarang?

Apa korang beli?

PS2? Bayar muka ansuran Motosikal? Beli DVD? Beli Tafsir Al quran, belanja awek makan? Sedekah kat mak? Beli tasbih? Beli seluar Jeans? Beli Handphone? Daftar MLM? Beli cicak tokek? Beli gelang Magnet?

Apa benda pun jawapan korang, simpanlah sebagai kenangan gaji pertama, lantak korang lah nak beli apa pun, korang berhak nak belanja apa yang patut, janji halal dan membawa kebaikkan, Cuma, apa yang aku nak bagitahu, gaji terkahir korang akan dibelanja untuk beli kain kapan, keranda, batu nisan dan upah driver keretamayat, woha!

Sambung balik, kat mana tadi? Oh ye, sebagai tuah tanah, di sini aku nak bagi cadanganlah kepada mereka yang baru dapat gaji hari ni, gaji pertama pulak tu, akan apa yang patut korang belanja.

Ok, simpanlah duit dalam RM100 ke bawah, dan belilah..

(Ini bukan nak melawak..)

Belilah…

(Mesti korang tak sabar nak gelak.)

Korang belilah..

(tapi apa yang aku cadangkan ni tak lawakpun)

korang belilah almari buku!.

(aku sedang serius)

Ya, Almari buku!, atau rak buku!

Dulu aku beli RM 25 ringgit jer, boleh pikul buat balik, sampai rumah pasang sendiri, pakai skru dalam 15 minit siap, ada tiga slot, tinggi tiga kaki, lebar dua kaki.

Jika ada duit lebih, bulan tu jugak beli sebuah buku dengan gaji pertama tadi, jika takde duit lebih, boleh beli pada gaji kedua.

Ok, sekarang, setiap kali gaji, beli sebuah buku, dalam setahun korang akan ada dua belas biji buku, dan aku rasa dalam tiga tahun hingga ke lima tahun, almari korang akan penuh dengan buku, sepenuh dada korang dengan ilmu (jika korang baca sampai habis sebelum beli buku baru.)

Amacam best tak?

Best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis dan ada yang dah khatam berkali kali, memang best sangat…

Bagi aku, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. Perlu sangat!

Dan untuk menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca, maka buku yang korang beli mestilah tebal tebal dan berilmiah, majalah tak aci, syaratnya: mesti tebal, maka bolehlah korang beli buku seperi kitab ugama, kitab Fadail, Kitab Mutakhab Hadith, Kitab hayatul sahabah,, Tafsir al quran, dan lain-lain, dan letak buku katogori ugama ni pada level paling atas,

Level bawah bawah bolehlah hias almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca seperti Buku Motivasi Dale Carnegie, Buku sejarah, Buku tentang tokoh tokoh dunia, atau buku politik seperti A Doctor in the House, dan bawah lagi boleh jugak letak buku komik yang tebal tebal seperi GTO, Naruto, Dragonball, Pendekar laut dan lain lain. Janji tebal.

Memang best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah habis baca, memang beeeeeeeest sangat…! (baca sambil menyeringai macam budak perempuan yang comel)

Sebenarnya, budaya menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis, jarang dipratik oleh bangsa di jajah terutama orang melayu macam kita, sebagai contoh, aku biasa jugak pergi bermalam di rumah saudara mara, kat ruang tamu mereka, langsung takde satu bukupun untuk aku baca, rak bukupun takde, memang hampeh, yang ada almari mahal yang di hias dengan pinggang mangkuk mahal, apa ke jadah? Kalau pinggang mangkuk tu tukar dengan buku, aku rasa mahu penuh satu almari.

Ok, aku sangka baik, mungkin mereka ada rak buku di dapur, sebab aku tengok, bangsa penjajah, mereka ada rak buku bukan setakat di ruang tamu, dan dalam bilik, kat dapur pun ada rak buku…, mungkin bangsa kita takut kena kutuk jika letak rak buku ruang tamu lalu simpan dalam bilik atau di dapur,

Akupun pergi ke dapur mereka, teka apa aku jumpa.?

Rak pinggang mangkuk jugak! Woha!

Jap, jap, nampak macam rak buku, ok ada majalah bawah meja buruk, tengok majalah apa..

Mastika? Mangga? URTV? (pensang..!)

Ok, dahlah tu aku membebel.., dah penuh air liur bertakung kat tepi bibir aku- buruk sungguh!

Sebagai penutup, nasihat aku kepada korang yang tak pernah beli rak buku, bertaubatlah, malu pada bangsa melayu, yang tak pernah beli buku ilmiah tapi beli ‘pinggang mangkuk berilmiah’, jugak kena bertaubat..

Kesimpulan:

1.Tanamkan dalam diri bahawa untuk mencapai Negara maju, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca.

2. Untuk itu, satu rumah kena ada sekurang-kurangnya satu rak buku, jika tak beli pada gaji pertama, boleh beli pada duit pencen yang pertama.

3. Buku mesti tebal, majalah tak aci, Komik tebal tak apa, (Woha!)

4. Buku itu mestilah berilmiah dan di baca sekurang kurangnya satu pertiga, separuh itu bagus, baca habis itu terbaik!

5. Tanda tarikh beli, dan tanda jugak tarik khatam pada setiap buku.

6. Level atas, susun buku ugama, level tengah, buku berilmiah, level bawah, buku hiburan, jangan sesekali hias pinggang mangkuk bodoh antara buku buku itu.

7.Wujudkan satu buku log untuk peminjam, tarikh pinjam, tarikh hantar, catat dengan jelas.

8.Simpan resit buku dengan baik, boleh tolak cukai LHDN.

9.Pastikan ada rak buku di ruang tamu, senang tetamu nak baca sepintas lalu jika boring dengan perbualan korang.

10.Jika rak buku dah penuh, boleh beli Rak baru yang lebih besar, dan jika ada ruang, sila wujudkan perpustakaan mini di rumah masing masing.

11.Pastikan buku yang di tulis oleh Hamka keretamayat ada terselit di celah celah rak buku korang sebagai rujukan dalam dunia rumah tangga.

Eh? Hamka keretamayat ada terbit buku ke? Tak tahupun!

Hek Eleh.., punyalah panjang aku membebel, rupanya nak mempromosi buku berilmiah yang ditulis oleh Hamka keretamayat rupanya, celaka sungguh- woha!

Ok, aku belum cetak lagi, semua bahan dan siap, aku tulis tentang dunia rumah tangga, tapi aku kena buat survey dulu sebelum cetak, sila click-clik. Segala kerjasama korang, amat aku hargai.



May 12, 2011

Menafsir Mimpi?

(Sedikit tafsiran mimpi dari aku yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat aku semata-mata)

Aku ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa aku masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan email aku suruh tafsir mimpi korang, sebab hati aku kotor, dosa aku banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.

Aku tak tahu tafsir mimpi, aku tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun.(buat masa ini)

Maka, kepada mereka mereka yang email tanya bab tafsir mimpi, maaf sebab aku tak layan. Dan kepada yang belum email dan baru nak tanya aku bab tafsir mimpi, baik tak payah hantar, korang akan kecewa kerana aku TAK TAHU langsung bab tafsir mimpi.

Aku ulang: aku tak tahu, aku tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun!.

Apapun mimpi korang, betapa pelik, petapa seram, betapa inception pun, aku tak ada rasa nak kagum, jauh lagi nak tafsir, sebab aku memang tak tahu, aku bukan seorang yang suka perasan pandai, bila tak tahu, aku cakap tak tahu.

So, berhenti email aku tanya bab tafsir mimpi buat selama-lamanya, ok?

(akupun mendelete email korang yang tanya pasal tafsir mimpi)

Untuk mengubat sedikit kehampaan korang yang mengemail aku bab tafsir mimpi, Aku cerita serba sedikit apa yang aku tahu tentang tafsir mimpi, dengan harapan,:-lepas ni jangan cerita kandungan mimpi korang dan suruh aku tafsir- aku bukan orangnya.

Sedikit info tentang mimpi yang aku tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat aku semata-mata.



  1. Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.

  2. Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,

  3. Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )

  4. Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli shurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)

  5. Pada pendapat aku, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.

  6. Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, (baca: jika tak nak masuk neraka.)

  7. Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.

  8. Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak?

  9. Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Aku bila mimpi jumpa hantu, aku akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.

  10. Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.

  11. Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah seorang islam yang suka tidur lewat.

  12. jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!

  13. Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. Woha! (ini adalah lawak bagi yang faham)

Arghh banyak pulak cerita tafsir mimpi aku, tadi nak cerita sikit jer, stop!, habis sampai sini.

Moral of the story: JANGAN EMAIL AKU SURUH TAFSIR MIMPI KORANG LAGI! TOLONG!
Sekian.

Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat aku semata-mata. Peace!

May 3, 2011

Bila kekasih di Fitnah?

(Kampung Garuda dalam filem Hikayat Merong Maha wangsa rupanya adalah kampong chendering di Terengganu)

Pada suatu hari, di semenanjung emas, dalam kitab melayu lama kononnya, terdapat satu Hikayat Moron Murah Mangsa akan kisah seorang ketua pemberontak yang telah di tuduh berzina dengan seorang puteri dari china, lalu apabila rakyak jelata yang ingin mengetahui kebenaran bertanya kepada puak puak penyokong ketua pembakang itu (kerana mereka sepatutnya kenal kelakuan ketua mereka), apakah benar ketua kamu berzina?

Maka, dengan penuh emosi dan marah, mereka menafikan serta merta, lalu mendakwa bahawa semua ini adalah fitnah dan gossip semata mata.

Mana mungkin ketua pemberontak kami berzina? Beliau adalah pilihan tuhan, ini semua adalah konspirasi Raja melayu yang di bantu oleh tentera ROM.

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti akan salinan FLV kelakuan seorang penzina yang mukanya ada iras ketua pemberontak dan bertanya, apakah benar ketua kamu berzina dalam video ini?

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit, ini semua adalah konspirasi! Ketua saya adalah orang beriman dan bertakwa!

Lalu Rakyatpun menunjukkan bukti lain bahawa salinan FLV itu melengkung dan nampak buncit akibat proses conversion atau Format Wide Screen TV kerana imej yang dirakam pada 4:3 aspect ratio 16:9.

Tidak, perut tidak sama, saya kenal ketua saya, muka memang sama, tapi perut tak sama! Perut lelaki itu buncit sangat!, perut ketua saya buncit sikit jer.
Lalu Rakyat bertanya, kamu yakin ketua kamu tidak berzina?

Ya, kami yakin! Mana mungkin ketua kami berzina, beliau adalah pilihan tuhan, beliau telah di zalimi. Ini semua fitnah!

Rakyat masih bertanya lagi, ketua kamu berani bersumpah menafikan fitnah ini?
Mana boleh bersumpah, sumpah tiada dalam islam, sumpah untuk suami isteri sahaja, saya bersumpah bahawa sumpah itu tak betul, bla.. bla.. bla..

Lalu guruh dan kilat pun berdengung dengung di langit hitam..

*******

Ok, kita tinggalkan dulu Hikayat Bohong Moron Mangsa ini, kita kembali ke studio untuk ikuti ulasan Hamka keretamayat berhubung isu ini.

ULASAN KERETAMAYAT:

Tuan tuan dan puan puan, jika kita menuduh orang yang tidak berzina itu berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh membutakan kita masuk api neraka.

Sama juga, jika kita membela orang yang berzina, maka kita telah membuat dosa besar dan jika mati tanpa bertaubat boleh jugak masuk api neraka.

Sekarang aku tengok, puak puak pembangkang begitu bersungguh-sunnguh mempertahankan ketua mereka daripada fitnah ini, baik yang berdogol, berserban atau berkopiah, lepas tu guna ayat ayat al quran membetulkan tindakan ketua mereka, yakin benar mereka nampaknya akan ketua mereka tidak bersalah, seolah olah ketua mereka tu mat som (orang yang bebas daripada dosa)

Aku pernah tulis ala-ala isu ni dalam “menghina kekasih orang” yang mana aku cakap: Jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih..
Sebab kekekasih kita tidak semestinya betul, jika beliau buat salah, dan kita mempertahankan kesalahan mereka, jadi angkuh dan bengonglah kekasih kita..

Tapi dalam kes ini, jika ada orang menfitnah kekasih kita, apa korang buat? Ada korang ikut cara nabi berhadapan dengan fitnah?

Apa islam tak ajar ke cara menghadapi fitnah?

Islam dah ajar!, korang tu yang perasan pandai tak nak rujuk sejarah!
Hari ni korang melenting bila orang fitnah kekasih korang, lalu fitnah balik orang yang menuduh, bila orang cakap kekasih korang berzina, korang balas, kekasih orang lain bom orang, hampeh!

Orang bagi bukti bergambar, korang nafikan,” ya! betul gambar lelaki ni macam ketua saya, tapi perut tak sama, zakar jugak tak sama, zakar dalam gambar ni besar dan panjang, tapi zakar ketua saya.., (argh, malas aku nak tulis)

Mari sini aku nak cerita kepada korang yang mengaku berjuang ugama islam akan bagaimana caranya nak ‘menjawab’ jika kekasih atau ketua kita di fitnah mengikut ajaran islam.

Mari dengar sini tuan tuan da puan-puan,

Kita balik kepada kisah di zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendek cerita, pada suatu hari, ketika Nabi SAW pulang dari berjihad…, Aisyah r.aha isteri nabi yang ikut sama dalam jihad itu telah tertinggal dalam perjalanan atas sebab-sebab teknikal, maka di pendekkan cerita, siti aisyah r.a telah sampai lambat ke madinah itupun dengan bantuan seorang sahabat, Sofwan r.a..

Maka orang munafik (juga sebahagian orang islam) telah ambik peluang ini untuk buat fitnah ke atas siti aisyah r.a yang di tuduh telah berzina dengan Sofwan…

Berita ini menyedihkan Nabi, tapi Nabi takdenya menjawab macam korang seperti:, isteri saya pilihan tuhan, saya kenal isteri saya, isteri saya suci dan tak akan buat dosa. Bla bla.. bla, takde maknanya!

Nabi diam sahaja, dan banyak beriktikaf di masjid bertawajuh kepada Allah.

Aisyah isteri nabi sangatlah sedih bila kena fitnah, bertambah sedih bila Nabi Muhammad SAW tak back up pulak macam puak pembangkang hari ni, dan Nabi siap suruh aisyah bertaubat lagi, aduh.., memang sedih, dah lah tak salah, tapi kena taubat, bila Aiysah merujuk kepada bapaknya yang mengenali dirinya sejak kecik iaitu abu Bakar R.a, suruh bagitahu pada Nabi yang beliau ni suci, Abu Bakar menyebelahi Nabi, dan berkata: “bertaubatlah nak, jika kau benar, Allah pasti menolong.” Kata abu Bakar lebih kurang..

Masa tu wahyu pun tak turun untuk jelaskan isu ni, Nabi memang sedih, lalu bila Nabi bermesyuarat, ada cadangan dari sahabat nabi agar menceraikan Aisyah. Perkara ini menambahkan sedih aisyah r.aha.., lalu beliau tidak mengharap kepada siapa siapapun melainkan Allah, lalu berdoa dan bertawajjuh, akhirnya, turun ayat yang mengsucikan Aisyah isteri nabi.

Nabipun gembira dan orang yang buat fitnah telah dihukum.

Simple!

Moral: Bila isteri Nabi di fitnah, Nabi tak bela macam korang bela ketua korang yang di fitnah, sebaliknya Nabi bersabda: “jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya”

Itu yang terbaik..,

Dulu ada orang pernah tanya aku pasal sudin ajaib lelaki tabligh yang berkahwin dengan budak budak.

Aku jawab: jika terbukti ada kes memperdaya, atau menipu, atau ‘pukau’, atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak, maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum.., sebab Nabi bersabda, jika anakku Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya, Nabi tak pilih kasih, yang bersalah, cukup bukti, kena hokum, habis cerita, kenapa nak pening kepala masuk neraka bela orang buat dosa atau fitnah orang buat dosa?

Jadi, Jika terbukti ketua pembankang meliwat saiful, atau berzina dengan anak cina, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam..,

Nasihat aku, pengikut pengikut ketua pembakang yang berlagak faham ugama,tak payahlah guna fatwa kaum kera untuk benarkan dosa korang, baik korang buat macam Nabi, bila isteri di fitnah, cool,, sabar dan tidak ‘bias’.., sebaliknya memperbanyakkan iktikaf di masjid sambil menambahkan tawajjuh kepada Allah, kepada ketua pembakang, tak payah jugak nak mengamuk, tiru jer macam Aisyah isteri nabi, sabar, bertaubat dan bertawajjuh, jika korang benar, pasti Allah akan tolong korang sebagai mana Allah menolong kekasih kekasihNya..

(itupun jika korang benar..,ok)

Ok lah, tak perlu sambung kisah Hikayat Moron Murah Mangsa di atas, sebab mereka semua sudah mati di panah petir.

Kita tutup dengan pantun yang di petik dari kampong Garuda, atau nama terkininya Chendering.

Sampai Masa Tibanya Waktu...
Redup Hati Kamu Berdua...
Bila Dua 'Parti' Bersatu..
Hidup Mati Jadi Bersama

Woha!

Ps: Cerita Hikayat Moron Murah Mangsa di atas adalah ciptaan semata mata, jika ada kena mengena dengan peristiwa hari ini, anggapalah itu adalah suratan dan takdir-:) Peace!