Feb 27, 2009

Siapa yang bersalah?

(Kisah Aku, Bilal, Ustaz dan pengebom berani mati…)

Nota: 95% cerita ini adalah benar, dan 5% lagi terpaksa di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita. Harap maklum.

Tajuk cerita:
Drama 4 minggu, pi mai pi mai tang tu

Speaker surau itu berkumandang lagi, walaupun bunyi bassnya pecah, tapi para pendengar dapat mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang agak ‘kelakar’.

Kelakar sebab selang dua tiga minit, terdengar suara ketawa ahli jemaah riuh rendah, lepas tu ustaz baca Al quran sikit, lepas bagi ulasan ayat, terdengar lagi suara ketawa ahli jemaah riuh rendah, macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’ gitu..

Apa yang kelakar sangat?

Setelah kajian berdasarkan pengalaman dibuat, rupa-rupanya, Lawak “bukan tempat sini,.. tempat lain”.. begitu mencuit hati para jemaah, kecuali aku!, aku tak rasa kelakarpun?

Apa yang kelakar bila ustaz cerita keburukkan ummat, dan di penghujung cerita di tambah dengan prosa ayat: “bukan tempat sini, tempat lain”..

Kelakar sebab maksiat tu bukan kat sini?..

Kelakar ke?

Kalau aku ler yang berceramah, aku akan cerita keburukkan ummat, seperti tak gi solat jemaah, lengahkan solat, suka buang masa, dan lain lain, lalu di penghujung cerita, aku akan tambah dengan prosa ayat: “bukan tempat lain, tempat sini”.. ha! Amacam? Nak gelak tak? Tentu tak gelak sebab kena batang hidung sendiri! Tapi tentu aku akan berceramah sorang-sorang sebab korang hanya suka lawak “bukan tempat sini,.. tempat lain”, dan prosa bukan lawak seperti: “bukan tempat lain, tempat sini”.. akan menconteng arang ke muka yang tak sanggup nak gelak..

Lantak korang lah, apa-apapun, cerita kali ni adalah tentang “bukan tempat lain, tapi tempat sini”..

Iaitu ustaz di atas, bila berceramah, banyak meleret dia, akan melepasi waktu azan isyak dan solat isyak akan jadi lewat, sekitar jam 9 suku hingga 9 setengah gitu..

Itu aku tak kisah, yang jadi masalah, bila dah habis ceramah, terus bilal iqamat, tak sempat aku yang ‘tertidur’ nak perbaharui wudhu dengan sempurna, dan dalam kelam kabut, jadi masbuk pulak aku sebab imam baca surah pendek, hampeh betul..

Nota kepada mualaf: Sunnah nabi, bila masuk waktu solat akan di laungkan azan, kemudian nabi akan buat sunnat qabliah, sambil menunggu jemaah mensucikan diri dari sebarang hadas, dan iqamat akan di laungkan setelah semua jemaah masuk saf..

Sambung balik, maka yang hampehnya di sini adalah, dah jadi trend kat kampung aku, bila ustaz ceramah, azan isyak di batalkan, dan jemaah tak sempat nak solat sunnat qalbiah kerana bilal terus iqamat, maka tak sempurnalah pahala solat berjemaah hanya sebab ustaz terlajak ceramah..

Alangkah ruginya pahala 100 mati syahid dalam setiap sunnah dek kerana si ustaz terlajak mengajar ugama, azan isyak dan solat qalbiah yang bertaraf sunnah mu’akad di sia-siakan..

Dan ni bukan tempat lain, tempat sini!.. hampeh betul!

Aku rasa banyak factor ceramah jadi panjang adalah kerana lawak merepek sepanjang kuliah, lawak : “bukan tempat sini, tempat lain”.. yang kerap di ulang, di campur dengan masa jemaah ketawa dan juga masa yang di ambil oleh jemaah tua semput tarik nafas sebab banyak gelak, aku rasa, jika di himpunkan mahu makan 15 minit.. jugak..

Ish…, tak kan lah kerana lawak “bukan tempat sini, tempat lain”.. membuatkan azan isyak dan solat sunnat qalbiah menjadi korban…

Tak patut bukan? Dan ni bukan tempat lain, tempat sini!..

Hampeh!

Jika zaman nabi Muhammad SAW dulu, pernah ada orang yang ganti Bilal bin Rabah r.a, seorang sahabat yang berkulit hitam merangkap mu’azin masjid Nabawi.., alasan orang tu nak azan adalah kerana factor suara beliau lebih merdu berbanding bilal..

Lepas solat, turun Malaikat dari langit lalu bertanya, kenapa tak azan hari ni? Sebagai ‘perli’ kepada orang yang tidak ikhlas azan dengan niat menunjuk nunjuk kerana suaranya tidak sampai ke langit…

Teruk kan orang tu?, perasan suara bagus, azan merdu tapi malaikat tak dengar..

Dan ini “bukan tempat sini, tempat lain”..

Tapi, kat kampong aku, penduduk langit tak dengar azan isyak bukan sebab bilal tak ikhlas, atau speaker rosak, tapi sebab memang bilal tak azan kerana ustaz ceramah terlajak 15 minit.., hampeh betul!

Ni bukan tempat lain, tempat sini!..

Lepas solat isyak tu, tiba tiba muncul lembaga berserban hitam dan berjubah putih, dari raut wajahnya, aku tahu beliau bukan orang melayu, tapi orang arab, apatah lagi bercakap arab.. arggh, malaikatkah ini?

Tapi sebab aku tak pandai cakap arab, aku jawab soalan beliau dalam bahasa English, dan mendengar aku bercakap dalam bahasa jajahan komenwel, terus ‘malaikat arab’ tu ulang balik soalan dalam bahasa English slang Arabic..

“Why, no azan isyak ya sheikh Hamka?”

“I don’t know, but always like this, maybe all of them perasan sibuk..

“What is perasan sibuk ya sheikh Hamka”

“something like musa’qqah or takazzar”

“MasyaAllah.., save me from perasan sibuk”

“so, let go to Ta’am”

“Garam Chai”

Apa-apalah, aku tokok tambah sikit perbualan tu sebab aku dah lupa dalil yang ‘malaikat arab’ tu bagi, rupa-rupanya, Pak arab tu bukan malaikat, tapi jemaah dakwah dari Sudan yang beriktikaf kat kampong aku..

Pendek cerita, kesan dari semangat ‘malaikat arab’ tadi yang menjalar ke dalam tubuh, aku call ustaz tu lalu bagi ceramah kat ustaz..

Aku bagitahu ustaz, bahawa tak elok kerana ceramah yang merepek serta lawak “bukan tempat sini, tempat lain”.., maka membuatkan azan isyak dan solat sunnat qalbiah menjadi korban… bla bla bla.. Satu sunnah bernilai 100 pahala mati syahid bla bla bla.. Ni bukan tempat lain, tempat sini!.. bla bla bla.. perasan bagus setan cucuk jarum.. bla bla bla..

“itu bukan salah saya, bilal yang iqamat, saya kena ikut penduduk kampong…”

Ustaz tu bagi alasan pulak, tapi aku masih tabah gigih..

“ustaz cakaplah kat mereka, insyAllah, mereka akan dengar..

“Baiklah, saya akan cakap pada mereka dalam kuliah minggu depan”

“terima kasih ustaz”

“anytime”

End Part 1.

*****

Seminggu kemudian…

Speaker surau itu berkumandang lagi, bunyi bassnya masih pecah, tapi para pendengar dapat mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang masih ‘kelakar’.

“ada orang tu, dapat memantu, masa interviu, menantu cakap, tak pandai berjudi dan pergi masjid tak berhenti henti..”

Ustaz berhenti sekejap, minum air dan teruskan bercerita…

“tapi lepas kahwin, menantu setan rupanya, sebab suka berjudi dan tak pergi langsung ke masjid, lalu pak mertua tanya menantu: dulu cakap tak pandai berjudi dan pergi masjid tak berhenti henti.. kenapa jadi lagu ni?”

Ustaz sambung lagi cerita.., “Menantu cakap, tak pandai berjudi sebab kalah selalu, dan tak berhenti pergi masjid sebab lalu sahaja…”

Jemaah pun ketawa..

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, aku susah nak ketawa sambil tidur.., betul tak? Aku terjagapun sebab terdengar para jemaah yang gigih ketawa macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’

Nota: duduk bersila sambil tidur adalah kebolehan semula jadi aku, harap maklum.

Aku jeling jam, dah hampir waktu isyak, aku jeling ustaz dengan muka serius, walaupun lawak ustaz masih menguasai suasana, tapi aku serius, ustaz faham, dan mula ubah topic..

“saya nak tegur sikit bilal surau ni..” kata ustaz..

Aku pendekkan cerita, lepas ustaz tu cerita tentang pentingnya azan, dan solat sunnat qalbiah, maka semua mata bertumpu kepada bilal, macam bilal seorang jer yang bersalah.., lalu bilal yang merah padam muka menjerit mempertahankan diri.

“saya ikut amalam arwah bilal lama, dari dulu lagi amalan macam ni, lagipun, AJK surau, imam dan pengerusi tak pernah tegurpun, ini bukan salah saya”

Suasana jadi sedikit tegang, ustaz cuba jelaskan bahawa itu bukan kesalahan bilal, tapi imam dan AJK surau mengelak tanggungjawab dengan meletak kesalahan di bahu bilal seorang..

Relekslah bilal, bukan salah kau, tak payah perasan bersalah.., tak payah nak emo, azan sahaja, kata aku dalam hati sebab malas campur urusan orang tua..

Malam itu, ceramah lewat seperti biasa, tapi dan ada azan, Alhamdulillah, dan ada solat sunnat sebelum isyak, namun.., malangnya, azan di azankan oleh orang lain kerana bilal tu perasan disalahkan lalu bengang serta emo, ish.. macam budak budak..,

Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

End of Part 2

******

Seminggu kemudian…

Speaker surau itu terus berkumandang lagi, dan bunyi bassnya masih pecah, tapi para pendengar terus mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang ‘kelakar’ selamanya..

“ada orang tu, masa nak kahwin, saya tanya dia, boleh baca qunut tak? Dia kata boleh, saya suruh dia baca qunut panjang, dia pun baca.. quuuuuuuuuuuu nuuuuuuuuuuuut!

Jemaah pun ketawa..

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, aku susah nak ketawa sambil tidur.., betul tak? Aku terjagapun sebab terdengar para jemaah yang gigih ketawa macam menonton ‘sitcom pi mai pi mai tang tu’

Ustaz berhenti sekejap, minum air dan teruskan bercerita…

Lepas tu saya suruh baca qunut pendek, dia baca: qnt!

Jemaah gelak,

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah bergelak ketawa bertambah gigih, dan baru aku perasan, ada dua orang yang tidak terkesan dengan lawak ustaz tu, iaitu aku dan bilal…

Aku di maafkan tidak terkesan dengan ketawa sebab bakat semula jadi aku adalah tidur sambil bersila, tapi kenapa bilal tu tidak ketawa sedangkan beliau tidak kelihatan seperti bangun tidur, malahan, matanya bulat seperti bebola api ketika pesta sarkas..

Aku jeling jam, lagi seminit nak masuk waktu isyhak, aku jeling ustaz dengan muka serius, walaupun lawak uztaz masih menguasai suasana, tapi aku serius, tapi ustaz tak pedulikan aku, terus turut ketawa dengan lawak sendiri, tiba tiba, bilal bangun, terus berdiri tepi ustaz dan azan!

MasyaAllah, semua orang tergamam, sedang rancak ketawa, bilal terus melaungkan azan sedangkan ustaz tu belum tutup majlis ceramah, imam jadi malu, AJK surau jadi malu dan ustaz tu pulak yang bengang..

Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

Oleh sebab bilal dah azan melantunkan seruan sembahyang, suasana terus menjadi tegang, dan bilal terus solat sunnat, dan ustaz terpaksa habiskan ceramah…

Lepas tu solat dan berakhirlah cerita…

Ni bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

End of Part 3

********

Seminggu kemudian…

Speaker surau itu tetap berkumandang seperti malam malam yang lalu, dan bunyi bassnya sudah tidak pecah lagi, di tukar speaker baru setelah tabung masjid mencapai target, dan dapatlah para pendengar mendengar dengan jelas akan kuliah ugama yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang gigih ‘kelakar’

“Orang arab makan, banyak.. sekali,.. tapi, orang melayu makan, banyak.. kali”

Jemaah pun ketawa..

Ustaz tambah lagi: “bukan tempat sini, tempat lain”

Jemaah ketawa bertambah kuat, aku sorang jer tak ketawa, sebab aku lelaki macho, dan aku toleh kiri kanan mencari orang orang yang susah ketawa macam aku, tapi takde, bilal pun takde, mana bilal ni?

Rindu pulak rasanya…

Lepas solat isyak, baru aku tahu rupa-rupanya, bilal tu dah kena pecat sebab malukan AJK surau dan Ustaz…

Macam-macam hal, orang yang selalu ke masjid pun boleh gaduh dan boleh perasan disalahkan, dan boleh pulak buat keputusan yang bodoh bangang, apatah lagi orang yang tak ke masjid… oh!

Apa nak jadi dengan orang islam sekarang ini?

Dan ini bukan tempat lain, tapi tempat sini!..

End of Part 4

*******
Moral of the story:
Siapa yang bersalah dalam cerita ini?,
  • Bilal yang perasan di persalahkan lalu emo?,
  • Ustaz yang tak prihatin kepada sunnah dan tak hikmah menegur?,
  • Imam yang bengang?
  • AJK masjid yang memboikot bilal?
  • Pendakwah dari arab yang menyuntik semangat cintakan sunnah ke dalam dada aku?
  • Orang yang tidur sambil bersila?
  • Speaker surau yang pecah?
  • Pemuda Umno?
  • Pengerusi DAP, Karpal Singh?

Arghh, dah start nak mengarut, akupun tak tahu siapa yang bersalah, korang buatlah penilaian masing-masing, apa-apapun, Aku dengar cerita sejak bilal tu kena boikot, bilal tu pun dah tak gi solat jemaah kat surau tu.., hampeh betul..

Aku pelik, kita jika bergaduh kat tempat kerja, esok masih datang kerja sebab semua faham, tak kerja tak dapat duit, atau gaduh kat parlimen, esok masih datang sebab faham tanggungjawab, tapi bab ugama, bila bergaduh, terus tak datang masjid, tak ke bodoh? Tak ke bangang? macam budak budak..

Akhir kata, Akupun dah pindah dari kampong tu sebab dapat kerja lain, dan tak tahu apa sudah terjadi pada mereka, dan kepada bilal, aku harap, kau jangan jadi pengebom berani mati.

Sekian

Ps: . Oleh sebab aku dah tak duduk situ, maka.. ini bukan tempat sini, tapi tempat lain!.. woha!

Feb 20, 2009

Kenapa orang islam tidak bijak?

(Seni mencari pertolongan Allah dan apakah maksud kemenangan Ummat islam yang sebenar)

Aku malas nak ulas isu “kenapa Yahudi bijak”, (setelah di minta berbuat demikian) sebab aku tak ada pengalaman hidup bersama mereka orang yahudi, jadi aku tak tahu sejauh mana ‘kebijaksanaan’ mereka, tapi aku tahu kebodohan mereka, iaitu mereka bunuh Nabi sendiri, bila Nabi mereka yang lain, tinggalkan mereka selama 40 hari, mereka boleh pulak sembah lembu, tak ke bodoh?, dan bila Nabi mereka bagi perintah, mereka akan banyak usul sehingga perintah jadi tersangat susah nak amal, dan bila mereka tahu Nabi terakhir bukan dari yahudi, mereka tolak Islam dan terbukalah jalan ke neraka..

Walau bagaimanapun, kali ni, dalam ‘nota kepada diri’…, aku nak ulas isu “ kenapa orang islam tidak bijak” sebab aku hidup bersama orang islam sejak dari kecik sekecil embryo sehinggalah besar menjadi manusia sebesar aku… (size seluar 35)

Eloklah aku buat kajian setengah jam tentang kenapa orang islam tidak bijak kerana dengan terbongkarnya rahsia ini, dapatlah orang islam menjadi bertambah bijak lalu terselamatlah dunia ini yang dah banyak jadi rosak kerana kebodohan 'sesetengah' ummat islam…

KENAPA (SESETENGAH) ORANG ISLAM BODOH?

Staright to the point. Perkara pertama tentang kebodohan ummat islam adalah…, ok, aku jaga hati kamu, perkara pertama tentang kebodohan ‘sesetengah’ ummat islam adalah:

1) Lupa mati.

Apabila orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mayat, maka opposite kepada orang yang paling bodoh adalah dah tentu orang yang lupa pada mayat.. dan bila dah lupa pada mayat, akan dapat penyakit Wahan, aku dah tulis bab ni dulu.., dan aku mengaku, kadang kadang penyakit ni datang menimpa aku..oh! oh! Oh! (batuk sambil menangis)

2) Lengahkan solat.

Orang yang sengaja melambatkan solat adalah bodoh dan bangang, sebab Allah dah janji nak bagi azab khas untuk puak-puak ini, tapi mereka boleh pulak selamba lengahkan solat macam takde apa-apa yang berlaku terutama orang perempuan, Haid dan Malaikat maut boleh datang bila-bila masa.., boleh pulak habiskan tengok 'SPA Q' dulu baru solat maghrib.. ish ish ish..

3) Tinggal solat jemaah.

Ni pulak khas untuk lelaki, dah banyak aku tulis bab ni, pendek kata, lelaki yang dengan sengaja meninggalkan solat berjemaah adalah bodong dan bangang! Terutama lelaki yang dah habis drama 'Spa Q', boleh pulak tengok 'Naruto' sampai jam 8 malam, lepas tu solat sambil dengar berita kat TV, sebab berita tu penting konon, ni memang bodoh nak mampus ni..!

4) Tak solat

BODOH, BENGONG! BANGANG!

5) Bukak Aurat

Aku pelik bila ada parti ABC yang sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kemenangan dalam pilihanraya, sanggup bayar duit claim minyak aku, sanggup keluar duit beli pengundi, sanggup bersekang mata turun padang tunjuk kebaikkan kepada rakyat, tapi tak sanggup pakai tudung tutup aurat sedangkan beliau orang islam yang mana bila korang pakai tudung tutup aurat dah tentu Allah suka dan bila Allah suka, dalam hadith bagitahu, Allah akan perintahkan penduduk langit jugak suka kat korang dan rohaniat akan sampai pada penduduk bumi jua yang mana akhirnya para pengundi islam juga akan suka dan insyAllah korang akan menang, tapi korang bila kalah rasa pelik sebab tak tahu punca kalah sedangkan ramai rakyat yang cerita kat aku mereka tak suka nak pangkah korang sebab korang tak tutup aurat dengan sempurna… itu rahsia korang kalah, simple sahaja..

Tutup aurat dan jangan masuk neraka! Kalau tak, itulah perkara yang paling bodoh pernah korang lakukan sepanjang hidup.., atau korang suka jika aku kafan korang naik keretamayat hanya tutup dada dan kemaluan?

Jangan jadi bodoh!

6) Tolak sunnah Nabi.

Orang islam yang tak mampu simpan janggut, atau tak mampu nak istaqamah solat berjemaah di masjid, tak payahlah nak hina orang yang mampu, cakap mereka hodoh macam kabing sebab simpan janggut dan korang mengaku hensem macam tapir sebab takde janggut.., tak payahler..

Mengaku sahajalah korang iman lemah sebab belum mampu ikut sunnah nabi dan berdoalah agar diberi kekuatan untuk ikut sunnah Nabi suatu hari nanti sebelum naik kereta mayat...

Sebab dalam hadtih bagitahu, orang yang tolak sunnah nabi, nabi tidak akan mengaku korang sebagai ummat di akhirat kelak.., oh.., maka janganlah buat keputusan yang bodoh.., kerana, apabila kita dah nama orang islam, wajiblah bagi kita ikut sunnah Nabi sampai naik keretamayat..

7) Tak Bantu Ugama

Aku rasa banyak lagi kebodohan ummat islam, tapi aku nak tulis sampai sini sahaja, lagipun aku sedniri rasa pedas semacam.., baiklah, aku nak pergi pada tajuk : Seni mencari pertolongan Allah dan apakah maksud kemenangan Ummat islam yang sebenar..

Perkara terakhir tentang kebodohan ummat islam adalah…, ok, sekali lagi, aku jaga hati kamu, perkara terakhir tentang kebodohan ‘sesetengah’ ummat islam yang aku nak tulis dalam 'nota ugama kepada diri' ini, adalah: Menunggu Bantuan Allah dalam bentuk ‘senjata’, iaitu sesetengah orang islam siang malan berdoa kehancuran kepada musuh islam, doa bala menimpa musuh islam, atau doa senjata mereka rosak dan doa semua orang kafir yang masih hidup agar masuk neraka dunia seterusnya neraka akhirat…

Bila ekomomi mereka naik, orang islam doa pertolongan Allah dalam bentuk ekonomi mereka hancur, biar mereka muflis, biar mereka menderita di dunia yang merupakan shurga mereka.. dan biar orang islam selesa sejahtera dalam penjara dunia..bla bla bla..

Bila senjata mereka canggih, orang islam doa pertolongan Allah dalam bentuk senjata mereka rosak, dan senjata orang islam menjadi ajaib, sekali tembak, sepuluh kereta kebal musuh hancur, biar senjata mereka meletup di makmal mereka, bla bla bla..

Bila orang kafir ramai, orang islam doa pertolongan Allah dalam bentuk bala bencana menimpa orang kafir sehingga mereka pupus.. biar datang tsunami, gempa bumi, twister, volcano, deep impact, vertical limit, avalanche, perfect storm, Armageddon, solar attack, dan lain lain…

Tapi, siang malam berdoa, dari depan Kaabah sehinggalah ke pentas mendiklimasikan sajak, orang islam tetap kena tindas, kena bunuh dan diperbodohkan.., malahan ekonomi orang kafir semakin naik, senjata mereka semakin canggih, dan sempadan mereka bertambah luas..,

Para penonton islam yang tidak terlibat dalam perperangan memberi bantuan dalam bentuk doa kehancuran kepada orang kafir, ya!, kamu tahu orang kafir itu mati masuk neraka, tapi kamu mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui perantaraan doa kamu yang belum di makbulkan..

Soalan?

Apakah betul bantuan Allah yang kamu mintak itu dalam bentuk “orang kafir itu mati masuk neraka, tapi kami mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui pertolongan Allah menghancurkan mereka?”

Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?

Kamu tahu?

Tapi, hamka, ini perang berdarah, memang kena doa hancurkan mereka..!

Baik, isu aku adalah tentang ‘Pertolongan Allah’ yang kamu nak, dalam bentuk apakah sebenarnya pertolongan Allah yang kamu nak? , adakah dalam bentuk “orang kafir itu mati masuk neraka, tapi kami mahu cepatkan mereka masuk neraka melalui pertolongan Allah menghancurkan mereka?”

Itu solan aku, Sama jugak kes perang tak berdarah, perang di Malysia, perang yang hanya mengalir air liur.., iaitu mereka yang parti so call islamic bergabung dengan parti tak islamic lalu berperang dengan parti yang tak seberapa call islamic dan juga bergabung dengan parti tak islamic..

Yang parti so call islamic tapi bergabung dengan parti tak islamic akan doa bantuan Allah dalam bentuk: Allah hancurkan parti yang tak seberapa call Islamic juga bergabung bersama parti tak islamic..

Siang malam doa mintak bantuan Allah, terutama dekat musim pilihanraya…

Adakah benar bantuan Allah yang kamu mintak itu dalam bentuk “parti yang tak seberapa call islamic hancur masuk neraka?”

Kamu tahu apa itu pertolongan Allah yang sebenar?, Pertolongan yang kamu patut minta siang dan malam?

Kamu tahu?

Dan adakah kamu tahu apakah maksud kemenangan dalam islam?

Apakah itu maksud kemenangan dalam islam?

Berjaya hancurkan parti musuh?, Berjaya bunuh orang kafir?, Berjaya mufliskan mereka?, Berjaya bakar bedera mereka?

Jawapannya adalah:- ada dalam Al Quran, pergilah belek sebab korang pejuang islam yang sejati.., tapi sebab lepas ni korang akan ganggu aku melalui email suruh aku tulis jugak sebab korang perasan sibuk, maka aku tulislah sebab hari ini aku perasan rajin..

Dalam Al Quran menceritakan bahawa Pertolongan Allah yang sebenar adalah apabila Allah membukakan Pintu Hidayat kepada orang kafir…

Manakala maksud kemenangan Ummat Islam adalah apabila orang kafir masuk Islam berbondong-bondong..

Aku ulangi,

Pertolongan Allah yang sebenar adalah apabila Allah membukakan Pintu Hidayat kepada orang kafir…

Manakala maksud kemenangan Ummat Islam adalah apabila orang kafir masuk Islam berbondong-bondong..

Tapi sebelum Allah tolong orang islam, Allah dah bagitahu awal-awal dalam Al quran..

" Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"


( Surah Muhammad; 47:7)

Jadi, apa bantuan yang Allah mahu sebelum Allah bagi hidayat pada orang kafir?

Jawapannya adalah:- pergilah rujuk ustaz sebab korang pejuang islam yang sejati.., tapi sebab lepas ni sekali lagi korang akan ganggu aku melalui email suruh aku yang bukan ustaz ni tulis jugak sebab korang perasan sibuk, maka aku tulislah jugak sekali lagi sebab hari ini aku perasan rajin..., jarang jarang jer aku rajin tau?

Err, kat mana tadi? Ok, sambung balik,

Jadi, apa bantuan yang Allah mahu sebelum Allah bagi hidayat pada orang kafir?

(maaf, sebab agak boring)

Allah mahu orang islam buat dakwah dahulu, barulah hidayat akan turun…

Dulu, orang kafir serang orang islam sebab tak suka orang islam dakwah mereka, maka Allah akan tolong orang islam zaman dulu sebab orang islam zaman dulu dah bantu ugama Allah, tapi hari ini,orang kafir serang orang islam adalah kerana orang islam tak dakwah pada mereka sebaliknya orang islam sibuk nak hancurkan mereka dan mereka pulak yang serang orang islam sebab orang islam akhlak buruk kerana orang kafir akan berbondong bondong masuk islam setelah lihat akhlak orang islam yang sempurna dalam peradaban manusia tetapi hari ini orang islam bergaduh sama sendiri dan tak buat dakwah pada orang kafir lalu orang kafir benci orang islam dan serang orang islam lalu orang islam minta tolong pada Allah bantuan tapi Allah tak bantu sebab orang islam tak bantu ugama Allah iaitu buat dakwah, apa lagi nak di kata?

“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”

Itu asas paling simple, yang orang islam tak faham atau buat-buat tak faham, dan banyak kali dah aku tulis bab ni, maka tak payah aku ulang, boleh rujuk ustaz demi kebahagian hari akhrat sebab tiba tiba pulak aku perasan malas…

Sebagai rujukan.., aku paste terjamahan Al quran surah AN-NASR… baca dan pergi buat Dakwah!

Surah AN-NASR

(1)Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

(2)Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

(3)Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat

Moral of the story 1:
Surah An Nashr mengkhabarkan maksud pertolongan Allah yang sebenar, juga berita tentang kemenangan ummat islam, sedang ummat Islam gembira dengan turunnya surah ini, turun juga perintah supaya bertubat pada Allah kerana Nabi Muhammad SAW akan wafat dan kerja Nabi akan di wariskan pada ummat akhir zaman, tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad, maka sekali lagi bertasbihlah kita semua dengan memuji Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat...

Moral of the story 2 :
Sebenarnya, Allah tidak perlu pertolongan kita untuk membantu ugamanya, tapi Allah ingin muliakan manusia dengan memberi peluang ‘membantu’ ugama Allah dan sebagai janjiNya: Allah akan Bantu manusia…

Moral of the story 3:
Jangalah di tanya "mengapa orang Islam tidak di beri kuasa dan pemerintahan?" kerana apabila ahkam (perintah dan larangan) Allah tidak dapat di amalkan oleh orang Islam sendiri, kenapa urusan dunia ini perlu di beri kepada orang Islam?

Tujuan Allah memberi kuasa pemerintahan kepada orang Islam ialah supaya mereka menegakkan perintahNya di bumi ini. Sekira korang di serahkan pemerintahan sekarang adakah korang dapat menunaikan kehendak Allah itu?

Moral of the story 4
Fatimah r.aha menangis setelah turun Surah ini kerana sedih nabi dah nak wafat, namun tersenyum setelah Nabi berbisik pada fatimah dengan memberikan khabar bahawa Fatimah akan mati tak lama lagi...

Sekian...

Ps: Aku hari ini kalau datuk aku mati, dan bisik kat telinga bagitahu lepas ni aku pulak mati dan tentu aku tidak akan tersenyum sebaliknya akan gelabah lalu berkata, "apa pulak aku nak kena mati, atuklah matilah dulu..oh!

Aku mengaku, aku masih lagi jahil dalam banyak hal…

Feb 14, 2009

Bagaimana menghalau jin?

(Di tulis oleh seorang manusia yang jarang berhadapan dengan pengalaman mistik, dan tidak pernah menghalau jin seumur hidupnya)

Ketika manusia dan para remaja yang jauh dari tuhan menghabiskan malam minggu dengan jutaan dosa dan noda, menyediakan diri sebagai bahan bakar api neraka…, namun, di satu sudut dunia ini, masih ada yang sayang pada Tuhan, sayang pada diri sendiri, dan sayang pada ummat.., yang mana mereka sedia menghabiskan malam minggu dengan menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lantas sibuk bermunajat pada Allah Tuhan sekalian alam, dan dalam ruang yang gelap itu, ada syair sedu sedan, dan ada air mata yang tumpah ke atas sejadah.., membasuh dosa-dosa, dan sempat bertaubat untuk dosa orang lain…

Mereka adalah antara golongan yang sedang belajar menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur yang empuk, datang beriktikaf di Rumah Allah, dengan niat mencari keredaan Allah dan mengharap agar kemurkaan Allah pada ummat, dapat diredakan dengan menghidupkan kembali amalan kekasih Allah pada malam muda mudi dan para remaja yang jauh dari tuhan menghabiskan malam minggu dengan jutaan dosa dan noda, malam muda mudi dan para remaja yang jauh dari tuhan menyediakan diri sebagai bahan bakar api neraka…, lantas sekali lagi, dalam ruang yang gelap itu, ada syair sedu sedan, dan ada air mata yang tumpah ke atas sejadah.., membasuh dosa-dosa, dan sempat bertaubat untuk dosa orang lain…

Kalau korang teringin nak jumpa mereka, atau korang takde aktiviti waktu malam, jemputlah pada setiap malam minggu datang bermalam di masjid Sri petaling Kuala Lumpur, atau masjid Kubang Bujuk di Terengganu, atau Masjid Mat Kilau di Kuantan atau mana mana masjid terpilih di seluruh Malaysia, (ada di semua negeri) dan juga mana-mana Masjid masjid terpilih di seluruh dunia (ada di semua negera)… inysyAllah…

Aku kadang-kadang cuba ikut jejak langkah mereka, sebab ada hadith yang di riwayatkan oleh hazrat Asma r.a, bagitahu pada hari akhirat kelak, sebelum hisab bermula, akan terdengar satu seruan yang menyeru mencari siapakah yang menjauhkan lambung kanan mereka dari tempat tidur yang empuk lalu sibuk beribadat, dan akan dipimpin untuk masuk shurga tanpa hisab…

Tapi aku? Baru ¼ hadith tu aku amal ‘kot’, iaitu aku berjaya menjauhkan lambung kananku dari dari tempat tidur yang empuk di rumah, tapi sampai di masjid, aku mendekatkan pulak lambung kananku pada lantai masjid, terlelap sampai subuh! Hampeh betul!!

Apa-apapun, ada banyak faedah bila joint puak-puak ni, sebab mereka adalah antara khazanah dunia yang ajaib, apatah lagi mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari Ulamak kepada ustaz, dari Profesor Universiti hinggalah pejalan kaki, dari doctor hingga pawang, dari kulit hitam kepada kulit sawo matang, dari orang kaya sehinggalah si fakir, dari bangsa Arab sehinggalah bangsa India, dari Mualaf sehinggalah buzruko, pendek kata, semua datang berkongsi dulang dan ruang untuk beriktikaf mencari keredahaan Tuhan, dan sebelum sepertiga malam menjengah, ada antara mereka melepak sekejap di kedai kopi sambil minum teh tarik di warung sekitar masjid, dan dapatlah aku belajar sesuatu yang baru tentang kaedah menyelamatkan dunia dari pelbagai sumber..

Maka, dari warung kedai kopi itu, tertulislah cerita hari ini…

15 KAEDAH BAGAIMANA MENGHALAU JIN…

Selain aku ini yang dikenali sebagai bukan seorang ustaz atau ulamak atau kial, aku jugak nak mengaku bahawa aku ini bukan ‘Pak puncak’, dan aku juga bukan bomoh, bukan dukung atau pawang, dan aku belum pernah ada pengalaman yang terlalu mistik, belum pernah muncul dalam dokumenteri “Misteri Nusantara” dan belum jugak pernah joint Uncle Seekers cari hantu…

Setelah penafian demi penafian dibuat, masih ada antara korang yang dah buang tebiat pulak untuk mintak tolong aku halau hantu dan jin? Aku tahu, korang terlalu ‘sangka baik’ dengan aku, tapi ‘sangka baik’ korang tu hanya dapat bertukar kepada ‘Nasib baik’, sebab aku bukan kaki paw, kalau tak.. masuk lagi Harian Metro cerita ‘bomoh’ rogol bini orang.., Naduzubillah.., Arggh, malas aku nak membebel tengah hari buta begini, Baik korang email Ustaz harun din ke, Uncle Seekers ke, Zainal Abidin Misteri Nusantara ke, atau Tamar Jalis.. tak gitu?

Bukan apa, merujuk masalah ‘hidup mati’ kepada yang bukan ahlinya samalah bahaya seperti merujuk masalah ‘riba’ kepada ‘Along’, atau merujuk masalah tak puas bersetubuh kepada bomoh yang air naik kepala dan lain lain..

Namun, walaupun aku bukan ustaz atau bomoh, ada jugaklah aku belajar serba sedikit bab bab bagaimana nak menghalau jin, bolehlah aku amal untuk diri sendiri dan korang yang lebih arif, bolehlah tambah apa yang patut.., aku belajar nipun dengan secara tak langsung dekat kedai kopi dengan bomoh dan pawang yang tidur kat masjid dan beberapa pendakwah yang juga bermalam di masjid sebelum mereka berqiamulai.., insyAllah..

* *
Secara asasnya, cara terbaik menggelakkan diri daripada gangguan jin adalah dengan mewujudkan kekuatan dalaman yang terkuat, yang mana di kenali sebagai ‘FIKIR NABI’.., orang yang ada Fikir Nabi, insyAllah, telah mendapat perisai rohani yang kuat..,

Sebelum tu, aku cerita sikit pasal jin yang aku dengar dengar dari warung sekitar masjid tu..

* *
Jin ini makhluk yang IQnya rendah sikit, jadi senang kena tipu, dan kasihan jugak kat Jin sebab selalu jadi mangsa keadaan, bomoh tipu dia suruh masuk dalam badan orang lain, kalau tak masuk kena pukul, lepas tu dah masuk badan orang lain, ustaz pulak halau jin sambil pukul jin tu, lepas tu balik jumpa bomoh kena pukul lagi, lepas tu masuk balik badan orang dan kena pukul pulak oleh ustaz.., kasihan kat jin, hidup kena pukul kiri kanan, Kadang Kadang ada si penghalau jin, ‘tipu’ jin tu supaya keluar dari badan mangsa, ugut macam-macam, reverse psychology dan sebagainya.., last last jin tu kena tipu kiri kanan.., kasihan jin.. dahler kena tipu, lepas tu kena pukul, akhir sekali, bila jin tu mati kena pukul pulak dengan malaikat sebab menyusahkan orang..,

Kasihan kau jin, (geleng kepala sambil hirup teh tarik..)

Sambung balik,
Sebenarnya, ada banyak jugak hadith cerita kisah manusia bunuh jin, kisah sahabat Nabi pukul ular lantas ular tu mati terbakar sebab ular tu jin, dan jin mati menjadi api kerana mereka di buat dari api dan kita mati menjadi tanah sebab kita berasal dari tanah..

Pendek kata, mengikut hukum Islam, adalah menjadi satu kesalahan dalam akta penjelmaan jin ke alam manusia, yang mana jika jin menjelma ke alam manusia, maka hukum bunuh untuk jin itu adalah halal, jadi korang tak payahler takut jumpa Puntianak ke, Puaka Niyang Rapik ke, Keliwong ke, dia jelma, terus korang tetak dengan parang, biar mati terbakar.., apa nak takut dengan makhluk yang tidak sesempurna manusia?

Malahan, Jin tu sebenarnya jauh lebih takut kepada manusia, sebab tu jika jelmapun jauh jauh, duduk atas pokok, belakang rumah, atas bumbung, itu pun beberapa saat atau just bunyi suara perasan seram, aku cadangkan, kalau korang ada senapang korang boleh tembak terus, atau boleh paku dahi si puntianak tu.., dah toreh KM, kat perut dia, (Km bermaksud keretamayat-apa-apalah!)

Cuma yang jadi masalah adalah apabila jin tu masuk dalam tubuh manusia, nak bunuh jin tu waktu tu akan mengorbankan pulak nyawa manusia yang di rasuk.., jadi kita akan pergi pada perkara perkara atau beberapa peralatan yang boleh digunakan dalam menghalau Jin yang jahat.. insyAllah..

1) Al Fatihah.

Banyak kelebihan yang tertulis dalam hadith bab surah Al fatihah ini, baca dengan Bismilah bersambung dengan ayat pertama dan baca ayat seterusnya sehingga cukup 7 ayat, bersamaan 7 nafas, hembus pada air, dan minum.. insyAllah jin akan keluar..

Aku pernah demam, 2 hari, datang 5 orang kawan aku baca surah ni dan hembus pada air, automatik aku dah sihat dan boleh bersetubuh dengan bini aku malam itu, semua nikmat datang dari Allah..

2) Ayat Qursi

Kata seorang bomoh yang tinggal di kemaman pada aku, apabila kita terjaga pada waktu malam dan terasa seram atau mengalami mipi ngeri, korang kena buat isyarat ludah sebelah kiri, beristigfar dan sambung tidur balik (jangan ludah betul) dan sekiranya, masih bermimpi, baca Ayat Qursi 41 kali, dan sambung tidur, jika masih bermimpi ngeri, itu bermakna tempat tu keras, baca lagi ayat Qursi 41 kali, dan tidur dan jika mimpi jugak, ulang baca ayat Qursi 41 kali sampai kau menang.., tapi jika korang nak jimat masa, korang beralih tempat tidur terus, tak payah nak berebut tempat dengan jin, tak daya aku nak baca ayat Qursi 41 kali malam malam buta.. tak gitu?

7 ayat Qursi yang di baca dan dihembus pada semua arah, atas bawah, kiri-kanan, dan satu telan, juga akan menguatkan pertahanan, insyAllah..

3) 3 surah terakhir Al quran
(Al ikhlas, Al Falaq, Al Nass)

Baca 3 surah terakhir dalam Al quran ini, dan tiupkan pada tapak tangan, sapu tangan pada semua anggota tubuh dan tidur.. dapat mengelak sihir dan dapat menutup laluan jin ke dalam tubuh.. (semua dengan kuasa Allah)

4) Yassin

Baca Yassin juga boleh mendapat kekuatan rohani.., hembus pada air dan bagi pesakit minum.., insyAllah..

5) Manzil

Ini antara yang paling mujarab setelah di ceritakan oleh banyak pengelaman, ayat Al quran yang disusun dari hadith Imam Ahmad, Hakim, yang mana di riwayatkan oleh hazrat Ubai Ibnu Kaab r.a , dan korang boleh baca detail hadith ini dalam kitab Hayatul Sahabah susunan Maulana Yusof, pada jilid ke 3 lembaran 374,

Jadi, baca pada air, renjis di sekitar rumah dan baki bagi minum satu keluarga, dua orang jiran aku pernah kena, malam malam ada lembaga kacau, dan setelah dibuat amalan manzil ini, semua selasai, syukur pada Allah..

Oh, ye, Buku manzil boleh di beli dengan harga RM 2.50, senang korang baca sebab dah susun dalam buku kecik..

6) Minyak wangi

Anak kawan aku di Selangor, menangis tak henti henti waktu malam, dah beratus ratus ringgit duit di habiskan untuk berubat.., satu hari, jumpa ahli iktikaf masjid, diapun datang baca ayat lebih kurang sambil sapu minyak wangi kat badan budak tu, terus baik.., moralnya adalah, minyak wangi adalah bau yang di sukai Nabi dan merupakan sunnah Nabi, jin pulak suka pada asap atau bau kemenyang, maka dalam setiap sunnah nabi ada Nur, yang mana boleh menghalau jin jahat.., insyAllah..

7) Kayu Sugi

Balik pada Rahsia Nur Sunnah Nabi, setengah orang rasa kotor tengok kayu sugi tersembur keluar daripada pokot kanan ahli iktikaf, tapi kawan aku cerita, dia pernah berubat dengan cara masukkan kayu suginya itu kedalam mulut pasakit, tonyoh tonyoh sikit kiri kanan atas bawah, jolok jolok sikti, jin tu terus keuar dari badan pesakit, mungkin jin tu rasa kotor atau sememanya Sunnah nabi yang ada Nur itu buat jin itu tak senang duduk.., semua dalam kuasa ALlah..

8) Serban hitam,

Biasa orang pakai macam ni, Belum tiba kat pesakit, jin dah blah, balik kepada rahsia Nur dalam Sunnah Nabi tadi, lu fikirlah sendiri.., tapi kalau pakai naik motor kena saman..

9) Celak, Jubah putih dan lain lain accessory....

Jin takut bertentang mata dengan orang yang pakai celak dengan niat ikut Sunnah.., Rujuk point no 8 tadi dan yakinlah bahawa dalam setiap Sunnah Nabi ada kejayaan..

10) Fikir Nabi

Ini satu lagi perisai jin yang terbesar dalam hidup, orang yang ada fikir Nabi akan selamat di alam manusia serta di alam jin, alam kubur dan alam akhirat juga akan selamat.. inyAllah, maka korang kenalah belajar fikir risau macam nabi fikir..

Nabi fikir yang paling asas adalah : bagaimana semua orang Islam boleh solat berjemaah, Semua orang kafir masuk Islam dan semua orang Islam amal ugama yang sempurna, dan dari fikir risau cara nabi Muhammad SAW, akan datang ILMU dan HIKMAH dari Allah..

Selamat belajar Fikir cara Nabi..

11) Sabar

Jin akan kalah dengan sabar, dalam proses menghalau jin banyak nak kena sabar, sebab jin akan kuat bila pesakit marah, bernafsu, buingung dan lalai.., begitu jugak si penghalau, banyak nak kena sabar, tundukkan nafsu dan berzikir.., ni nak kena belajar lagi pada ustaz yang ada pengalaman.., dan jin akan mudah masuk pada manusia, yang marah, ghairah, lalai dan bingung.. ingat tu!

12) Ahli Tarikat

Bagus jugak dalam proses menhalau jin, lantik seorang ‘ahli tarikat’ untuk bantu rohani kita dengan duduk bertawajuh pada Allah di satu sudut, biarkan dia berzikir dan bermunajat sementar kita halau jin tu.., insyallah, proses pengusiran akan lebih cepat berlaku..

13) Botol Kicap

Nabi Muhammad SAW pernah tangkap jin dan nak ikat kat tiang masjid Nabawi, tapi Nabi tak buat sebab terkenangkan jasa Jin pada Nabi sulaiman a.s, maka korang yang dah berjaya tangkap jin, tak payahler nak simpan dalam telur ke, dalam botol ke, sebab sunnah tangkap jin bukanlah di kurung si jin tu, cubalah islamkan si jin.. itu Sunnah Nabi, dan itu fikir Nabi Muhammad SAW..

14) Dakwah

Masa halau jin tu, kena niat dakwah, sampaikan kalimah iman padanya, banyak cerita tentang 6 perkara, iaitu iman, ibadat, ilmu, akhlak, niat dan takazar.., insyallah, korangpun akan dapat pahala lebih bila jin tu masuk islam..

15) Reverse psychology

Last, korang kena pandailah nak pujuk si jin ni suruh dia keluar, mungkin jin ni akan mintak syarat yang pelik pelik, nak ayam hitamler, nak darah anjing tompok putih ker, nak kuku warewolf ker, tak payahler ikut, cakap kat jin jika kau nak semua benda tu, mintak kat Allah, akupun nak kena mintak dengan Allah, kena pandai lah Reverse psychology sikit.., sebab jin suka lawan cakap secara opposite dengan manusia, suruh keluar-tak nak, maka apa kata korang larang pulak jin tu keluar, sebagai contoh:

Manusia: “Kau jangan keluar!”

Jin: “Eh, apa pulak bang?, tak pernah orang suruh saya tak keluar..”

Manusia: "Kau duduk dalam tu sampai mati, kalau kau keluar, aku tikam kau dengan keris hitam bersepuh emas"

Jin: “Eh bang, tak bestler camni, bukan best duduk dalam badan manusia lama-lama, bagiler saya keluar“

Manusia: “Tak boleh, kau nak duduk sangat, duduk dalam tu sampai mampos, padan muka kau! Ha ha“

Jin: “Tolong bang, saya nak keluar ni, tolongler jangan tikam saya”

Manusia: “Baik, jika kau nak keluar, kau keluar senyap senyap, jangan bising-bising,”

Maka, Jin itupun keluar dan tidak kembali lagi..

Boleh gitu?

Woha!

Selamat beramal!

Ps; janganlah kita buat naye kat manusia, kelak jin pulak buat naya kat kita..oh!

Feb 9, 2009

Siapa yang lebih menderita?

(Jika korang sedang bersedih, mungkin ‘nota kepada diri’ ini akan dapat memanipulasikan kesedihan korang, kerana hakikatnya, jauh di sudut dunia ini, masih ada manusia yang jauh lebih menderita dari korang..)

Aku mintak maaf sebab tak dapat nak tolong kepada mereka mereka yang berkenaan, merka yang nak bunuh diri dan nak murtad lalu email aku mintak bantuan, mintak nasihat aku, tapi apakan daya? nasihat aku selalunya HANYA sesuai untuk diri aku sendiri, mungkin lepas korang baca jawapan aku korang akan:-

  1. Terus Murtad.
  2. Bunuh diri
  3. Ketawa kepada diri sendiri lalu kembali berdamai dengan Allah bagi memulakan hidup baru..

Aku harap korang yang ada masalah tu pilih (3), dan tolong jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi dengan seorang aku yang bukan ustaz ini, bila harapan terlalu tinggi, sekali jatuh akan pecah berderai bertabur taburan seperti pasir ditepian pantai, jawapan aku HANYA sesuai untuk aku, dan insyAllah boleh menjadi asbab hidayat kepada mereka mereka yang berkenaan andai sudah tertulis dalam takdir Ilahi..,

Makan pesan aku adalah:

Semua orang ada masalah hidup masing masing.., setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri.., tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!!
tinggal nak cerita ke tak sahaja.. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada korang dan aku ..

Sesungguhnya, Ada orang yang jauh lebih menderita dari korang, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang jauh lebih bahagia dari kita, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..

Dan aku tahu, korang suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, rama-rama terbang ke sana ke mari, burung berkicauan sana sini, taman bunga, air terjun, he he he, tapi ketahuilah bahawa kat shurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai ramai dalam keadaan mengadung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak.., geros perut dan menang!!.., kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya.. akhir sekali mereka membakarnya..

Tapi, korang tentu anggap cerita tu karut, mana ada orang macam tu Hamka? Mana ada orang yang lebih menderita dari aku? Akulah yang paling menderita dalam dunia ni, mengapa aku dilahirkan menderita, mengapa tuhan jadikan aku menderita?, aku tak tak mintak di lahirkan pun!! , tapi kenapa tuhan buat aku susah???

Dah! Stop!

Baik, sekarang aku akan cerita satu kisah hidup seorang yang jauh lebih menderita dari korang, dan ini adalah cerita benar, bukan cerita rekaan, cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup dan yang akan mati..

Dan untuk membenarkan lagi cerita ini, maka watak utama cerita ini bukannya aku ambik sembarangan dari internet, atau email forward, atau dari mana-mana buku, atau dari murai.com, atau cerita dari mulut ke mulut,..

Cerita ini bukan tentang seorang kawan daripada kawan aku, atau berlaku pada kawan akupun bukan!! Sebaliknya, watak utama cerita ini adalah DIRI AKU SINDIRI..

YA! INI CERITA TENTANG AKU DAN PENDERITAAN…

Aku harap lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, (tapi tidak murtad dan masih kekal islam sampai jadi mayat) maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:

“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..

Chewah!!..

Straight to the point, Bermulalah cerita..

Pada hari itu, laut cina selatan meriah seperti biasa, kapal kapal berlabuh setelah para penghuni ikan penuh di buritan kapal masing masing dan kapal itu mulai membanjiri pelabuhan di teluk semenanjung. Jauh di dada langit pula, layang layang kertas gah berdiri menentang angin, dan di kaki bukit, kanak kanak sibuk mengejar satu sama lain dalam menghabiskan sisa-sisa baki umur mereka..

Aku pada hari itu, seperti jugak para remaja yang lain. Iaitu baru habis exam SPM, dan mula belajar mengenali kehidupan dengan mencari kerja kerja sambilan.., Alhamdulillah, aku dapat bekerja sebagai STOR KEEPER di sebuah pasaraya kat Terengganu..

Kerja aku adalah angkat barang dari lori ke stor pasararaya dan dari stor pula, nak kena angkat barang ke setiap tingkat bangunan pasaraya memenuhi rak rak department masing-masing..

Di pendekkan cerita, satu hari tu, seorang amoi cina yang bermuka iras iras Zhang Ziyi yang berlakon dalam Filem “Crouching Tiger, Hidden Dragon” datang jumpa aku dan mulakan perbualan..

“Nama awak Hamka?”

Aku benarkan solannya dan si amoi ni ketawa berdekah dekah!, dia berlalu dan sejak dari itu selalu tegur aku dan akan jerit nama aku dengan kuat, dan semua kawan kawanya juga akan gelak..

Akupun jadi suspend, tapi sebab dia cantik, putih macam telur, dan manis macam limau mandarin.., akupun tak kisah apa reason dia gelakkan aku, dan pendek cerita lagi, selepas beberapa minggu kerja kat situ, akupun jadi mesra dengan dia.., kalau mak aku tanya siapa dia tu, aku akan bagi jawapan macam dalam drama melayu,

“saya dan dia kawan biasa jer mak..”

Pendek cerita lagi, bila hari raya china, dia ajak aku beraya di rumahnya.., aku pergi makan limau dan minum air oren.., dan aku mulai berangan berkahwin dengan orang cina, aku mulai ‘kenal’ dengan Wong Fei Hong, Pho Chi Lang, dan Fong Sai Yuk

Dan bila dah ‘mesra’ diapun cerita macam mana dulu dia gelak bila tahu nama aku Hamka.

Katanya, “Ham-ka” dalam bahasa cina bermaksud, “Pergi mati” dan aku pun terperasan dalam filem cina jika mereka bergaduh akan maki dengan ucapan perkataan “ Ham-Ka –Chang”.. Itu yang buat aku jadi terkenal di Pasaraya tu dulu.. arghh, lantaklah, Entah betuk ke tak?, tapi oklah.., dia berterus terang dan kami kawan seperti biasa..

Sehinggalah pada satu hari tu, hari yang mengubah segala-galanya, iaitu ketika bulan sedang gerhana, aku naik motor pergi rumah dia dan ajak dia tengok bulan gerhana dari halaman rumah dia, jam 10 malam lebih kurang.., diapun turun dengan hanya berbaju singlet…, atau baju panas kata orang terengganu, atau baju lengan sangkut, alahai, baju T-Shirt yang tiada lengan tu…

Kamipun duduk dekat satu bangku depan rumah dia, sedang mak dia duduk dekat tingkap takut aku apa-apakan anak dia, dan ketika kami sedang asyik melihat gerhana bulan dan bercerita tentang budaya cina-melayu-dan lawak merepek.., maka berlakulah satu peritiwa yang dahsyat dalam hidup aku yang baru berumur 18 tahun.., sungguh dahsyat sekali..!, malam yang mana lagu patahnya sayap malam berkumandang..

Si amoi ni tiba tiba menguap, dan sambil menguap, diapun menggeliat macam kucing betina menggeliat, tangannya di angkat tinggi, dan dia pula pada waktu itu hanya berbaju singlet, dan terlihatlah aku buat pertama kali dalam hidup ini, aku terlihat bulu bulu yang menghiasi ketiak si amoi itu..

Aku sangat terkejut berok kerana aku yang belum tumbuh bulu ketiak pada waktu itu, tidak tahupun bahawa mana mungkin seorang wanita juga mempunyai bulu ketiak, wajah aku bertukar menjadi pucat, kepala aku rasa berat dan aku rasa sangat malu.., dan aku turus mintak diri lalu terus naik motor pulang dengan membawa hati yang gerhana, cis sungguh ku tak sangka, amoi yang semanis limau mandarin yang selalu menemani aku dalam khayalan ketika nak tidur itu rupanya seorang lelaki.., sungguh terhina diri ini kerana telah terperangkap dalam cinta monyet pondan cina..

Hampeh!!

Aku telefon seorang kawan baik aku, seorang lelaki, dan kami buat pertemuan di Pantai Terengganu pada malam itu juga, aku ingin luahkan kesedihan aku pada dia, pada pantai, bulan dan gerhana..

Kawan akupun datang ketika sang ombak yang menderu deras serta angin yang bertiup kencang mendramatikan lagi cinematography laut cina selatan…
Dan aku terus meluahkan penderitaan aku kepada kawan aku, sambil aku membaling batu ke dalam laut..

“Perempuan memang berbulu ketiaknya, Hamka”

Kata kawan aku sambil menyala rokoknya..

“Tidak! Mak aku, nenek aku, kakak aku, tak berbulupun ketiak mereka!!”


Marah aku pada lautan..

“Kau mungkin datang dari keluarga yang tak berbulu, tapi hakikatnya, perempuan memang berbulu ketiaknya, amoi itu bukan pondan”

Arghh! Alangkah pahitnya penderitaan ini? Kenapa tuhan jadikan wanita berbulu ketiaknya?, aku sudah merasakan telah hilang manis mandarin pada amoi itu.., aku sudah hilang nafsu pada wanita bila dapat tahu bahawa mereka berbulu ketiaknya, aku tak dapat terima hakikat ini! Oh tuhan, kenapa wanita jugak mesti berbulu ketiaknya.., cukuplah lelaki sahaja yang berbulu pada ketiaknya..?

Kawan aku gelakkan aku, sedang rokok membara di bibirnya diterjah angin laut cina selatan..

Dalam kesedihan malam, dan setelah berlalu gerhana bulan, tiba tiba kawan aku mengeluarkan lagi satu fakta yang lebih menakutkan dari fakta yang pertama tadi, satu fakta yang buat aku terasa nak pengsan..

“Hamka, perempuan jugak berbulu di kamaluannya”

APA!!!

PEREMPUAN JUGA BERBULU DI KEMALUANNYA!!

TIDAK! TIDAK! TIDAK!!!

Oh! Tuhan, belum reda kedihan aku terhadap bulu ketiak wanita, kini timbul pula kesedihan baru dalam hidup aku tentang hakikat bahawa wanita juga berbulu di kamaluannya…

Aku tak dapat bayangkan bagaimana aku akan dapat berkahwin kelak dengan wanita yang berbulu ketiak dan kamaluan, nafsu aku terus hilang pada wanita.., aku mungkin akan membujang sampai ke tua.. Dan tolong! Jangan bagitahu aku bahawa perempuan juga bermisai dan berjanggut bila tua kelak.. tolong!!

Pendek cerita, aku terus berhenti kerja, aku tak sanggup berhadapan dengan perempuan yang berbulu ketiak dan kamaluan.., dan aku sudah tak berkawan dengan mana mana perempuan, mereka bagi aku jijik dan kotor.. (pada waktu itu ler) dan aku masih terlalu muda untuk terima hakikat ini… oh!

Aku tak dapat tarima hakikat wanita yang sepatutnya cantik rupa paras itu, yang menjadi simbol segala perhiasan dunia, tapi ‘spoil’ kerana berbulu pada ketiak dan kemaluan..oh!

Namun, pada masa yang sama, walaupun aku sedih dengan hakikat sebenar dunia ini, aku cuba belajar sabar dengan kehendak Allah, dan aku juga belajar sangka baik dengan kehendak Allah.. Dan aku berdoa semoga Allah jadikan hati aku dapat terima hakikat ini.. kerna aku tak nak jadi bodoh bangang macam orang lain yang sedih dengan hakikat dunia lalu salahkan Tuhan, murtad dan bunuh diri.. Naduzubillah..

Walaupun pada mulanya aku rasa sangat sedih, sepi, terasing, dan tertipu, tapi aku tidak putus asa pada Allah, aku terus berdoa, sabar dan sangka baik…

Alhamdulillah, akhirnya doa aku di makmulkan Allah, beberapa tahun kemudian aku dapati aku sudah boleh jatuh cinta dengan wanita yang berbulu pada ketiak dan kamaluannya, malahan aku sudah ghairah melihat mereka.. lagipun, hidup ini singkat sahaja, takperlu sedih-sedih.., dan Allah juga telah cipta otak kepada manusia dengan terciptanya pisau cukur.. he he

Sekarang, hidup aku kembali normal, normal kerana dah boleh ghairah kepada wanita yang berbulu pada ketiak dan kamaluannya, dan terkini, aku selalu di nasihati oleh doctor supaya jarakkan anak sebab aku dah ada empat orang anak yang berderet deret macam keretapi, dan anak yang sulung masih belum layak masuk sekolah lagi..

Woha!

Akhir kata: buat si penanya soalan yang rasa tertipu dengan Tuhan, akupun sama macam kau, rasa tertipu dengan ciptaan Allah tentang hakikat wanita yang sepatutnya cantik rupa paras itu, yang menjadi simbol segala perhiasan dunia, tapi ‘spoil’ kerana berbulu pada ketiak dan kemaluan..oh! sampai Sekarang aku tak faham kenapa Tuhan buat wanita jugak berbulu, mungkin ada penjelasan sains, seperti nak menjaga suhu telur ovum supaya sentiasa cergas, mana tahu?

Tapi aku dah tak peduli apa alasan Allah buat sebegitu, Sekarang.., Allah dah ubah hati aku daripada tak boleh tarima hakikat perempuan juga berbulu kepada ghairah gila bila bercerita bab bulu pada permpuan.., (stop sampai situ)

Sesungguhnya, Allah itu mampu membolak balikkan hati manusia, maka janganlah kerana sikap kita yang mudah buruk sangka dan bodoh bangang, buat Allah terbalikkan hati kita daripada beriman kepada murtad, daripada hidup sedih kepada mati sedih(bunuh diri)

Naduzubillah…

Akhir kata: Memang manusia yang bodoh bangang dan suka sangka buruk pada tuhan, apabila memakai kereta berjemana tempatan, akan merasa sakit hati kerana di jalanan terlihat kereta Mercedes E200 di pandu oleh orang yang dia dengki… tapi, kenapa tak jadi bijak dan sangka baik pada tuhan dengan bersyukur naik kereta berjemana tempatan, setelah di jalanan melihat kereta mayat dahaitsu putih membawa mayat orang lain kerana hakikatnya, kereta berjemana tempatan masih boleh dipandu ke masjid.. sebelum kereta mayat dahaitsu putih membawa mayat dari masjid ke kubur..

Sekian…

Ps: Maafkan aku jika ada remaja leleki yang berhati kudus macam aku, yang mana setelah terbaca blog ini, lalu menjadi sedih kerana baru tahu wanita itu berbulu pada ketiak dan kemaluan…, ini cerita betul dan inilah hakikat dunia, harap maklum.

Feb 5, 2009

Bagaimana Khusyuk dalam Solat?

(Cerita manusia yang lapar bersama yang lapar lalu meninggalkan rukuk bersama orang yang rukuk kerana takut tidak khusyuk bersama orang yang khusuk..)

Aku mengaku, solat akupun belum khusuk lagi, masih jauh dari sempurna, tapi oleh kerana ini adalah nota ugama untuk diri sendiri, maka eloklah aku mengajar pada diri ini akan bagaimana nak khusyuk dalam solat.., setakat yang aku tahu.. Mudah mudahan..

Dan mungkin?, orang tua dulu-dulu yang selalu sapu muka selepas solat, adalah dengan niat merendah kepada diri dengan tergambar solat yang dilempar seperti kain buruk hinggap ke muka, kerana solat tidak khuyuk.. Mana tahu? Wallahu’lam..

Tapi hari ni bila kita nak bercerita bab solat khuyuk dan petingnya usaha ke atas solat yang khusuk, maka ada yang berkata:

“Alahai, Saidina Ali sahabat Nabipun solat tak khusuk gak..”

Lalu terbongkarlah sejarah kisah saidina Ali tercabar oleh Nabi Muhammad SAW yang mana Nabi berjanji akan bagi sehelai serban jika saidina Ali berjaya solat dengan khuyuk, tapi akhirnya saidina Ali r.a tidak berjaya kerana ketika nak bagi salam, terfikir apakah warna serban yang Nabi nak bagi sebagai hadiah…

Tapi mereka lupa, cerita tu tak habis kat situ, cerita tu bukan anti klimath kerana sahabat selalu buat usaha atas solat yang khusuk dan khuduk, sehingga terbongkarlah satu lagi sejarah kisah saidina Ali r.a. dalam satu perperangan yang mana apabila kaki beliau di panah musuh, dan apabila anak panah itu tak boleh di cabut kerana terlalu sakit, tapi ketika saidina ali sedang solat, selamba je orang cabut tanpa rasa sakit sedikitpun!

Lepas solat, saidina Ali r.a siap tanya lagi: “adakah kamu berkumpul untuk mengeluarkan panah dari kakiku?,”

Jawab sahabat yang lain, “anak panah itu telah di cabut ketika tuan bersolat!”

Lihatlah wahai tuan-tuan yang Allah muliakan! Cerita bab khyuk dalam solat, adalah begitu pengakhirnya, bukan anti klimath sepeti yang korang ‘selesa’kan..

Dan hari ini, cerita bab khuyuk dalam solat, bukan tahap anak panah, aku kena gigit nyamuk pun boleh terasa sakit, apatah lagi kalau kena sengat tebuan.. woha!

Kadang kadang tu, ada anak kucing basah baru lepas jatuh dari longkang barangkali, lepas tu merangkak sambil mengiaw berjalan atas sejadah, dalam hati aku halau ‘shoh shoh’ suruh kucing tu gesel kaki orang lain.., dan ada makmum yang bergerak mengelak digesel kucing.. woha!

Semoga Allah ampunkan dosa kami yang belum sempurna khusuk dalam solat ini..oh!

Walaubagaimanapun, korang solat khuyuk ke tak, khuduk ke tak, tetap nak kena solat jugak, jangan jadi bangang meninggalkan solat dengan alasan solat tak khusuk..

Allah itu Maha Kaya, Allah buat peraturan dan manusia juga buat peraturan, tapi bila pemimpin buat peraturan, dan rakyat ikut, pemimpin tak bagi apa-apa, korang naik kereta pakai tali pinggang belakang ada dapat upah ke? Korang tak langgar lampu isyarat seumur hidup ada dapat ganjaran ke? Tak dapat!

Tapi Allah bila membuat peraturan, Allah akan bagi ganjaran dalam setiap peraturan yang berjaya dilaksanakan, bermakna jika solat tak kyukuk, Allah masih akan bagi lagi ganjaran untuk ketaaatan yang lain, seperti berjalan kaki ke masjid, dosa akan gugur, pahala akan bertambah dan darjat akan naik, tak kira korang khusuk ke tak solat, pakai serban, bersugi sebelum solat, dan lain lain semua dapat ganjaran.., sebab Allah Maha Kaya..

Kerajaan Umno jika bagi 10sen kepada semua rakyat Malaysia yang ikut peraturan, tak sampai setahun Kerajaan Umno akan rugi, begitulah hebatnya ALLAH dalam mengganjari yang mana jika semua orang solat berjemaah, mereka akan tetap dapat 27 kali ganda..

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Cuma, bab khuyuk ni, adalah menjadi kewajipan orang islam untuk buat usaha agar solat kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.. insyAllah..

Jadi, persoalannya, bagaimana nak khusuk dalam solat?

Baik, sekarang… kita pergi dulu pada darjat-darjat dalam solat.., semua betul.., Cuma nak periksa kita semua berada pada darjat yang mana satu..

  • Orang yang bersolat kerana itu adalah perintah Allah, maka mereka telah menjadi orang yang berilmu…

  • Orang yang bersolat kerana yakin dengan janji Allah, maka mereka telah mencapai makam Ihtisab,

  • Orang yang bersolat kerana takut azab Allah, maka mereka telah menjadi orang yang bertakwa…

  • Orang yang bersolat seolah-olah melihat Allah, maka mereka telah mencapai tahap Ehsan…

  • Orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi iaitu ikhlas…

Kenapa aku kata orang yang bersolat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka mereka telah mencapai tahap yang tertinggi?

Dalilnya adalah, apabila Aisyah r.aha menangis melihat kaki Nabi s.a.w bengkak-bengkak kerana lamanya solat, lantas beliau bertanya :“kenapa tuan solat sampai bengkak kaki, bukankah tuan takde dosa?, Maka Nabi menjawab lebih kurang maksud:

“Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur…”

Apa lagi nak dikata?

******


CERITA TENTANG MAKAN DAN SOLAT

Korang tau tak? orang khusuk makan dengan orang sedap makan, apa bezanya?


‘Orang khusuk makan’ adalah korang yang makan dengan penuh kesyukuran, penuh asyik, penuh berselera, tak peduli apa sekeliling, tak kira walaupun roti keras dan mungkin akan makan sambil menangis kerana terkenangkan orang lain yang tak dapat nikmat tu,...

‘Orang sedap makan’ pula adalah korang yang makan sambil tengok TV, sedar-sedar dah habis makan, walaupun makanan sedap, tapi tak terasa nikmat makan sebab asyik layan cerita dalam TV, biasa ramai sangat manusia yang solat macam ni, solat sambil 'tengok TV' dalam kepala otak kita, sedar tak sedar dah habis solat... oh!Jadi, kita akan menhargai dan mengsyukuri nikmat makanan dan akan makan dengan khusuk siap menangis lagi, adalah apabila kita terkenangkan orang-orang yang kebulur..., orang yang merempat, orang yang makan sampah, orang yang berkongsi makanan dengan binatang, ,orang yang makan siput babi dan lain lain isk isk..

Atau jika korang pernah tengok gambar kanak kanak negara ketiga yang kebulur, yang ada vulture(burung pemakan mayat) tunggu budak jadi mayat supaya lebih ‘sedap makan’.., atau gambar orang minum air kencing lembu sebab dahaga, atau pakcik di Afganist├ín yang makan rumput, atau orang gila yang makan sampah, maka semumur hidup korang tak akan komplen makanan lagi.., korang akan makan sambil menangis bersyukur pada Allah walaupun makanan tak sedap.., dan ada aku dengar cerita kat india, seorang ibu yang sanggup potong tangan anak dia dan bakar luka dengan api, supaya mudah mendapat simpati apabila si anak pergi mintak sedekah.. oh oh oh.., sedang aku seumur hidup ini, tak pernah lapar..tak pe-r-nah (sebak ngan nikmat Allah)

Nikmat mana lagi yang aku dustakan?..

Jadi, balik kepada bab solat, kita akan dapat menhargai solat dan mengsyukuri nikmat solat dan akan solat sambil khusuk siap menangis lagi, adalah apabila kita terkenangkan orang-orang yang tak dapat nikmat nih.., orang yang kita sayang tapi akan masuk neraka, orang yang kita sayang tapi tak suka solat jemaah, orang yang yang akan menderita buat selama-lamanya hanya kerana tidak dapat nikmat ini dan lain lain.. isk isk..

Maka, bila kita solat sambil terkenangkan umat menderita dan apakah lebihhya kita sehingga Allah pilih kita bersolat, sedang kita banyak dosa, maka kita akan menangis dalam solat.., 13 rukun akan kita buat dengan penuh shukur..alhamdulillah...

Bila kita rukuk bersama orang yang rukuk, rasa terharu dengan Allah yang bagi nikmat rukuk bersama orang yang rukuk kepada aku yang banyak dosa, sedang ramai kawan aku yang belum dapat nikmat rukuk bersama orang yang rukuk,

Begitu jugak bila sujud, rasa terharu dengan Allah yang bagi nikmat sujud bersama orang yang sujud kepada aku yang hina lagi banyak dosa, sedang ramai kawan aku yang belum dapat nikmat sujud bersama orang yang sujud..

Maka sebelum dapat nikmat khusyuk bersama orang yang khusuk, kita kenalah bersyukur bersama orang yang bersyukur kerana orang yang tak dapat solat atau tak nak solat, memang kasihan, mereka di ibaratkan kapir dan bila kapir, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya isk..isk…menangislah dalam sembahyang kawan-kawan…menangislah..dan bersyukurlah atas nikmat sembahyang yang Allah telah berikan…bersyukurlah…

Dan perlu diingatkan disini, bahawa kewajipan kitalah yang telah dipilih oleh Allah bersolat, yang telah mendapat nikmat solat, supaya buat dakwah dan ajak orang lain jugak bersolat, kerana berkongsi nikmat solat sama macam kewajipan kita berkonsi makanan pada orang yang lapar.., berdosa jika kita sorang jer kenyang sedang ada orang yang lapar disekeliling kita..

Dan bila kita buat dakwah, maka makin kuatlah ingatan kita kepada saudara Islam kita yang tak dapat nikmat solat, (yang hina dan caci ketika kita berdakwah padanya) maka makin shukurlah kita pada Allah yang bagi nikmat solat kepada kita yang hina dan banyak dosa ini...

Dan apabila kita dah bersyukur dengan nikmat solat.., barulah Allah akan bagi nikmat solat yang khusuk dan khuduk .. InsyAllah!

Aku ulangi, apabila kita dah bersyukur dengan nikmat solat.., barulah Allah akan bagi nikmat solat yang khusuk dan khuduk .. InsyAllah!

SEKIAN

Namun, bila bercerita bab makan dan solat, dah tentu akan timbul balik kisah orang yang makan dulu sebab takut solat tak khusuk, tapi lepas kenyang masih jugak tak khusuk sebab ingat benda lain, dan kebanyakkannya menjadi hampeh kerana solat lewat tapi masih tidak khusuk kepada ancaman Allah kepada mereka yang melengah-lengahkan solat dan celaan meninggalkan solat berjemaah..

Semoga Allah ampunkan dosa mereka kerana belum dipilih untuk rukuk bersama orang yang rukuk dan semoga Allah terus pilih kita untuk rukuk bersama orang yang rukuk sampai jadi mayat, dan akhir sekali semoga aku dapat khusyuk bersama orang yang khusuk..

Ps: Lapar pulak bila bercerita bab makan-makan nih…

*Sumber Gambar: ManiacMuslim