Oct 27, 2008

Anti Hadith Daif?

(Bila kita susah, dan tiba tiba ada orang bagi hutang tiga keping duit ringgit Malaysia yang berwarna merah, bagus jugak, tapi bila lambat bayar, itu yang hampeh..)

Assalamulaikum…

Ke hadapan sahabatku ‘korang’ yang kadang-kadang jer aku ingat, aku harap korang semua berada dalam keadaan khabar baik hendaknya, aku dan keluarga kat sini sihat jugak Alhamdulillah, semua dengan Ehsan Allah SWT.

Aku sebenarnya nak bagitahu bahawa aku tak beberapa suka kat ‘korang’ sebab korang semua yang aku kenal ni, adalah termasuk dalam golongan anti hadith yang hempeh..

Korang yang aku maksudkan adalah terdiri dari dua golongan, kita pergi pada golongan yang pertama dulu, iaitu golongan anti semua hadith..

Punyalah hampeh korang ni sampai anggap semua hadith adalah rekaan manusia semata-mata, dan menuduh Imam Hadith terdahulu sebagai pendusta, Imam Bukhari pendusta, Imam Muslim pendusta, dan anggap mereka manusia biasa jugak yang pernah tinggal solat macam korang ha ha ha! Apa punya bodoh alasan korang yang tak dapat jaga solat lalu sangka dalam dunia ni takde sorangpun yang tak pernah tinggal solat sejak kecik, apa punya sempit dunia berugama korang hah?!

Lepas tu korang punyer argument bahawa Allah dah kata Al-Quran tu lengkap, so takyah nak pakai hadith-hadith lagi. Dan tuduh orang yang percaya pada hadith bermaknanya orang tu tolak Al-Quran sebab anggap Al-Quran tak lengkap, pulak?

Apa punya cetek otak korang ni aku tak tahu ler.., kalau aku tengok kemaluan korang yang sempurna, yang berbulu dan lengkap dengan telur serta zakar, maka aku tahu kemaluan korang seorang lelaki dah sempurna dan tak perlu lagi pada zakar tambahan atau telur tambahan, tapi bila korang nak anak, korang kenalah lengkapkan zakar tu dengan kemaluan perempuan yang sempurna gak… faham tak? Errr, apa punya standard contoh ni, ok, abaikan.., korang bukannya paham jika aku cakap bahasa tinggi-tinggi..

Staright to the point, Semua tahu sudah bahawa Al Quran tu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya lagi. Namun manusia ni BODOH, BANGANG, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sedepuk camtu. So ‘terpaksalah’ Al quran di turunkan peringkat demi peringkat supaya manusia yang jahil fitrahnya mudah faham, dan untuk mudah faham lagi, Allah utuskan mahkluk manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran akan apa maksudnya, apa rahsianya, macam mana nak guna, itu ini begitu begini...

Dan manusia tersebut (Rasulullah), bile dia nak terang, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Sebagai contoh, Al Quran suruh kahwin tapi manusia yang Allah utuskan tu yang detailkan macamana yang dimaksudkan dengan kahwin tu. Apa syaratnya, apa hukumnya dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.

Jadi kepada anti-unta hadith sekalian, yang korang kawin dan tiap-tiap malam jumaat korang berlaga lubang kencing dengan bini korang tu, sah ke tak sah? Kalau sah, Mana korang tahu sah? Dalam Al Quran ada bagitahu syarat sah nikah? Ker korang belajar dari apa yang Hadith Nabi bagitahu jugak? Abis tu, kenape korang pecaya pulak? Mentang-mentang hal-hal berkaitan berlaga lubang kecing, selari dengan nafsu, korangpun percaya, tapi hal-hal lain korang tak nak percaya? Nampak sangat korang ni dah makan hasutah iblis!! Hampeh!

Lepas tu kalau korang nak tahu, bila Allah pilih manusia yang nak bagi Hadith atau nak terangkan Al-Quran, bukannya calang calang!!. Bukannya bodoh macam korang. Dia manusia agung. Dia diberi training direct dari Allah melalui malaikat. Dan manusia yang Allah training direct ni, dia bagi pulak training kat sahabat-sahabat di sekitar dia. Bukan calang-calang training beb, berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Pastu mereka ni training pulak orang-orang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat. Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam korang ngumpat PakLah. Mereka solat dulu, minta petunjuk.

Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu? Korang ni nak mampos ke ape? Sebab korang nak mampos lah aku hari hari hidupkan injin keretamayat, Baik korang bertaubat sebelum korang jadi mayat, dah jadi mayat karang, ntah hadith mana aku nak guna untuk lupuskan mayat korang? Tak tahulah aku... akhir kata, aku doa semoga aku tak jadi bodoh macam korang dan sempatlah korang bertaubat sebelum naik keretamayat..

Ok, tutup kes, kredit untuk pembaca blog aku yang bernickname “ustazrock”, banyak fakta di atas diambik dari komen beliau yang lepas-lepas..., dan itu khas untuk golongan anti Hadith, sekarang aku nak pergi kepada golongan anti hadith yang kedua, iaitu golongan anti Hadith daif pulak..

Ni memang ’korang’ yang aku kenal dan hidup berkongsi ruang atmospfera yang sama..., walaupun korang tak sehampeh puak puak anti hadith, tapi korang tetap hampeh jugak..

Ya, aku tahu, korang bukan anti semua hadith, korang cakap korang ni hanya anti hadith yang daif, tapi korang tetap hampeh, sebab korang menolak hadith dengan kejahilan, dengan nafsu dan bukan dengan kepandaian dan keakalan..

Korangpun mulai berhujjah bagitahu bahawa ada ulamak yang tolak hadith daif, ok, mungkin betul, tapi mereka dalam menolak hadith daif, amalan ibadat mereka tak macam korang, mereka solat berjemaah lima waktu cukup, malam malam bangun solat tahajjud, dan tak pernah melengah-lengahkan solat, tak macam korang yang aku kenal yang tolak hadith daif sambil selamba tinggal solat jemaah dan suka solat lengah-lengah..., tak ke hampeh?

Bila aku cakap sikit, terus tolak sebab aku guna hadith daif, malahan korang telah menjadihkan hadith daif itu sama taraf dengan hadith palsu.. Naduzubillah

Baru baru ni korang berkunjung rumah aku, sampai masa jam 9 30 malam, akupun buat acara rutin dengan keluarga aku iaitu baca Hadith kitab Fadhail, tapi korang perlekehkan aku, korang bercakap dengan kawan kawan yang lain dengan kuat dan ganggu aku yang cuba nak masukkan nur hadith ke dalam hati aku dan keluarga aku.., korang hina kitab tu, korang hina penulis kitab tu dan korang menolak kitab tu walaupun dalam kitab tu ada hadith soheh, tapi korang tolak jugak sebab kitab tu bercampur dengan hadith daif dan palsu..

Ini bahaya kawan, mengadakan apa yang Nabi tidak cakap dan mengtidak adakan apa yang Nabi cakap hukumnya adalah sama, berdosa.., masuk neraka, sedangkan ulamak-ulamak mahsyur setuju bahawa hadith daif itu bukan palsu, Cuma di ‘daifkan’ kerana kesilapan perawi, dan hadith itu di sokong pula oleh Hadith soheh yang lain, dan tarafnya tidak bahaya..

Tapi itulah korang, perasan pandai, baru masuk usrah rehlah, baru baca email forward, dah perasan bagus, semua orang yang nak nasihat korang,, hanya layak guna hadith soheh, korang rasa korang terlalu mulia sehingga tidak boleh di nasihat oleh hadith yang daif dan ‘palsu’ konon.., padahal.., alim ulamak duniapun banyak guna Hadith daif dalam bagi nasihat, tapi korang tetap sombong nak mampus!..

Korang terus rujuk ustaz sekian-sekian yang tolak hadith daif, dan aku tak pelik, sebab akhir zaman ni ramai ustaz ustaz yang perasan betul, ustaz syiah, ustaz wahabi, ustaz salafi, ustaz al arqam dan macam macam ustaz lagi ler, yang mana bila ceramah kutuk kitab yang ada hadith daif, keluar fatwa haram baca kitab hadith daif.. bla, bla, bla..

Itu yang jadi kat satu masjid di felda jengka 10 kalau tak silap, lepas subuh, ada sorang pakcik ni pergi baca kitab fadhail kat depan mimbar, tapi semua ahli jemaah angkat punggung, dan duduk ditiang-tiang masjid lalu berborak dengan kuat hal hal dunia.., aku kesian kat pakcik tu, pergilah duduk mengadap pakcik tu sambil dengar beliau baca kelebihan solat, zikir dan lain-lain, bila dah habis, pakcik tu cerita dia hari-hari camni, dulu ada orang duduk jugak dengar, tapi bila ada ustaz ‘larang’, semua orang dah tak nak dengar lagi, tapi pakcik cool, pakcik akan buat amalan ini sampai pakcik mati..

Pakcik, apa aku nak cakap?, pakcik memang cool, inilah tahap ikhlas namanya, teruskanlah niat murni pakcik tu sampai mati…

Ok, sambung balik, Oleh sebab korang yang anti hadith daif ni perasan pandai, mari sini aku nak cerita,

Sesungguhnya, dalam menghadapi masalah ummat islam, ramai ulamak yang mendahului Hadith daif daripada pendapat ulamak baru.., tapi korang mendahului pendapat ulamak baru dan menolak hadith daif, apa kes? sedangkan kita patut sedih kerana kesipalan perawi, hadith yang sangat baik dalam memberi peringatan telah menjadi daif, lagipun jika aku cerita akan kesilapan para perawi itu, kesalah mereka taklah seteruk kesalahan ustaz ulamak akhir zaman..

Sebenarnya jika korang rujuk kitab kitab lama seperti kitab Ibnu Hibban, Daruqutni, Said bin Mahsyur, Dailami, Abu Syaibah, Abdurrazaq, Al khatib, Abu Ya’la dan kitab Baihaqi yang menjadi rujukan ulamak sedunia, dalam kitab tu pun bercampur hadith daif dan soheh, korang berani ke nak tolak ke kitab tu wahai mangkuk?

Nampaknya korang tak faham lagi bahawa sudah menjadi ijmak seluruh fuqaha, ulamak dan cerdik pandai dunia islam bahawa, untuk hokum hakam dan akidah, semuanya perlu di rujuk dengan menggunakan hadith soheh, tapi dalam hal seperti akhlak, sejarah, pendapat dan peringatan, boleh jer ummat islam guna hadith daif, tak salahpun...

Tapi korang awal awal lagi dah tolak hadith daif, mungkin sebab korang rasa korang tu lebih baik dari perawi hadith tu, sedangkan dalam Al quran dah tulis bahawa peringatan itu hanya memberi manfaat kepada orang yang beriman..

Aku ulangi,

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman. (QS. 51:55)

Tapi korang telah menolak manfaat itu dan lihatlah bagaimana daripada penolakkan itu akan keadaan hidup korang sekarang ni, adakah korang dapat istiqamah solat berjemaah ke masjid setiap hari?, adalah korang rasa sedih bila tengok masjid kosong?, adakah korang akan susah hati jika melengahkan solat dengan sengaja? adakah korang semakin sayang atau semakin benci terhadap orang yang memberi peringatan?

Janganlah menjadi mangkuk ayun...

Kalau korang betul betul nak tolak hadith daif, korang kena ada ilmu dulu, jangan nak tolak sebarang jer, korang sekurang-kurangnya kena ada ilmu Asbabil Hadith(ilmu munculnya hadith), ilmu Rijalil Hadith (Ilmu tentang orang-orang yang penting meriwayatkan hadith), Ilmu Al-Jarh Wat-Ta’dil, (Ilmu tentang kebengkokkan Dan Meluruskan hadith) dan ilmu Mushtalahui (Ilmu tentang istilah yang berlaku dalam hadith)

Dan aku percaya jika berkumpulnya semua ulamak akhir zaman hari ini, dan cipta satu nasihat atau pendapat, maka tarafnya adalah jauh lebih rendah daripada mana mana hadith Daif, kerana hadith daif adalah dari Nabi sendiri, Cuma dilemahkan kerana kesilapan perawi dan ulamak terdahulupun tidak berani mengatakan ianya palsu sebab memalsukan apa yang Nabi sabda boleh masuk neraka.. faham?

Aku bagi contoh standard budak tadika pulak, jika hadith soheh berkata jangan lalu lorong itu nanti kena gigit, kemudian ada pulak hadith daif yang berkata jangan lalu lorong tu nanti kena gigit oleh ular, maka orang bodoh jer yang tolak hadith daif tu sebab kena gigit dengan ular adalah bahaya jugak, faham tak?, arghh, malas aku nak ulas..

Kawan, sebenarnya ini bukan zamannya korang nak tolak hadith hanya dengan tafsir ustaz ustaz yang belum khtam ilmu hadith, sebab ulamak terdahulu dah buat kerja dia, mereka dah kaji hadith dan telah pecahkan ikut katogori masing masing, Imam Bukhari misalnya, telah catit 100, 000 Hadith, dan telah kaji maka 5000 sahaja hadith yang soheh, dan bakinya di pecahlan lagi kepada hadith daif dan hadith palsu...,

Begitu juga Ulamak sepeti Imam Muslim, dan pendek cerita ulamak telah bersetuju bahawa 6 kitab yang di kenali sebagai Al-Kutubusittah, iaitu kitab Sunnan Ibnu Majjah, Sunan Tarmidzi, Sunan An-Nasai, Sunan Abu Daud, Bukhari dan Muslim.. adalah kitab yang tidak akan sesat bila di rujuk...

Dan ada tambahan bahawa kitab Sunan Ahmad yang ditulis oleh Iman Ahmad bin Hambal, dan kitab Muwattha yang di tulis oleh Imam Malik juga tidak akan sesat jika di rujuk...

Aku juga memetik kata kata Bey Arifin seorang penterjemah hadith yang menulis;

"Ugama islam itu sempuna kerana adanya Al quran, 8 kitab Hadith soheh dan berpuluh puluh kitab hadith Daif..”

Dan walaupun hadith itu di tulis dalam keadaan daif, tapi ianya telah mengukuhkan ugama islam...

Maka, secara kesimpulanya, orang yang menolak hadith daif dan perasan bagus adalah sangat bodoh kerana korang telah menyekat salah satu pintu ilmu yang mana melaluinya, berjuta juta ummat islam telah selamat daripada menjadi sesat..

Akhir kata, oleh sebab korang anti Hadith daif, maka aku tak boleh nak bagi pinjam wang aku pada korang, walaupun korang dah susah payah datang rumah aku raya lepas dan cerita korang punya susah, tapi aku tak bagi, sebab?

Nanti bila korang lambat bayar dan aku petik hadith dari kitab Maulana Zakaria bab azab melengahkan hutang, korang langsung selamba tak takut sebab hadith tu daif dan mungkin palsu kata korang, maka korangpun tak takut dengan azab Allah dari Hadith daif tu, dan korangpun untung kerana menolak hadith daif sebab boleh lupa hutang aku dan aku pulak yang rugi sebab bagi hutang pada korang yang menolak hadith daif, maka silalah berambus dari hidup aku dan pergilah mintak hutang dengan orang lain...

Namun, aku doakan agar Allah buka pintu hati korang agar tidak lagi menghina Hadith Daif, kembalilah ke pangkal jalan, dan akhirnya, setelah bertaubat, di dunia ini lagi korang akan mendapat nikmat hidup, kerana aku akan bagi pinjam wang sebanyak RM30 itu..

Amin...

Ps: kepada korang yang email suruh aku delete entry yang ada hadith daif, maka aku maklumkan sekali lagi, Blog ini adalah nota ugama untuk diri sendiri, dan aku tak akan delete entry yang pernah ada hadith daif di dalamnya, maka maaflah, permintaan korang tidak dapat aku layan, sebab entry itu bermanfat untuk aku dan mereka yang cuba memahami, apa lagi nak di kata?

Oct 22, 2008

Bagaimana menjaga Password?

(Cerita tentang Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu)

Hari ini, October 22, 2008, seawal jam 3:15 pagi.
Aku terima soalan pada entry terkini:

SOALAN:
Hamka...aku lupa password untuk blog aku..amacam mahu dapat semula? tq

JAWAPAN:
Aku tak boleh nak tolong untuk dapatkan Password kamu yang dah hilang tu, dan aku hairan, WHY ME?

Tapi untuk tidak menghampakan korang, disini, aku boleh ajar korang semua akan bagaimana nak menjaga password baru supaya tidak akan hilang lagi, dan andai kata hilangpun selepas ini, tak ingat ke, terlupa ke, terantuk kat bucu meja ke, pasti akan dapat menjejak semula password itu dalam masa yang singkat… insyAllah.

Caranya begini, mudah sahaja, mula mula, ambil mouse dan gerakkan dengan tangan kanan, sambil jari telunjuk tekan tekan, lepas tu guna dua tangan taip “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…

Kemudian, cuba korang buat-buat lupa pada password tu, selepas itu, bila korang nak “log in”, maka taiplah kembali “password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”…

Maka insyAllah, dapatlah korang masuk kembali untuk update blog.

Senang bukan?, tak adalah nak susah-susah jadi gila macam Nicolas Cage dalam Filem “National Treasure” cari Password yang di sembunyikan dalam sejarah America...

******

OK, sepuluh tahun kemudian, bila korang nak “log in” balik, maka dah tentu masa tu korang terlupa password, biasanya macam tu ler…, kadang kadang tak payah tunggu sepuluh tahunpun, sepuluh minit pun dah boleh lupa password, almaklumlah, akhir zaman, kat jalan tunduk tak nak tengok perempuan, tapi bila tengok TV, tak tunduk pula tengok Rita Rudani atau Lisdawati bergaduh berebut pakwe!, hampeh betul!,

Lalu, bila dah lupa passwort tu, apa korang buat? maka korang biasanya akan mencarut dalam nada marah dan kecewa, bukan? Seperti:

“cis!”

“Hampeh”

“F word”

“binatang!”

“Bengong!”

“Sial!”

“Bodoh!”

Dan lain-lain…

Maka, nasihat aku, ketika korang sedang melafazkan cacian itu, jangan lupa untuk taip balik setiap lafaz cacian itu dalam ruangan password dan insyAllah, tertakluk kepada julat carutan yang biasa korang amalkan, tak sampai seminit, maka dapatlah korang akan kata laluan yang betul…

Jadi “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu” itu adalah cacian-cacian yang biasa korang amalkan dan luahkan sepanjang hidup.

Faham?

Satu Kisah benar..

“Hamka, sial betul computer ni, aku dah banyak kali masuk password, tak boleh boleh gak.., sial betul”

Cuba kau tulis “sial”

“apa?, sial?”

“Aku cuba try test dulu…”

“S-I-A-L”

“Eh, dapatlerr….”

Sekian…

PENUTUP.

Kita mencarut secara spontan adalah berdasarkan apa yang ada dalam hati, dan sesungguhnya itulah sebenarnya “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu” yang mana jika dalam hati kita ada kebesaran Allah, maka tiada lagi carutan yang akan keluar, sebaliknya secara spontan akan “melatah dengan lafaz yang murni” dan itupun adalah cerita tentang “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”

Dan, bila Malaikat Maut datang mengambil nyawa kita secara mengejut kelak, adakah kita akan mencarut dengan lafaz yang buruk atau Melatah dengan lafaz yang murni?

Apa-apapun yang berlaku, hakikatnya, Itulah sebenarnya “Password yang hanya korang dan Tuhan sahaja yang tahu”

Sekian.

Ps: kepada Anonymous yang bertanya di atas, Why Me?

Oct 20, 2008

Kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama?

(Masih dalam ‘mode’ tasbih kaffarah.)

Dari sebuah Hadith yang panjang, ada orang tanya aku, kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama? Bukankah patut apa sahaja kehendak Allah, mesti juga sama dengan kehendak Nabi Muhammad SAW?

Aku ringkaskan Hadith itu di sini, iaitu pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, kemudian baginda bersabda,

“Aku menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.”

Maka selepas itu, Sahabat sahabat Nabi yang lain juga turut menyatakan 3 hal yang mereka suka dan apa yang sahabat suka juga berbeza dari Nabi..

Aku pendekkan cerita, kemuncak hadith itu, Malaikat Jibrail datang sertai majlis duduk-duduk tu, lalu bagitahu apa yang Allah suka, iaitu:

Allah suka kepada mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, menangis kerana dosa-dosanya dan bersabar kerana lapar.

Soalan, Kenapa keinginan Allah dan keinginan Nabi tidak sama? Sepatunya sama, bla bla bla, hadith daif, bla bla.. hadith palsu, bla bla bla

Aku malas nak jawab, sebab aku bukan ustaz dan tak pandai dalam banyak hal, pergilah tanya ustaz, tapi korang follow up email suruh jawab gak, maka aku jawab jugaklah sebab dah di follow-up, macam wajib pulak aku jawab tapi lepas ni jangan pulak memuktamadkan dengan jawapan aku 100%, pergi rujuk ustaz dan jika jawapan ustaz tu berbeza, maka bagitahulah aku, biar aku ‘ajar’ ustaz tu atau biar aku ‘belajar’ dari ustaz tu (sebenarnya, he he)

Aku rasa dalam banyak hal, kita memang kena berbeza dengan Allah sebab Allah adalah Tuhan dan kita pula hanya makhluk yang di cipta Tuhan, macam korang yang suka mencarut dengan alasan Allah pun mencarut dalam Al Quran, memang hampeh!.., Allah boleh melaknat makhluk sebab Allah adalah Tuhan yang mencipta makhluk, tapi korang tak boleh pulak suka hati nak melaknat makhluk sebab korang sendiripun adalah makhluk yang di cipta Tuhan, faham?

Sebab tu bila Nabi cakap nabi suka kat perempuan, tak kanlah Allah pun nak suka kat perempuan, arghh, tiba tiba sahaja, aku rasa malas nak jawab dan malas nak ulas, lu fikirlah sendiri!

Bab hadith tu Daif sebab ambik dari kitab Fadhael karangan Maulana Zakaria pulak, aku rasa baik korang pergilah pulak rujuk hadith yang sama dalam kitab yang lain, seperti kitab bertajuk “Nasihat Buat HambaAllah, penterjemah : Syamsi Hasan, atau kitab asalnya kitab Nashaihul Ibad, karya tulis SyekhMuhammad Nawawi Ibnu Umar Al-Jawi…

Dan untuk makluman, bukan hadith tu sahaja yang tulis pasal perbezaan keinginan Allah dan Nabi, dalam peritiwa di Taif misalnya, Allah izinkan malaikat datang untuk hancurkan Bandar Taif, tapi Nabi tak nak, berbeza bukan?

Atau peristiwa dalam perperangan Uhud, yang mana bila bapa saudara Nabi iaitu saidina Hamzah terbunuh dan mayatnya telah di lapah oleh musuh dengan ngerinya, Nabi masa tu nak balas dendam dengan cara melapah mayat musuh jugak tapi Allah tak bagi, kan nampak berbeza?..

Dah!, tak payah tanyalah soalan cam gitu, dan kalau nak tanya gak solan cam gitu, pergi tanya ustaz ulamak, mereka memang sangat tahu bagaimana nak terangkan secara detail.. dah pandai nanti, silalah ajar aku. Bolehlah aku lengkapkan lagi nota ugama untuk diri sendiri kat blog ini..

Sebagai penutup, aku sebenarnya teringat masa aku belajar ugama dulu, waktu kena tidur masjid dan makan dalam talam, lepas tu pergi pulak berdakwah dari pintu ke pintu, ada sorang ustaz ni, cara dia cakap memang tak lawak, serius gila babi, tapi bila dipikirkan balik apa yang dia cakap, nak tergelak pulak..

Ada satu petang tu, ketika ustaz tu berceramah, aku tiba tiba jer rasa mengantuk dan lapar sangat, padahal baru lepas asar tadi makan goreng pisang dan siap terlelap waktu berzikir petang tu, lepas dah habis zikir dalam keadaan kenyang dan lena, tiba jam 6 suku petang, kitaorang ada ceramah yang wajib duduk dan dengar, tapi tulah, dah duduk dalam setengah jam, mata rasa mengantuk sangat dan perut pulak rasa lapar..

Dan, di kemuncak ceramah ustaz tu, beliau bercerita tentang Hadith di atas iaitu:- pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk-duduk dengan sahabatnya, kemudian baginda bersabda,

“Aku menyukai 3 hal dari dunia ini iaitu wangi-wangian, wanita dan solat sebagai penyejuk mataku.”

Maka disambut oleh Abu Bakar RA pula, “aku pula menyukai tiga perkara, iaitu melihat wajahmu ya rasulullah, membelanjakan harta untuk mu dan menikahkan anak perempuanku dengan mu.”

Saidina Umar RA juga yang ada di situ turut berkata: “aku menyintai 3 hal, memakai pakaian yang bertampal, menyeru manusia kepada yang maaruf dan mencegah manusia dari kemungkaran."

Usman RA pula menambah, “saya mencintai 3 hal, memberi makan kepada orang yang lapar, memberi pakaian kepada orang yang telanjang dan membaca al quran,”

Manakala Ali RA pula berkata, “aku menyukai 3 hal, berpuasa pada waktu yang panas terik, menjamu tetamu yang datang ke rumah, dan memancung leher musuh di jalan ALLAH."

Kemudian, menjelmalah malaikat Jibrail turut serta dan mengatakan yang sekiranya dia menjadi manusia, beliau akan suka 3 hal, iaitu mencintai orang-orang soleh, menolong keluarga yang miskin dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang sesat.

Akhirnya, dari Jibrail menyatakan bahawa ALLAH mencintai 3 hal dari hamba-hamba Nya iaitu mereka yang berjuang di jalanNya dengan harta dan dirinya, dan mereka yang menangis kerana dosa-dosanya dan mereka yang bersabar kerana lapar.

Akhir sekali, korang semua, (kata ustaz tu pada kitaorang yang tiba tiba terkejut sebab nama naik dalam majlis)..,

Korang semua ni pulak, suka tiga perkara, iaitu: makan, tidur dan doa ini.

Lalu beliaupun membaca tasbih kaffarah dan bangun meninggalkan majlis..

Laaaaa, dah habis dah, aku pun bangun dari majlis tu dengan rasa 'lapar', 'mengantuk' dan tersengih-sengih…

Ps: Ustaz, kau memang kelakar…

: )

Oct 16, 2008

Apa lelaki buat selepas bersetubuh?

(Lagi-lagi Fakta yang di ambil dari kepala lutut, dan Entry ni tak penting, tak bacapun takpe)

Dari entry yang terbaru, dan entry-entry yang lepas, korang tentu terperasan dengan ayat-ayat yang aku selalu gunakan dalam setiap kali menjelaskan tentang sesuatu fakta yang berbentuk peratusan(%) iaitu dengan merujuk fakta itu di ambik daripada kepala lutut, dan sekarang baru korang tanya, kenapa encik keretamayat ambik fakta dari kepala lutut ?

Tapi aku nak tanya pulak, habis tu korang nak aku ambik fakta dari kepala mana ?

(Dan tolong jangan jawab.. please.)

Straight to the point, dalam adab menulis, apabila kita berhujah dengan menggunakan sesuatu fakta, terutamanya hujah dalam bentuk peratusan(%), sudah tentu kita perlukan sumber yang soheh, akan daripada mana data terkumpul itu di ambil, daripada wikipedia ke? Dari Buznama ke? Dari Pusat Sumber sekolah ke?, dari Laman web tertentu ke, bla bla bla..,

Tapi, aku dalam menulis nota untuk diri sendiri, apa yang aku dengar dan percaya dalam bentuk paratus aku tulis tanpa merujuk kepada sebarang sumber sebab peratus itu sentiasa berubah, dan tak pentingpun!...

Sebagai contoh, dalam entry yang lepas aku cerita pasal kawan-kawan aku yang bercinta masa belajar, dan aku tulis hanya 5 peratus jer yang berjaya kahwin dengan awek masing-masing, lepas tu aku taruk sumber peratus tu di ambik dari kepala lutut…

Sebab ?

Lu pikirlah sendiri ! aku dah malas tulis nota untuk orang slow..

Walaubagaimanapun, Untuk mudah lagi faham, aku akan tulis satu lagi fakta yang betul-betul aku ambik dari kepala lutut.

Fakta tentang apakah perkara yang di buat oleh orang lelaki di Malaysia selepas bersetubuh ?

(Abaikan entry ini jika korang ada benda lain yang lebih penting nak di buat, takut menyesal pulak karang, tapi jika korang free luar biasa, itu hak korang, aku tak paksa..)

Baiklah, selepas penat jalan-jalan cari makan, setelah bertanya kepada beberapa orang rakan-rakan, dan setelah merujuk kepada kepala lutut, maka, mengikut kajian baham rambang aku, aku dapati bahawa, terdapat beberapa perkara yang berbeza-beza di lakukan oleh jemaah lelaki di Malaysia selepas bersetubuh, mari kita rujuk fakta auta ini..

Sebegai permualaan, terdapat lebih kurang 20.o5 Peratus orang lelaki di Malaysia ini yang akan terus tidur selepas bersetubuh di waktu malam…, biasalah…, letih.

Manakala 15.77 Peratus lagi orang lelaki di Malaysia ini, akan terus mandi selepas bersetubuh. Ini mungkin sebab malas nak tangguh mandi subuh esok sebab takut sejuk.., dan ini kebanyakkannya adalah orang islam yang memang wajib mandi setiap kali lepas bersetubuh..

Daripada jumlah peratusan tadi juga, kira kira 30.3 Peratus orang lelaki yang lain pula di bumi Malaysia ini yang akan hisap rokok selepas bersetubuh.

Manakala, agak kelakar, terdapat kira kira 4.05 peratus orang lelaki di Malaysia ini, akan menangis selepas bersetubuh, mungkin sebab baru hilang teruna buat pertama kali, barang kali… apa-apalah!

Kemudian, terdapat hampir 19.99 peratus lagi orang lelaki di Malaysia ini, akan bersolat taubat selepas bersetubuh, mungkin mereka ni jenis lelaki beriman nipis yang mudah di goda wanita cantik lalu terlanjur , barangkali, boleh jadi?

Dan agak memeranjatkan sebab, terdapat 1.08 peratus yang akan pakaikan balik pakaian pasangan selepas bersetubuh, ni kira special kes ni.. malas nak ulas..

Dan ada yang membunuh pasangan selepas bersetubuh, ni aku tak dapat tahu berapa peratus.., nak kena rujuk balai polis bukit aman..

Ada jugak yang makan dalam keadaan bertuala selepas bersetubuh, kira kira sebanyak 4.46 peratus, mungkin jenis suami isteri yang duduk jauh , sekali atau sebulan sekali baru jumpa, dah jumpa, bersetubuh dulu baru makan, ni kebanyakkanya adalah terdiri daripada guru guru pendidikkan jasmani..

Manakala, yang lagi pelik, ada yang selepas bersetubuh akan membakar kemenyang lalu mengasapkan keris hitam bersepuh emas dengan menggunakan limau nipis, mungkin bertujuan untuk menakutkan pelanggan selepas di rogol, ini adalah di kalangan bomoh-bomoh, dan maaf, aku jugak tak tahu berapa peratus kejadian ini..

Kemudian, terdapat juga kurang 10.12 peratus lelaki di Malaysia yang akan bersetubuh buat kali ke dua dengan wanita yang lain selepas bersetubuh, aik?! pelik betul, errr, tak pernah dengar rakyat Malaysia yang berpoligami dan duduk sebumbung ke?

Dan lebih kurang dengan yang atas, iaitu sebanyak 10.13 peratus lagi lelaki di Malaysia yang akan mengambil wudhu selepas bersetubuh, kenapa ambil wudhu? Rujuklah ustaz yang berpoligami

Dan akhir sekali, yang paling banyak adalah, 44.034 peratus orang lelaki di Malaysia, akan pulang ke rumah masing masing selepas bersetubuh… Naduzubillah!

(Eh, cik keretamayat, kau duduk golongan mana? mandi? tidur? hisap rokok? menangis? taubat? makan?, bakar kemenyang? up date blog?)

Oh, ye, aku termasuk dalam baki peratus tadi, iaitu, dalam lingkungan 0.001 peratus, iaitu, aku selepas bersetubuh, akan baca tasbih kaffarah..

Woha!

SEKIAN.

Ps1: Baca Entry “Taubat yang simple” dan “straight to the point”dahulu sebelum baca entry ini, baru faham.

Ps2: Patut tajuk entry ini bukan “Lagi-lagi Fakta yang di ambil dari kepala lutut” tapi “Lagi-lagi Fakta yang di tulis ketika air naik kepala”

Ps3: Tutup Entry dengan Tasbih Kaffarah.

Oct 14, 2008

Taubat yang Simple?

(Aku mungkin salah, tapi jika aku tak tulis nanti tiada orang yang tahu apa salah aku maka aku tidak akan di perbetulkan sampai bila-bila, atau mungkin aku betul lalu aku tulis yang mana aku rasa betul dan mungkin korang yang salah akhirnya di perbetulkan oleh aku yang betul? - tertakluk pada mana mana yang betul)

Aku dapati, ramai yang email aku bab jodoh terhalang, adalah terdiri daripada mereka yang dah ada awek, dah terlanjur tetapi keluarga pulak yang menhalang, apa nak buat? bunyi macam cerita Hindustan pulak…

Dan korang cerita korang punya terlanjur macam cerita celah gigi sahaja, macam dosa tu tak besar, hampeh betul!

Takutlah Allah dalam perkara zina...!

Dan aku tak mampu langsung nak tolong korang, semoga Allah ampunkan dosa korang dan aku semua.. dan semoga semua Taubat kita di terima..

Cuma, bila bercerita bab dosa berzina, aku juga ada cerita tersendiri tentang dosa ‘menghampiri zina’…

Maka bermulalah cerita…

Ada sorang mamat ni, kira taraf ustazler jugak sebab ada mengajar subjek ugama kat sekolah rendah, pendek cerita.. dia ni ada minat kat sorang ustazah dari sekolah lain, tapi ustazah dari sekolah lain tu jual mahal ler pulak, dah banyak kali gak ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu cuba ajak ustazah dari sekolah lain tu kahwin tapi ustazah dari sekolah lain tu tak serius dengan angap ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu bergurau,

Kemudian, sudah banyak kali ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu mencuba nasib untuk melamar sebab mungkin air dah naik kepala, malangnya ustazah dari sekolah lain tu masih tak serius dan kata nak kahwin lambat lagi sebab nak stabil bekerja dulu, akhirnya ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu merajuk lalu terus melamar ustazah kat sekolah sendiri, lantas, ustazah kat sekolah sendiri tu terus terima sebab baru putus tunang dengan ustaz dari sekolah lain…

Pening tak?

Aku lagi pening, sebab bila ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri, tiba tiba ustazah dari sekolah lain tu baru meluahkan perasaannya bahawa dia: ustazah dari sekolah lain, adalah sangat mencintai ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah yang dah bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri.. maka, alangkah frustnya si ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah sebab dia memang dah lama jatuh cinta dengan ustazah dari sekolah lain tapi apakan daya sebab dia dah bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri dan mana mungkin setelah sudah bertunang dan berjanji dengan keluarga ustazah kat sekolah sendiri, tiba tiba nak putus pulak dengan alasan nak kahwin ustazah dari sekolah lain..

Tapi yang aku peningnya, si ustazah dari sekolah lain ni telefon aku suruh aku pujuk si ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah yang merangkap kawan baik aku agar terima dia iaitu ustazah dari sekolah lain, aku pulak yang masing bujang waktu tu kira layan berborak jugak ler dengan si ustazah dari sekolah lain ni lama-lama siap keluar dalil dan hadith, juga keluar madah dan pujangga... sebab aku ada hati nak tackle si ustazah dari sekolah lain sebab beliau memang lawa.. maka bermulalah aku dalam dosa menghampiri zina…

Tapi setelah aku menyedari yang diri aku ni dah buat silap sebab bercakap lama dengan perempuan apatah lagi beliau bergelar ustazah, maka sebelum kami menghabiskan perbualan dalam telefon, aku tiba tiba berkata dengan machonya:

“kita akhiri ‘majlis’ ini dengan tasbih kaffarah”

Secara tiba tiba pulak, Ustazah tu terus sound aku,:

“What?, tasbih kaffarah?, mana boleh maksiat bercampur dengan ibadat?, apa yang kita buat ni berdosa, tak perlu baca tasbih kaffarah.., haram mengcampurkan ibadat dengan maksiat! Macam artis yang bismilah sebelum menyanyi, mana boleh? Haram tu..”

Argh, sudah, aku dah kena ceramah, tapi aku pertahankan kehendak aku, aku nak baca jugak, kau tak nak baca, sudah! Lantak kau lah...

Aku yang hina pada waktu tu faham bahawa jika ada orang buat ibadat dan maksiat silih berganti, tak boleh suruh dia berhenti buat ibadat hanya kerana dia ahli maksiat…, kita tak boleh putus asa dengan Rahmat Allah, kau sape? Sebab kita buat maksiat, maka kita tak boleh sebut astargfirullah? Itu maksud aku.., seorang pelacur tak boleh ke nak sedekah air kat anjing? Seorang pembunuh yang dah bunuh seratus orang pun boleh masuk shurga lagi dengan kehendak Allah yang Maha pengampun, maka salahkah aku yang dah terlanjur bercakap dengan perempauan baca tasbih kaffarah!

Tapi ustazah tu tetap dengan pendirian dia...

Dan cerita tu dah lama..

Cerita aku yang masih bujang, cerita masa aku yang jahat dan hina serta banyak dosa ini yang hidup dengan buat maksiat dan ibadat silih berganti.. oh!

Dan aku di waktu tu, di saat air baru nak naik kepala, juga tergopoh gopoh mencari isteri.., dan masa tu dah ada dua tiga calon gadis untuk di jadikan bakal bini..Dan bila kawan ngan perempuan dengan niat nak kahwin cepat, aku selalu gak ler tepon dan cakap dengan bakal bini aku tu, kononya nak kenal lebih dekat, dan setelah syaitan merasuki tubuhku, mulah aku berfalsafah, bersajak, bersyair, berceramah dan berlawak bodoh dalam tepon dengan wanita bukan muhrim... astarfirullah..Oleh kerana semua itu berdosa, aku yang ada secebis ugama dalam diri, ajak semua ‘awek awek’ aku tu, supaya di hujung perbualan di akhiri dengan tasbih kaffarah..

Tapi semua ‘awek’ aku tu tak setuju, dan mereka adalah terdiri daripada ustazah, muslimat parti xyz, super born muslimin, dan gadis bertudung labuh.., alasan mereka apa yang kita buat ni dosa (suara wanita aurat-borak pulak isu merepek) jadi tak boleh bercampur gaul antara dosa dan ibadat..Aku tahu korang lebih pandai dan lebih mulia dari aku yang hina, dan apa yang aku faham, dalam tasbih kaffarah ada istigfar dan kalimah syahadah, ada taubat dan ucapan yang memperbahrui kalimah iman, mana lah tahu tersyirik dengan Allah dalam perbualan dan terbuat dosa, apa salahnya bertaubat dan kembali mengucap?Itu aku paham, Nabi bagitahu tak menyesal orang yang ucap kalimah ini dalam mana mana majlis.. (nanti aku rajin, aku tulis hadith detail, INSYAALAH!!)

Tapi bukanlah dengan sengaja nak buat dosa dan rancang lepas buat dosa nak taubat dengan niat mempermain-mainkan taubat... itu lagi berdosa..

Tapi bila korang dah buat dosa, sengaja ke tak sengaje ke kenalah taubat!!

Maka dalam ‘awek awek’ aku tu, sorang jer yang setuju dan ikut baca tasbih kaffarah sama-sama aku, dan beliaulah isteri aku sekarang..

woha!!

:)

Aku dan dia hari ini mengakhiri segala-galanya dengan tasbih kaffarah, (termasuk hubungan kelamin)

Dan aku nampak kerberkatan yang aku tak boleh nak cerita..hiihi

: )

Manakala bekas ‘awek-awek’ aku tu kebanyakkannya andartu, oh ye, baru ni ada yang dah kahwin, lambat sikit dan arghh, tak baik mengumpat…

Balik kepada main topik, apa yang aku nak cerita adalah: kadang kadang manusia ni dalam keadaan gagal mengawal diri atau dalam kedaaan suka mengikut nafsu muda jiwa gelora, maka tidak sunyilah diri ini daripada sebarang kesilapan dan dosa, terutama mereka yang ada awek..

Bila ada awek, korang nak bercakap, lepas bercakap korang nak pegang, lepas pegang korang mulalah air naik kepala...

Maka sebelum korang pergi kepada lepas bercakap rasa nak pegang maka adalah lebih baik lepas korang bercakap korang baca tasbih kaffarah, bila baca hati korang akan jadi takut pada Allah dan korang akan buat tindakan segera untuk kahwin cepat dan insyAllah, Allah akan bantu korang...

Lagipun tak de bestnya ada awek jika korang lambat lagi nak kahwin, buat sakit telor jer bila stim, lainlah kalau korang orang kapir yang boleh berzina (lalu mati masuk neraka dan tidak boleh bersetubuh lagi buat selama-lamanya), maka masa belajar tak payahler ada awek, kungfu panda elok jer takder awek tapi boleh menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.., apa-apalah!

Aku dah tengok kawan kawan aku yang bercinta masa belajar, 5 peratus jer yang berjaya kahwin dengan awek masing-masing (peratus di ambil dari kepala lutut) tu pun memang yang jenis taat setia gila babi, yang lain takdelah, habis botol bedak letak dalam surat, dalam almari penuh surat cinta, (masa tu belum ada SMS) setiap minggu ada album gambar 3R bersama si dia, tapi akhinya, kahwin dengan orang lain jugak, tak ke penat? Dah ler banyak buat dosa, lepas tu penat pulak buat dosa, tak ke hampeh?, sebab manusia memang Allah buat cepat bosan, yang dah berkahwin boleh bercerai apatah lagi yang belum kahwin tapi terlanjur dan keluarga pulak menghalang, lagilah cepat masuk neraka sebab bunuh diri!

Maka, sebelum jadi parah, marilah kita belajar baca tasbih kaffarah dalam apa urusan kita, dan hindarlah diri dari urusan maksiat, kemudian dengan membaca tasbih ini, mingkin korang rasa ianya adalah satu ibadat yang simple, tapi ketahuilah, daripada ibadat simplelah datang ibadat yang besar, contoh bila korang ambil wudhu, satu ibadat yang simple, tapi melaluinya Allah akan membuka jalan korang yang mana daripada wudhu yang simple tadi, korang akan dapat baca Al Quran berjuzuk-juzuk, korang akan dapat solat beribu rakaat dan korang dapat mencegah diri dari menyentuh wanita dan lain lain perkara, nampak tak?

Begitu jugak dengan membaca Tasbih kaffarah ini, nampak simlple, tapi melalui pintu Taubat, maka nama mereka yang terukir di pintu neraka akan terpadam, nikmat mana lagi yang aku dustakan?

So, mari kita belajar beramal dengan ‘taubat yang simple’ ini tapi akan mengubah hidup korang, insyAllah!

*****

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

****

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

****
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

****

PENUTUP

Tapi aku pelik, kenapa Ustaz Ulamak, atau Ketua Usrah, atau para penceramah penceramah dan lain lain tokoh so call Islamic, bila habis majlis-majlis mereka, mereka tutup majlis dengan bacaan surah Al-Asr? Aku tak nafikan bagus baca Al Quran di hujing majlis, Cuma aku yang jahil nak bertanya,, ada Hadith lain ke yang perintahkan kita tutup majlis dengan surah Wal Asri? almaklumlah aku jahil lagi hina, tapi Tasbih Kaffarah ni sudah jelas Sunnah Nabi, kenapa tidak di amalkan? kenapa tak baca di akhir majlis? Atau baca kedua-duanya sekali.. kan bagus!

Apa-apapun, kita tutup entry ini dengan Tasbih Kaffarah…

Ps: Namun, jika ada Ustaz Ulamak yang baca blog ini, bolehlah jelaskan kepada aku yang jahil ini akan kenapa korang baca surah Al-Asr di akhir majlis, kenapa tak baca Tasbih Kaffarah seperti yang Nabi Muhammad SAW sabdakan…

Sekian.

Ps2: Sekali lagi, kita tutup entry ini dengan Tasbih Kaffarah…

Oct 10, 2008

Straight to the Point?

(Abaikan entry ini, mengarut! Aku akan delete jap lagi!)

Malam ni aku tak dapat tidur, dan boring kot tidur sorang diri, sebab isteri aku sudah 30 malam tidur bersama baby kecik…

Aku pun terus perasan sibuk, bukak email dan alangkah terkejutnya seorang aku bila baca korang punya email..

******
Copy/paste

Salam cik Hamka…

kalau nak tulis artikel tu, tolong tulis straight to point, tak payah le cerita intro panjang panjang dan meleret leret, kita banyak lagi blog yang nak di baca, emel yang nak di baca, nak delete/spam/move dan lain lain lagi.

Semoga tak kecil hati atas teguran ikhlas saya nih.

******
Aku terus naik syekh dan menjawab:

Wa’alaikumusalam cik adik, macam macam hal!, kau ni jika malas nak baca blog aku sebab meleret leret, pergi sajer baca papan kenyataan atau tulisan di batu nisan, tak payah susah susah kat sini, ni nota ugama untuk aku sendiri, aku tak pakse korang datang, lantak akuler nak tulis intro panjang panjang dan meleret leret…

Jika tak suka, boleh blah!

Dan untuk pengetahuan cik adik, dalam sesetengah hal, bagus ‘straight to the point’, tapi malangnya, bukan semua benda boleh buat macam tu..
‘Straight to the point’ hanya bagus untuk orang yang perasan sibuk atau orang yang dah nak mati, sebab biasa orang yang dah nak mati, tak payah ajar mengucap kalimah penuh, “LA ILLA HA-IL-LALLAH”

Kalau tak silap aku, Hadith riwayat Muaz bin Jabal yang mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa sahaja yang mengucapkan kalimah sebelum meninggal dunia akan memasuki syurga.”

Tapi dalam kes dah nazak, boleh ‘Straight to the point’ dengan ajar pesakit tadi just sebut nama “ALLAH”, itupun dah cukup sebab takut tak dan nak mengucap terus jadi mayat..

Atau yang lebih naya, tak boleh gerak mulut, lagilah ‘Straight to the point’, terus sajer ajar si pesakit sebut “hu” yang bermaksud “DIA”! pun boleh..,

Tapi tulah, bila dah tulis nota ugama untuk diri sendiri, cara yang mudah aku nak paham adalah tulis dengan sedikit meleret tapi tak lah leret sangat aku rasa, lagipun, sesetengah orang yang suka kepada menikmati perjalanan dalam menuju tempat tujuan, maka sangat perlu pada bunga-bungaan dan intro yang meleret-leret..Alahai, macam nak berlaga lubang kencing jugak, sunnah Nabi dalam persetubuhan kena belai-belai dulu.., kau suka ke malam pertama masing masing pokai tuala, buka dan terus berlaga lubang kencing? Tak best langsung sebab macam kena rogol dan arghh malas aku nak ulas, sebab ramai antara korang yang sedang puasa enam…, karang ada yang bukak puasa, apa-apalah!

Walau bagaimanapun, moral of the story is:

Sesungguhnya, setiap wanita itu ada ‘Straight to the point’ yang di kejar lelaki, dapat ‘itu’, selesailah cerita, ‘Straight to the point’ itu adalah bermaksud ‘kemaluan wanita’, yang mana jika di zahirkan kepada masyarakat, teramatlah hoduh akan ia, berbulu, penyek, hapak, dan berkedut, (Rujuk buku sains sekolah Menengah)

Namun Allah telah menghias akan selain dari kemaluan wanita itu akan kecantikkan, yang mana setelah ‘Straight to the point’ atau nama sebenarnya ‘kemaluan wanita’ itu di tutup, dan apabila kita para lelaki melihat pada perhisan yang di cipta Allah pada wanita, seperti melihat mata wanita yang cantik, rambut wanita yang harum, mulut wanita yang merekah, hidung wanita yang berkilat, dahi wanita yang luas. bahu wanita yang licin, suara wanita yang merdu, pungung wanita yang gebu, leher wanita yang jinjang, buah dada wanita yang ranum dan lain lain, .. semuanya menjadi cantik dan memberahikan kita para lelaki padahal maksud kita terhadap semua kecantikkan tadi adalah sebuah lubang yang jika di zahirkan kepada masyarakat, teramatlah hoduh, berbulu, penyek, hapak, dan berkedut,..

Jadi, alangkah boringnya hidup di dunia jika Allah buat makhluk wanita tu tiada perhisan dan hanya ada “straight to the point”

Faham?!

Oh ye, ada satu lagi cerita, aku belum habis puasa enam lagi, dan semalam bila kawan aku nampak yang aku ni sedang tak puasa maka terus tanya kenapa tak puasa?, aku yang air sedang naik kepala jawab:

“aku dah ‘puasa’ malam, jadi tak payahlah nak puasa siang!

Woha!

Ps: Di tulis dalam keadaan air naik kepala...

(betullah tu, esok aku puasa, selesailah masalah..insyAllah)

Oct 6, 2008

Death Goes On?

(Ramai orang pergi ziarah kubur di hari Raya, keretamayat juga begitu)

Satu hari sebelum Raya

Cerita bermula ketika syaitan yang telah di rantai sebelum ini mulai bebas keluar dari dasar laut yang paling dalam, dan ketika Rahmat Ramadhan melabuhkan tirainya dengan meningalkan satu-satunya anak bulan didada langit, dan ketika sebahagian ummat manusia yang gembira menyambut berlalunya Ramadhan dengan cover kegembiraan itu adalah kegembiraan hari raya kononnya, dan ketika rumah di hias indah menyambut shawal mungkin alasan sebab shurga dihias indah juga sempena ramadan baru-baru ni sebab almaklumlah, rumahku shurgaku kata korang… apa-apalah!

Namun, aku pada waktu itu, life goes on.., yang mana ketika aku sedang berbuka puasa buat kali terakhir tahun ini bersama sanak keluarga, tiba tiba dapat panggilan telefon dari seorang sahabat yang mengatakan adik lelakinya telah terkorban dalam kemalangan jalan raya di Maran Pahang, dan akan di kebumikan malam ini jugak, maka pendek cerita, lepas solat Maghrib, aku, abangku, dan adikku telah pergi ke kubur di tepi pantai untuk mengiringi jenazah adik kawanku ke liang lahad, lagipun mayat adik kawan aku tu satu kampong jer dengan aku, jadi tak de halanganlah aku nak ziarah kubur di malam raya, wah wah wah, aku nampaknya menjadi antara orang yang pertama ziarah kubur di hari Raya…

Aku sebenarnya tak pernah pulak dalam hidup ini pergi ziarah kubur pada hari raya, atau hari tak raya, mungkin sebab mak ayah aku yang masih hidup atau mungkin sebab datok nenek aku yang dah lama jadi mayat, entahlah, yang pastinya, amalan ni tak di praktikan dalam keluarga aku, malahan kami banyak menghabiskan hari raya dengan ziarah orang yang masih hidup, dan mungkin sebab keluarga kami yang besar, ziarah orang yang hidup pun tak sempat di ziarahi semuanya, namun mungkin di hujung usia jika panjang umur, waktu tu barulah kot aku akan menziarahi tapak kubur yang besar pula..oh…

Balik pada cerita di atas, iaitu cerita ziarah kubur di malam raya, maka, sebelum sampai ke kawasan kubur yang gelap dan jauh dari kampung tu, kami sesat ler jugak, al-maklumlah dah lama tak ke kubur kampung sendiri, dan tak pernah ke kubur diri sendiri, lagipin banyak tanah perkuburan di kampung aku..,

Kemudian, secara tiba tiba sahaja adik aku kata dia nampak dari jauh ada beberapa orang di kawasan yang kami rasa itu kubur lalu adik aku terus drive laju sebab takut-takut tak sempat nak iringi mayat, sebaik sahaja sampai di kubur dan memang confirm itu kubur, aku dan adikku terus masuk kawasan perkuburan mencari liang lahad dan agak pelik sebab sorang pun takde, tak kan salah kubur kot?, tadi nampak macam ada 3 orang atas kubur kata adik aku, tapi bila kami masuk dalam kawasan pagar kubur, sorang pun takde?

Puas aku cari 3 orang yang adik aku dakwa nampak tadi, dan intai-intai jugak kot-kot mereka ada dalam lubang yang baru di gali, dan aku memang tak pelik jika tak ramai yang nak mengiringi tanam mayat pada malam raya sebegini sebab masing masing sibuk buat persiapan raya, ‘life goes on’ kata orang putih, semua tahu sudah, tapi tulah, dan melilau mencari dari kubur ke kubur, tapi memang takde orang, lubang kuburpun takde, salah kubur kot? Lagipun suspend jugak sebab kubur tepi pantai tu jauh dari rumah orang dan agak gelap sebab di langit hanya ada anak bulan, dan bertambah suspend mengenangkan syaitan yang baru terlepas dari dasar laut yang paling dalam, dan kubur itu memang tepi laut!..

Adik aku cuba telefon kawan aku tu mintak kepastian lokasi kubur yang sebenar, sebab mungkin kami yang datang terlalu awal, tapi line pulak tak clear, mungkin line telefon terganggu sebab syaitan yang baru terlepas dari dasar laut lalu menceroboh ruang atmosphere bumi, arghh, buat lawaklah pulak, apa-apapun, kami buat keputusan untuk pergi solat isyak dulu, lepas isyak kami telefon balik, lepas solat isyak tu, kami telefon balik, dan rupa-rupanya, sekali salah kubur daa…

Tapi, siapa pulak tiga lelaki yang adik aku nampak di atas kubur tu?

Malaikat yang menyambut Lailatuil Jaizah?

Hantu Raya?

Atau Syaitan yang baru terlepas dari dasar laut yang paling dalam?

Wallahu’lam..

Namun, moral of the story is : semua manusia akan jadi mayat, kawan adik aku tu baru umur 24 tahun, masih muda dan belum kahwin, naik kereta syarikat pulang beraya tapi tayar pulak pecah dan terbabas dan terbunuh, 3 orang dalam kereta itu turut mati, siapa tahu waktu sampai ajalnya?, bila Allah berkehendak kita jadi mayat, ketika nasik penuh dalam mulutpun boleh jadi mayat..

Esok esok, korang dan aku pulak yang jadi mayat, siapa tahu? Tapi jangan sampai salah kubur pulak…, buat sementara waktu ni, life goes on..

Sati hari di Malam Raya.

Lepas dah selesai urusan tanan mayat seorang hamba Allah di malam raya, kita tinggalkan dia dan malaikat Mungkar Nakir, karang panjang pulak nak cerita, life goes on, jadi.., kita kembali kepada acara menyambut malam raya yang berjalan seperti biasa, yang mana orang ramai mulai sibuk buat kuih raya, pasang langsir raya, tukar perabot raya dan dengar lagu raya sambil sekali sekala bertakbir raya..

Dan ketika aku tolong parut santan kelapa sebab mak aku nak buat nasik dagang, adik aku pulak muncul di tangah malam membawa berita bahawa anak jiran kami, telah di langgar oleh cina mabuk, mayatnya terpelanting dari atas jambatan Kuala Ibai hingga ke bawah Jambatan, itu cerita adik aku, dan cina yang langgar tadi terus life goes on, lalu lari dengan kaki sebab orang kampong yang brutal (mungkin akibat syaitan yang telah bebas keluar dari dasar laut yang paling dalam) telah menterbalikkan kereta mamat tu bila nampak tin arak dalam kereta.. begitulah cerita adik aku.. dan bila aku baca Akhbar, pihak polis mendakwa belum menangkap cina tu lagi, begitulah cerita Harian Metro, tapi polis buat ugutan dalam akhbar supaya mamat cina tu menyerah diri sebab polis cakap dah tahu siapa kamu.. begitulah cerita Harian Metro..

Nampaknya, esok hari raya, kena ziarah kubur lagi, takpelah.., semua dalam perancangan Allah, namun, aku bila dengar cerita anak jiran aku tu jadi mayat di malam raya, aku rasa kurang ‘sedih’ sebab hamba Allah tu ahli masjid, hormat orang tua, dan semua ahli masjid kenal dia, yang aku sedih adalah 2 orang jiran kami yang mati merempit, mati dalam keadaan derhaka pada orang tua, tak sembahyang, berzina dan hisap dadah…

Bagaimana nasib mereka di kubur?

Bila kita masuk kubur kelak, kitapun tak tahu bagaimana nasib mereka, yang tahu adalah nasib diri sendiri…

Dan dalam jam 4 pagi lebih kurang di malam raya pertama tu, adik aku dan abang aku yang baru pulang menghalau mat rempit buat bising, pulang dengan bawak cerita yang dah boleh agak, ada dua mat rempit eksiden dan cedera parah setelah jatuh di hambat polis, juga lokasi yang sama, di jambatan kuala ibai…, tak tahu jadi mayat ke tak dan aku malas sudah nak ambik tahu, ambik tahu karang, kena pergi ziarah kubur pulak.. life goes on!

Saru hari di Hari Raya Pertama..

Aku solat hari Raya di Masjid Pembakang sebab masjid tu start solat jam 9 pagi, manakala masjid kerajaan start jam 8.30 pagi, baguslah sebab aku lihat pada jam 8.55 pagipun masih ada yang bayar zakat fitrah, dan dalam khutbah di Masjid pembakang, isinya seperti biasa, salahkan Kerajaan dalam semua perkara, aku tak kisah, itu masjid kamu, dan hari ini adalah peluang untuk tambah undi sebab masjid melimpah dengan ummat manusia sehingga ke luar pagar… lepas solat nanti, kita pakat bermaaf-maafan ok?

Dan korang perasan tak?, takbir hari Raya Aidilfitri, hanya di sunnatkan daripada waktu berbuka puasa di akhir Ramadhan sehinggalah ke solat hari raya sahaja, dalam 15 jam sahaja lebih kurang, lepas solat Hari raya dan tak di sunnatkan takbir lagi, kenapa ek? Tak macam takbir Hari Raya Haji, di sunnatkan sehingga mencecah lebih tiga hari, kenapa ek?

Mungkin pada pendapat aku yang bukan Ustaz Ulamak ni, jika Allah sunnatkan bertakbir sampai hari raya enam misalnya, maka dah tentu ada antara korang yang akan pakat-pakat duduk dalam rumah masing masing dan malas nak pergi ziarah dengan alasan nak bertakbir sambil layan TV..

Tapi tulah hikmahnya, sunnat bertakbir hanya sampai solat hari raya, maka korang kenalah ‘lenjan’ habis habisan pergi ziarah semua orang kampong, pergi dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu, niat hanya kerana Allah, dan ketahuilah bahawa, amalan ziarah ni akan kekal sampai bila-bila, dalam shurga dah takde orang solat, puasa atau pergi Haji, tapi dalam shurga, semua ahli shurga akan ziarah antara satu sama lain, dan kemucak ziarah adalah, menziarahi Allah SWT.

Jadi, jika korang nak masuk shurga, kenalah rajin buat amalan ahli shurga, rajin buat program ziarah semata mata kerana Allah, jangan tunggu hari raya sahaja, kalau boleh seminggu sekali korang kena ziarah jiran korang, sebab Nabi bagitahu, ‘julat’ jiran kita adalah 40 buah rumah kiri dan kanan, dan ada tempat khas untuk mereka yang buat ziarah di bawah arasy kelak.. pendek kata, nak masuk shurga, kenalah banyak buat amalan ahli shurga, kan?

Dan ziarah yang paling Allah suka adalah ziarah semata mata kerana Allah, bukan ada tujuan lain, seperti nak pancing undi ke, kutip derma ke, atau pinjam kicap ke, pinjam kacip fatimah pun bukan, semua tahu sudah, pergilah belajar ziarah dengan mereka yang sentiasa berulang alik ke masjid… itulah maksud ‘life goes on’ sebenarnya!

Dan bersaksilah bahawa mereka adalah ahli shurga!

Satu Hari di Hari Raya Kedua


Aku sedang jawab SMS raya, di sisi aku pulak ada anak anak saudara yang banyak dapat duit raya, sedang ayik mereka mengira duit, tiba tiba, salah sorang anak saudara aku yang berumur 6 tahun bertanya tentang berapa harga telefon yang sedang aku pegang, dia nak beli katanya..

“Amboi, kau nak telefon awek ke?”

Anak saudara aku tersengih tak jawab soalan aku..

“kalau Uncle nampak kau dating dengan awek, uncle jatuhkan rantai basikal kau,”

Woha!

Satu Hari di Hari Raya Ketiga

Anak aku (umur 5 tahun) bila balik kampong dan jumpa rakan sebaya, dah tak ingat lagi kat mak bapak dia, sungguh asyik dengan kawan baru sehingga dah tak bertegur sapa dengan aku, asyik main sahaja dari pagi sampailah ke malam, almaklumlah, dah banyak dapat duit dan dapat makan percuma di sini sana.., mulalah lupa pada ayah dan bonda..

Bini aku menyatakan kebimbangan tengok anak-anak zaman sekarang lalu berkata:

“abang tengoklah tu, si Haikal, bila dah jumpa kawan, lupa pada kita.., bila besar nanti jika begini perangai dia, bahaya jugak..”

Aku tengok anak aku dari jauh, bermain dengan gembira dengan kawan kawan sebaya..

“Ah, takpelah, bila besar nanti jika dia jumpa kawan-kawan dan lupa pada kita, abang ngorat makwe dia, biar padan muka dia..”

Woha!

Satu Hari di Hari Raya Keempat..

Pagi pagi lagi lepas solat subuh, kawan aku yang dah start kerja di hospital terengganu bahagian kecemasan bagitahu bahawa seorang sahabat kita telah mati kemalangan malam tadi…

Lepas sarapan aku terus pergi ziarah mak dan ayah dia, kami sekampung, dan semua sedang bersedih…

Tengahari tu, jenazah kawan aku telah selamat di kebumikan, manakala isterinya sedang koma dan beliau meninggalkan dua anak kecik…

Petang itu, ketika aku drive pulang dari kampong kembali ke duniaku.., mak aku pulak telefon bagitahu isteri kawan aku tu juga telah meninggal dunia, dan mayatnya akan di kebumikan petang itu jugak, aku mintak maaf pada mak dan arwah kawan aku, sebab aku tak U turn untuk balik ziarah kubur mereka sekali lagi, sebab aku kena teruskan kehidupan.., life goes on!

Dan aku sedih jugak mengenangkan anaknya yang masuk akhbar muka surat depan Minggun Malayasia yang telah jadi yatim piatu…

Semoga Allah mencucuri Rahmat pada Allahyarham Roslan Mamat dan isterinya Nasimah…

Sesungguhnya, Dunia ni tak pedulipun siapa kita, dan apapun usaha kita, sampai masa ajalnya,tak kira siapa kamu, Menteri besar, orang kuat pembakang, driver keretamayat, blogger terkenal, ketua pengakap, pembacuh kacip fatimah, atau siapa sahaja, kita semua akan pulang berjumpa Allah, dan entah bila masanya, aku juga pasti akan jadi mayat, tinggalkan segala galanya…

Tinggalkan segala galanya..

Dan jika cik google baik hati, mungkin nota keretamayat ini sahaja yang tinggal sebagai sisa-sisa ilmu bagi mereka yang mahu mengambil manfaat..

Mudah-mudahan…

Ps: Jika aku ditakdirkan jadi mayat dalam waktu terdekat, aku nak mintak tolong pada korang semua, iaitu jika korang ada nampak anak aku yang masih sekolah rendah tapi sudah pandai dating dengan awek, tolong jatuhkan rantai basikal dia, dan jika dia sudah remaja dan sudah pandai dating dengan awek, tolong ngorat awek dia untuk aku, boleh? Sebab life goes on and death goes off or life goes off and death goes on!?

Apa apalah!