Jan 30, 2008

Betul ke Tafsir ini?

(Aku bukan nak Tafsir Hadith, Tapi aku Tafsirkan benda lain atau aku namakan Tafsir ini sebagai Tafsir Monolog-Monolog dan cerita-cerita yang di petik dari nota-nota kehidupan menempuh ranjau realiti)

Cerita I

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Imam ialah seorang yang bertangung jawab, dan muazzin( juru azan atau bilal) adalah seorang yang memegang amanah (waktu), Wahai Allah, berilah petunjuk kepada para Imam dan berilah pengampunan kepada para Muazzin.”
(Riwayat Abu Daud)

Hadith lain, "Allah murka kepada mereka mereka yang melantik dirinya senidir jadi Imam, sedang orang ramai tidak suka kepadanya…"
(Riwayat Buznama)

Nota:

Berada di Surau yang tiada AJK, IMAM Dan Bilal yang khas akan menimbulkan suasana konflik iaitu tolak menolak tak mahu menjadi imam. Maklumlah masing-masing faham hadith diatas.

Dan semalam kejadian ini berlaku untuk kali yang ke berapa ntah pada waktu zohor dekat surau ofis aku. Lalu terdengarlah dialog-dialog seperti di bawah..

“Kau lah jadi imam, kau ler,”

“kau dah kahwin,”

“kau lebih tua,”

“kau lebih alim,”

“kau ramai anak”

“janggut kau lebih panjang”,

“jangut anak kau lebih panjang”

“Aku belum mengundi dua kali, kau ler jadi imam”

“Kau dah pergi haji”

“Suara kau merdu”

“bla bla bla ..”

“itu ini begitu begini..”

Aku sendiri enggan jadi Imam, dan ‘Puas’ juga aku tolak kawan-kawan aku yang lain jadi imam, pun dia enggan, contohnya si Mamat ni, terus tabah teguhkan kuda-kuda, pegun di lantai laksana tiang pasak..

Sementara kami tunggu rakan-rakan yang lain ambil wudhu, akupun bermonolog..

“Kita telah abaikan kesihatan untuk cari harta waktu muda-muda, dan habiskan harta waktu tua untuk dapat kesihatan kita balik..”

“aku bukan orang sebegitu”
sanggah seorang rakan yang mungkin terasa aku perli dia.

“Aku belum habis lagi” sanggah aku balik sambil tersenyum,

“Dan…”

Aku telan air lur, sambung balik monolog..

“Namun hakikatnya di hujung usia, kita bakal kehilangan segala harta dan kesihatan, yang patut di buat tak di buat, yang tak patut di buat pula terbuat-buat, mengangislah kita jika termasuk dalam golongan yang mengabaikan ugama…”

“aku bukan begitu dan aku tak ingin jadi begitu”
sampuk si Mamat,

“Dah jumpa!, Inilah Imam kita hari ini,”

Kata aku sambil menyorong Mamat ke depan…, Dan Mamat jadi Imam kami hari itu.

: )

Tafsir Nota:
Lelaki yang tidak berebut menjadi pemimpin aku tafsirkan sebagai: lelaki-lelaki yang faham ugama (dan layak dimadukan oleh janda, balu atau andartu bagi menambah baikkan keboleh harapan akan ummat akhir zaman genarasi kelak mendatang.)

Cerita II

Buznama meriwayatkan:-
"Kehidupan di dunia ini laksana seorang musafir yang berjalan jauh, dan berhenti rehat di bawah pokok, sebelum menerusakan perjalanan seterusnya”

Nota:
Pernah dengar lagu 'Musafir di Aidilfitri?' Aku tahu raya lambat lagi, tapi aku ada cerita pasal seorang musafir..

“Jom solat Asar berjemaah”

Aku mengingatkan rakan aku yang asyik bekerja dan tak pernah menolak ke masjid bila di ajak..

“Aku musafir hari ini..”
Jawab beliau dengan selamba..

“Betul?”
Aku minta kepastian,

“Bini aku dapat posting di pendalaman Pahang, jarak dari sini 120km, tadi aku dah buat Qasar dan jamak takhdim..”

“Oh, begitu.., Kau lalu ikut jalan mana?, ikut highway atau jalan lama?, kalau ikut jalan lama kau boleh nampak kuil besar disebelah kanan, bukan?..

Beliau angguk.

“Musafir di hari Thaipusam!!!” Spontan aku bergurau dengan beliau..

Beliau geleng kepala sambil tersengih 70% …

Tafsir Nota:
Geleng itu aku tafsirkan sebagai: geleng lelaki yang berterima kasih kepada Allah lantaran menerima hadiah dalam bentuk jamak qasar hasil menempuh perjalanan sama atau lebih dari dua marhalah, dan orang yang dah lama ‘bermusafir’ atas dunia ni sehingga menjadi tua bangka warga emas sedang hati tidak syirik dengan Allah juga bakal mendapat hadiah dari Allah…, bagus bukan?


Cerita III

Abdullah bin Rawahah bercerita:
"Di sisi kami ada Rasulullah yang membaca kitab Allah. Ketika itulah kebaikan bergemerlapan memancar dari fajar. Beliau memperlihatkan petunjuk setelah kami buta. Dan hati kami percaya apa yang disabdakan bakal terjadi. Beliau bermalam dengan menjauhkan lambung dari hamparan di kala pembaringan-pembaringan terasa berat oleh orang-orang yang mempersekutukan Tuhan."

Nota:
Jam 3 pagi lebih kurang, aku tersedar setelah terdengar anak aku menangis dari dalam bilik, anak yang kecik sekali, aku tidak bertindak apa-apa kerana aku juga sedar isteri aku di sebelah telah sedia bangkit dan pergi buat susu, dalam perjalanan ke bilik anak, kami telah bertentang mata, dan aku cepat-cepat tutup mata pura-pura tidur, badan aku pegun tidak bergerak…, kami bertentang mata kerana malam itu kami tidur kat ruang tamu, sajer tukar lokasi sekali sekala..

3 minit kemudian, anak aku nombor dua pula yang menangis nak susu, isteri aku seperti tayangan replay action, bangkit lagi sekali dan pergi lakukan aksi yang sama tapi sasaran yang berbeza.

Aku masih pegun dan tidak bergerak seperti tadi, yang bergerak gerakpun hanyalah kelopak mata sekali kala.

“saya tahu abang tak tidur”

Aku terus tersengeh, senyuman 50 %.

“Kasihan abang, macam orang pantang beranak,”

Perli isteri aku, sambil tangan ligat bancuh susu dalam botol..

Aku jawab:

“awak jangan salah faham..”

Dari posisi terlentang, aku mengiring ke kanan dan menyambung kata-kataku..

“Abang sedang belajar menjadi ayah kepada ramai anak, beginilah caranya bukan?…he he he.”

Isteri aku terus gelak!

Tafsir Nota:
Gelak isteri aku itu di tafsirkan sebagai: gelak nak marah tapi tak jadi sebab takde idea nak marah sebab dah faham akan perangai lelaki-lelaki akhir zaman..

Dan tangisan anak aku jam 3 pagi itu pula aku tafsirkan sebagai:
Tangisan sedih kerana Ibu bapa mereka mengekalkan lambung kanan di tempat tidur masing masing sedangkan waktu paling mustajab bermunajat kian hampir berlalu…Oh!

(Aku sangka aku sedang lena di ulit intan, tapi rupa-rupanya aku sedang lena di ulit syaitan… oh! Oh! Oh!)

Cerita IV

Dari Aisyah r.ha menceritakan, ketika Nabi Muhammad SAW sakit tenat, maka baginda telah memohon keizinanan kepada isteri-isterinya yang lain untuk dirawat di rumah ku, mereka mengizinkanya. Ketika waktu solat tiba, Aku melihat baginda di papah oleh dua orang ke masjid yang (disebabkan lemah) kedua kakinya terseret ke bumi.
( Riwayat Bukhari)

Nota:
Aku tak pernah lihat orang sakit di papah ke masjid untuk solat berjemaah. Mungkin kerana ‘kaki aku belum jauh berjalan di atas muka bumi untuk melihat akibat akan mereka-mereka yang mendustakan ugama’, namun jika ada yang sakit di papah ke masjid, tentu orang islam sendiri ada yang akan mencemuh bahawa kita bertindak zalim kepada si pesakit, lalu timbul soalan dalam benak ini, iaitu berapa ramai pesakit yang tak nak pergi solat berjemaah dengan alasan sakit Dan berapa ramai yang sihat wal afiat tapi malas pergi masjid?

Semoga Allah ampunkan dosa aku dan kamu, dan beri peluang serta kekuatan untuk kita buat perkara yang betul…

Tafsir Nota:
Aku tafsirkan orang yang sakit tapi rela di papah untuk pergi mengundi 5 tahun sekali adalah orang yang faham hakikat satu undi ‘mampu’ mengubah dunia buat sementara waktu, dan aku berharap beliau juga faham bahawa satu waktu solat berjemaah pula ‘mampu’ mengubah akhirat buat selama-lamanya.

Habis monolog dan tafsir aku hari ini. entah apa-apa ntah?!
Sekian.

Ps: Ya Allah, berikanlah setiap poket orang islam ada minyak wangi dan kayu sugi, di dagu orang islam ada janggut, dan di dalam kepala orang islam ada fikir Nabi Muhammad SAW….. (amin..)

Jan 25, 2008

kenapa 'mereka' Marah ?

(Mengharap ketidak marahan kamu sekali lagi kerana penulis sedang menulis dalam keadaan tidak berbaju, di ulangi: tidak berbaju.)

Marah yang aku nak cerita kali ni adalah marah yang berkaitan dengan hal-hal ugama, iaitu marah yang melibatkan pendakwah dan medannya..

Marah selain ‘hal hal ugama’ seperti isu denda penyanyi menyanyi dalam keadaan tidak berbaju, sila search tempat lain, sekarang zon keretamayat nak bermadah dan menadah apa yang telah turun dari langit, insyAllah.

Menurut kajian kilat dari aku, ada beberapa faktor yang membuatkan manusia cukup marah bila kita cakap-cakap bab ugama..

Faktor yang pertama adalah masalah “Tak Faham Ugama..”

Aku ulangi,

“Tak Faham Ugama.”

Akupun banyak yang masih tak faham, tapi hakikatnya kefahaman manusia itu memang berbeza-beza dan Allah akan bagi faham ugama kepada manusia juga berbeza-beza, ikut pengorbanan dan usaha mereka..

Sebagai contoh, di waktu Nabi Muhammad SAW wafat, saidina Umar RA faham nabi tak wafat, dan anggap Nabi SAW naik ke langit macam Nabi Isa AS, tapi Abu bakar RA faham lain, lalu nasihat Umar dengan betul dan Saidina Umar terus faham kerana Iman dan yakin beliau memang dah betul..

Tapi hari ini, bila kita cakap-cakap ugama atau dengan makna lain,: nasihat- kepada yang salah di mata kita, maka ada yang melenting, marah, caci, menghina, menyumpah dan sebagainya!, malah mengkafirkan dan menempah neraka untuk orang yang menegurnya…

Sebab?

Tak lain tak bukan, sebab “Tak faham ugama!”

(nota: jika korang baca sampai sini dan terus marah kat aku bermakna korang memang tak faham ugama, sila tinggalkan blog ini dan pergi rujuk kepada yang lebih pakar)

Aku bagi contoh yang pernah aku lihat.

Ada sorang Ahli surau, mungkin Imam atau Bilal, atau AJK, atau siapa-siapalah!, yang penting mukanya selalu nampak kat masjid waktu solat magrib dan isyak, biasanya sudah berumur.., pendek cerita, pada suatu petang, sedang dia duduk lepak-lepak kat rumah sambil menghirup udara petang..

Lalu datanglah para pendakwah pergi ziarah ke rumahnya atas maksud silatrurahhim..

Tapi Ahli suaru tu naik marah, tak bagi masuk halaman rumah dia dan terus halau orang yang nak ziarah dia, sambil halau dia menjerit..

“Aku hari-hari pergi surau, tak payah ajak aku, pergi ajak orang lain yang tak pergi surau!!”

Nampaknya ahli surau tu tak paham maksud ziarah, apa salahnya orang islam berziarah antara satu sama lain?, bukankah ziarah itu mengugurkan dosa dan mendatangkan rahmat? Bukankah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat layanan istimewa di bawah arasy kelak?

Tapi kenapa marah?

Jika korang kaki bola, sangat minat pada sukan bola, pendek kata korang seorang yang gila bola, makan bola, minum bola dan tido bola, dan jika ada game bola akan sanggup bersusah payah tempah tiket sewa bas pergi menonton bola, sewa pulak parabola untuk menoton siaran langsung akan dunia sukan bola..

Tiba-tiba, aku datang rumah korang dan ajak pergi tengok bola, korang marah tak?

Tentu korang suka sebab ada yang sehati sejiwa, sama sama gila bola, sama sama minum air hujan, sama-sama baham tanah, tapi yang hampehnya bila korang baru setakat pergi masjid dua waktu sehari semalam, dah perasan masuk shurga sehingga tak payah lagi di dakwah?…, orang datang cakap ugama dah nak melenting, apa ke hal? Bagus sangat ke kita ni?

Patutnya jika korang ahli masjid, tentulah korang suka pada orang yang sama-sama ajak mengimarahkan masjid. Tapi itulah masalahanya, tak faham ugama sebenarnya, dan jika korang ikhlas, korang tak akan melenting jika orang ajak pergi masjid sekalipun..

Malah korang dengan gembira akan turut serta berkecimpung dalam dunia “pengembangan ugama”..

Kerana kefahaman tentang ugama akan datang jika kita terlibat dalam pengembanganya..

Itupun jika korang ikhlas.., (akupun!!!)

Baiklah, kita pergi pada kajian kilat yang seterusnya, akan sebab musabab kenapa mereka marah..

Dalam Al quran ada tulis bahawa antara sifat manusia yang jahil adalah mereka akan marah bila kita ‘hina’ tuhan mereka…

Ini berlaku pada semua para Nabi Alahisalam, kerana apabila Nabi berdakwah ajak manusia menyembah Allah yang satu, maka ianya bertentangan dengan ugama yang telah mereka sedia ada, lalu perkara ini: iaitu dakwah para Nabi akan menjadi satu bentuk ‘penghinaan’ terhadap ‘tuhan-tuhan’ mereka, tak kira sama ada tuhan mereka dalam bentuk nenek moyang, berhala, dewa, lembu, emas, jedi, kepercayaaan ghaib atau sebagainya, mereka akan tetap marah, marah yang amat, dan sebagai reaksinya, mereka akan bertindak dengan mencaci, menghina, menyumpah habis habisan akan para Nabi yang benar itu....

Sampai satu tahap, mereka akan boikot, ludah, santau, atau pukul jika ada peluang, baling batu dan najis, dan apa apa sahaja, asal puas nafsu di dada…

Paling akhir cara, mereka berperang dan bunuh Nabi itu..

Boleh rujuk kitab-kitab kisah dan riwayat para Nabi alahisalam, termasuk kisah Nabi Muhammad SAW, bermacam-macam cara orang kapir telah mengzahirkan sejuta kemarahan mereka terhadap para pendakwah hanya kerana penyampaian yang benar itu adalah satu ‘penghinaan’ terhadap ‘tuhan-tuhan’ mereka.., sebagai ganti, darah para Nabi di halalkan dalam setiap tindakan mereka…

Problemnya di sini, Nabi di marah kerana Dakwah para Nabi adalah di anggap penghinaan secara tidak langsung terhadap tuhan mereka yang sedia ada..,

Jadi yang penting kita kena faham kat sini adalah perkataan TUHAN mereka di ‘hina’..

Para Rasul dan para Nabi tidaklah menghina tuhan mereka secara langsung, kalau ada pun mungkin Nabi Ibrahim a,s sahaja yang terang-terang menghina tuhan mereka, menggantung kapak pada leher berhala besar dan memecahkan berhala kecik yang lain, boleh rujuk kitab untuk cerita detail..

Masalahnya adalah, apabila Nabi buat dakwah, secara automatic mereka akan rasa Nabi telah ‘menghina’ tuhan mereka, itu yang buat mereka marah..

Kata kunci: menghina ‘tuhan’..

Untuk faham erti ‘tuhan’, mari kita belajar sedikit ilmu tauhid di sini..

Apa maksud ‘Tuhan”?…

Dalam bahasa arab di panggi : “ILAH”

NAbi berdakwah dengan lafaz: LA ILAH-HAILLAH!!!

LA bermaksud “TIADA”, ILAH bermaksud “TUHAN”, dan “ILLALLAH”, bermaksud MELAINKAN ALLAH!!

LA ILAH ‘ILLALLAH”, bermaksud TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!!

Kita semua tahu bahawa ALLAH adalah tuhan kita, tapi ILAH itu tuhan siapa?

Dalam maksud bahasa arab, ILAH terbahagi kepada 4 makna..

Iaitu:

  • Ya Mu Lul Kubbul Ilah(hi)
  • Way A Rol Hal (sabdu) la fih(hi)
  • Wa Fa an Na Sa Min (hu)
  • Wa Taut Ma in Nabih (hi)

Siapa yang pandai arab boleh betulkan sebutan, nak senang cerita aku tulis maksudnya dalam bahasa melayu iaitu:-

ILAH terbahagi kepada 4 makna, iaitu..

  • Sesuatu yang hati condong ke arahnya.
  • Sesuatu yang hati nampak penyelesaian masalah padanya.
  • Sesuatu yang hati rasa mesra dengan kehadirannya.
  • Sesuatu yang hati rasa tenang dengan kehadirannya.

Jadi, selepas kita faham maksud ILAH, maka kita faham sudah bahawa ILAH boleh juga berbentuk dalam bentuk berhala, atau harta, atau duit, atau isteri atau apa sahaja yang berupa makhluk..

Yang mana hati kita akan berasa condong, atau nampak penyelesaian, atau rasa mesra dan mungkin akan rasa tenang dengan kehadiran ILAH itu sendiri…

Di sini wujudnya perbezaan antara orang kafir dan orang islam…

Tuhan orang islam adalah ALLAH, dan tuhan orang Kafir adalah ILAH iaitu selain Allah.

Itu semua paham, bila kita buat dakwah, orang kapir akan marah kita, standard manusia jahil ciptaan Allah yang tak mahu berfikir. Marah kerana ‘menghina’ ILAH mereka.

Tutup kes.

Yang jadi masalah adalah apabila wujud orang islam sendiri yang marah bila di dakwahkan, bila di nasihati, bila di tegur..

Lalu mereka melenting dan mencarut, mencaci dan menghina kepada orang islam yang ‘mengajar’ mereka…

Kenapa jadi begitu?

Ini adalah kerana dalam diri orang islam sendiri ada juga ILAH yang bertakhta di hati, yang syirik dengan Allah, syirik kecil, syirik yang tersembunyi…

Ini bermakna, Ujian Iman bukan hanya datang bila waktu perang jihad, tapi datang dalam setiap keadaan dan setiap waktu, untuk uji iman kita, adakah syirik atau tidak?..

Sebagai contoh, Apabila kita sakit, maka kita boleh lihat hati kita masing-masing, sama ada ternampak ILAH atau ALLAH?

Ke mana hati kita condong?
Kepada Ubat yang menyembuhkan?,

Ke mana hati kita nampak penyelesaian?
Kepada Doktor pakar?

Ke mana hati kita rasa mesra dengan kehadirannya?
Janji Makhluk dan janji Insurans?

Ke mana hati rasa tenang dengan kehadiranya?
Allah atau Ilah?(selain Allah)

Maka pada waktu itu hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar condong pada Allah?, atau condong pada selain Allah (makhluk)?

Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar nampak penyelesaian pada Allah, atau pada makhluk?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar rasa mesra dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?
Hanya Allah dan hati kita sahaja yang tahu samaada kita benar benar hati rasa tenang dengan kehadiran Allah, atau selain Allah?

Inilah maksud di sebalik ayat : “jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji…”

Bila diri kita ada masalah, hati kita condong ke mana? Kerajaan?Harta?Wang Simpanan?
Bila diri kita ada kesulitan, di manakah kita nampak jalan penyelesaian, Duit?, Kawan kita yang kaya?
Bila jumpa kekasih hati, atau isteri dan anak, apa perasan,? Rasa mesra sehingga menghalang zikir? Rasa takut nak Mati?
Bila dengar lagu hati tenang, bila dengar cakap dakwah hati gelisah, kenapa?

Semua ini hanya kita dan Allah sahaja yang tahu di manakah tahap iman kita..

Sahabat nabi bila ada masalah hati jumpa Nabi, dan Nabi suruh mereka banyak mengingati Allah, dan banyak bercakap tentang LA ILAH HAILLAH!!!

Untuk apa? Untuk betulkan yakin kita, bahawa ALLAH kita hanya satu, tidak berhajat pada Mahluk, Yang Berkuasa Mutlak, tiada yang setara denganNYA..

Allah pencipta, selain Allah semua di cipta…
Allah pentadbir, selain Allah semua di tadbir.!

Faham tak?

Kalau tak faham, baca dan ulang dan renung sambil fikir diri sendiri akan contoh dari pengelaman yang lepas-lepas, insyAllah akan faham…

Atau senang aku bagi contoh camni..

Jika aku cakap kat korang,
“Woi Mamat!, duit tak boleh bagi senang, yang bagi senang hanya Allah..”

Lalu Mamat marah, dan cakap:
“kalau kau cakap duit tak boleh bagi senang, tak payah kerja lerr, bagi semua duit kau kat aku!!”

Persoalannya, Kenapa Mamat marah?

Sebab dalam hati Mamat nampak duit ada jalan penyelesaian, rasa tenang dengan kehadiran duit, rasa mesra dengan duit, lalu duit telah jadi ‘tuhan’ Mamat secara tidak sedar..

Mamat telah syirik dengan Allah secara tidak sedar.., syirik yang tersembunyi.

Ini bahaya untuk Mamat dan bahaya untuk bot-bot kecil macam kita semua sebab syirik boleh membawa ke neraka untuk selama-lamanya, dan itu cerita lain,

Apa aku nak cerita adalah, Kenapa Mamat sangat marah?

Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang duit, tak boleh bagi manfaat, mamat akan marah balik, sebab duit adalah ‘tuhan’ mamat. Mamat telah anggap aku menghina “tuhannya’…

Dan inilah yang berlaku dalam hidup kita zaman ini, apabila aku cakap Negara islam tak boleh selesaikan masalah, kuasa tak boleh selesaikan masalah, hanya Allah yang boleh selesaikan masalah, Allah tidak perlu kepada sebarang sekutu, dan Allah benci kepada sekutu..

Allah tak perlu kepada senjata, negara dan kuasa kerajaan untuk tegakkan ugama Allah.., itu point aku.

Lalu korang marah, melenting, mencaci, menyumpah dan menghina…
Kenapa?

Sebab korang nampak perjuangan korang untuk mendapatkan senjata, Negara atau kuasa kerajaan adalah satu ‘kuasa’ yang dapat menyelesaikan masalah umat islam, korang mulai condong kearah itu, nampak jalan penyelesaian dengan cara itu, rasa tenang dengan kehadiran Negara atau kuasa kerajaan, rasa mesra dengan kehadiranNegara atau kuasa kerajaan, semuanya bila di tukar balik akan berbetuk dalam bentuk harta dan takhta..

Maka apa bezanya korang yang yakin dengan kuasa berbanding dengan Mamat yang yakin dengan duit?..

Korang marah, caci dan maki aku?

Sumpah aku mati cepat?

Kenapa korang marah?

Sebab bila aku menyatakan yang betul tentang harta atau takhta, yang memang tak boleh bagi manfaat, korang terus marah, sebab harta dan takhta adalah ‘tuhan’ bagi kamu, kamu telah yakin ‘harta dan takhta’ boleh selesaikan masalah, lalu nasihat aku terhadap kamu telah di anggap menghina “tuhanmu’ secara tidak langung…

Kamu beranggapan harta dan takhta boleh selesaikan masalah? Naduzubillah!!!

Dan begitulah cerita orang yang yakin dengan partinya boleh bawa ke shurga, tak ikut partinya boleh masuk neraka, nampaknya parti kamu telah menjadi ‘tuhan’ baru yang ada kuasa membawa ke shurga dan neraka cipatan kamu sendiri, lalu bila ada yang tegur..

Terus marah dan melenting!!!

Kerana tuhan kamu ‘di hina’ kononnya….

Apa lagi nak di kata?

Tak perlu aku ulang lagi.., akupun sedang belajar tauhid, semoga semua antara kita yang ada hari ini dan esok-esok akan mati dalam iman, dalam iman yakin betul pada Allah..…

Nasihat aku kepada yang melenting dan yang mencaci..

Bertaubatlah, aku juga kena taubat sama, bertaubatlah sebelum jadi mayat…

Kepada yang di caci…

Tak payah melenting dan balas cacian, bukan begitu Sunnah Nabi, tak kala Nabi Muhammad SAW dalam satu peristiwa di caci dan di hina, Nabi tersenyum lalu Abu Bakar RA yang tak tahan telinga balas balik cacian,

Nabi terus tinggalkan Abu bakar dengan muka masam sebab ternampak syaitan antara orang yang caci-mencaci….

Lagipun orang yang caci mencaci tidak di pandang Allah kerana mereka adalah sampah, bangkai dan najis!! (aku pulak yang tercaci..oh!)

Apa yang aku tulis, jika salah, betulkan aku secara berilmiah, aku akan baca komen kamu dan menghargai teguran kamu, tapi jika kamu salah, aku akan tulis di sini akan kesalahan kamu.., biar aku ingat, dan biar anak bini aku tahu…

Sebenarnya, Bila kita tulis jawapan pada papan putih atau papan hitam waktu bersekolah dulu, selepas cikgu bagi soalan, semua dalam kelas tahu bahawa kita tulis kat papan hitam bukan sebab nak pandaikan papan hitam, tapi nak pandaikan si penulis…

Jika korang pasang mp3 Al quran dalam computer, bukan nak pandaikan computer, tapi nak pandaikan korang sendiri, dan jika aku tulis cerita-cerita ugama dalam blog, bukan nak bagi blog aku pandai dan hebat, tapi nak pandaikan aku sendiri, maka begitulah jugak para pendakwah di luar sana, mereka berdakwah berjumpa manusia kerana medan dakwah memang adalah manusia, dalam al quran dah tulis dah..

Tapi mereka dakwah bukan nak betulkan orang, tapi nak betulkan diri sendiri jua, hidayat mana boleh di warisi? Tapi Allah janji nak bagi hidayat pada orang yang buat kerja dakwah, so tak payah marah orang nak cakap-cakap ugama dengan kita., Kalau korang ikut, itu baik untuk korang…

Kecuali jika kita tak faham..

Atau tak cuba memahami.

Dan untuk faham bukan setakat baca tulisan aku kat sini, pergi buat dulu, baru tahu dan baru faham apa maksud dakwah..

Orang yang berdakwah untuk betulkan orang lain semata-mata adalah orang yang tak faham ugama, kelak akan dapat dua perkara iaitu:-

-Marah
-Putus asa.

Jadi ada jugak orang yang marah sebab orang tak ikut cakap dia, apa nak buat, niat dia ‘berjuang’ adalah untuk betulkan orang lain semata-mata, betulkan system, betulkan kerajaan.. tapi lupa betulkan diri sendiri, jadilah macam syaitan.., kasihan.

Apa-apapun, seperti aku nyatakan dari dulu lagi, tulisan aku adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku tulis nota dalam blog bukan nak bagi blog aku pandai, tapi nak bagi aku sendiri yang pandai, aku tak link dengan sape-sape dan aku tak peduli korang link ke tidak, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, tapi Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!

Makin banyak perbezaan pendapat antara aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA…Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!

Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu orang kapir dan ‘kamu-kamu’ yang aku tak ingin jadi…

Woha!

Satu lagi, dah nak habis ni, ada jugak yang marah sebab penyakit hati seperti cemburu, iri hati, sakit hati, dendam, bosan dan sebagainya…

Aku malas nak ulas, pergi rujuk Ustaz.

Cuma yang agak kelakar bila dah marah tu ada yang bagi alasan:
“Hamka, kau sudah tidak sehebat dulu” lalu delete link aku dan tak nak baca blog aku lagi.. (peduli apa aku?-aik? Marah nampak.. he he he)

“Sudah tidak sehebat dulu”?

Apa tu?

Aku tak faham, kenapa aku di takrifkan sebagai “sudah tidak sehebat dulu?”

Patutnya aku marah, tapi… baik tak payah… Cuma aku nak cakap, dan berat untuk aku nyatakan di sini, tapi aku terpaksa, sebab 'isteri-isteri' kamu dah cakap kat aku yang kamu semua “sudah tidak sehebat dulu” …

Woha!

Ps: aku masih seperti dahulu, dan masih seperti tadi, menulis dalam keadaan tidak berbaju. : )

Jan 18, 2008

Kadang-Kadang.. ?

(Apakah itu?, pertama: banyak, kedua: sedikit, ketiga: jarang-jarang, ke empat, kadang-kadang?)

I

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda:

Janganlah kamu mencabut rambut putih, kerana akan menjadi nur pada hari kiamat, Barangsiapa yang bertambah tua dalam islam dan memiliki rambut yang putih, maka Allah akan mencatit untuknya satu kebaikkan untuk setiap rambut. Menghapuskan satu dosa untuknya dan menaikan baginya satu darjat. (Riwayat Ibnu Hiban)

Nota:
Aku ada seorang kawan yang banyak uban di kepala dan juga seorang yang sangat suka tersenyum, bila tersenyum hampir 70% giginya dapat dilihat. Tidak dapat dibezakan antara senyum dan tersengeh. Ala-ala Mr Oss gitu.

Satu petang pulang dari kerja, dia tumpang kereta aku.

Sebaik kereta bergerak, dari kerusi sebelah kiri pemandu, dia terus melepaskan nafas berbentuk keluhan yang panjang.

Tiada senyum di wajahnya..

Kepenatan barangkali.

Sambil membongkokkan badan lalu mengurut betis sendiri dia berkata:

”kita ni dah tua Hamka, aku macam tak sedar. Aku rasa macam umur 20an, masih asyik tengok DVD, tengok wayang, pergi memancing, main bowling... tapi pada hakikatnya aku dah tua . Dah beruban pun aku. Kau tak rasa tua ke Hamka?”

Ketika bertanya, senyuman tiada diwajahnya.

Aku benarkan kata-katanya...

”Jang...(nama glamor beliau), aku telah lama sedar yang diri aku ini semakin tua, maksud aku, aku sedar diri ini semakin tua dalam pertimbangan.”

Aku terus gelak! Dan 'Senyuman 70%’ itu kembali lagi.

:)

Nota kaki:
Kadang- kadang, aku boleh bantu jugak sikit sebanyak akan kawan-kawan aku, biarpun hanya untuk satu senyuman..


II

Dari Abdullah r.a meriwayatkan nabi bersabda:

”Orang yang terlebih dahulu memberi salam, akan terhindar dari sifat takabbur.”
(Riwayat Baihaki)


Nota:
Kawan aku ternampak kawan dia dari satu jarak yang agak jauh. Kawan aku ni tak berapa kenal sangat kawan dia kira macam baru kenal gitu,.. dia cuba bagi salam dan nak panggil kawan dia tapi dia sendiri tak ingat nama kawan dia tu., Aku pun cuba menolong kawan aku itu dengan meminta klu nama kawan dia yang dia ingat-ingat lupa..

Kawan aku: "Nama dia Wahyu aku rasa, tapi bukan wahyu... lebih kurang errr...”

Aku; "Hidayat kot?”.

Kawan aku: "Bukan!”

Aku: "habis tu? Taufik?”

Kawan aku: "Bukan taufik... tapi”

Aku: "petunjuk?”

Kawan aku: ”Kau jangan nak bergurau, aku lupa nama dia, tapi rupa dia ada serupa dengan nama kawan aku kat terengganu..

Aku: "Idris Josoh!”

Kawan aku: "Woha!!!!”

Nota kaki:
Kadang-kadang, tak banyak yang aku boleh bantu manusia yang hidup di atas muka bumi ini...

:(

III

Dari Uqbah ibn Amir r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Tuhanmu akan merasa takjub (dan berbangga) ke atas seorang pengembala kambing yang melaungkan azan di atas puncak bukit dan mengerjakan sembahyang.

Allah Taala menyeru para malaikat: Lihatlah hambaku ini, dia melaungkan azan dan bersembahyang semata-mata kerana takut kepadaKU, sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan akan memasukkannya ke dalam syurga. (riwayat Abu daud)

Nota:
Dekat kampung asal aku ada surau, yang hanya hidup pada waktu Magrib dan isyak..

Apabila kami adik beradik balik kampung, maka insyAllah surau itu akan hidup 5 waktu..

Maksud 'hidup’ di sini, ada azan dan ada orang solat berjemaah, walaupun seorang diri!

Dekat tepi surau ada rumah Imam masjid, jika beliau tak kena giliran bertugas, maka confirm beliau akan jadi Imam magrib dan Isyak secara percuma..

Dan ini telah berlaku sejak aku kecik lagi...

Tapi yang muskilnya bila Zohor dan Asar, Imam tu lebih suka solat di rumah..

Begitu cerita adik aku...

Kau biar betul?

Sanggah aku.

"Betul bang, saya nampak motor dia, nampak dia duduk lepak depan pintu rumah sambil buat layang-layang, saya naik surau, saya azan, 15 minit tunggu, dia tak datangpun, last, saya solat sorang diri, berjemaah dengan jin..."

Oh, aku lupa nak kenalkan adik aku, seorang Ustaz, dan hafal Surah Al sejadah serta surah Al ihsan dengan baik, dan selalu jadi Iman solat subuh pada hari Jumaat. Bacaan Al Quran beliau juga sangat baik, apatah lagi bila beliau azan, suaranya sungguh merdu...

Tapi aku ada cerita lain tentang imam itu..

Satu hari waktu Zohor, aku pergi surau itu dan Azan, lepas Azan aku duduk tunggu orang kampung datang, dan terutamanya imam tu, sebab aku nampak motor dia dan nampak beliau sedang bagi makan ayam pagi tadi...

Tiba tiba Iman tu datang dan sergah..

“Siapa Azan tadi?!”

“Saya”

Aku menjawab dengan kool, sudah biasa di sergah, di caci dan di hina.. terutama dalam blog he he he..

“siapa ajar kau azan macam tu? Buat malu kampung sahaja”

Marah beliau..

Aku terus senyum dan mintak maaf lalu mintak tolong beliau ajarkan aku Azan yang betul...

Beliau betulkan Azan aku, katanya yang salah adalah Ha(di mulut) dan Hhahh(di tengkuk) tidak sama, lepas tu harakat tak stabil, dan Alif dengan Ain kena ada beza..

Lepas dan ajar aku Azan yang betul, kami solat Zohor berjemaah bersama-sama.

Hari tu ada dua orang Solat berjemaah beb...!

Nota kaki:
Kadang-kadang, melalui satu kesilapan yang kita tak tahu, pintu ilmu dan pintu ibadat terbuka untuk kita dan orang lain.

:)

IV

Dari abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi bersabda;

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada cara lain untuk memperolehi azan dan saf pertama kecuali dengan mengundi, nescaya mereka mengundi. (Riwayat Bukhari)

Nota:
Mengundi 5 tahun sekali.

Nota kaki:
Kadang-kadang, kita lupa untuk 'mengundi’ 5 kali sehari.

Oh!

Ps: Kadang-kadang, Kabhi Kushi Kabhi Gham...

Jan 16, 2008

Sudah akhir Zaman ?

( Cerita lelaki dan wanita yang beriman akhir zaman, semoga Allah ampunkan dosa kita semua)

Cerita 1.

Satu hari lepas solat subuh, sementara tunggu matahari naik, aku masih lepak di masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya).

Tiba-tiba aku bersin sambil tutup mata, bersin dan bersin dan bersin..

Lebih dari 5 kali.

Aku hemburkan segala hingus pada sapu tangan yang memang aku sedia bawa...

Minta maaf kepada semua ahli surau yang sedang beriktikaf sekalian di atas gangguan bunyi sebentar tadi. Aku mengalamai sindrom alahan pada perubahan suhu atau mungkin aku alami gajala Resdun.

Mana tahu?, tak lama kemudian seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 30-an tegur aku, rupa-rupanya beliau seorang doktor pakar yang bertugas di hospital Kerajaan.

Beliau terus menjalankan pemeriksan rawatan kepadaku secara langung dalam masjid dan setelah memeriksa nadi dan beberapa gejala di badanku beliau akhirnya bersetuju untuk bagi aku satu ubat yang mahal secara percuma bagi menyembuhkan alahanku itu.

Hari yang lain, di masjid juga, lepas solat isyak, beliau jumpa aku bagi aku satu ubat yang jenis sembur dalam hidung, Nasonex, mometasone furoate, Aqueous, Nasal Spray.. itulah yang tertera pada ubat tersebut.

Aku dengan manjanya suruh beliau demo macam mana nak guna ubat tu, doktor itupun dengan kasih sayang telah pegang dagu aku, dongakkan dan picit ubat itu ke dalam lubang hidung..

Aku rasa di sayangi.., heh!

Moral of the strory is, bila kita pergi masjid, bukan sahaja masalah akhirat boleh selesai, masalah dunia kita juga Allah boleh selesaikan dengan berbagai-bagai cara, Maha suci Allah..

Cerita 2.

Aku dan rakan-rakanku biasa pergi sarapan pagi selepas punch card, (check in guna internet-zaman dah maju). Dan untuk menjimatkan kos, kami gunakan sistem berkongsi kenderaan menuju sarapan.

Hari itu, tiba giliran kereta aku.

Alamak?!, kereta aku bersepah!, sungguh bersepah, kesan dari hidup bersama tiga orang anak yang baru nak kenal saiz dunia, mainan, sampah, dan beberapa aksosri bergelimpangan di sana sini.

Aku bukak pintu dan dalam masa rakan-rakan cuba masuk ke dalam kereta, aku segara kemas mana yang patut, botol susu aku campak dalam bekas bawah kerusi, sampah aku pungut mana yang sempat dan cuba buat itu ini.

Tapi aku gagal kerana seluruh kerusi kereta telah di duduki oleh rakan-rakan.

Dan mereka ’kutuk’ aku.

Dan aku tahu kereta mereka adalah begitu bersih, dengan sport rim berkilat dan hidup bujang. Manalah sama nak banding kereta aku yang di kongsi bersama tiga anak kecil.

Mereka buat lawak dengan kereta aku yang di anggap macam sampah. Dan dalam lawak serta gelak terkeluar ungkapan bahawa sebagai orang yang selalu ke masjid ( sekali lagi- akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya ) kena lah jaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian dari iman.

Betul kata mereka -lalu aku bergurau dengan menyatakan bahawa kereta aku telah di ’patern’kan begini, siapa tiru aku akan saman, ha ha ha (cover line)..

Apa-apalah.

Kemudian aku teringat zaman aku muda dan bujang dulu, zaman aku baru beli Motor RXZ. Hari hari basuh motor dan lap sini sana, malam simpan motor dalam rumah dan tak sanggup sedikitpun lihat kekotoran pada motor RXZ kesayanganku itu. Jika boleh aku nak pasang ubat nyamuk bawah motor waktu malam sebab tak nak bagi nyamuk hinggap kat motor... apa-apalah.

Nak jadi cerita ada kawan yang lebih dahulu menjadi lelaki beriman akhir zaman dari aku, seorang ahli masjid, solat jemaah lima waktu dan ada motor EX5 yang selalu kotor.

Aku yang perasan bagus waktu tu sound mamat tu.., apa lah kau ni, hari-hari pergi masjid kononnya, tapi motor kotor, bukankah kebersihan adalah sebahagian dari iman?

Lalu mamat tu jawab dengan selamba, satu rangkap perkataan yang aku ingat, hafal dan faham sehingga ke hari ini. Dan lafaz itulah yang aku ungkap pulak kat kawan-kawan aku yang ’kutuk’ kereta aku.

Lafaz itu berbunyi begini:-

”Alangkah baiknya jika kamu dapat membersihkan hati kamu sebagaimana kamu membersihkan kenderaan kesayangan kamu”

Woha!

Cerita 3.

Di kedai makan, di sebuah meja, terdapat dua gelas teh tarik yang masih berbuih dan sedikit berasap terhidang atas meja.

Kelihatan dua lelaki yang cuba menyelamatkan dunia sedang berada di sana.

Aku dan Mamat.

Mamat juga adalah termasuk dalam golonngan lelaki beriman akhir zaman...

Kata Mamat:-

”aku pelik bila kau cerita tentang berbeza pendapat itu rahmat nampak macam kau dah paham tentang pentingnya kewujudan parti XYX atau ABC, namun kat tempat lain kau sindir mereka dan menolak pendapat mereka. Kenapa jadi begitu?”

Aku kata:-

Kau kena paham hadith ni, yang di keluarkan oleh Bukhari dan Tirmizi, dan di riwayatkan oleh Nu’man bin Basyir r.a.

Menurut hadith ini, lebih kurang maksud Nabi bersabda, ummat ini di ibaratkan mereka yang sedang berlayar di atas sebuah kapal, maka ada yang suka duduk bahagian atas, dan ada yang suka duduk bahagian bawah.

Bagi aku (yang hina dan bukan ustaz), duduk atas dan duduk bawah adalah perbezaan pendapat., tiada masalah, masih di atas kapal yang sama. Masih belayar menuju tempat yang sama.

Namun tiba-tiba antara mereka ada yang berpendapat untuk buat lubang dapatkan air yang banyak dengan niat tak nak menyusahkan orang lain. Dan mungkin nak tolong orang lain.

Maka, sekiranya orang yang berada di atas kapal tidak memegang tangan tangan orang yang nak tebuk kapal itu, (maksudnya di sini berdakwah pada mereka atau mencegah kemungkaran mereka).

Maka, mereka semua akan karam. (demikan cerita hadtih itu lebih kurang)

Jadi, habiskan teh tarik ni cepat-cepat, mari kita selamatkan dunia dengan mencagah parti XYZ dan parti ABC daripada tebuk lubang di sini sana.

Woha!...

Cerita 4.

Aku baru nak bersiap untuk solat zohor, tiba tiba telefon berbunyi, ringtone ”another you-Cromok:-

Ku angat ku dengar suara.

Suara wanita yang sedang tercungap kepenatan. Juga seorang wanita yang beriman di akhir zaman...

”Abang hamka, Abang tahu tak siapa yang bunuh Saidina Hamzah?”

Aku berfikir 2 saat dan menjawab;

”Kalau tak silap aku, Hindon nama dia, kenapa?, kau kat mana?”

"Aku sedang buat program khemah ibadat anjuran parti XXX, sedang explorace, berlari sambil cari jawapan tentang islam, jawapan dia bukan hindon, sebab klu dia lelaki..."

"Eh, lagi 2 minit nak Zohor, kau musafir ke?"



Tanya aku..



"Tak, kami kat pantai XXX sahaja, ustaz pun ada. Lepas program ni, ada makan tengahari, lepas tu baru solat kot.."

Aku garu kepala sebelah tangan,

”Kalau tak silap aku, yang lembing Saidina Hamzah r.a dalam perperangan Uhud adalah Washi.., eh tak baik kau melengah-lengahkan solat, nanti datang Haid ke apa?”

”tooot”...

Panggilan tamat,

Dunia dah nak kiamat...

Wahai adik perempuanku, walau di mana kamu berada, kenang aku dalam doamu..

Cerita 5

Kawan aku seorang penderma darah yang kerap, juga lelaki beriman akhir zaman dan sudah lebih 5 kali menderma darah telah mendapat tawaran percuma untuk suntikan imun Hepatatis B. Sebelum di suntik, darah beliau di ambil dan di analisa lalu di dapati imun yang di suntik ketika bayi dulu telah habis imunnya, maka beliau telah di suntik sebanyak 3 kali secara berperingkat untuk mengaktikan balik imun hepatatis B.

Jika Di Klinik Swasta, cas akan di kenakan RM 35 untuk setiap suntikan.

Di Malayasia, imun untuk orang dewasa tidak di wajibkan oleh Kerajaan kecuali jika gelaja penyakit ini tersebar, namun jika anda bercadang ke luar Negara, eloklah ambil langlah pencegah awal.

Semua datang dari Allah, Yakinlah Allah segala-galanya.

Orang yang tolak asbab adalah bodoh, dan orang yang yakin dengan asbab lagi-lagilah bodoh.(sebab syirik)

Selamat maju jaya.

Negara sihat, rakyat bersih.

Cerita 6

Apabila aku perkenalkan istilah ”iman-imun”, maka ada yang pertikaikan perkatan ini, kerana iman tidak boleh di imunkan, hanya iman malaikat yang imun iman, kata mereka...

Lalu aku teringat tentang unta yang boleh hidup 2 bulan tanpa air, tahu mana aku ambik fakta ini?

Dari iklan ASTRO yang mengambarkan anak zaman sekarang jadi bijak kerana ibu-bapa mereka langgan ASTRO.

Jadi lepas ni, anak-anak anda akan jadi bijak hari ini kerana aku nak cerita sikit tentang imun.

Aku akui, aku memang bodoh dalam banyak hal.. lalu aku call doktor dalam cerita pertama di atas.

Berikut adalah fakta yang aku dapat tentang imun..

Banyak imun yang di beri, akan jadikan kita kebal seumur hidup untuk penyakit seperti campak, rubella dan BCG (yang biasa aku dengar) , serta Parotitis (tak pernah aku dengar) dan lain-lain..

Untuk penyakit tetanus (aku baru dengar) boleh bertahan hanya beberapa tahun, dan jika suasana kritikal, perlu suntikan ulangan dalam periode waktu tertentu yang di panggil ‘booster’(aku baru tahu istilah ini)

Ada lagi nama penyakit yang aku baru dengar seperti pertusis yang imun hanya sementara untuk kanak-kanak, tapi untuk orang dewasa imun sampai mati..

Dan kaedah suntikan imunasisi yang berulang di panggil ‘booster’, aku pun baru tahu, mungkin lepas dah belajar ‘imun-iman’ kena belajar pulak ‘booster iman’ he he he..

Oleh kerana terdapat kes pesakit yang telah di imunkan tetapi masih menghidapi penyakit, maka badan bertindak masih lagi mengkaji kaedah imun yang betul sesuai untuk sepanjang zaman…

Nama jabatan yang mengatur booster untuk vaksin adalah The National Institutes of Health (NIH) dan di Bantu oleh CDC (aku tak catat shortform yang ni)

Ok, Iman itu ada banyak cabangnya, paling tinggi adalah dakwah, dan paling rendah adalah alihkan kayu yang mengganggu di tengah jalan, dan malu itu cabang dari iman..

Kalau iman korang belum ‘imun’, macam iman aku, kena banyak buat ‘booster’ iman..

He he he, tapi itu istilah sahaja, yang aku guna pakai dalam blog ini, lantak korangler nak setuju ke tak, aku memang bodoh dalam banyak hal.., tak pandai macam korang.

Aku stop bab imun dengan persembahkan sebuah iklan:

Contoh Iklan baru,

”Ayah, tahukan siapa yang menjumpai keadah imun?”

”Siapa?”

Tanya ayah budak itu sambil bonceng anak perempuanya itu ke belakang bahunya... pelakon adalah orang yang sama dalam iklan ASTRO., dan memagang watak lelaki beriman akhir zaman.

”Edward Jenner ayah, pada tahun 1796, beliau telah memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..”

Wah pandainya anak ayah, belajar kat mana?.

(Versi asal:- Astro!)

Veris edit:-Blog keretamayat!

Delete scane: “Ayah, walaupun blog itu di anggap bodoh dan di benci orang ramai, tapi cukup ramai yang baca dan bagi komen, dari komen mereka saya dapat belajar banyak ilmu baru, ayah pun kena baca sama jika nak jadi bijak macam saya.. hihihi..

Woha!

Cerita 7

Kakak aku bekerja sebagai pegawai farmasi, juga termasuk seorang wanita beriman akhir zaman, aku juga luangkan masa bercakap tentang imun dengan beliau semalam..

Secara kesimpulannya, imun akan di berikan kepada setiap rakyat dan di wajibkan oleh kerajaan untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Tapi sekiranya gelaja merebak yang terlalu kuat dan belum ada imun, maka kawasan yang terlibat akan di quarantine kan.

Aku rasa ada usaha parti XYZ untuk kuarantinkan Malaysia, supaya Rakyak kelak, dapat selamat dari penyakit iman. Tapi kenapa tak imunkan sahaja iman Rakyat Malaysia dengan cara renew iman dan seterusnya dunia ini tak perlu lagi di kuaratinkan?.

Tamsilnya begini:-

Jika korang duduk pantai timur, dan kemudian, anak korang dapat tawaran belajar di Kuala Lumpur, maka korang terus bimbang masa depan sebab kat KL yang korang faham banyak gejala maksiat, tempat hiburan banyak, kedai arak banyak, kedai jual nombor dan sebagainya.

Lalu kita buat usaha untuk tukar Kerajaan dan bila kita menang, kita tutup segala macam tempat hiburan yang banyak itu, kedai arak kita tutp, kedai jual nombor dan sebagainya semua kita tutup. (jika menang, if… )

Tapi kita terlupa yang anak kita ada penyakit iman dan belum di ’imunisasikan’ lagi. Sampai Kuala Lumpur anak kita akan buat sendiri amalan orang –orang yang rosak imannya.

Seperti solat lengah-lengah, melancap dan sebagainya.

Maka moralnya di sini adalah. Kau nak tumbang Kerajaan ke, nak Kukuhkan Kerjaan ke, jangan lupa untuk buat usaha atas iman. Usaha jaga solat jemaah dan usaha hidupkan Sunnah Nabi, hudupkan Janggut Nabi dan akhlak Nabi..

Sebab bila anak kita dan di renew iman mereka, dan di imun iman mereka, jika dapat tawaran belajar kat USA pun masih solat jemaah, tak melancap dan sebagainya.

Mungkin kelak berkat fikir risau, semua orang negro masuk islam, tak mustahil bukan?

Dan akhirnya Amerika akan jadi negara islam.

Simple.

Cerita 8.

Aku pernah tulis begini:

Orang miskin selalu bercakap tentang harta orang kaya.

Orang bodoh selalu bercakap tentang kelemahan orang pandai..

Ada orang mintak tolong aku tafsirkan..

Senang begini, kau pergi jer baca kat komen kereta mayat, akan ada komen orang-orang yang bodoh bercakap tentang kelemahan orang pandai..

Mereka komen orang yang berdakwah akan kelemahan seperti janggut macam kambing, busuk macam najis, pakaian kotor macam pengemis, dan yang semakna dengannya, yang semua itu di tulis sebagai tujuan menghina..

Jadi kes aku pulak, aku tidak bercakap kelemahan orang pandai, perut bungcit ke, dagu licin macam babi ke, misai panjang macam singa laut ke, aku tak akan komen sebodoh itu, tapi aku tulis tentang ’kesilapan’ orang pandai, cakap berapi-rapi tapi solat tak jaga, nak negara islam tapi tak nak ikut sunnah Nabi, nak kuasa nuklear tapi malas nak solat jemaah, boikot product orang kapir dan masa yang sama boikot janggut di dagu..

Aku tak kira sama ada mereka ustaz atau ulamak, dan sama ada mereka sengaja atau tak sengaja aku tulis, sebab aku nampak..., perbuatan mereka ada yang bercanggah dengan Al Quaran dan Hadith.., aku boleh hindarkan diri dari jadi seperti mereka..

Orang tabligh yang bercerita tentang dunia dan politik dalam masjid pun aku sound, biasa aku cakap kat orang tabligh yang tersasul lalu yang rancak cakap tentang politik dengan lafaz..

”six noble quality only, please...”

He he he..

Aku tak nak jadi orang yang taksub dan bodoh lalu telan semua statement walaupun terang lagi bersuluh semua itu bertetentangan dengan Sunnah hanya semata mata orang yang cakap itu bertaraf ustaz dan ulamak..

Allah dah bagi Akal dan Hati...

Lagipun ini latihan juga kerana bila nak jadi mayat kelak, syaitan akan menjelma jadi orang pandai untuk murtadkan kita.., cuba bayangkan syaitan jelma jadi Tuan guru ke, jadi ulamak besar ke masa nak mati, tak ke haru?, jika kita main sebat sajer semua lafaz mereka, tak ke hampeh? tak ke kita boleh mati dalam keadaan kafir?

Naduzibillah..

Selamat berlatih. ; )

Tapi jika ada aku terkomen peribadi mereka pada entry yang lepas, sila bagitahu, aku nak delete, (kalau adalah)., mana tahu, sebab aku kadang kadang semborono menulis lalu terpengaruh dengan nafsu sendiri..oh!

Dan seperti biasa, ramai yang suka bercakap tentang kelamahan aku, paham-paham sudah.

Cerita 9

Aku hantar anak aku pergi tadika. Seorang anak yang akan menjadi lelaki beriman akhir zaman..., insyAllah.

Balik tadika aku tanya belajar apa dan ada perform solat tak..?

Jawab anak aku.

Ayah, cikgu bila dengar azan tak pergi solatpun..

Oh, dunia mereka lebih mencabar! , orang BN sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang PAS sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang Tabligh sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang yahudi dan Nasrani juga sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian. Aku pula di sini sedang besarkan anak aku dengan fahaman sekian sekian..

Perang yang lebih besar dari sini sedang menanti mereka...

Oh!

SEKIAN.

Ps: syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia...

Ps2: Orang yang tak suka baca blog aku tapi hari-hari refresh dan bagi komen sampai cecah ratus-ratus adalah seorang yang.. errr, agak ’menghiburkan’, heh!

Jan 11, 2008

Apa itu imun-iman ?

(Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...)

Sebelum tahun 1796, manusia di bumi ini berhadapan dengan gejala penyakit cacar yang mudah merebak dan membawa maut yang tiada penawarnya, kemudian menurut sejarah, munculah Edward Jenner yang memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..

Jamer Phipps sudah IMUN dengan penyakit itu..

Ok, untuk keterangan lanjut, boleh rujuk doctor yang suka bercakap banyak ketika menyuntik lengan anak-anak kamu yang ramai itu..

Kata doctor, tujuan suntikan yang sedikit menyakitkan itu adalah untuk menjadikan anak-anak kita IMUN terhadap penyakit tersebut..

Kalau korang tak de anak pulak, boleh rujuk filem “ I am Legend” lakonan Will Smith sebagai doctor yang suka cucuk puntianak untuk mencari teknik vaksinasi dalam mengimunkan manusia sejagat...

Baiklah, itu adalah cerita tentang penyakit zahir dan teknik imunnya yang telah teruji dan berkesan..

Jadi aku nak tanya, bagaimana kita nak Imun kan Iman kita?

(kepada yang mengatuk dan menguap-pergi tidur-jangan lupa basuh kaki, alang alang basuh kaki, baik ambik wudhu terus.., dan dah ada wudhu, solatlah sunat rawatib ke apa..)

Bagaimana kita nak Imun kan Iman kita?

Ada perempuan yang baca blog aku bercerita kisah dia pergi ala-ala Rehlah atau khemah Ibadat, sound like that, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, apatah lagi di anjurkan oleh para ustaz dan ustazah..

Tetapi perempuan itu keliru kerana ada beberapa aktiviti yang mushkil seperti mandi sungai lelaki perempuan, walaupun tak bercampur tapi dekat jugak, lepas tu main sukan dan ustaz jadi penonton, kemudian ada permainan ala-ala explorace, cari jawapan tentang ugama islam sambil mengejar masa dan merentas desa, tinggal solat jemaah dan buat aktiviti yang kelihatan seperti pengakap melepaskan rindu zaman perkemahan..

Lagipun aktiviti itu di buat kat tempat jin bertendang iaitu tepi sungai dalam hutan, tepi pantai atau atas gunung...

Aku tak nak ulas lebih lebih, sebab ustaz dah anjur, siapalah aku untuk pertikaikan keputusan ustaz-ustaz itu, Cuma kalau bini aku yang nak pergi memang aku larang, (siapa nak buatkan aku teh tarik pagi pagi?)dan kalau ustaz tu ajak aku dan sedia bayar duitpun aku tetap akan fikir panjang, dan keputusannya aku tak nak pergi..

Kenapa? Kerana aku rasa teknik itu bukannya dapat mengimunkan iman aku, lebih kepada nak berseronok aku rasa, atau berkelah dengan nama islam, mungkin mereka tinggal solat jemaah sebab musafir kot, (aku bersangka baik)

Semoga lepas mereka pulang dari so called khemah ibadat-rehlah itu, dapatlah mereka jaga solat jemaah bagi lelaki, dan dapat solat awal waktu bagi perempuan, barulah berbaloi masuk hutan tiga hari tiga malam kena gigit nyamuk..

Berbalik kepada tajuk kita, bagaimana kita nak Imun kan Iman kita?

Bagaimana kita nak buat supaya iman kita tidak terkesan dengan godaan dan suasana, yang paling takut bila dengar berita anak-anak muda dah murtad di sini sana..

Memang benar, Allah akan uji iman kita, Allah akan uji itu ini begitu begini, namun akhirnya, mereka yang kuat imannya atau memang telah berjaya mengimunisasikan iman mereka, merekalah yang akan berjaya di dunia dan di akhirat..

Orang yang imun imannya, apabila datang ujian dalam bentuk Takhta, Harta, dan Wanita, masih selamba cool tolak semua itu dan teguh taat akan segala perintah Allah..

Orang yang imun imannya, apabila dengar Azan akan dapat segara ke Masjid walaupun sakit, sibuk, penat dan sebagainya...

Orang yang imun imannya, apabila datang dakyah yahudi, tidak terkesan untuk memperbahrui strategi dengan menghalalkan bidaah lalu musnah di telah ego perasan betul..

Bila kita tengok sejarah, akan terzahir sifat sahabat yang telah imun imannya sehingga langung tak terkesan dengan ujian dalam bentuk Takhta, Harta, atau Wanita, mereka masih selamba cool tolak semua ujian itu dan teguh berpasak dengan segala perintah Allah..

Ada riwayat mengatakan, sekiranya Shurga dan neraka di zahirkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi dan sudah tidak turun lagi kerana Iman mereka telah mencapai tahap tepu, telah mencapai tahap kesempurnaan pengimunasikan, pendek kata, telah imun iman mereka..

Jadi, persoalananya, bagaimanakah mereka telah berjaya mengimunkan iman mereka?..

(sila jawab sendiri, korangkan pandai..)

Berbalik kepada generasi zaman sekakarang, terutama anak-anak muda, iman antara mereka sudah banyak yang rosak, hanyut dan ada yang murtad di sini sana, apabila masalah ini di bawa kepada bijak pandai islam maka berbincanglah mereka untuk mengatasi masalah ini, namun sehingga ke hari ini, masalah masih tidak selesai kerana mereka nampaknya belum lagi menemui kaedah vaksinasi yang betul dan berkesan dalam proses mengimunisasikankan iman anak-anak muda zaman haru biru ini...

Errr, mungkin iman mereka pun belum imun?, (aku berburuk sangka, aku sendiripun belum imun iman aku..oh)

Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku kecewa dengan cara bijak pandai islam dalam meyelesaikan masalah ini.., kaedah yang korang sediakan terhad dan perlu kepada kos,..

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Bila masalah anak muda ni di bincangkan oleh islam politik, kata mereka, untuk selesaikan masalah ini perlu kepada pimimpin islam, untuk dapat pemimpin islam kena ada negara islam, untuk dapat negara islam kena sertai pilihan raya, kena ada wang pertaruhan, kena belanja besar beli bendera tampal poster, kena kutip derma ketika ceramah, kena kempen siang malam.. bla bla bla..

Helloo, Dah lima tahun (50 tahun sebenarnya) tak menang juga, macam mana ni bang?
Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah tinggal, solat kat rumah pun dengan malas, al quran tak beberapa suka nak baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Nak kena buat parti, nak kena ada musuh parti, kan payah tu,.. sekejap!, aku tak kata korang kena stop parti, teruskan apa yang korang rasa betul itu, namun dalam peroses menyelamatkan anak muda dan diri kita ketika ini, dalam proses imun iman, masih perlu pada alternative yang mudah dan betul, bukan dalam bentuk janji apabila menang, kami tak perlukan janji pilihanraya....,

Dan kami tak perlukan huru hara.., The Earth is very dangerous right now, hurry back to Moon!

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Kalau korang buat Rehlah atau kem ibadat dalam hutan, boleh tak makcik dan pakcik ikut? Boleh tak OKU ikut, mereka pun nak tingkatkan iman.., boleh tak?

Itu satu hal, ada jugak bijak pandai yang nak selamatkan anak muda ni buat program yang agak replies, tapi kena belive it.., program ni agak mahal belanja dan agak terhad peluang menikmatinya, dan tak nampak hasil yang di kehendaki dari sudut akhirat, anak muda di suruh ronda malaysia naik motor, atau pergi terjun kat kutub utara , atau kena pergi berenang keliling dunia ke apa, tapi lepas balik kem motovasi ke apa, bagaimana pula hasilnya, sudahkah iman mereka di imunkan?
Kita risau masa mereka yang berharga habis begitu sahaja, dan kita anjur program yang boleh mengharunkan nama negara, itu cerita lain, tapi dari sudut ugama, apa kita nak buat? Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah masih selamba tinggal, solat kat rumah dengan malasnya, al quran memang tak suka baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Cara yang lebih mudah daripada jadi bisnesman, tak payah buat pinjaman MARA, bukak bisnes ke tanam ladang, mohon subsidi itu ini, yang lebih mudah, yang lebih berpeluang untuk di buat oleh semua peringkat umur, pakcik asrto pun boleh joint...

Nak kena masuk sekolah pondok? Kami semua ada kerja, ada anak bini.., nak pergi Azhar, ada antara kami yang buta huruf, buta warna dan buta hati, nak buat camne ni bang?

Kalau yang ada ijazah tapi masing menganggur pula, bimbangkan masa depan mereka, Kerajaan bagi peluang sertai program Skim Latihan Graduan, di bayar 500 sebulan.., semoga mudah dapat kerja lalu mencerahkan hari tua..

Namun, itu bukan masalah utama, kerana hakikat masalah utama anak anak muda kita yang sebenar bukan hanya pada hari tua mereka, tapi adalah masa hari mereka jadi mayat!

Masalah sebenar para remaja adalah hari jadi mayat mereka!

itu kita kena fikir dan risau,...

Apabila mereka jadi mayat dalam keadaan tak solat lalu mati, apa jadi, semua tahu sudah, masuk neraka.., mak bapak kena soal sama, maka hari mereka perlu di selamatkan adalah hari ini!, The day of man’s salvation is now!. maka ada tak program program yang lebih senang dan betul serta berkesan dalam mengimunisasikan iman kita dan anak anak muda generasi kita.. ada tak?

Cara yang tak perlu pakai duit, dan layak untuk semua orang..

Maka kepada korang semua di luar sana, yang jadi ketua atau pemutus program, sila bukak dan study kitab untuk laksanakan program imun iman yang betul dan berkesan dalam proses mengimunkan iman generasi islam, tak kita tua dan muda..

Penyakit iman lebih merbahaya dari penyakit cacar, dan lebih cepat merebak kepada orang yang tak ada imun.., kita semua kena cari penawar kepada penyakit ini!!!

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul..., dan paling penting: Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW..

Yang mana akhirnya, kesan dari program imun iman itu, iman manusia akan jadi imun dengan terzahirnya masjid masjid yang penuh macam solat hari jummat, solat subuh penuh macam solat hari raya..., program keugamaan akan penuh macam perhimpunan kuning tempoh hari.., lebih kurang begitu.., boleh kita fikir sama-sama?

Sebab, aku sendiri pun tak tahu jugak, pandai nak argue sahaja..., hampeh kepada diri sendiri..,

Tapi jika korang serius.. ehem, ehem.. (aku tuju kat sahabat aku yang ajak aku joint khemah ibadat, tapi tak tahu nak buat pengisian apa) aku akan bagi korang hadith hadith yang boleh selesaikan masalah ini, insyAllah..

aku qoute dua hadtih dulu, yang lain, korang kaji sendiri..

Hadith satu:, Nabi bersabda:
“iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu….

Kata kunci: memperbahurui iman kamu….

Hadith dua: riwayat iman ahmad.

Hazrat Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
” Sentiasalah memperbahrui Iman kamu”

Para sahabat bertanya:
” bagaiman kami membaharui iman kami ya Rasulallah?”

Baginda bersabda:

”perbayakkanlah ucapan lailahaillallah”

Kata kunci: ”perbayakkanlah ucapan lailahaillallah”

Ok, sampai sini dulu.., aku tak pandai macam korang dan bodoh dalam bayak hal, tapi jika korang ada buat program percuma di Masjid yang mana dalam majlis itu ada banyak ucapan 'LailahailAllah', aku dan bini aku nak joint…, kami nak renew iman untuk dapat imun..

InsyAllah…, selamat imun iman!!

Ps: Aku dapat ilham tulis entry ini apabila parut suntikan BCG di bahu kiri aku gatal-gatal.., makin besar dan merah yang buat aku tak layak berlakon drama purba.. cis!

Jan 7, 2008

Siapa lebih "Urban"?

(Lelaki yang warnakan rambut sempena tahun baru, tidak sesuai untuk di jadikan teman hidup)

Dalam Khutbah Jummaat minggu lepas yang sudah, aku ada dengar cerita yang bagus untuk di kongsi bersama dengan rakan-rakan sebaya dan juga korang semua yang sewaktu dengannya.., begini ceritanya..

Pada suatu hari, pada zaman dahulu...

Ada seorang Nabi, telah di ziarahi oleh Malaikat Maut yang menjelma dalam bentuk manusia..

Bertanyalah Nabi itu akan apakah gerangan dan tujuan sesi lawatan itu..
Yelah, biasa bila Malaikat Maut datang, tak de kerja lain, nak jadikan orang mayat atau yang semakna dengannya, tapi kata Malaikat maut, hari ini datang nak ziarah sahaja...

Maka berkatalah Nabi itu kepada Malaikat Maut lebih kurang begini maksudnya:-

"Kelak, sebelum kamu datang ambil nyawa aku, silalah hantar wakil terlebih dahulu, supaya dapat aku membuat persedian...”

Bukan begini Matan lengkap cerita dalam khutbah Juma’at tersebut, tapi aku cuba tulis semirip mungkin yang aku ingat, lagipun hari tu aku duduk 'zon perempuan’..,

Iyelah, bila dah duduk kat 'zon perempuan’ yang lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., atas karpet berbelang yang tebal dan duduk betul-betul di bawah kipas (suis no 5), serta tengah hari yang panas dan waktu rehat kerja pulak, terlelap juga di buatnya..., Nama Nabi itupun aku lupa, oh!., aku cuba tanya kawan kawan yang dengar sama khutbah itu, akan nama Nabi dalam cerita ini, mereka pun pakat-pakat lupa (tidurlah tu), jadi mintak maaf sebab tak dapat cerita detail.., tapi pointnya aku masih dapat.

Sambung balik,

Akrian, setelah berganti sekian-sekian masa, setelah cukup bulan dan harinya, setelah tiba masa ajalnya..

Maka munculah Malaikat Maut untuk mengambil nyawa Nabi itu..

Bertanyalah Nabi itu, bukankah dahulu Malaikat Maut sudah berjanji untuk menghantar wakil sebelum mengambil nyawa, agar dapat aku membuat persedian dengan lebih baik?

"Kenapa datang secara tiba tiba?"..(lebih kurang begitu argue Nabi tersebut)

Lalu berkatalah Malaikat Maut bahawa dia sudah menghantar wakilnya iaitu..

"Uban di rambutmu..."


Sekian..

Ps: Kepada kawan kawan aku yang sudah tua kerepok, sila kira baki rambut hitam di kepala masing-masing..., dan sila ubah azam tahun baru anda yang merepek itu...

Woha!

Jan 2, 2008

Berbeza Pendapat Itu Rahmat?

(Please stop me if this sounds like a Wahabi)

Sudah 2008...

Dah masuk tahun ketiga kereta mayat meronda di sini, dan sudah ada pembaca blog ini yang jadi mayat..

Tahun ini giliran siapa pula?

Mungkin aku, korang dan mereka...

Apa-apapun, aku cecah juga ke tahun 2008 ini dengan Izin Allah dan kini aku sudah sebaya dengan Encik Superman, dan sudah sebaya dengan ahli shurga..

Woha!

Mengenang kembali zaman yang di lewati dulu, rasa macam baru semalam akan kenangan itu berlalu.. (aku tak jumpa ayat yang lebih baik untuk prosa ini-maaf)

Zaman rock kapak, di mana orang muda pakat-pakat pakai seluar ketat, pergi sekolah pun pakai seluar ketat, nak sarung bukan main susah.., nak senteng dah tak boleh dah, lagi bagus budak budak hari biru zaman sekarang, remaja pakat-pakat pakai seluar longgar, senang nak senteng untuk ambik wudhu.., Alhamdulillah..

Zaman tu siapa yang ada rambut mengerbang di kira hensem, di tambah dahi berjambul dan belakang mesti mau panjang.., kalau boleh cecah bontot.., ntah apa-apantah?

Masa tu jugak aku jadi apa ke jadah ntah?, ikat salah satu peha aku dengan sapu tangan yang biasa koboi pakai kat tengkuk, apa motif sebenar aku tak tahu, ramai pulak yang pakai macam ni.. kira rock kapakler, konon brutal ler tu ikat paha macam orang yang cedera kena tembak.., , tapi lagu..huh! jiwang habis, slow rock.., cedera di tumpaskan rinduler pulak...

Tajuk lagu usah cakap ler, C.I.N.T.A, Cinta Bandar Tasik Selatan, Cinta di Taman Rashidah, Sebotol bedak Sakura di padang Sahara, Cinta Suci dalam Debu, Bermadu di langit biru, berenang lautan api, Cinta Kenangan Silam, Cinta kopi dangdut (ops, ini bukan) dan apa apa lagilah..

Itu belum lagi nama perempuan untuk tajuk lagu, seperti Ana, Rozana, Isabella, Rashidah, Syakilla, Nabila, Julie, Sufi, Seri, Sakura, Meh Wa, ayu, Seri, Camelia, Maizo dan Fiona. (ops, ini lagu rap),

Apa apapun, entry ini bukan nak cerita pasal aku, rock dan kapak.., tapi bila aku tulis tajuk enty ini, aku terus teringat dengan satu nama penyayi kumpulan rock Ekamatra, iaitu abang Rahmat.

Untuk Ekamatra, Aku tahu setakat tiga lagu saje, dan akan mengaplikasikan lagu itu mengikut keadaan..

Pada zaman itu, jika aku suka kat sorang awek, tapi awek tu tak suka aku (biasa begini), aku akan tujukan lagu "Antara Gadis”..

Dan jika ada awek pulak yang suka kat aku, tapi aku tak suka (jarang-jarang berlaku), aku akan tujukan lagu "Hanya Persinggahan”..

Dan kalau aku berada di lebuh raya , aku akan nyanyi lagu "Pusara Lebuh raya”, lebih kurang begitu..

Pendek cerita,
Pada Satu hari , Akak aku yang hanya baca ruangan artis bila belek akhbar menyampaikan berita bahawa Rahmat telah keluar dari kumpulan Ekamtra.., lalu aku bertanya:

"Habis siapa yang ganti Rahmat?"

"Bala!"

Jawab kakak aku sambil tersengih tak lawak.., hampeh!, kita habis cerita kennagan kapak tu kat situ, Kita dah jauh melencong, kita kembali kepada tajuk utama cerita kita hari ini.., sebab aku nak ulas tentang Rahmat dan Bala, di sebalik Perbezaan Pendapat..

Aku rasa, sebelum korang dan aku rosakkan tahun baru korang dengan bawak sikap buruk seperti tahun-tahun yang lepas, elok benar kita kaji serba sedikit tentang perkara ini, iaitu:- adakah benar, perbezaan pendapat itu Rahmat?

Kerana, melalui jalan yang berbeza pendapat di kalangan ummat islam, telah berlaku perkelahian serius yang sentiasa berulang sejak zaman berzaman lalu mencecah hari hadapan.

Dan antara aku dan korang yang 'istiqamah’ baca blog ini, juga mempunyai sedikit kalau tak banyak akan pendapat yang berbeza dengan aku, lalu korang tak puas hati, dicaci dan dikejinya aku..

Kemudian, ada pembaca yang bijak yang mengkaji perbezaan pendapat antara kita lalu terbukalah hijab kefahaman ugama ke satu tahap yang lebih baik untuk diri masing-masing.., Alhamdulillah..

Kepada mereka yang gagal untuk ambik kebaikkan daripada perbezaan pendapat antara korang dan aku, semua ini mungkin di sebabkan korang tak paham apakah maksud 'Rahmat’ di sebalik setiap perbezaan pendapat..

Aku pun hampeh tak paham.., tapi korang yang hampeh macam paham telah lebih mengcemar duli dengan menghampehkan suasana...

Bila aku baca komen korang, aku bukan nak marah, tapi aku kasihan...

Aku betul-betul kasihan...

Semoga kita semua berjaya masuk shurga.. amin!

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal korang yang aku kasihan, tak nak kutuk ke apa, tapi hari ni aku nak cerita tentang ummat islam yang telah terbahagi kepada dua pahaman, iaitu..

Fahaman satu:- Bersetuju dengan perbezaan pendapat
Fahaman Dua:- Tidak Bersetuju dengan perbezaan pendapat

Akrian, terdapatlah satu puak di kalangan Ummat islam dewasa ini yang menyangkal tentang Rahmat(kebaikkan) yang terdapat di sebalik setiap perbezaan pendapat di kalangan Ummat islam yang ikhlas. Lalu mereka menganggap bahawa ini adalah palsu dan sesat lalu bertanya, sekiranya Berbeza Pendapat Itu Rahmat, adakah tidak Berbeza pendapat itu Bala?

Niat mereka baik, agar Ummat islam kembali kepada satu Ijtihad sahaja seterusnya perpaduan dan penyatuan akan menyelamatkan ummat islam.

Dan di tambah lagi dengan terdapatnya perpecahan di kalangan ummat islam akibat Pendapat yang berbeza, seterusnya mereka hidup berpuak-puak dan saling caci mencaci antara satu sama lain, saling sakit menyakiti dan sering menumpahkan darah.. semua itu berlaku hanya kerana berbeza pendapat..

Jadi kat situ nampak macam ’Bala’ lah pulak..

Namun hakikat yang kita kena sedar dah faham, sesungguhnya perbezaan pendapat itu memang sudah berlaku sejak zaman berzaman, dan juga berlaku walaupun di zaman Nabi Muhammad SAW. sendiri.

Sebagai contoh, ketika Nabi dan para sahabat bermusyuarat untuk memutuskan hukuman terhadap tawanan perang, Saidina Umar r.a mencadangkan agar di bunuh sahaja mereka semua, manakala saidina Abu Bakar r.a mencadangkan agar di ambil manafaat iaitu membebaskan tawanan dengan syarat sekian-sekian, dan Nabi telah bersetuju dengan cadangan Abu bakar r.a, dan di laksanakan seperti yang di cadangkan oleh beliau,
Keesokkan harinya, Abu bakar dan Nabi Muhammad SAW telah menangis kerana telah turunnya ayat Allah yang lebih setuju dengan cadangan Umar r.a..., namun keputusan semalam tetap berjalan kerana sudah di musyuaratkan..

Jadi kat situ dah ada dua Pendapat yang berbeza terhadap tawanan perang, dan jika kita ikuti kisah kisah sahabat dalam perperangan yang seterusnya, maka kita akan dapati betapa mereka telah dapat membuat pilihan terhadap tawanan perang sama ada nak bunuh atau bebas bersyarat, bukankah dengan wujudnya ’pilihan’ itu satu Rahmat (kebaikkan?)

Menurut riwayat, Abu Ja’afar Mansur pernah mengarahkan Iman Malik menulis sebuah kitab yang bebas daripada Kekerasan Abdullah bin Umar r.a dan kelonggaran Abdullah bin Abbas r.a, menunjukkan terdapat perbezaan pendapat di kalangan sahabat.

Bagi aku, dengan adanya ’Pilihan’ dalan sesuatu Perintah Allah, adalah satu keringanan dan kemudahan, Dan ini adalah Rahmat.., tapi ianya masih tertakluk kepada terma dan syarat.., sebelum aku pergi kepada adab Berbeza pendapat, aku nak tulis lagi tentang beberapa fakta tantang perkara ini..

Sempena hari aku rajin bukak kitab (hari ni tiba tiba rajin), boleh jumpa macam –macam perbezaan pendapat di kalangan sahabat nabi Muhammad SAW...

Antaranya:-
  • Menurut saidina Umar r.a, sentuh kemaluan membatalkan wudhu, sedang saidina Ali r.a dan Abdullah bin Mas’ud kata tidak batal.
  • Menurut Abdullah bin Umar r.a dalam tayamun, tangan perlu di debukan hingga ke siku, tapi Saidina Ali r.a berkata cukup sekadar di pergelangan tangan.
  • Biasa di kalangan sahabat, solat witir 3 rakaat tapi Muawiyah r,a buat satu raka’at sahaja, kemudian, apabila hal ini di laporkan oleh Kuraib seorang hamba kepada Ibnu Abbas, , berkatalah Ibnu Abbas r.a, janganlah kamu mengingkarinya, kerana beliau juga seorang yang faqih.
  • Saidina Umar r.a di tanya orang, adakah tuan akan melantik Khalifah pengganti tuan? Jawab beliau, Jika aku tidak lantik penggantiku, aku berpeluang untuk tidak melakukannya kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya, dan aku juga boleh melantik penggantiku kerana Abu Bakar r.a melantikku.
  • Hukum liwat menurut Abu Bakar r.a adalah di bakar api, tapi menurut Abbas r.a perlu di buang dari tebing tinggi dengan kepala menjunam.
  • Hukum mencuri adalah potong tangan kiri pada zaman Saidina Abu bakar, tapi di zaman saidina Umar tidak berhukum demikian.
  • Menjual hamba bersama anak di benarkan di zaman Abu bakar r.a, tapi di larang di zaman Umar r.a.
  • Saidina Umar tidak setuju menghantar tentara usamah ketika Rasulullah wafat, Tapi Abu bakar tetap menghantarnya,
  • Saidina Umar tidak setuju Khalid r.a menjadi panglima perang, tapi Abu Bakar r.a tetap melantik Khalid, namun apabila saidina Umar memerintah, beliau memecat khalid.
  • Dan lain lain..(rujuk Ustaz)

Begitulah akan selalu kita dengar kisah tentang perbezaan pendapat di kalangan para sahabat Nabi Muhammad SAW..

Di sini timbul pula banyak soalan,:-, mana satu kita nak amal? Yang mana lebih baik?

Tak payah pening kepala bergaduh bab ini...

Hakikatnya, kerana perbezaan pendapat inilah, maka ianya menjadi Rahmat ke seluruh alam dengan terwujudnya 4 Mazhab yang sedang di amalkan di seluruh dunia pada tika dan saat ini, yang mana dalam setiap Mazhab ada keringanan, kemudahan, dan keberkatan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Bersyukurlah dengan adanya Iman 4 Mazhab itu menjadikan satu standard yang mudah dan betul untuk kita taat perintah Allah mengikut ehwal Ummat islam..

Bukankah itu Rahmat??

Mereka Ulamak-ulamak yang ikhlas, telah habiskan masa mengkaji Sunnah Nabi dan Ijtihad sahabat lalu memutuskan satu amalan sahaja agar Ummat dapat bersatu dalam beribadat kepada Allah..

Siapakah antara korang yang berani mengatakan Imam Malik, Imam Syafee, imam Hambali, atau Imam Maliki telah tersalah dalam berijtihad lalu sesat dalam Mazhabnya?

Naduzubillah!!!

Sedang mereka mempunyai Dalil dan Nas, kefahaman tentang Sunnah, dan telah mengorbankan kehidupan untuk ugama..

Sebelum korang nak argue, Perlu di ingatkan bahawa, mereka tidak Berbeza pendapat dalam perkara yang Teras, tapi lebih kepada cabang, itu yang kita kena faham betul betul...

Maka kerana itu jika korang teliti dalam bab cabang melalui 4 Mazhab ini sahaja, sudah terdapat 150 perbezaan pendapat hanya dalam 4 rakaat solat, belum lagi bab-bab yang lain... (demikian mengikut Buznama, aku qoute sahaja)

Tak pernah ke dengar perbezaan pendapat di kalangan ulamak akan waktu mustajab doa makbul pada hari Jummaat? Atau malam lailatul qadho? Adakah semua itu sesat?

Nauzubillah,

Walhal, semua itu adalah Sunnah nabi, amalan kekasih Allah, hanya Allah yang dapat mengekalkan amalan kekasihnya yang menjadi 'tugu cinta’ yang di zahirkan dalam bentuk Mazhab(perbezaan pendapat) lalu merentasi benua dan dunia sehingga ke hari kiamat.

Bermakana sekarang, dalam setiap 24 jam, melalui 4 mazhab yang sedang berjalan serentak di seluruh benua, maka terzahirlah semua amalan kekasih Allah yang menjadi Rahmat ke seluruh alam.. ,

Hanya Allah yang mampu kekalkan amalan kekasihnya melalui Perbezan Pendapat sampai hari kiamat..

Faham tak?

Nak mudah nampak akan kebaikkannya pula, aku bagi contoh masa korang pergi Haji dan terpaksa pulak bersesak di tempat yang ramai manusia dan dah tentu ada percampuran lelaki dan perempuan, maka pada ketika itu ada Mazhab yang berpendapat bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu, begitulah contoh kecil kebaikkan yang terdapat dalam perbezaan pendapat yang mana mengikut Mazhab kita (syafee) hukumnya adalah haram bersentuhan bukan muhrim, lalu berapa ramai pula penganut islam yang dapat menjaga iman mereka dengan membataskan pergaulan.

Baik, aku masih rajin menulis, aku tambah lagi, (yang baik dari Allah..)

Pada suatu hari khaifah Abbasiah, Harun al Rahid telah menyatakan hasratnya untuk meletakkan satu kitab Muaatta yang di karang Imam malik di dalam kaabah dan mengistiharkan wajib setiap ummat islam beramal dengannya, tapi tidak di persetujui oleh Imam malik sendiri, dengan berkata bahawa semua sahabat betul dalam ijtihad mereka,
Janganlah melarang dan membingungkan orang ramai,

Hazrat Umar bin Abdul Aziz yang juga di panggil Ummar kedua berkata;
”Aku tidak akan merasa senang(gembira) jikalau para sahabat nabi tidak berbeza pendapat di antara mereka, kerana jikalau mereka tidak berbeza pendapat, maka tidak adalah ruang bagi pelbagai pendapat”

Kemudian beliau menulis surat kepada rakyatnya...

”Setiap kaum hendaklah beramal sejajar dengan fatwa ulamak ulamak mereka.”

Maksudnya di sini adalah, jikalau para Sahabat bersepakat dalam membuat keputusan dan siapa yang yang beramal bertentangan dengannya menjadi orang yang meninggalkan sunnah, maka Ugama yang akan berkembang ke seluruh dunia menjadi terhad untuk di amalkan oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia. Andai kata sahabat mewajibkan pakai jubah dan naik unta, atau jual unta islam yang boleh simpan Al-quran dan pakaian sembahyang, bukankah ianya akan menjadi masalah di kemudian hari? Namun, bersyukurlah bahawa dengan berbeza pendapat di kalangan sahabat, adalah satu rahmat dan apabila kita menuruti mana-mana pendapat di kalangan mereka, dengan kefahaman yang betul, maka kita tidaklah tergolong dalam meninggalkan sunnah..

Namun hari ini, kerana gagal mencari kebaikkan dalam perbezaan pendapat membuatkan Ummat islam berpecah belah, berpuak-puak, saling khianat mengkhianati, caci mencaci, dan akhirnya saling bunuh membunuh... dan masing masing seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup sahaja.

Walhal, Iman Syafee apabila menzirahi kubur imam Abu Hanifah, dan kemudian masuklah waktu subuh, Imam syafee telah solat tanpa baca dengan jahar (kuat) bismilllah untuk al fatihah dan tidak memabaca qunut selepas rukuk.

Lalu di tanya orang, kenapa tak baca qunut sedang tuan berpendapat qunut itu sunnat dalam subuh?.

Lalu jawab Imam Syafee, kerana aku beradab dengan penghuni kubur ini lalu aku meninggalkanya,

Takde masalah bukan?

Namun yang jadi bala adalah apabila berlaku salah faham tentang Rahmat(kebaikkan) yang terdapat di sebalik setiap perbezaan pendapat di kalangan Ulamak lalu terdapat Ummat islam yang dengan sebebas-bebasnya memperbaharui pendapat, memperbaharui tafsir, merelevenkan system kapir atau mengislamkan system bukan islam, menambah burukkan tamadun yang mana akhirnya semua itu telah mewujudkan suasana Bida’ah yang melampau..

Semua itu berlaku dengan menghalalkan setiap ’perbezaan pendapat’... dan berijtihad dengan fatwa yang sesuai dengan nafsu..

"mereka semua tu ulamak, semua betul, kita ikut sahaja yang mana berkenan, kalau salah dapat satu pahala, kalau betul dapat dua pahala”

Begitulah respon mereka pada aku..

Kata aku:, 'agak-agak’ dalam membuat pilihan ke atas Ulamak kerana kita sekarang berada di akhir zaman, ada ulamak dunia dan ada ulamak akhirat.. Dan ketahuilah bahawa apabila terdapat perbezaan pendapat pada yang Hak (usul) maka itu adalah jalan kesesatan yang akan membawa kepada segala kerosakkan,

Mana mungkin perbezaan pendapat ke atas yang Hak boleh di terima, seperti tak apa meninggalkan solat jemaah dengan sengaja, tak salah meningkalkan dakwah, tak salah tak bayar zakat, tak salah tak tutup aurat, tak apa ambik riba, itu ini begitu begini.., semuanya adalah perkara yang Hak dalam ugama.., pendapat baru itu begitu bertentangan dengan ijtihad sahabat dan sunnah nabi sendiri..., bukan semudah itu! kerana Nabi ada bersabada:- Ummat ku tidak akan bersetuju dan berpakat di atas kesesatan...

Lain tempat nabi bersabda;
"Aku berdoa kepada Allah agar Ummatku tidak akan bersepakat diatas kesesatan dan Allah memakbulkan permohonanku ini.”

Maka siapa siapa antara kita yang bersetuju atau bersepakat diatas kesesatan, maka fahamlah sudah, bahawa pada waktu itu takut-takut, telah gugur pengiktirafan 'ummat Nabi’ ke atas kita, Naduzubillah!!

Kemudian bila ada Pakcik Ulamak yang cuba pertahankan Hak ini, maka meraka akan di anggap sebagai islam tua, kono, ortodok, tak urban dan tidak cool..

Kepada Pakcik Ulamak, biarlah mereka nak tuduh pakcik tidak cool ke apa, nanti bila pakcik masuk shurga dan mereka masuk neraka, pakcik cakaplah kat mereka..

”Pakcik sebenarnya jauh lebih cool dari korang”..

Secara kesimpulannya:-

Berbeza pendapat itu rahmat, dengan syarat apa yang di bezakan tetap dari Sunnah nabi sendiri.., jika tiada dalam Sunnah nabi, boleh di rujuk kepada Pendapat Sahabat atau Ijtihad mereka..

Tiada perbezaan pendapat untuk Syariat, Ulamak Ikhlas tidak akan berbeza pendapat dalam bab solat, riba, puasa.. yang berbeza adalah cabang...

Apabila kita di beri 'pilihan’ dalam beribadat, bukankah itu Rahmat?
Dan inlah yang di katakan perbezaan pendapat yang salah dapat satu pahala dan betul dapat dua pahala.., faham?!

Akhir kata, di petik dari Buznama...

Sesungguhnya..

Di langit sana, terdapat dua malaikat, satu menghukum dengan keras dan satu lagi menghukum dengan ringan, kedua-duanya adalah betul, mereka ialah Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail.

Kemudian, di dunia ini pula, Terdapat dua orang Nabi, seorang menghukum keras dan seorang menghukum lembut, namun, kedua-duanya adalah betul, Seorang ialah Nabi Ibrahim dan seorang lagi adalah Nabi Nuh a.s.

Akhir sekali, di kalangan Ummat terbaik, terdapat dua orang sahabat Nabi terakhir, seorang menghukum keras dan seorang menghukum lembut, Seorang ialah Abu bakar r.a dan seorang lagi adalah Umar r.a.., namun.. kedua-duanya adalah betul,

Apa lagi nak di kata?

Ps: Aku masih banyak yang tak betul, terima kasih kerana mengajar aku jadi manusia..