Jan 11, 2008

Apa itu imun-iman ?

(Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...)

Sebelum tahun 1796, manusia di bumi ini berhadapan dengan gejala penyakit cacar yang mudah merebak dan membawa maut yang tiada penawarnya, kemudian menurut sejarah, munculah Edward Jenner yang memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..

Jamer Phipps sudah IMUN dengan penyakit itu..

Ok, untuk keterangan lanjut, boleh rujuk doctor yang suka bercakap banyak ketika menyuntik lengan anak-anak kamu yang ramai itu..

Kata doctor, tujuan suntikan yang sedikit menyakitkan itu adalah untuk menjadikan anak-anak kita IMUN terhadap penyakit tersebut..

Kalau korang tak de anak pulak, boleh rujuk filem “ I am Legend” lakonan Will Smith sebagai doctor yang suka cucuk puntianak untuk mencari teknik vaksinasi dalam mengimunkan manusia sejagat...

Baiklah, itu adalah cerita tentang penyakit zahir dan teknik imunnya yang telah teruji dan berkesan..

Jadi aku nak tanya, bagaimana kita nak Imun kan Iman kita?

(kepada yang mengatuk dan menguap-pergi tidur-jangan lupa basuh kaki, alang alang basuh kaki, baik ambik wudhu terus.., dan dah ada wudhu, solatlah sunat rawatib ke apa..)

Bagaimana kita nak Imun kan Iman kita?

Ada perempuan yang baca blog aku bercerita kisah dia pergi ala-ala Rehlah atau khemah Ibadat, sound like that, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah, apatah lagi di anjurkan oleh para ustaz dan ustazah..

Tetapi perempuan itu keliru kerana ada beberapa aktiviti yang mushkil seperti mandi sungai lelaki perempuan, walaupun tak bercampur tapi dekat jugak, lepas tu main sukan dan ustaz jadi penonton, kemudian ada permainan ala-ala explorace, cari jawapan tentang ugama islam sambil mengejar masa dan merentas desa, tinggal solat jemaah dan buat aktiviti yang kelihatan seperti pengakap melepaskan rindu zaman perkemahan..

Lagipun aktiviti itu di buat kat tempat jin bertendang iaitu tepi sungai dalam hutan, tepi pantai atau atas gunung...

Aku tak nak ulas lebih lebih, sebab ustaz dah anjur, siapalah aku untuk pertikaikan keputusan ustaz-ustaz itu, Cuma kalau bini aku yang nak pergi memang aku larang, (siapa nak buatkan aku teh tarik pagi pagi?)dan kalau ustaz tu ajak aku dan sedia bayar duitpun aku tetap akan fikir panjang, dan keputusannya aku tak nak pergi..

Kenapa? Kerana aku rasa teknik itu bukannya dapat mengimunkan iman aku, lebih kepada nak berseronok aku rasa, atau berkelah dengan nama islam, mungkin mereka tinggal solat jemaah sebab musafir kot, (aku bersangka baik)

Semoga lepas mereka pulang dari so called khemah ibadat-rehlah itu, dapatlah mereka jaga solat jemaah bagi lelaki, dan dapat solat awal waktu bagi perempuan, barulah berbaloi masuk hutan tiga hari tiga malam kena gigit nyamuk..

Berbalik kepada tajuk kita, bagaimana kita nak Imun kan Iman kita?

Bagaimana kita nak buat supaya iman kita tidak terkesan dengan godaan dan suasana, yang paling takut bila dengar berita anak-anak muda dah murtad di sini sana..

Memang benar, Allah akan uji iman kita, Allah akan uji itu ini begitu begini, namun akhirnya, mereka yang kuat imannya atau memang telah berjaya mengimunisasikan iman mereka, merekalah yang akan berjaya di dunia dan di akhirat..

Orang yang imun imannya, apabila datang ujian dalam bentuk Takhta, Harta, dan Wanita, masih selamba cool tolak semua itu dan teguh taat akan segala perintah Allah..

Orang yang imun imannya, apabila dengar Azan akan dapat segara ke Masjid walaupun sakit, sibuk, penat dan sebagainya...

Orang yang imun imannya, apabila datang dakyah yahudi, tidak terkesan untuk memperbahrui strategi dengan menghalalkan bidaah lalu musnah di telah ego perasan betul..

Bila kita tengok sejarah, akan terzahir sifat sahabat yang telah imun imannya sehingga langung tak terkesan dengan ujian dalam bentuk Takhta, Harta, atau Wanita, mereka masih selamba cool tolak semua ujian itu dan teguh berpasak dengan segala perintah Allah..

Ada riwayat mengatakan, sekiranya Shurga dan neraka di zahirkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi dan sudah tidak turun lagi kerana Iman mereka telah mencapai tahap tepu, telah mencapai tahap kesempurnaan pengimunasikan, pendek kata, telah imun iman mereka..

Jadi, persoalananya, bagaimanakah mereka telah berjaya mengimunkan iman mereka?..

(sila jawab sendiri, korangkan pandai..)

Berbalik kepada generasi zaman sekakarang, terutama anak-anak muda, iman antara mereka sudah banyak yang rosak, hanyut dan ada yang murtad di sini sana, apabila masalah ini di bawa kepada bijak pandai islam maka berbincanglah mereka untuk mengatasi masalah ini, namun sehingga ke hari ini, masalah masih tidak selesai kerana mereka nampaknya belum lagi menemui kaedah vaksinasi yang betul dan berkesan dalam proses mengimunisasikankan iman anak-anak muda zaman haru biru ini...

Errr, mungkin iman mereka pun belum imun?, (aku berburuk sangka, aku sendiripun belum imun iman aku..oh)

Kenapa aku berkata begitu? Kerana aku kecewa dengan cara bijak pandai islam dalam meyelesaikan masalah ini.., kaedah yang korang sediakan terhad dan perlu kepada kos,..

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Bila masalah anak muda ni di bincangkan oleh islam politik, kata mereka, untuk selesaikan masalah ini perlu kepada pimimpin islam, untuk dapat pemimpin islam kena ada negara islam, untuk dapat negara islam kena sertai pilihan raya, kena ada wang pertaruhan, kena belanja besar beli bendera tampal poster, kena kutip derma ketika ceramah, kena kempen siang malam.. bla bla bla..

Helloo, Dah lima tahun (50 tahun sebenarnya) tak menang juga, macam mana ni bang?
Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah tinggal, solat kat rumah pun dengan malas, al quran tak beberapa suka nak baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Nak kena buat parti, nak kena ada musuh parti, kan payah tu,.. sekejap!, aku tak kata korang kena stop parti, teruskan apa yang korang rasa betul itu, namun dalam peroses menyelamatkan anak muda dan diri kita ketika ini, dalam proses imun iman, masih perlu pada alternative yang mudah dan betul, bukan dalam bentuk janji apabila menang, kami tak perlukan janji pilihanraya....,

Dan kami tak perlukan huru hara.., The Earth is very dangerous right now, hurry back to Moon!

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Kalau korang buat Rehlah atau kem ibadat dalam hutan, boleh tak makcik dan pakcik ikut? Boleh tak OKU ikut, mereka pun nak tingkatkan iman.., boleh tak?

Itu satu hal, ada jugak bijak pandai yang nak selamatkan anak muda ni buat program yang agak replies, tapi kena belive it.., program ni agak mahal belanja dan agak terhad peluang menikmatinya, dan tak nampak hasil yang di kehendaki dari sudut akhirat, anak muda di suruh ronda malaysia naik motor, atau pergi terjun kat kutub utara , atau kena pergi berenang keliling dunia ke apa, tapi lepas balik kem motovasi ke apa, bagaimana pula hasilnya, sudahkah iman mereka di imunkan?
Kita risau masa mereka yang berharga habis begitu sahaja, dan kita anjur program yang boleh mengharunkan nama negara, itu cerita lain, tapi dari sudut ugama, apa kita nak buat? Iman kami belum di imunisasikan lagi, dah parah dah ni, solat jemaah masih selamba tinggal, solat kat rumah dengan malasnya, al quran memang tak suka baca, macam mana ni bang? Nak kena buat lagi ke semua itu, tak de cara lain ke, yang betul dan berkesan?

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul...

Cara yang lebih mudah daripada jadi bisnesman, tak payah buat pinjaman MARA, bukak bisnes ke tanam ladang, mohon subsidi itu ini, yang lebih mudah, yang lebih berpeluang untuk di buat oleh semua peringkat umur, pakcik asrto pun boleh joint...

Nak kena masuk sekolah pondok? Kami semua ada kerja, ada anak bini.., nak pergi Azhar, ada antara kami yang buta huruf, buta warna dan buta hati, nak buat camne ni bang?

Kalau yang ada ijazah tapi masing menganggur pula, bimbangkan masa depan mereka, Kerajaan bagi peluang sertai program Skim Latihan Graduan, di bayar 500 sebulan.., semoga mudah dapat kerja lalu mencerahkan hari tua..

Namun, itu bukan masalah utama, kerana hakikat masalah utama anak anak muda kita yang sebenar bukan hanya pada hari tua mereka, tapi adalah masa hari mereka jadi mayat!

Masalah sebenar para remaja adalah hari jadi mayat mereka!

itu kita kena fikir dan risau,...

Apabila mereka jadi mayat dalam keadaan tak solat lalu mati, apa jadi, semua tahu sudah, masuk neraka.., mak bapak kena soal sama, maka hari mereka perlu di selamatkan adalah hari ini!, The day of man’s salvation is now!. maka ada tak program program yang lebih senang dan betul serta berkesan dalam mengimunisasikan iman kita dan anak anak muda generasi kita.. ada tak?

Cara yang tak perlu pakai duit, dan layak untuk semua orang..

Maka kepada korang semua di luar sana, yang jadi ketua atau pemutus program, sila bukak dan study kitab untuk laksanakan program imun iman yang betul dan berkesan dalam proses mengimunkan iman generasi islam, tak kita tua dan muda..

Penyakit iman lebih merbahaya dari penyakit cacar, dan lebih cepat merebak kepada orang yang tak ada imun.., kita semua kena cari penawar kepada penyakit ini!!!

Tolonglah bagi jalan penyelesaian yang mudah dan betul..., dan paling penting: Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW..

Yang mana akhirnya, kesan dari program imun iman itu, iman manusia akan jadi imun dengan terzahirnya masjid masjid yang penuh macam solat hari jummat, solat subuh penuh macam solat hari raya..., program keugamaan akan penuh macam perhimpunan kuning tempoh hari.., lebih kurang begitu.., boleh kita fikir sama-sama?

Sebab, aku sendiri pun tak tahu jugak, pandai nak argue sahaja..., hampeh kepada diri sendiri..,

Tapi jika korang serius.. ehem, ehem.. (aku tuju kat sahabat aku yang ajak aku joint khemah ibadat, tapi tak tahu nak buat pengisian apa) aku akan bagi korang hadith hadith yang boleh selesaikan masalah ini, insyAllah..

aku qoute dua hadtih dulu, yang lain, korang kaji sendiri..

Hadith satu:, Nabi bersabda:
“iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu….

Kata kunci: memperbahurui iman kamu….

Hadith dua: riwayat iman ahmad.

Hazrat Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda:
” Sentiasalah memperbahrui Iman kamu”

Para sahabat bertanya:
” bagaiman kami membaharui iman kami ya Rasulallah?”

Baginda bersabda:

”perbayakkanlah ucapan lailahaillallah”

Kata kunci: ”perbayakkanlah ucapan lailahaillallah”

Ok, sampai sini dulu.., aku tak pandai macam korang dan bodoh dalam bayak hal, tapi jika korang ada buat program percuma di Masjid yang mana dalam majlis itu ada banyak ucapan 'LailahailAllah', aku dan bini aku nak joint…, kami nak renew iman untuk dapat imun..

InsyAllah…, selamat imun iman!!

Ps: Aku dapat ilham tulis entry ini apabila parut suntikan BCG di bahu kiri aku gatal-gatal.., makin besar dan merah yang buat aku tak layak berlakon drama purba.. cis!

200 comments: