(4 tanda kiamat sudah dekat..)
Ada org tanya: apa pendapat engkau tentang kod Da Vinci?
Aku kata:Nampaknya Kod Da Vinci telah buat ibu duit kepada penerbit filem dan penulis novelnya..hmmm…yg kesian si mayat Da Vinci lah, apa nasib dia dalam tanah sekarang?..oh..
Sebenarnya kitapun boleh ciptakan suatu kod yang unik serta pelik dan akan datang pada masa hadapan ada pulak org yg cuba memecahkan kod itu dengan pelbagai teori dan falsafah…. Padahal Kod tersebut hanyalah sekadar Kod yang tidak ada apa2 nilai pun cuma just sekadar password sahaja ha ha. Maka jadilah "Kod Rahsia" itu mempunyai nilai seninya yang tersendiri kononnya? Tertipukah kita?he he he..
Sebagai contoh: apakah maksud yg hendak di bawa oleh Hamka dengan blog keretamayat?
Masa tu aku mungkin sudah jadi mayat dah..kemudian, time tu pembaca2 novel aku yang bertajuk: “SEMUA ORANG AKAN MENJADI MAYAT” mula memecahkan kod rahsia di sebalik nama KERETAMAYAT..
Maka akan timbul pendapat2 yg mengatakan: mungkin Hamka nak bagitahu kenderaan kita yg terakhir kat dunia ni adalah kereta mayat…lalu seorang profesor Haikal masa tu akhirnya berjaya memecahkan kod rahsia keretamayat…kononnya…
“maksud kereta mayat adalah nama sebenar si penulis iaitu ‘HAMKA’ bila di inglishkan akan menjadi ‘HARM CAR’, yg mana bila di melayukan akan menjadi ‘KERETA MUDARAT’,
HARM juga boleh di kaikan dengan CORPSE atau DEAD BODY…yang bermaksud MAYAT..maka kerana itulah HAMKA menulis blognya dengan nama KERETAMAYAT..Ha ha ha! Lantak engkaulah aku dah jadi mayatpun masa tu, yg pastinya Semua orang akan menjadi Mayat. Kalau korang kaya korang akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau korang miskin korang akan menjadi mayat orang miskin. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akn hisap darah korang!Ha Ha Ha!
OH HO aku dah terlupa pulak nak tulis tentang tanda2 akhir zaman…ada beberapa perkara(kod?) yg korang dapat kaitkan dengan tanda2 kiamat sudah dekat..sangat dekat!!!
Antara tandanya adalah..
1. KAMBING
2. PERIUK
3. TELAGA
4. BURUNG MERAK
Untuk mengetahui kaitan atau pautan antara makhluk ini dengan petanda akhir zaman..mari kita imbas kejadian yg berlaku 8 tahun dahulu…
...(imbas kembali)...LAPAN TAHUN YANG LALU
Pada suatu hari, seorang Ustaz A telah mengajak aku ziarah Ustaz K di sebuah kampong S..ini cerita benar cuma watak dan tempat terpaksa di rahsiakan demi keselamatan penulis dan Ustaz tersebut…oh..
Aku yg masih bujang waktu tu dan berumur 21 tahun tentulah mempunyai naluri yg kuat untuk berkahwin..dan aku sudah tahu bahawa ustaz K ada seorang anak dara yg cantik, maka gembira sakanlah aku dapat ziarah ke rumah beliau, apatah lagi bersama dengan Ustaz A yang sporting…
Kami tiba di kampong S pada jam lebih kurang 10 pagi waktu tempatan, oh sungguh indah kampong S kerana di penuhi dengan sawah padi yg menghijau saujana mata memandang..oh..sahdunya!
Jam 10 15 pagi kami tiba di hadapan rumah Ustaz K, wah-wah wah bukan main bersih lagi rumah Ustaz K ni, ni mesti anak dara dia rajin giler..tu.. tu.. tengok tu…pokok-pokok bunga menghiasi halaman rumah di susun begitu cantik sekali macam dalm shurga rasanya, tentu jiran2 aku jeles bila isteri aku hias halaman rumah kelak ha ha ha!
Aku melihat tingkap yg terbukak, harapanku agar ada lah seorang wanita yg mengintai-intai melalui tingkap sambil tersenyum-senyum, tapi takde sebarang kelibat..alah, anak ustaz mestilah pemalu dan pandai menjaga aurat..heh heh heh..(gelak org sedang berahi)
Apabila Ustaz A dan Ustaz K bertemu-muka mereka pun mulailah berbincang isu2 ugama..aku hanya tumpang mendengar sambil mata curi2 pandang ke arah dapur..
(sila bayangkan bunyi pinggan dan cawan berlaga)
CERITA TANDA2 AKHIR ZAMAN..
Oleh kerana cerita ni aku dengar just dari mulut ke telinga…dan aku tak pernah jumpa kitab yg tulis cerita sebegini..kalau korang ada info tentang cerita ini-silalah kongsi..
Ini dah 8 tahun yg lalu…itupun bukan mereka cerita direct kat aku..mereka bincang tentang tanda2 akhir zaman…ok, ceritanya lebih kurang beginilah akan kisahnya…
Satu Hari Malaikat Jibrail telah datang jumpa Nabi pada waktu tengahari..tak pernah2 malaikat datang pada waktu tengahari…nampaknya ada wahyu yg penting hendak di sampaikan…Pendek cerita, malaikat Jibrai a.s telah menceritakan tentang Neraka dan azab neraka tingkat demi tingkat…dan yg paling mengejutkan Nabi Muhammad s.a.w adalah berita tentang tingkat neraka yg terbawah dan terpanas adalah di sediakan bagi ummat akhir zaman yg munafik!!!pengsan Nabi kita dengar berita ini…, kemudian Nabi bangun lalu meleraikan serbannya hingga menutup wajahnya dan keluar dari rumah…
Tidak lama kemudian, pulanglah saidina Ali r.a dan bertanya pada isterinya, kemanakah Nabi pergi?
(Nota: isteri saidina Ali adalah anak Nabi.)
Kata Fátimah lebih kurang maksud: Nabi telah keluar rumah sambil menangis, tak tahu mana pergi…?
Maka saidina Ali pun pergilah ‘jejak’ Rasul…(the real of JEJAK RASUL).
Dalam perjalanan berjumpa dengan seorang pengembala kambing..dan bertanya adakah ternampak akan sebarang kelibat Rasulullah? Si penjaga kambing cakap, tadi ada seorang pak cik lalu sini, tapi mukanya ditutup dengan kain hitam..dan beliau sedang menangis hingga janggutnya basah..yang menghairankan..semua kambing saya turut menangis..?!
Maka saidina Ali terus men‘jejak Rasul’ berpandukan maklumat dari org tua itu…
………................
Seorang wanita yg bertudung muka (muka?) telah keluar dari dapur dengan membawa air dan sedikit makanan ringan..aku muskil, ni isteri Ustaz K ke atau anak dia?argh..apa2pun kita minum dulu air teh O....kita sambung cerita tentang peristiwa akhir zaman…
Di pendekkan cerita…saidina Ali karamAllahuwajjah telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah gua sedang mengangis-semenangis-nangisnya..Bertanya saidina Ali apakah gerangan begitu dahsyat dukacintanya baginda…tapi sebelum baginda menerangkan akan kenapa beliau menangis semahu-mahunya..beliau telah mengeluarkan titah kepada Saidina Ali agar munuju..err..aku lupa arah yg di ceritakan..aku ambil contoh arah utara..nanti kalau aku atau korang ada pembetulan, aku bagitahu-ok?..err..kat mana tadi?..hmm..maka Nabi telah mengeluarkan perintah agar sardina Ali pergi ke arah utara(bukan arah sebenar- contoh) dan membunuh manusia pertama yg beliau jumpa…maka saidina Ali telah bergerak ke arah Utara dan org pertama yg dijumpainya adalah seorang lelaki yg sedang solat…
Timbul muskil di hati saidina Ali, nak bunuh ke tak? Org ni tengah solat ni….arghh..taat perintah Nabi, sama dengan taat perintah Allah, maka saidina Ali telah memancung kepala org lelaki yg tengah solat..itu
Nota: posisi ketika lelaki itu di pancung-aku lupa..rukuk atau sujud? Wallahualam..oh..
Kemudian saidina Ali kembali ke gua dan sekali lagi Nabi perintahkan saidina Ali pergi ke arah yg bertentangan (jika tadi utara, sekarang selatanlah pulak kot..oh..)
Di pendekkan cerita, saidina Ali r.a telah berjumpa dengan seekor BURUNG MERAK yg sangat cantik, maka apabila burung Merak itu membuka kepak ekornya maka terpampanglah corak kalimah ayat2 suci Al-Quran Nur qarim…sungguh cantik!! Tapi sayang si burung Merak ini sedang bergelumang dalam paya yg kotor…
Akrian, saidina Ali pun pulangkah kembali ke gua lalu menceritakan kejadian aneh mengenai burung Merak yg bersalut ayat suci tapi sedang ber-‘kubang’ dalam paya yg kotor..maka Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi memberi titah agar saidina Ali pergi ke arah..err..aku ambik contoh, timur..(aku takut salah..korang yg tahu akan kebenaran arah-tolong bagitahu)
Di pendekkan cerita, di
....................
“jemput makan Hamka, “
kata Pak mertua ku err maksud aku Ustaz K..(bakal sebenarnya)
aku pun menyuapkan kuih sambil melemparkan pandangan mataku ke halaman rumah ustaz K, agak sempit halaman rumah Ustaz K ni.., ini bermakna kalau aku nak parking kereta aku kelak aku terpaksa letak jauh nun kat sawah sana tu, tapi takpe bolehlah aku berpimpin tangan ngan isteri aku nanti oh..romantiknya..tapi kalau dah ada anak kelak?, jenuh jugak aku nak dukung dari sawah tu ke sini, anak kembar pulak tu..takkanlah nak suruh bini aku dukung sama, kesian dia sebab tengah mengandung kembar yg lagi satu..oh…apa yg aku merepek ni? oh..arghhh..sambung balik cerita peristiwa akhir zaman tadi…
.....................
Maka pulanglah saidina Ali r.a untuk menceritakan akan kejadian aneh yg dilihatnya lalu Baginda telah mengarahkan buat sekian kalinya agar saidina Ali pergi pulak ke arah..hmmmm…aku ambik contoh: arah barat..(aku tak ingat susunan arah-cerita ini telah di ceritakan 8 tahun yg lalu..di ulangi LAPAN TAHUN yag lalu!!!)
Di
Di dalam telaga besar ada ikan besar yg banyak..manakala di dalm telaga kecil ada banyak ikan kecil..tiba-tiba!!
Ikan ini saling lompat melompat berpindah telaga, yg mushkilnya ikan besar melompat dr telaga besar ke telaga besar juga..manakala ikan kecil melompat dari telaga kecil dan kembali ke telaga yg kecil(asal)
Setelah selesai di ceritakan apa yg nampak dan apa yg telah di buat oleh saidina Ali kepada Nabi Muhammad saw, maka Nabi telah menfaksir bahawa itu adalah tanda-tanda akhir zaman…
......................
Pembaca blog yg aku muliakan, oleh kerana cerita ini aku dengar dari penceritaan semula oleh ustaz A kepada Ustaz K, dan di samping itu mata aku sibuk melilau mencari anak dara ustaz K dan berangan yg bukan-bukan, maka mungkin apa yg aku dengar ada banyak salah dan silap..kalu aku salah tolong sangat-sangat betulkan..oh…
Tafsir dari kejadian yg di alami oleh saidina Ali telah di tafsir oleh Nabi lebih kurang begini:
TANDA PERTAMA
Orang yg sedang solat bersendirian
Maksud:Akhir zaman org mulai ramai tidak solat berjemaah-
Aku kata: yes..ini berlaku bukan kat terengganu sahaja, kelantan serambi mekkah pun sama, malahan suluruh dunia islam di landa masjid kosong..oh..org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2 no problem sebab mereka kapir, tapi org islam tengok masjid kosong tak rasa apa2-nak kena pancung kat saidina Ali ke? (pesan aku kat anak2 lelaki aku)..kerana itulah jugak satu perumpamaan kepada org yg bersolat bersendirian adalah seperti KAMBING yg sesat atau terpisah dengan kumpulannya yang mana akan mudahlah dia di makan serigala..or mudahlah setan menipu mereka!!!
TANDA KEDUA
BURUNG MERAK yg terdapat kalimah suci di badannya tetapi sedang mandi air kotor..
Maksud: Ulamak yg terlibat dengan benda2 haram
Aku kata: Teringat aku kat lagu peristiwa akhir zaman:
“tuhan yg paling menakutkan NabiMu pernah bersabda,
di akhir zamn yg paling jahat..
Ulamak yg memandang dunia
Tabiatnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya.."
(isk..isk..)
TANDA KETIGA (1)
Air mendidih dlm PERIUKwalupun api kecil
Maksud:Org tak berimu ugama tinggi tapi bagi manfaat pada ugama..
Aku kata: Aku seru kat korang semua, walaupun kita tak ada ilmu yg tinggi dalam bab2 ugama, jangan jadikan alasan untuk tidak berdaqwah..
Setan kata:
kalau nak sedekah, tunggu kaya dulu
Kalau nak ajak org buat baik, kena baik dulu..
Jangan tertipu dengan setan,
cuba dengar Nabi saw kata:
lebih kurang maksud:
Kalau nak kaya, bersedekahlah walaupun satu dinar
Kalau nak jadi baik, ajaklah org pada kebaikkan. Dan sampaikanlah walaupun satu ayat
TANDA KETIGA(2)
Air dlm PERIUK tidak mendidih walaupun api besar
Maksud:Org ada ilmu ugama tapi tak bagi manafaat untuk ugama
Aku kata: ini macam tak mencagah mungkar lah nie..ilmu ada tapi malas nak berdaqwah..alasan yg di beri: takut salah…
Takut salah atau takut org tegur kalau salah? kalau tak buat siapa tahu yg kita punya amal itu betul ke salah? Kalau kita buat salah, alhmdulillah org tegur kita, itu dari Allah sebenarnya..pendek kata:
Kamu amal tak apa yang kamu tahu?
Kamu sampaikan tak apa yg kamu tahu?
TANDA KEEMPAT
Ikan besar melompat ke TELAGA besar ,ikan kecil melompat ke TELAGA kecil
maksud:Ummat akhir zaman hidup berpuak-puak.
Aku kata: ni aku dah tulis dah dalam post sebelum ini iaitu org yg hidup berpuak-puak akan saling caci mencaci, bila mereka caci mencaci maka terluputlah pandangan Allah daripada mereka…mereka tidak di pandang Allah kerana mereka adalah sampah, najis dan bangkai!!!
OH Tuhanku, semua tanda2 itu telah berlaku di hadapan mata aku dan korang…kiamat sudah dekat pak!!!
Kalau budak2 main dalam masjid kita marah2 kerana masjid adalah rumah Allah tempat beribadat, tapi kita sekarang org2 tua sedang main2 dalam dunia tempat untuk beribadat, siapa nak marah???
PERKARA YANG MAIN-MAIN BILA DI BUAT SUNGGUH SUNGGUH MAKA IANYA AKN MENJADI SUNGGUH-SUNGGUH!!!
PERKARA YANG SUNGGUH-SUNGGUH BILA DI BUAT DENGAN MAIN MAIN MAKA IANYA AKAN MENJADI MAIN-MAIN SAHAJA..OH..
Hari ini ugama hanya menjadi main2 main sahaja..pergi solat berjemaah di anggap perkara remeh sahaja, Ilmu ugama di gunakan untuk mencari kesenangan dunia, Org bijak pandai membisu terhadap daqwah dan hidup pulak berpuak puak dan saling caci mencaci..ketahuilah kita sekarang berada di zamn mengzahirkan hadith Nabi SAW…jadilah watak yg berjaya dalam hadith ramalan jujungan besar kita Nabi Muhammad saw…
PENUTUP: (mengakhiri segalanya)
Ustaz K: Ustaz A, dan Hamka jemputlah datang ke rumah ana minggu depan, ada buat doa selamat sikit sempena majlis pertunangan anak perempuan saya dengan Ustaz X..
Ustaz A: InsyaAllah!!!
Aku: WAAAAA!!!! (mentang2 aku bukan ustaz..oh..)
Akupun bersyair: …fajar menyinsing… bulan masih mengambang… kitapun berhenti… di pinggir jalan… ..di sinilah keluhannya membuka mataku… ..dan layu sekuntum mawar yg hendakku beri padamu..oh…
NOTA: Tentu isteri aku yg tersayang fikir yg bukan2 bila baca entry ni, maafkan abang sayang, cerita ni berlaku sebelum Abg kenal awak lagi..8 tahun yang lalu…jangan tanya siapa Ustaz K, Ustaz A ,Ustaz X dan kampong S..isk..isk…luka lama berdarah kembali..oh..
Ps: Menjadi mayat adalah tanda kiamat kecik..oh..!
rujukan:
ReplyDeleteUstaz A
Ustaz K
Ustaz X
lagu 1: hilang dalam terang (search)
lagu 2: peristiwa akhir zaman (arqam)
ps: siapa yg ada lirik penuh lagu 2 lagu dia tas sila email atau post kat sini..aku nak!!!
aku tak ada lagu nak emel kat ko la harm-car, tapi aku rs mcm nk menangis lak bila baca tentang periuk-periuk tu...
ReplyDeletehamka:
ReplyDeleteehe. aku bace blog kau. tp tang ni baru nak komen. cume aku ade satu permintaan. aku ingin melink kan dr blog kau.
oh. ni komen aku. aku mahu komen ttg periuk ni. tak perlu tunggu penuh pun untuk mule beri manfaat pade orang lain.
pssstt... any idea how femes u r? hari tu member aku forward2 kan url blog kau.
cesss.
hehe..ko ni banyak kisah silam eh??
ReplyDeletebaru 29 la umo ko? muda lg..insyaALLAH umo yg muda ni di manfaatkan utk agama ALLAH TAALA :)
Bravo!!!
teringat citer indon tajuk 'kiamat sudah dekat'...such an interesting story.
ReplyDeleteNajwa Aiman
ReplyDeleteJangan rasa nak menangis sajer, baik kau menangis terus..oh..isk..isk..(cakap kat aku sendiri)
Ps: terima kasih sebab cuba cari lagu tu…oh..
-------------
BooK
Bukhariramli…nak link? Boleh, takde hal punya..
Macam kubur..boleh link dengan sape2..
Aku pernah dengar/terlihat nama engkau dalam blog blackpurple yg mana ada dia cerita dia kena tag oleh engkau..
pasal peruik tu, betul juga ye,..tak payah tunggu penuh… untuk mule beri manfaat pade orang lain.
aku femes? Nanti dah jadi mayat lagi femes kot..oh
aku rasa tak ramai yg baca blog aku sebab aku tak link dengan sape2…
aku start counter pada 18 may, dah 12 hari, tapi bilangan blog aku di update org baru 950, tak cecah seribupun..
dan aku nak pesan kat semua blogger yg lain,
tak link tak semestinya aku tak baca blog korang
dan baca tak semestinya aku kena tinggal komen…
tapi aku suka org tinggal komen kat blog aku..huh! adilkah dunia?ha ha ha!
-------------
kasturi
belum lagi, umur aku baru ‘genap’ 28 tahun, lagi 3 bulan baru umur aku ‘ganjil’ 29 tahun..masih muda dan boleh dilenturkan..yg best bulan 9 dengan izin Allah aku akan ada 3 anak..syhukur…dan isteri masih bertahan: SATU.
'kiamat sudah dekat'...
cerita ni main kat TV masa hari raya lepas, tapi time ni aku tertidur keletihan, isteri aku tengok, dia kata best giler dan teringat time aku 'mengorat' bapak dia dulu..bersungguh! oh..ni nak kena tengok ni..
makan selalu jemaah, sembahyang ni tak berapa nak jemaah..isk..isk
ReplyDeleteustaz K ? waaa..waa... :( tahu xpe
ReplyDeletezwitterion
ReplyDeleteBiasa kita akan rasa gelisah dan serba salah kalau makan sorang2 kat kedai, apatah lagi kedai tu ramai org dan mereka sibuk berborak ngan member/couple mereka…
Tapi kenapa relex jer solat sorang2
(nasihat kat diri sendiri)
-------
bonda haikal
Takpe tak tahu…
bro macam ne saya nak terangkan kat boipren saya tentang betapa pentingnya sembahyang berjemaah ni..saya dah ckp kat dia kepentingan solat jemaah ni..dia kata tak per yang penting dia dah menunaikan kewajipan(solat sorang diri la tu)...hampeh punya boipren..
ReplyDeleteoh mak oh bapak
ReplyDeletedunia nak terbalik
org pergi ke bulan
pakai kereta lembu
bila sampai di bulan
mandi air susu!!!
muahahahahahah...
seperti biase bro hamka.. aku tak baca lagi enti ko, tp gatai nak pos comment, lagu kat atas tu aku tak hengat kump mana..
Ecah…
ReplyDeleteKau kabor kat dia, aku kirim salam dan aku suruh dia kawin cepat-cepat dengan kou, lepas tu kau cakaplah tak nak kahwin ngan bakal suami yg lengah-lengah solat sebab takut anak nanti terikut bapak dia yg suka solat sorang2.
Ingat bila kita suka solat sorang2 tak mustahil anak kita solat jar-rang-jar-rang, dan cucu kita solat kad-dang-kad-dang..last last cicit kita murtad! Nauzubillah..
Ps: jangan puas hati dengan amal kita..itu tanda iman rosak..
----------
Linanilza
Ha ha ha, macam2 perangai pembaca blog aku:
Ada yg makan depan PC
Ada yg malu nak komen n just emal
Ada yg menyamar jadi bini aku
Ada yg baca komen dulu ..bla bla
(Aku perasan fames)
Apa2pun aku tahu lagu apa tu, sebab lagu tu popular waktu aku remaja muda belia..
Waktu rambut aku panjang org kata aku jembalang
Mata aku merah org kata aku bela jembalang..
Artis : XPDC
Tajuk : Ntahapahapantah
Rambut aku panjang
Dia kata jembalang
Seluar aku ketat
Seluar dia bell-bottom
Itu ku punya pasal
Sikit aku tak kesal
Ada baiknya aku
Jaga kain sendiri
Orang naik ke bulan
Pakai kereta lembu
Pergi bukit belacan
Mandi air susu
oh mak oh bapak
dunia nak terbalik
dia ajak cah kawen lagi 3-4 tahun la....warghhhhhhhhhh.....sob3
ReplyDeleteanyway tq bro..saya akan kasi ayat bro tu kat dia.smoga dia berubah pendirian..
hoo..aku plak insyaALLAH bulan 7 ni dpt baby boy..tp anak akak aku la..hehe..ckp cam aku je yg dpt.Tak sabar nak pos baju baby tu kat dia.
ReplyDeleteWeihh..apesal dlm komen ko kat linaliza tu aku terasa ha..ehe..aku makan depan kom nearly semua waktu..breakfast, lunch, dinner.supper...jimat masa maaa...
Neway, congrats la kat ko ehh..nak dpt baby baru ;)
wah.... bro hamka nak dapat baby baru.. huhu dekatnya.. boy or girl?? mana mana je kan.. hehehe.. ke kembar?? heheheh.. rindunya kereta mayat.. esok sambung lesen P 1o jam.. gerun jugak..
ReplyDeleteecah
ReplyDeletehisss..tak elok couple lama2, bertunang lama2 pun tak elok..
apa nak jadi anak muda zaman sekarang?(dulu masa aku muda cukup menyampah bila org tua yg cakap gini..la ni aku sendiri dah tua dan cakap benda yg sama…hampeh kat aku sendiri..!!!)
ps: lelaki yg baik adalah yg ajak korang kahwin awal..(bukan hadith)
------------
kasturi
suspend aku..
memang aku tuju khas untuk kau…
tak sia2 aku ingatkan “jangan baca time makan’ untuk post aku “apa ada dalam hidung” he he he
Neway, congrats la kat ko ehh..nak dpt anak saudara baru ;)
-----------
budak shams
kembar kot…he he heh
ps: rindu..jangan tak rindu.(selamat berjaya;)
"Kiamat memang sudah dekat" di depan mata cuma tak tercapai oleh tangan...
ReplyDeleteSearch - Hilang Dalam Terang
Fajar menyingsing
Bulan masih mengambang
Dan kita pun berhenti
Di pinggir jalan
Di sinilah keluhan yang membuka mata ku
Dan layu sekuntum mawar
Yang hendak ku berikan pada mu
* :
Mengapa kau membuat ku serba salah
Melayani perasaan
Menolak kebenaran
Setelah aku dilanda gelora
Mabuk asmara
Sedangkan engkau tahu
Kelemahan ku mudah jatuh cinta
** :
Mengapa begini kau akhiri
Dengan menyingkap tabir rahsia
Percintaan kamu berdua
Terjaga mentari
Melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang malam
Ku hilang dalam terang
( Ulang Rangkap * dan ** )
Melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang malam
Ku hilang dalam terang
terima kasih black...
ReplyDeletelagu ni fames 8 tahun yg lalu..oh..
aku masih mencari-cari lagu:
"peristiwa akhir zaman"
aku ingat sikit2..
TUHAN KAU TELAH MEMBERITAHU KAMI
TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN
PERISTIWA DI ZAMAN KAMI INI
MELALUI LIDAH NABIMU..
salam alaik....
ReplyDeletemenarik cerita yang disampaikan itu...hmmm... walaupon saudara bercerita tentang cerita yang 'dari mulut ke telinga', sourcenya perlu tau juga... dalam crita nih, saudara menyandarkan cerita ini atas nama nabi Muhammad SAW dan tanpa sumber yang SAHIH, cerita ini boleh jadi satu fitnah untuk nabi.. kerana Nabi saw di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya pembohongan ke atasku , tidak sama seperti pembohongan atas seseorang yang lain. Maka sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.”
na'uzubillahi min dzalik... mudah-mudahan ape yang saudara sampaikan ini benar belaka.... diharap saudara lebih tumpukan pada source yang di pakai selepas ini... niat tak semestinya menghalalkan cara... maaf sekiranya saudara terasa hati... saya sekadar menjalankan tugas sebagai seorang saudara muslim yang membantu menguatkan saudaranya yang lain...
salam...
hek eleyy .....hamka ni suka berangan rupanya...tetiba je teringat kat lagu "kupendam sebuah duka" nyanyian khatijah ibrahim....:)...erkkk sadiss nyerr....uwaaaaaa
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeletesalam alaik....
terima kasih kerana menegur…
teringat aku pada Saidina Muawiyah yg peluk pada org sudi tegur dia waktu beliaujadi pemimpin islam..
Aku nak peluk engkau..err..tapi kau ni lelaki ke perempuan?
---------------
SHE
"kupendam sebuah duka" ?
cuba bagi lirik penuh… aku nak hayati syair tu..he he he
sheh, gerun siut baca post hang ni. teruskan prestasi k?
ReplyDeletedoa-doakanlah aku...
ReplyDeleteselamat naik keretamayat
terima kasih..
Very pretty site! Keep working. thnx!
ReplyDelete»
Masa sekolah dulu pernah dengar lagu ni, tapi beberapa rangkap awal je.
ReplyDeleteAkhir Zaman oleh Nada Murni
Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu
Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan
Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana
Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan
Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang
Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya
Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli
Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru
Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti
sumber:
http://www.ukhwah.com/reviews.php?op=showcontent&id=171
Ni pulak lagunya:
http://www.youtube.com/watch?v=SSHgDfd6PSU
akhirnya.., terima kasih cikgu!
ReplyDelete