Apr 17, 2006

Bagaimana mencegah Mungkar?

Salah satu sebab mengapa ilmu agama yg kita pelajari dari ustaz/org alim/ulama’/mufti dll tak dapat meresap ke lubuk-hati-jiwa-raga dan seterusnya di zahirkan dalam bentuk amalan adalah kerana aku dan korang MEMANDANG BURUK org yg nak nasihat kita..cis!

Bila ada makhluk tuhan yg tampil untuk tegur kita, maka kita mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka kita membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..!

Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…!

Setiap org perlu kepada “penyedar”…walaupun ia seorang Nabi…apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada ‘penyedar’..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi ‘penyedar’ aku…oh..terharunya..

Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada penyedar semata2, tapi lihatlah apa yg mereka sedarkan…

sebenarnya al Quran adalah ‘surat’ dari Allah yg di ‘alamat’kan kepada semua ummat manusia..dan semua org layak jadi ‘posmen’…semua org…
alangkah ruginya seorang yg tak mahu terima
surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yg mungkin berpakaian selekeh….atau motor yg buruk..atau posmen dari bangsa yang kita tak suka, (posmen tu tetap dapat gaji daa…)

Bukankah jelas ‘alamat’ kita kat ‘surat’ tu..oh,..sungguh kasihan…
cubalah lihat Al-quran itu..sungguh jelas ‘nama’ dan ‘alamat’nya..jadi terimalah walaupun ianya disampaikan oleh seorang yg baru semalam masuk islam,,…

Seorang HambaAllah kata:
Hamka, ustaz2 kat surau yg selalu kau dengar ceramah tu, hanya ajak org kepada solat, zakat, haji bla bla bla , tapi ustaz tu tak mencegah mungkar, macamana aku nak ikut dia? sedangkan ayat Al-Quran suruh ajak kepada kebaikkan dan cegah kepada mungkar!, ustaz tu tak betul sebab hanya amal separuh dari ugama, hanya ajak kepada kebaikkan, kemungkaran macam mana?

Koft..koft…(aku pura2 batuk.ni -..uhuk..uhuk..!)

----------------------
Maka aku pun email seorang bakal ustazah perempuan bujang yg belajar kat University Al Azhar Mesir, penuntut Syariah Islamiah…

Antara nasihatnya adalah:-

Org akhir zaman ini tak faham tafsir Al Quran sebenarnya…tak faham apa itu maksud sebenar ‘Nahiy anil munkar’@mencegah kemungkaran.

Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya.

Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahaabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.
Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dll. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

Kerana tu dalam Al-Quran guna huruf “DAN”…bermakna, dua2 kena buat…cegah mungkar buat, ajak baikpun kena buat..dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

(Nota: terima kasih adikku..belajar rajin2…mak kita cukup Bangga dengan dirimu..abg doakan adik berjaya dunia akhirat..amin…)

Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?

Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yg mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak..

Kalau org tak solat kita marah2, pukul mereka…memang mereka pergi masjid..tapi mungkin itu adalah kali terakhir…oh…(pukul anak sendiri-takpe..)

Bercerita pasal ular..aku ada cerita nak di ceritakan:

Pada suatu hari di sebuah taman perumahan,dekat taman permainan, sedang budak2 asyik bermain..tiba2 mereka menjerit:

Ular!

Ular!

Ular!

Lalu datanglah penduduk kampung ni dan bunuh ular tersebut…seekor anak ular, tapi boleh tahan bisanya dan besarnya…

Esoknya sekali lagi penduduk kampung gempar apabila ada pulak ular lain yag datang kat taman permainan duniawi itu dan mengganggu budak2.,..maka sekali lagi org kampung datang dan membunuh ular tersebut..mampus!

Pada hari berikutnya budak2 itu bermain dengan riang dan gembira..kerana tiada lagi ular yg datang mengganggu mereka bermain..

Sekian, apa moralnya cerita ini..?

Ular!

Ular!

Ular!

Oh..ada lagi ular yg datang mengacau budak2 bermain..maka org kampung sekali lagi menjadi pembunuh bersiri kepada ular2 tersebut..

Akhirnya org kampung bermuasyarat;

Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan ular2 yg mengganggu ketenteraman kampung kita…

Maka org kampung mula lah bergerak dan mencari di manakan ‘punca’ kedatangan ular2 tersebut..dan akhirnya berjumpalah akan sarang ular dekat hujung kampung dan di dalamnya ada ibu ular yg sangat besar…maka sekali lagi org kampung menjadi pembunuh ular ..dan mampuslah ibu ular yg sangat besar itu…

Semenjak hari itu, budak2 kat kampung tu bermain dengan riang dan gembira kerana ibu ular telah mampus dan tiada lagi anak ular yg berkeliaran membuat onar…

Sekian terimakasih…

-------------
Begitu jugaklah kita hari ni, hari2 polis tangkap ahli maksiat yg terdiri antaranya daripada Perogol-bunuh-bakar!, dah polis sumbat mereka dalam penjara ,
surat kabar esok cerita pulak ada Perogol-bunuh-bakar!..org lain ni..bila masa belajar ntah?…polis pun buat ops besar besaran2 dan dah dpt tangkap Perogol-bunuh-bakar!.ini..tapi selang dua tiga hari muncul pulak : Perogol-bunuh-bakar!

Maka berkatalah ketua polis negara waktu tu..

Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan Perogol-bunuh-bakar yg mengganggu ketenteraman malaysia kita…

Maka polis mula lah bergerak dan mencari di manakan punca kedatangan Perogol-bunuh-bakar! Ada institut Perogol-bunuh-bakarkah…rupa2nya punca segala maksiat datang dari amalan meninggalkan solat…kerana sembahyanglah yg mencegah kemungkaran!

Perogol-bunuh-bakar dll ahli maksiat adalah datang dari mereka2 yg meninggalkan solat!

Jadi jika sekiranya rakyat malaysia tempat tumpah darah mak aku dan aku ni..semua sembahyang bagus2 macam Nabi sembahyang maka pasti tak ada lagi org yg buat maksiat! Pasti! Ini janji Allah!

So..jika ustaz ajak korag sembahyang, bermakna secara tidak langsung ustaz tu mencegah kemungkaran, mengerti?!

Sebab tu penjara dan pusat serenti kat malaysia makin hari makin besar..sebab ahli –ahli penjara dan pusat serenti datang dari ‘pusat-meninggalakan-sembahyang’..mengerti?!

Kalau korang masih tak paham bila guna dalil dan nas, Mari kita rujuk buku teks matematik SPM 2006.

Bukak muka surat..arghh..tak ingat.. dari tajuk PENAALUKAN dalam matematik..

Contoh ilmu penaalukan:

premis 1 : segitiga mempunyai sudut tegak
premis 2 : PQR ialah sebuah segi tiga bersudut tegak
kesimpulan : segi tiga PQR mempunyai sudut tegak

secara asasnya premis2 nie terbahagi kepada 3 bentuk...aku tulis bentuk satu dah ler..ni bukan blog matematik spm!

Contoh premis bentuk 1

premis 1 : semua A adalah B
premis 2 : C adalah A
kesimpulan : C adalah B

contoh lain...
premis 1 : semua nombor kuasa 2 adalah nombor positif
premis 2 : (-25)^2 ialah nombor kuasa dua
kesimpulan : (-25)^2 ialah nombor positif

Jadi jika korang nak paham tentang ustaz yg tak cegah mungkar nie..tengok contoh di bawah:

Contoh panaalukan:

Premis satu: ustaz ajak korang solat
Premis dua: solat mencegah kemungkaran
Kesimpulan: ustaz mencegah kemungkaran….!

Korang paham tak nie?!
Aku bagi contoh lain pulak…

Contoh:
Premis satu: Semua org suka tidur
Premis dua: tidur adalah saudara mayat
Kesimpulan: semua org …ha ha ha!jawab sendiri, korang semua dah masuk “U”..ha ha!

Dah bercerita pasal ilmu penaklukan, aku nak kabor kat korang semua bahawa kita org lelaki yg beriman: hati hendaklah di ‘takluk’ oleh masjid…seperti doctor yg di ‘takluki’ oleh klinik, nelayan di ‘takluk’ oleh laut…maka apa kerja org yg ditakluki ini?

Dah tentulah mereka selalu buat hubungan dengan apa yg menakluknya… doktor hari2 pergi klinik..nelayan hari2 pergi laut..dan org beriman hari2 pergi masjid..mengerti?!

Jadi aku ajak korang solat jemaah kat masjid nampak macam aku tak cegah kemungkaran korang…memang aku tak cegah pun! Oh..isk…hakikatnya solat koranglah yg mencegah kemungkaran….aku hanya ajak korang solat jer..jomSolat!(dulu sureSolat)

Sesungguhnya solat itu mencegah Mungkar…(al-Quran)

MORAL: Janganlah jika korang nampak ustaz tu tak cegah mungkar menjadikan alasan untuk korang tak nak terima ilmu dia..memang jahil(bodoh)lah korang…jika korang mampu cegah mungkar dengan tangan, cegahlah, kalau tak, dengan mulut/tulisan…dan serendah darjat adalah dengan HATI! tapi la ni, bukan nak mencegah mungkar dalam hati, sokong mungkar lagi..oh..siap SMS..oh..aku bukan ahli fatwa…oh..aku bukan!..isk!

ps: Ingat! Harimau mati meninggalkan belang..
Manusia mati menjadi mayat..ingat nie..INGAT!

39 comments:

  1. Apa itu mencegah mungkar?

    Maka aku pun menemuramah mereka2 yg benar2 buat kerja mencagah mungkar(kononnya…)

    Apakah maksud mencegah mungkar?

    Bruce Wayne : mencegah mungkar adalah pada waktu malam sahaja..terutama di lorong2 gelap.

    Peter Parker: with great power becomes great responsibility, this is Nahiy Mungkar.

    Clark kent: mencegah mungkar adalah menentang kejahatan sambil mengenakan seluar dalam yg bergaya di luar…

    David banner: mencegah mungkar? grrr..awak nampak ‘hijau’lah….grrrr

    Polis (Gaban): aku polis, dah kerja aku cegah mungkar nie..apa? jika semua kesalahan boleh dilupakan hanya dengan ungkapan maaf…apa gunanya balai polis!

    Haikal: Cegahlah mungkar jika kamu ada kuasa…mencegah mungkar dlm hati adalah selemah2 iman…bermakna,tiada lagi iman jika dlm hati pun tak cegah… oh…(Ya Allah, selamatkanlah kami…)

    Wallau'alam

    ReplyDelete
  2. saudara Hamka:
    Seorang yang boleh dikatakan ustaz jugak la, rajin bertaskil kepada kawan-kawannya di pejabat...sedangkan isteri di luar rumah menayang pusat... Bagaimana tu....?

    Mencegah mungkar bukankah dari diri sendiri dan orang yang terhampir dengan diri kita sendiri...?

    ReplyDelete
  3. Memang benar dakwaan anda black….
    yakni mendakwah anak bini dahulu sebelum mendakwah kpd org lain.
    Tapi hidayat di tangan Allah black..nabi sendiripun tak mampu bagi hidayat kat keluarga sendiri..
    Contohnya,
    1. Nabi Nuh yg tidak dapat mentauhidkan anaknya kpd Allah swt, Sam.
    (Sam mati tengelam)
    2. Nabi Lut dgn isteri nya, mati gerak gempa.
    3. Nabi Ibrahim dgn ayah nya.
    4. Rasulullah saw dgn atuk, bapa sedara nya.
    5. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan dgn anak nya(pelakon).

    Conclusion nya,
    Nabi Nuh tak bolih berdakwah la kpd org lain...kerana Sam pun tak ikut.
    Nabi Lut pun tak bolih ler juga ker?
    Nabi Ibrahim pun bagaimana?
    Rasulullah saw pun......tak bolih kot berdakwah kat org lain?

    hanya nak nasihat…ramai org piker macam ni..seolah2 Rasulullah saw dah salah teknik or taktik …
    jika begitu Kita kat Malaysia.hari ni ..........akan sembah patung berhala or tawaf kat pokok2 besor. Sebab pendakwah tak bolih keluar dakwah selagi tak selesai dakwah kat rumah sendiri…

    Takpe black..takpe..biarlah ustaz tu taskil kita..pasal bini dia tayang pusat-berbaik sangkalah..aku ada tulis benda ni dalam post: bagaimana nak belajar ugama..

    Terima kasih black…

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kembali kepada anda Sdra Hamka....

    Betullah kata saudara, orang tu mengajar kita kenalah belajar, tidak nanti dikata kurang ajar....

    ReplyDelete
  5. BENAR!

    jika tak mahu lambat sampai, jangan berjalan di belakang 'back hoe'...

    ReplyDelete
  6. ok. En Hamka dah tulis pasal mencegah mungkar. Cuba En. Hamka tulis pasal 'Kenapa Orang Buat Maksiat'pulak maklumlah sekarangkan banyak maksiat berleluasa.

    ReplyDelete
  7. sebelum menutup mata buat selamanya ...masih lagi menerima segala teguran dari segi baik mahupun sebaliknya..

    alhamdulillahhhh...

    ReplyDelete
  8. Zul

    Cerita jangan tak cerita..
    Best tu cerita tu…!

    -------
    ustazah rock

    kenapa Orang Buat Maksiat?
    Sebab org tak cegah mungkar ha ha ha!
    Aku tahu ‘maksud’ kau…aku tahu…oh..!

    -------
    NC
    ..
    alhamdulillahhhh... syukur…!
    (tetamu yg jarang2 datang..)
    :)

    ReplyDelete
  9. walau aku adalah tetamu yg jrg datang,
    namun hati tetap berpaut di sini;
    walau aku insan yg malang,
    kerna masih menagih kasih cinta yang abadi..

    cinta hakiki hanya dari Allah yang Esa,
    kasih sejati seumpama syurga;
    cintai diri sepanjang masa,
    agar di berkati hidup aman sentosa!

    ReplyDelete
  10. hehehe.. bro hamka dah jadi guru matematik yee?? huhuhu.. neway tajuk ni tajuk form 4 matematik buku teks versi melayu last batch for last year.. huhu.. tajuknya penaakulan..

    hehe.. selamat jadi guru matematik..

    ReplyDelete
  11. zulgtz... aku nak tau cerita tu!!! err.. 'GTZ' kat belakag 'zul' tu ada maksud ke? Gesselshaft fur Techniche Zussamenarbeit (gitu le lebih kurang) ke?

    by d way Hamka... aku blom jadi mayat lagi tau... cuma aku jarang tinggalkan jejak walaupun selalu masuk sini...

    ReplyDelete
  12. last 2 weeks aku ade buat usrah..ckp pasal tegur menegur ni la..salah satu sebab, either hati si penerima yg busuk, atau hati si pemberi nasihat yg busuk..meaning that kot la dia bg nasihat bukan atas dasar lillahi ta'ala, tp kerana nak org cakp 'wahh..bagusnya ko..ilmu tinggi bla bla bla, bagus bla bla bla.." Yh si penerima tu plak maybe memang dah keras hati ke, apa ke..hidayah tak sampai..sebab tu ilmu tu tak masuk.

    Pastu ade sorang kwn aku ckp, sblm nak nasihat org, elok la baca doa nabi musa yg dlm quran tu: surah tooha ayat 25-27..moga2 apa yg nak dinasihatkan tu bkn atas dasar berlagak, tp kerana ALLAH semata.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  13. To Zulqtz:

    I would love to hear from you about budak pakai suaq pendek tu..
    kalu org tanya aku pasal nape pompuan Islam pakai tudung, aku jwb,"antara bihun yg ditutup dengan tudung saji dan bihun yg terdedah, mana awak akan makan?Especially bihun yg dijual oleh makcik nah tepi bus stand..kete lalu lalang, habuk debu suma terbang..mana nak pilih??"

    Kena main psiko sket..bila ada analogy, org2 camtu akan pk sendiri.
    -----------------------------


    err bihun tu bihun goreng ke bihun sup?? hua hua hua

    ReplyDelete
  14. NC

    (((walau aku insan yg malang,)))

    insan Malang?
    Tiada yg Malang dalam hidup ini, kerana ahli kubur yg di azab rela menjadi insan Malang di dunia kerana dalam ‘malang’nya hidup masih diterima taubat., Malang di kubur, malamlah selama2nya...oh….pesan kat aku sendiri…isk...

    ------------
    budak shams

    (((neway tajuk ni tajuk form 4 matematik buku teks versi melayu last batch for last year.. huhu.. tajuknya penaakulan.. )))

    terima kasih…

    ps: tak pernah jadi guru matematik, tapi pernah mengajar ‘Flow and Pressure measurement’ untuk pelajar lepasan graduan yg menganggur…(riak)

    ------------
    Najwa Aiman

    ZULGTZ adalah abang aku…
    Seorang guru dan ustaz yg mengajar di sekolah Kerteh Terengganu…
    Dia ada suruh aku buat blog untuk dia, tapi sampai la ni masih belum up-date…
    Cuma dia datang komen2 jer..
    Dia seorang penulis yg berbakat berdasarkan diari dia yg aku curi baca masa aku kecik2 dahulu ha ha ha!
    GTZ?
    Gelabah Teacher Zulkifli..he he he (Greatlah konon…)
    Dia seorang yg sangat sibuk! Isteri pula seorang ustazah dan bertugas di KL
    Jadi dia hampir setiap minggu balik KL
    Apa aku cerita nie?..meleret2..

    Tadi aku call dia suruh sambung cerita tu…
    Dia cakap dia sibuk ngan budak2 sekolah, Cuma dia bagitahu cerita tu di ceritakan oleh Ustaz Mansoor yg mengajar di Madrasah Sri petaling…cerita tu berlaku di india..katanya ummat hari ni tak layak di tegur..
    Semua org tak suka di tegur walaupun seorang ustaz!
    Sebab tu Nabi ajar kita suruh ajak lepada kebaikkan..
    Bukan ajar lepada kebaikkan
    AJA-K, bukan AJA-R!
    Kalau mereka di tampar masih tak marah! Barulah boleh di ajar..
    Begitulah lebih kurang…
    Wallahualam…

    ------------
    kasturi

    benarlah cik kasturi..Nabi Musa sebaik2 manusia pada zaman itu dan Firaun sejahat2 manusia pada zaman itu..tapi bila Allah perintahkan Nabi Musa Daqwah Firaun..Allah suruh NAbi musa bercakap dengan lemah lembut..oh..
    ummat hari ni tak lah sejahat firaun, tapi kita tengking2 mereka..bagaimana hidayat nak masuk…oh…!

    Ps: aku suka mee bandung ..he he he

    ReplyDelete
  15. aku dapati ramai pencegah maksiat zaman sekarang sudah tak ikhlas dengan kerja mereka..why????ada sebilangan daripada mereka macam dah seronok tengok pasangan yang kantoi...siap boleh discribe lagi hal2 dalaman pasangan tu kat orang...apa kesss...nak cegah ke hape????...aku bukan nak mengutuk..tapi aku berkata berdasarkan apa yang aku alami..oppsssbukan aku yang buat maksiat tu..tapi aku ada ler terberkenalan dengan seorang pencegah maksiat ni......malas nak cerita...that y aku dapat buat kesimpulan seperti di atas.actually bukan sorang tu jjer..aku ada jugak melihat dan mendengar disekeliling aku...

    ReplyDelete
  16. Orang islam marah tengok org berkhalwat
    Dan buat usha sungguh2 untuk mencegah…bagus2..aku tak kata salah!
    Tapi ramai org islam hari ni tak solat ..
    Siapa nak marah?
    Sedangkan mereka meruntuhkan tiang ugama..
    Apa usaha *anda untuk menangani perkara ini..?

    *anda di sini bermaksud aku dan korang semua!

    ReplyDelete
  17. aku jrg dpt tegur kawan2 aku..sbb..kawan2 aku jarang buat perangai tak elok depan aku..sbb..aku mcm org alim..aku?..hehe..bagus la

    ReplyDelete
  18. Mari belajar matematik:

    premis satu: peti ais macam org alim
    premis dua: kawan2 aku jarang buat perangai tak elok
    kesimpulan: kawan2 peti ais semuanya alim2

    ha ha
    alhamdulillah…

    ReplyDelete
  19. CICAKMAN…

    Cerita seorang pencegah mungkar…

    Seorang lelaki bernama Mamat, tinggal bersama neneknya…mempunyai hoby yg pelik: mengumpul ekor cicak yg putus…
    Satu hari mamat telah digigit seekor cicak yg agak aneh (cicak lencong)..akibatnya mamat mempunyai kebolehan luar biasa:
    -Boleh merangkak di dinding dan syiling…
    -Lidah boleh anjal-bertindak sebagai senjata..
    -Anggota badan boleh di pisah2kan serta tumbuh anggota badan yg baru dengan pantas…

    Kata neneknya: with great power becomes great responsibility, this is Nahiy Mungkar.

    Maka semenjak hari tu mamat menjadi CICAKMAN dan telah mencegah mungkar di waktu malam…

    Ps: mamat terkejut ketika pertama kali buang najis selepas di gigit cicak..kenapa? kerana tahiknya berwarna..arghh tak payah ceritalah!

    Bersambung…(kalau aku rajin)

    ReplyDelete
  20. bagaimana nk ajak org bersolat? ntah... bertahun dah pikir tp rasa2nya takde jawapan konkrit. yg aku perhatikan satu2nya cara ialah menyebarkan ilmu. ta'lim. baca dan baca dan baca dan baca ayat Allah dan sunnah Rasulullah. cerita dan cerita dan cerita tentang kisah para sahabat. hari2. berkali2 sehari. insya-Allah hati lembut. agaknya hati lembut aja yg ada peluang (baru ada peluang, belum gerenti!) dpt terima hidayah.

    ReplyDelete
  21. :)

    Kenyataan Allah dalam Al-Quran sangat jelas dan terang. Allah kata:

    "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. "[Al-Ankabut 29:45]

    wallahu'alam

    ps:tersilap post komen, maaf !

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum...

    Tuan Hamka yang dihormati,

    Ana adalah kawan kepada adik tuan yang belajar di bumi anbiya,Mesir.Melalui maklumat drp adik tuan,ana ada berkunjung ke blog tuan dan ana amat tertarik dengan apa yg tuan tulis.Ana nak minta izin utk menyampaikan apa yg ana baca drp blog tuan dalam program tazkirah ana kat sini atau melalui email dan sebagainya kpd sahabat ana yg mana ana rasa perlu kerana ana merasakan apa yg tuan tulis tu amat sesuai utk disampaikan kepada sahabat2 ana yg terdiri drp golongan yg belajar agama tapi masih tak faham beberapa perkara termasuklah ana juga,cthnya bab bagaimana nak mencegah kemungkaran,bagaimana nak hilangkan marah dan sebagainya..ramai golongan agamawan ni yg kalut utk marah org yg disangka tak betul tanpa memahami seni dlm berdakwah dan dgn cara yg hikmat dengan menganggap bahawa mereka ingin mencegah kemungkaran tetapi menyebabkan orang semakin lari dan benci serta menimbulkan perpecahan hati.Diri ana ni pun banyak yg perlu islah.Kadang-kadang bila ada org kata kat ana ni kefahaman tak betul,ajak pelajar baru buat benda tak betul dan sebagainya,mudah je ana rasa nak marah,padahal itu adalah ujian Allah utk kebaikan iman.

    Jika Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang tu maka,difahamkannya dlm hal agama.doakan hidayah utk kami.Bila baca blog tuan,ada manfaat yg ana dpt ambil.terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Najwa Aiman

    Betul tu..
    baca dan baca dan baca dan baca ayat Allah dan sunnah Rasulullah. cerita dan cerita dan cerita tentang kisah para sahabat. hari2. berkali2 sehari…
    Firman Allah dan sabda Rasul ada ‘Nur’ yg boleh menyinari hati..
    Apabila hati ‘bersinar’ maka akan ‘nampak’ dengan jelas ‘kesukaan Allah’ dan ‘kebencian Allah..’
    Apabila nampak kesukaan Allah maka akan nampak juga nilai kesukaan itu..
    Dan Apabila nampak kebencian Allah maka akan nampak juga kedahyatan kebencian itu..
    Wallahu’alam

    ----------
    +akhie+

    Dengan wujudnya insan seperti anda, dunia(blog) aku menjadi sungguh meriah..oh..terharunya!

    JazakAllah khirr…

    -------------
    Anonymous

    Waalaikumusallam

    Boleh…

    Ps: sebenarnya aku copy/paste dari email ..saudari kat atas tu tak nak publish nama dia (aku rasa) saje nak bagitahu korang..ha ha(riak)

    ReplyDelete
  24. :)

    alhamdulillah.. segala puji-pujian bagi Allah dan hamkalah yang bijak memeriahkan dunia blog ini.. kami hanya hambanya yang menumpang disini... (ceh.. konon-konon merendah diri :D)

    ReplyDelete
  25. hehehe.. akhie nie ada unsur lawak jugak ye.. ana ingatkan serious je memanjang.. hehehe rspect akhie..

    ReplyDelete
  26. hehehe sudah ada spam comment

    ReplyDelete
  27. Kepada +akhie dan budak syams…
    Anda berdua ada kaitan ke?

    ---------
    ZulGTZ

    Pi, bila nak update blog mu? Org dah ‘fitnah’ ka..katanya *ka menjelma menjadimu..ha ha,
    *hamka.

    --------
    hafiz

    ha ha cara mudah membuat wang..kahwin ngan wanita kaya ha ha!

    ReplyDelete
  28. saya sedang tersenyum

    ReplyDelete
  29. Tahniah...
    sekarang anda punya solat punya nilai dah tak sama ngan org bujang..
    sekarang anda dah sempurnakan separuh dari ugama..
    tahniah kerana berjaya memiliki 'bantal golek' yg ada kaki..

    ps: selalu menjawab komen dengan tersenyum..

    -----------
    hafizbar, kakashi sensei, gaara

    kakashi sensei dan gaara, korang tak datang (saya perasan blog saya org update hari hari, ha ha ha)komen sebab ada kena mengena dengan entry si hafizbar ke?

    saya yg perasan.
    (org lain pun ada life lah hamka..apantah!)

    ReplyDelete
  30. ape kata kalau kita gunakan naruto, sasuke, sakura, kakashi sensei, gaara, rock lee, etc etc... utk cegah maksiat.

    tentunya maksiat akan terhapus sebagaimana mereka hapuskan kejahatan orochimaru and all the ninjas of sound village.

    KEKEKEKEKEKEKEKEKEKE

    -hafizbar-

    ReplyDelete
  31. Sorang lagi kau tak war2kan fiz..

    mamat the CICAKMAN!

    ReplyDelete
  32. hohoho..exam,exam,exam n exam lg..
    tp sbb ko dh 'rindu' kat aku(hahaha),aku nk ckp sikit2 je la..

    bila kt menegur kmungkran~ jgn ada scebis pon rasa dihati kt ni lg mulia/lg bagus dr org yg kt tegur n jgn ada sedikit pun rasa org yg kt tegur tu lbih teruk dr kt

    bila kt ditegur~ jgn rasa org yg mnegur saje nk carik ksalahan kt n nilailah teguran yg diterima dgn hati tbuka

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  33. oh..memang benar aku 'rindu' kat engkau..ha ha ha..
    sorang lagi aku 'rindu'

    :kakashi sensei..

    subuk exam...oh...

    ReplyDelete
  34. MenDoakan kesatuan dan kesejahteraan umat islam sekalian..."kepada Dialah kami sembah dan kepada Dialah kami memohon pertolongan"

    ReplyDelete
  35. (merujuk kpd komen kasturi) dulu2, cikgu aku cerita sorang amoi tanya dia knp org islam bersunat. slps cerita pjg lebar psl suci-berseh, tp dok argue gak, cikgu aku jwb... makan pisang tanpa kulit lebih 'best' drp makan ngan kulit sekali..

    ReplyDelete
  36. Terima ksih kerana masih sudi datang he he he…
    Aku memang suka makan pisang..
    Anak2 aku pun suka makan pisang..
    Bini aku pun suka gak ha ha ha!
    Err..kau dah kahwin Belum?

    ReplyDelete
  37. sibuklaa kau ni tanya aku pasal umur, kawen, ... ada rating ke..

    ReplyDelete
  38. he he ..takde..saje tanye, nak buat bancian tak rasmi pengunjung blog aku..

    ReplyDelete