Mar 22, 2006

Bagaimana hilangkan BIMBANG?

(motivasi pagi dan petang,heh heh)

Wahai hati, apa kah yg engkau BIMBANGKAN?

Hari ini?
Esok?
Peristiwa lalu?

WAHAI HATI,
APA CERITA?
APA RASA?
MANA MAHU PERGI?

Penduduk di tepi pantai bimbangkan tsunami…

Penduduk di tepi bukit bimbangkan tanah runtuh…

Penduduk di kawasan Shah Alam bimbangkan banjir…

Penduduk di serawak bimbangkan wabak kaki dan mulut…

Penduduk di pulau pinang bimbangkan selsema burung…

Oh..bimbang….seribu sebelas ratus bimbang….

(tiba2 ada satu org hamba Allah menyampuk)

“Hamka , kalau engkau bimbang, aku ada petua, apa kata kau beli insurance yg aku jual sekarang nih, insurance ni bagus!, bla bla bla bla”

aku kata: DIAM KAO MAMAT!!!!

(sambung balik..)

Manusia memang bersifat bimbang,

Yg belajar bimbang tak lulus periksa

Yg lulus periksa bimbang tak dapat masuk U

Yg masuk U, bimbang tak dapat kerja

Yg dapat kerja, bimbang tak berkahwin..

Yg dah kahwin bimbang tak dapat anak

Yg dah dpt anak bimbang anak tak lulus periksa

Yg lulus periksa bimbang tak dapat masuk U

Yg masuk U, bimbang tak dapat kerja

Yg blabblabbla bla (ulang sampai harga minyak naik lagi-tak lawak)

Bimbang bimbang BIMBANG!

Akhirnya, datanglah jurujual insurance yg konon2nya boleh hilangkan bimbang korang, maka jadi kaya rayalah syarikat tuh…tangan 10 ribu, kaki: 18 ribu, lutut 2 juta, pusat lapan ratus, madola oblongata 3 ratus , serebrum lapan ringgit , air tulang belakang 2 juta bla bla bla Blah(blah kau mamat! Aku tak nak dengar kau punya polosi!)

Ke ke ke ke patutlah ada kajian yg mengatakan antara syarikat yg berjaya kat dunia nih, adalah syarikat insurance, senang je nak suruh korang beli…bagi cerita2 yg buat korang bimbang, takut, dan risau, maka berebut rebutlah manusia manusiawi itu mengharap insurance…oh..alangkah bimbangnyer…isk…isk…

Aku nak cerita sikit sambil menyelit pasal insurance nie,

Apabila korang sedih dan takut harta benda korang hilang, maka korang boleh insurancekan harta korang tuh, dan jika korang takut anggota badan korang hilang, pun ada berlambak2 syarikat insurance akan dtg cerita ceritu dia punya polisi untuk setiap anggota badan korang, tahi lalat di bulu matapun boleh di insurancekan.(tak lawak).…kalau korang takut kehilangan anggota keluarga , pun ada syarikat insurance yg akan cover, dan kalau korang takut korang mati takde sape nak tanggung anak bini…memang bayak polisi insurance korang boleh cari, tapi masa yg hilang, mana insurance nak cari daa…MASA !

“deeemi maaasa…sesungguhnya manusia kerugian….meeeeelaaainkan..yg beriman dan yg beramal soleeeeeeeh…(lagu latar-raihan, demi masa)

Ok cukup2 aku bukan nak cerita pasal insurance , aku nak bercerita bagaimana nak menghilangkan bimbang…aku selaku bukan pakar motivasi pagi,petang, maghrib ataupun malam , mencadangkan empat perkara yg korang kena buat untuk hilangkan bimbang, ingat! empat perkara…kalau raihan 5 perkara aku keretamayat nak bagitahu EMPAT PERKARA…!

Sila baca dengan teliti dan perlahan2 kerana apa yg korang faham nanti akan mempengaruhi seluruh kehidupan korang(pinjam kata2 sesorang salesman-salesman insurance ha ha ha)…

Oleh kerana bimbang datangnya dari hati maka korang (dan aku) kena buat empat perkara pada hati korang..ini adalah SOAL HATI…

Perkara Pertama hilang:

Hilangkan ‘HARTA’ korang…

Manusia cukup bimbang harta yg sedia ada –hilang!, Hilangkan harta di sini Bukan bermaksud korang kena buang, jual atau campak TV perabot mcm yg selalu ”pengarah malaysia faham.dan gambarkan dlm drama”..korang kena buang perkataan harta AKU - kepada; harta Allah,

bila korang dah dapat hakikat bahawa semuanya ini adalah milik Allah maka korang takkan ada bimbang lagi pasal harta!, org yg paling bimbang adalah org yg ada banyak harta, krn itulah dari segi psikologi, manusia akan dapat mengurangkan bimbang bila dia mengalihkan tannggungjawab hartanya kepada pihak lain , seperti upah Jaga, simpan duit dlm bank, buat rumah tepi balai polis, berkahwin dengan doctor dan lain-lain, perbuatan begini tetap mendatangkan bimbang kerana semua itu adalah makhluk, makhluk tak boleh bagi manafaat ataupun mudarat! sesiapa yg mengharapkan makluk pasti (kebanyakkanya) akn bunuh diri atau jadi giler!…
di sini apabila korang hilangkan harta dari hati korang dan Faham Hakikat bahawa semuanya ini adalah milik Allah, pasti dan pasti hati korang akan tenang setenang tenangnyer…memang itulah hakikatnya..mata, telinga, lubang hidung, tangan, tahi lalat semuanya dari Allah dan semuanya milik Allah, nyawa kita, anak dan isteripun milik Allah, Allah boleh ‘ambil’ bila2 masa..kerana itulah org yg bunuh diri akan di azab oleh Allah kerana telah mengganggap nyawanya adalah miliknya sendiri…nyawa adalah milik Allah…!

Bila korang dan aku dah yakin bahawa Allahlah yg jaga semua perkara di dunia ini, walaupun bergesernya pasir di lautan, gugurnya daun di hutan… maka korang akn tenang, setenang tenangnya…walaupun tahi bintang nak langgar bumi, walaupun yahudi nak musnahkan islam, walaupun harga minyak naik lagi.., bukankan Allah yg jaga aku dan harta aku, aku nak jaga diri sendiri pun tak mampu…inilah TAWAKKAL!

Org yg bertawakkal akan selamat, dan org yg selamat akan dapat segala-galanya, manakala org yg tak bertawakkal, adalah org yg tak selamat dan org yg tak selamat akan hilang segala-galanya…org yg selamat dari azab Allah akan dapat segala-galanya di akhirat kelak..korang lihat org kapir yg ada kereta besar, rumah besar, tapi mereka hidup dlm kebimbangan, kenapa? Kerana mereka rasa semua itu milik mereka, mereka tak belajar tawakkal..mereka tak selamat dari azab Allah dan mereka akan hilang segala-galanya di akhirat kelak…kalau nak bimbang,..bimbanglah tentang hari akhirat..inilah bimbang yg membawa korang ke shurga!

TIADA KESEDIHAN, KETAKUTAN, KEMBIMBANGAN, KERISAUAN UNTUK PERKARA DUNIA…

KESEDIHAN, KETAKUTAN, KEMBIMBANGAN, KERISAUAN HANYA UNTUK PERKARA AKHIRAT…

Satu cerita:
Seorang miskin telah berjiran dengan org kaya, hari2 apabila org kaya ni nak keluar rumah simiskin ni akn datang dan buka pintu pagar…satu hari, org kaya nie bagi hadiah seratus ringgit sekeping kat org miskin ni, apa lagi gembiralah org tua tu, tapi bila malam tak boleh tidur, tak lena di buatnya, simpan duit bawah bantal tak kena, simpan dlm beras bimbang tikus gigit, simpan celah atap, takut diterbangkan angin, pendek cerita sampai ke pagi si miskin ni pegang duit dan tak boleh tidur..
esoknya seperti biasa org miskin ni pergi buka pintu pagar si kaya dan bagi balik seratus ringgit kat org kaya tuh
Kenapa? Tanya si kaya..
Saya tak boleh tidurlah tuan…saya tak tahu tuan macamana, tentu tuan tak boleh tidur kan?
Org kaya tu menangis…..benarlah, aku dirikan pagar dan upah jaga kerana aku begitu bimbang…aku ingin sekali tidur lena ..oh…

Moral: tak salah korang kaya, tapi kebimbangan akan datang apabila korang tak berjaya ‘hilangkan’ harta korang yg banyak dari hati korang(termasuk aku), semua yg dimilikki adalah pinjaman…dah adab pinjam kenalah pulangkan, tak faham2 lagi?

Lagi satu cerita..

Sekiranya korang bawak duit seratus ribu ringgit kat dlm poket dan naik BAS..apa akan jadi? Tentu korang tak boleh tidur, sekejap2 pegang poket, mata melilau tengok kiri kanan, org nak tekan loceng nak Turun, korang dah gelabah…he he..tapi sekiranya korang bawak sepuluh ringgit jer dlm poket..tidur macam mayatlah…siap meleleh air liur basi … ha ha ha ha….Bertawakal lah pada Allah dengan sebenar-benar tawakkal..nafikan milik anda, semuanya adalah milk Allah!

Hilangkan perkataan ‘aku’ pada setiap harta…aku adalah milik Allah, Allah boleh ambil nyawaku pada hari ini, aku berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah….jadikanlah aku org yg bertawakal…amin…

Perkara kedua hilang:

Hilangkan ‘HASIL’ korang…

Orang yg merasakan dirinya telah berjaya buat sesuatu akan mengharap pulangan…dan perkatan ‘patut’ akan banyak terpancul dari mulutnya..

Cth:
Aku guru besar, cikgu2 lain patut hormat aku..
(siapa peduli kau punya besar?)

Aku org tua, org muda patut memuliakan aku…
(pergi mampuslah tua kutuk!)

Anak aku patut balik jengah aku, dulu aku yg susah payah besarkan dia…
(anak engko sibuklah…!leceh betul)

Kau patut tolong aku , sebab dulu aku dah tolong kau
(pergi jahanam kau punya tolong!)

Kau patut komen kat blog aku sebab aku dah banyak komen kat blog engko
(ha ha ha…!)

Saya patut dpt itu…
(pergi mampus)

Sekurang2nya kamu berterima kasih dengan saya
(boleh blah!)

dan lain2…

Jadi org yang tak nafikan hasil usahanya akn mengharapkan sesuatu dari hasilnya dan sekiranya tak dapat maka dia akan tersangat bimbang, resah dan gelisah dan perkataan patut patut patut akan membimbangkannya lagi ….org sebegini hidup dlm kebimbangan kerana tak faham Hakikat Ikhlas…kerana itulah selalu sebut “PATUT”…memng tak patut..kah kah kah!

Jadi, Korang kena nafikan apa yg telah korang buat sebagai semuanya dari izin dan pertolongan Allah, hari ini bila korang manusia mengaku telah buat itu ini, sekali bila ada org takwil@pertikaikan maka korang mula meradang, atau bimbang hasilnya tidak di sanjung org, atau korang tulis blog tapi bimbang org tak komen, tak payah bimbang…walaupun korang buat masjid, dah ajak sejuta perpuluhan enan manusia masuk islam, atau selamatkan semua org dari selsema burung, tiba2 satu org pun tak ucapkan terimakasih, malah org membalas ‘tuba’…tak perla sedih dan bimbangpun! Tak perlu!

ikhlaslah kawan, semua yg telah berjaya di buat tu adalah ehsan dari Allah…tanpa ehsan Allah kita tak dapat buat apa2 pun..nak kedip mata pun tak boleh, nak baca tulisan ni pun tak boleh..jadi nafikanlah hasil korang walaupun dah berpeluh bulu ketiak…nafikan…

Cth korang lukis satu lukisan …korang letak tandatangan..sekali datang org kutuk lukisan korang, apa rasa, sedih? Marah. Bimbang org lain kata benda yg sama? Ha! itulah moralnya..cuba korang tak tanda tangan..org puji ke, org kutuk ke..kau tak payah bimbang…

Inilah HAKIKAT IKHLAS…bila dah buat nafikan..semuanya dari Allah…

Akhirat nanti Allah tak nilai kejayaan daqwah melalui ramai pengikut..tapi melalui ihklas, walaupun satu org tak ikut engko! Mengerti?!

Satu hari aku bawa balik setandan pisang..agak berat..anak aku nak anagkat, aku bagi..tapi aku tampung kat bawah…anak aku bawa dengan penuh bangga kerana berjaya ‘angkat’ setandang pisang..hakikatnya aku yg tampung kat bawah..begitulah kita..jangan rasa apa yg telah kita buat tu adalah dari kita..semuanya dari Allah,,kalau tak korang akan hidup dalam kebimbangan apabila org lain tak hargai terutamanya org yg tak hargai itu adalah anak dan isteri…jangan mengharap daripada makhluk walaupun ucapan terima kasih…jgn kisah pun org yg tak balas senyuman, jangan benci org yg tak jawab salam…jangan perasan dengan org yg senyum kat kita ha ha ha…

Moral: hasil korang di puji akn menjadikan korang sombong …jika tidak di puji, sebaliknya di kutuk akan mendatangkan kesedihan dan kebimbangan…nafikanlah hasil tu…dan bila korang berjaya nafikan hasil korang maka korang akan dapat hakikat ikhlas..wallaualam…

Jika korang dpt islamkan sejuta perpuluhan enam org kapir kat Malaysiapun, nafikanlah..semua dengan ehsan Allah….korang akan mengerti hakikat IKHLAS….insyaAllah

Perkara ketiga hilang:

HIlangkan ‘DIRI’ korang.
I’m not somebody, I am nobody…
sesorang yg bangga dengan kedudukkanya pasti hidup dlam kebimbangan…

org besar bimbang hilang pengaruh..

org kaya bimbang miskin,

org cantik bimbang hilang kecantikkan…bla bla la bla

hilangkanlah ‘diri’ korang dari hati…maka korang akan belajar hakikat TAWADHUK…

org yg merendah diri akan tenang setenang tenangnya…org yg tahu bahawa dia adalah hamba Allah dan semua org lain pun hamba Allah maka tak akan ada apa kerisauan lagi…
sekali Allah Tanya Nabi kita Muhammad s.a.w,
siapa engkau? Nabi jawab: saya anak yatim…
(subhanaAllah alangkah indahnya…)

Disini aku ada copy/paste satu keadaan yg mana ‘hilangkan diri dan hasil’ tidak berlaku:
seorang pengarah filem dikritik oleh wartawan yg mengatakan filemnya adalah filem ciplak, mari kita sama sama saksikan:

Pengarah filem kata:

Rasional saya kepada segala tuduhan ini ialah, jika benar-benar jelas karya ini menciplak karya yang saudari katakan, kenapakah sewaktu skrip filem ini di hantar untuk kelulusan daripada Thai Film office, yang di anggotai oleh para pembikin dan ilmuan perfileman, tiada seorangpun yang menyatakan ada persamaan dengan February? Kalau saya menciplak karya Thailand, mengapakah saya buat penggambaran di Thailand? Mengambil tenaga kerja Thailand dan juga filem ini kemudiannya dipasarkan di Thailand? Apakah saudari lebih hebat menilai filem ini berbanding mereka yang sudah tentu lebih arif tentang indusrtri filem mereka sendiri.

Setelah penat lelah menerbitkan filem, saya terkilan dengan kenyataan anda. Mungkin ada benar nasihat saudara Aziz M Osman kepada saya, katanya, apabila anda ingin membuat perubahan, ada segilintir golongan yang akan menuduh kita ni tiru orang lain, sebab pada mereka orang Melayu tidak mampu buat benda yang baik. Kalau kita buat benda yang baik, bukan datang dari kepala otak Melayu kita, tapi mesti dari orang asing. Saya berharap anda bukanlah orang yang sedemikian.

Wartawan vovin kata:

Agak keras kenyataan saya, tapi saya tidak peduli dengan penat lelah saudara. Saudara sudah memilih jalan untuk menjadi seorang pengarah filem, ini adalah risiko yang perlu saudara tanggung. Mengeluh betapa penatnya menghasilkan filem adalah satu sifat yang cukup mengecewakan. Saya tidak nampak kekuatan seorang pengarah dalam diri saudara bila mengeluarkan kenyataan demikian.

Tampak seperti sentimen 'kau tahu apa? kau pernah buat filem?'. Ini juga boleh kita samakan seperti orang yang mempunyai ijazah tak boleh ditegur oleh graduasi diploma ke bawah, graduasi diploma tak boleh ditegur oleh orang yang hanya mempunyai lulusan SPM dan sebagainya. Adakah ini bermakna bahawa lulusan darjah 6 langsung tidak boleh memberikan sebarang buah fikiran bernas hanya kerana dia tidak mempunyai segulung ijazah? Agak melukakan hati bila ada sesetengah orang mengambil pendekatan ini bila hasil kerjanya dinilai oleh orang lain. Adakah ini bermakna saya langsung tidak boleh memberi komen tentang sinematografi sesebuah filem kerana saya langsung tidak mempunyai sijil dalam bidang berkenaan?

Adakah ini juga bermakna semua yang tidak mempunyai sebarang sijil dan lulusan berkaitan filem atau mempunyai portfolio dalam dunia filem harus menutup mulut dan terima dengan segala sogokan yang ada? Atau mungkin juga khalayak seperti saya ini terlalu tidak berakal untuk menilai filem-filem seperti ini?

Aku kata: Dah2 cukup-cukup, Kita kembali ke stadio(tak lawak) he he he, biarkanlah luncai dengan labu-labunya….pengarah itu bimbang filemnya tak laku, kerana dia kata ini “filem saya”..he he he, lepas tu dia tak nafikan dari hatinya tentang hasil filem tersebut menyebabkan dia begitu bimbang sekali dengan kritikkan, dan akhirnya dia tidak menghilangkan ke’aku’anya…(engkau siapa?) Ha ha, dia mengharapakan pujian dan terima kasih..oh sungguh kasihan…
Siapa aku? Aku adalah seorang yang akan menjadi mayat…isk….
Perkara ke empat hilang.

HIlangkan ‘HARI’ esok…

Last…(dah panjang sangat dah ni)korang akn hilang segala kebimbangan tentang hari esok..bila korang anggap korang akan jadi mayat esok…

Seperkara lagi, bukan korang je yg jadi mayat besok, korang kena anggap org lain pun jadi mayat besok…aku bila bergaduh dengan bini aku(sedangkan lidah lagi tergigit)..terus fikir..oh dia akan mati esok..maka aku tak jadi nak marah, aku peluk dia..aku maafkan dia..aku bagi hadiah..dan aku dapat rasakan betapa indahnya hari ini..kerana hari ini adalah hari terakhir aku di dunia ni bersamanya ..aku akn menghargai setiap detik ini…makan malam, minum petang, tidur dan berse****h , argh,,(tak boleh cerita naik syekh pulak nanti…ha ha)

Satu cerita: Seorang ayah yg baru kematian anaknya menangis bagitahu bahawa semalam anaknya menangis nak aiskerim..tapi dia tak beli..dia kata kalau lah tahu anaknya mati hari ni, tentu dia akan beli aiskerim sebanyak2nya semalam..oh….

Ada jugak aku dengar cerita seorang isteri yg menolak pelawan suaminya untuk bersetubuh, sekali besoknya suaminya mati..dia berkata kalau tahu..tentu akan bersetubuh sepuas2nya…oh…

Aku suka dengar cerita seorang ayah yg menarik telinga anaknya sebelum melintas jalan..aku Tanya kenapa tarik telinga?, dia belum buat kesalahan lagi..
Katanya: takkan lah aku nak tarik telinga dia selepas di langgar lori!.(.oh…)

He he he…

Sekali jiran aku cari gaduh ngan aku.. aku fikir jiran aku mati esok..aku suruh bini aku masak dan bagi kat jiran aku sedikit lauk-pauk..aku beli mainan dan bagi hadiah kat anak dia…dia jadi terharu..dia tak jadi nak gaduh ngan aku..dan bila aku ajak ke masjid terus dia ikut…semuanya dari Allah…(oh)

Cuba korang anggap bahawa semua org yg korang jumpa di jalanan akan mati besok…oh..betapa indahnya hari ini…begitu di nikmati sekali…langit yg biru..pohon yg hijau…hari ini langsung tak bosan sebab hari ini adalah hari terakhir saya dan seluruh manusia di bumi ini…hari ni saya nak pergi solat 5 waktu di masjid, hari ini saya nak taat segala perintah Allah…amin…J

Jadi aku fikir korang semua akan mati besok..bila korang tak komen kat blog aku, aku fikir, korang semua dah jadi mayat..ha ha…

Siapakah org yg bijak?
Orang yg bijak ialah org yg mengetahui dirinya akan menjadi
mayat dan membuat persediaan untuknya.

Siapakah org yang paling bodoh?
Orang yg paling bodoh adalah org yg sudah tahu dirinya akan menjadi
mayat tapi tidak membuat persediaan, maka bila mati jadilah dia mayat seorang yang bodoh.

Kesimpulan.

Hilangkanlah harta, hasil, diri, dan hari esok dari hati korang…atau :

1.-Bertawakallah kepada Allah dengan segala harta korang

2.-Ikhlaslah pada Allah dengan hasil usaha korang

3.-Bertawaduklah dengan sesiap sajer dijalanan kerana kita adalah hamba Allah…

4.-Jadilah org yg paling bijak dengan mengingati maut…(mayat..)

Keempat2 perkara di atas akn menhilangkan BIMBANG korang(kita semua)..insyaAllah…wallahu’lam…

Ps: sekiranya aku tak up date blog ni dalam satu jangkamasa yg panjang…yakinlah bahawa aku telah menjadi mayat……(al fatihah)

Isk..isk….

37 comments:

  1. SEMPENA 80 HARI AKU MENULIS BLOG:

    Apa kata aku tentang korang?(tidak termasuk email)

    Ustazah rock -40 komen-
    (Antara manusia penting dlm hidupku…)

    budak shams-38 komen
    (best ada pembaca yg setia he3)

    anonymous 28 komen
    (letakkah nama-ok

    +akhie+ 20 komen
    (pejuang gerakan islam di Malaysia, banyak bagi info best kat komen-terimaksih)

    hitomi -16 komen
    (pakar primate-blog yg cantik oh..)

    Kakashi sensei -15 komen
    (seorang ‘guru’ yg baik he he he)

    Demonsinme -13 komen
    (ada blog yg unik!)

    Born2Bda’ei-10 komen
    (dah jadi mayat kot..lama menghilang)

    hucs-9 komen
    (seorang suami dan ayah yg ‘comel’ hihihi)

    black-8 komen
    (sahabat baru..seorang seni..oh..)

    Allyssa-7 komen
    (aku rindu kat engko, mana pergi?)

    Linanilza-7 komen
    (sekejap ada, sekejap takde)

    Amar kun-7 komen
    (org yg suka makan nasik he he)

    bakal mayat-6 komen
    (selalu puju aku..hins..bunyi lubang hidung kembang)

    Hasulmuin -5 komen
    Budak besut..dah jadi mayat kot isk..)

    Gitartong-5 komen
    (seorang guru dan sahabar baru)

    klavu-5 komen
    (tak kenal maka tak cinta)

    najwa aiman -5 komen
    (macam model..pernah jadi penceramah jemputan)

    Aishah - 4 komen
    (pengkomen paling best he he he)

    Ontahsapo - 4 komen
    (sahabat baru)

    Truth seeker – 3 komen
    (twisted joe)

    ABF4932
    – 3 komen

    Taraknama – 3 komen
    (org pas yg baik)

    Gaara – 3 komen
    (belajar rajin2)

    Nailofar– 2 komen
    (terer Arabic)


    Damnlyweird
    – 2 komen

    hanieza
    – 2 komen

    Zulgtz – 2 komen
    (Antara manusia penting dlm hidupku…)

    Unad’unn– 2 komen
    (dah jadi mayat kot isk..)

    kasih aish– 2 komen
    (org brunai)

    Amani – 2 komen
    (mencari cinta)


    Bukhari– 1 komen
    (org jepun..pernah jadi penceramah jemputan)

    Lynn ross–
    1 komen

    Die tonite
    – 1 komen

    Ws
    – 1 komen

    Wawa
    – 1 komen

    Haniati
    – 1 komen

    Haniazrina83
    – 1 komen

    pailong
    – 1 komen

    cheryna pires – 1 komen
    (blog lagu)


    usenezant
    – 1 komen

    rulan awan
    – 1 komen

    ahli kubur
    – 1 komen

    Sang chendering – 1 komen
    (kawan baik opis aku)

    A samadrahim –1 komen
    (org umno?)


    Cfu
    – 1 komen

    Nc – 1 komen
    (seorang isreri/ibu yg tabah)

    Mr f
    – 1 komen

    Mat
    – 1 komen

    hambaAllah
    – 1 komen

    iqah – 1 komen
    (aku dengar engkau kurus sekarang?)

    mayat hidup
    – 1 komen

    Hafizbar– 1 komen
    (hanya org yg mulia tahu memuliakan org yg mulia-org pertama komen kat blog aku ha ha ha)

    liyananaznim
    –1 komen

    ps: sekiranya ada yg tertinggal, harap maaf he he he

    ReplyDelete
  2. wow..benarlah tuan yang bijaksana.,, kadangkala saya yang hina dan alfa ini bimbang perkara yang tak sepatutnya saya bimbang.,,

    ReplyDelete
  3. ko tulis title nih specifically untuk aku ke hamka? hehe... aku mmg tgh bimbang dalam hati... bimbang keputusan aku salah, bimbang aku tak boleh buat kerja baru, bimbang kerja aku skang nihtakde masa depan, ah k odah baca blog aku kan? ko taulah... ehehee

    ReplyDelete
  4. "black-8 komen
    (sahabat baru..seorang seni..oh..)"

    aku tak BIMBANG bila sdra Hamka kata aku orang seni cuma MALU...... aku macam kupu2, suka melihat kepincangan masyarakat...aku tak suka menjadi pungguk yang membuang masa menunggu bulan.

    ReplyDelete
  5. Ustazah rock,
    Dah lama gak kau tak komen, bimbang aku…aku ingat kau dah jadi mayat he he
    Dah lama kau tak bersyair dan bermadah..aku rinduler…

    “tak perlu ada kebimbangan..
    kau tahu tulusnya hatiku…
    melangkah kita sehaluan…”

    ---------
    truth…

    benar, untukmu, dan rakan2 dan isteri dan jiran2 dan yg sebenarnya: untuk aku sendiri…;P

    “sesungguhnya manusia itu bersifat bimbang kecuali org yg bersembahyang” wallaualam.

    ----------
    Kasih aish

    Suci(aku tujukan untuk bini aku)

    Alangkah indah kehidupan ini
    Jika saling mengasihi
    Kita hulurkan persahabatan
    Dengan niat suci

    Alangkah indah oh jiwa nurani
    Jika saling menyayangi
    Tuhan tidak memandang wajahmu
    Tapi di hatimu

    Bersihkanlah jiwa dengan amalan
    Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
    Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

    ( korus )
    Bersamalah kita berdoa
    Semoga cinta kau dan aku
    Bisa tembus ke pintu syurga
    Berkat rahmat-Nya

    Cinta yang berlandaskan suci
    Tidak pernah mungkiri janji
    Sama-sama menanggung rindu
    Dan jujur selalu
    Hingga ke akhirnya
    Suci dan setia

    Keterangan: lagu ini menyatakan bahawa isteri yg solehah akan menjadi teman dlm shurga.
    Ustaz pulak kata, isteri yg solehah akan di solek seribu tahun dan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami serta menjadi ketua bidadari, bidadari2 yg lain hanya menjadi gundik…dan apabila sang suami melihat wajah isterinya di shurga maka akan hilanglah segala ‘selera’ untuk bersama dengan para bidadari kerana begitu indahnya Allah menghiaskan wajah isterinya..wallaualam

    Satu lagi: lelaki yg masuk shurga akn pensang bila melihat wajah bidadari, tetapi untuk lelaki yg betul2 soleh akn pensanlah bidadari melihat wajahnya…(hanya Allah yg tahu hakikat sebenarnya..)

    -------
    black

    Malu?
    Bimbang?
    Pungguk?
    Bulan?

    Oh..Aku tak faham..oh..begitu berseni oh..he he heh

    ReplyDelete
  6. kebimbangan akan tetap ada selagi manusia namanya, tapi tak semua kebimbangan itu normal..

    regards,

    ReplyDelete
  7. wah wah.. dah hari ke 8o ye??

    congratz~!! =D

    ahad nie ade exam.. oti 1..

    doakan ana ye bro hamkan..

    ila lilqo'

    ReplyDelete
  8. KASIH AISH

    Sama2 kasih…masih tak faham apa makna tersirat di sebalik ‘kasih aish’

    ------------
    ONTAHSAPO

    Ketika Nabi nak wafat, nabi begitu bimbangkan ummatnya..
    Umattku
    Ummatku

    Tiada kebimbangan melainkan kebimbangan akhirat….

    Ada sahabat berkata:
    “oh alangkah baiknya aku hanya sehelai rumput..”
    “oh alangkah baiknya aku hanya sehelai jerami..”

    kenapa mereka berfikiran begitu?..kerana bimbang dengan kedahsyatan hari akhirat…aku?
    Oh..alangkah malunya..isk….

    -------------
    BUDAK SHAMS

    Selamat berjaya dan selamat maju jaya
    Amin….
    Lepas jawab soalan peksa, jgn bincang terus fokus kertas seterusya he he he..kalau tak, kebimbangan seluruh alamlah jawabnya…isk…

    (sukahatiakuje)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Ana blum jadi mayat lagi laa..
    Congratulation for 80th days writing blog!! blehh ke?? Doakan En.Hamka panjang umuq..(lmbt lg jd mayat..)n dmurahkn rezki....
    tgh bimbang gk ni...apa2 time kasih utk post trbaru ni..mcm terkena kat diriku plak...

    ReplyDelete
  10. a very interesting entry...alhamdulillah..mabruk alaika!!Hehe..
    Congrats sempena 80 hari menulis, moga ALLAH TAALA lambatkan ko jd mayat so that leh la tulis banyak entry utk org lain buat persediaan jd mayat.
    Err apa ayat aku ni?Kleam kabut je..ah lantak

    ReplyDelete
  11. saya suka entry yang ni. ianya membuatkan saya benar2 khusyuk membacanya dan sudah menyebarkan address saudara kepada teman2. bagaimana ko boleh tulis sebegini? saya bimbangkannya! saya bukan cemburu tetapi berbangga kerana masih ada orang seperti hamka yang benar2 memanfaatkan mediumnya sebaik mungkin.

    dengan laras bahasa yang mudah dan mencuit, serta isi yang segar dan bernas, contoh yang tepat dan padat sedikit sebanyak meninggalkan kesan2 ke atas pembaca2nya. tahniah kawan.. saya akan menjadi pembaca setia..

    ReplyDelete
  12. Assalamuallaikum hamka...
    awak mau tahu apa ayat yg selalu geng aku pakai semasa dok beborak...
    'aku bukan ustaz'...lama2 jadi popular spt..aiman tak kesah...

    bab BIMBANG nie...nak kata pon tak kena tak kata pon tak kena...last tak payah kata apa2..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ya AKH,

    Pendek kata, banyak-banyak lah selawat kalo nak ilangkan bimbang.

    ReplyDelete
  14. A'kum Hamka,

    Saya org baru disini, salam perkenalan. Banyak fakta-fakta yg saya perolehi di blog ini. Saya belum habis membaca kesemuanya. Awak ni luculah. Berapa umur anak2 awak? Saya akan selalu visit blog awak, ok!

    This is for everyone...Enjoy!

    MOVE ALONG

    Go ahead as you waste your days with thinking
    When you fall everyone stands
    Another day and you've had your fill of sinking
    With the life held in your
    Hands are shaking cold
    These hands are meant to hold

    Speak to me, when all you got to keep is strong
    Move along, move along like I know you do
    And even when your hope is gone
    Move along, move along just to make through
    Move along
    Move along

    So a day when you've lost yourself completely
    Could be a night when your life ends
    Such a heart that will lead you to deceiving
    All the pain held in your
    Hands are shaking cold
    Your hands are mine to hold

    When everything is wrong, we move along
    (Go on, go on, go on, go on)

    Right back what is wrong
    We move along....

    ReplyDelete
  15. Jangan difikir kesusahan akan berpanjangan.. (bimbang)
    Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan

    ReplyDelete
  16. salam..huhu~

    ko nyer tajuk blog ni mcm Dale Carnegie(pkr motibasi omputih) nyer buku~How to stop worrying and start living..[harga:rm32.09]

    ituler..
    ramai org susah nk rase Allah tu hadir w'pun dierang tau Allah tu ade..

    nabi pun pnah kate:
    Plharalah(srhn)Allah, nscaya Dia akan memelihara kamu,
    plharalah(k'hrmatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.

    Jika kau doa, doalah kpd Allah semata-mata.
    Jika kau minta tlg, mintalah kepada Allah semata-mata.

    ktahuila,jika semua umat m'sia bkmpl utk mberi kpdmu sesuatu faedah,
    nscaya mrk x akan mmpu beri faedah itu,
    kcuali dgn sst Allah da takdirkn...

    pun skiranye dierg kumpul utk mberi mudharat untuk kamu, nscaya mrk x mmpu tntuknnye...,
    kcuali dgn izin Allah ke ats kmu...

    keke..rase mcm dlm masjid x??

    nih ak nk paste e-mel yg ko bg kt ak suatu mase dlu...

    kalau ko nak belajar ugama yg best, ko kena ada rohani yg kuat ~apa rohani yg kuat??
    -zikir panjang2
    -banyakkan solat sunat
    -solat tahajjud selalu
    -hari2 ngaji
    -dan doa panjang2
    -yg penting doa hidayat....
    -amal sunnah biar banyak.
    -selalu tolong org
    -banyakkan senyum
    -dan byk baca hadith dan tafsir al-Quran...
    baca dari penulis yg tak mintak royalti..yg mintak royalti~tade roh ke ke ke

    lepas tu ko akan dpt satu kefahaman baru bila baca hadith,
    org paham lain tapi korang paham lain bila dengar ustaz ngajar, ustaz terang lain korg paham lain...he he he

    p/s: en hamka!ktahuilah skiranye ak dalame x tulih komen kat blog ko,ade 2 sbb :1-jadik mayat
    2-nk final exam..huhu
    doakan la ak bjaye mencapai thp 'Hokage' dlm bdg ak n dlm agame..

    ReplyDelete
  17. tambahan~

    Kakashi sensei -15 komen
    (seorang ‘guru’ yg baik he he he)

    sgale puji hanye utk ALLAH..
    tenkiu.tenkiu.en hamka.
    ak x nk jadik cikgu je..
    ak nk jadi 'Hokage'..
    (nk final da ni..)
    same2la kite nasihat2 1 same laen..

    kanke nabi pnah kate..
    (dr tamim ad-dhari RA)
    Agama itu adalah nasihat. ' shbt Tanye: ' Untuk siapa ? ' nabi jwb : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '

    pembetulan
    **tajuk entry ko yg same cam tajuk buku motibasi omputih tu..bkn tajuk blog..huhu..silap2..sori

    ReplyDelete
  18. hasrulmuin
    Waalaikumusallam

    Anta blum jadi mayat lagi ?
    Alhamdulillah…
    Aku aminkan…

    Panjang umur? Aku tak nak..aku tak nak jadi tua nyayuk yg akan meyusahkan org lain dengan membasuh tahi di punggungku…..oh..dan bila dah tua nyayuk aku takut mati tak dapat ucap kalimah tauhid di akhir kalam…doakan lah aku berkat umur, walaupun pendek tapi selamat kat akhirat..amin…

    Selamba tegur kau…
    memang terkena kat diri engkau, ha ha ha ¡

    --------------
    kasturi_hati

    selamat ‘naik’ keretamayat…

    a very interesting comment..alhamdulillah..mabruk alaika!!Hehe..
    semoga ALLAH TAALA lambatkan ko jd mayat jugak,so that leh la tulis banyak komen
    kau memang nampak Kleam kabut je..ah lantak lah
    “aiman tak kisah”…hihihi

    --------------
    gitartong
    saya suka komen yang ni. ianya membuatkan saya benar2 khusyuk membacanya bagaimana ko boleh tulis komen sebegini? cikgu ‘gitartong’ adalah benar2 memanfaatkan medium komen sebaik mungkin.

    dan terima ksih kerana sudi menjadi pembaca setia..

    Penggali kubur..adalah teman setia menanti korang semua(termasuk aku!)

    -----------------
    taraknama
    Waalaikumusalam pendekar tanpanama..
    Engko mau tahu apa ayat yg selalu geng aku pakai semasa dok beborak...
    'aku bukan ustaz'...aku baru ‘nak-start’…


    kalau engkau nak kata tak kena, baik engkau terus kata supaya KENA ha ha ha

    Terima kasih sudi bertandang kesini kembali, aku ingat kau dah jadi mayat daa…

    Mayat yg tak bernama…
    Bagus gak baca blog engko..seperti Anakin skywalker menilai obi one kanobie..he3

    -----------
    demonsinme
    Waalaikumusallam ya AKH,

    Panjang kata, banyak-banyak lah selawat pada hari jumaat…kih!.

    --------------
    lilyputih

    Waalaikum Hamka,

    salam perkenalan.
    Selamat naik keretamayat…the last transport..
    Tak payah naiklah, minyak mahal…tanam jerk at depan rumah he he he
    Sebelum jadi mayat
    Habiskanlah membaca blog ni…(promote)
    Habiskanlah katam 2 kali setahun al-quran…(promote engko kat Allah)

    Berapa umur anak2 awak?

    Muhammad Haikal Hamka, was born : 10 julai 2003
    Muhammad Adha Hamka, was born : 21 January 2005
    Akan datang: due date: 20 Sept 2006

    My wife was born : 06 julai 1980…
    Aku kahwin : 7 sept 2002 (tarikh kahwin aku, ada satu jer setakat nie he3)

    aku Enjoy ngan ‘syair’ engko!

    ------------
    linanilza

    Best kau punya syair..
    Aku ada syair best untuk semua manusia..

    Kalau bimbang di lambung ombak tsunami..
    Jangan berzina di tepi pantai

    Ada seribu sebelas ratus lagi ,jangan2…nanti2 aku cerita ok?!

    ReplyDelete
  19. kakashi_sensei

    salam..huhu~

    (((ko nyer tajuk blog ni mcm Dale Carnegie(pkr motibasi omputih) nyer buku~How to stop worrying and start living..[harga:rm32.09])))

    aku dah baca habis dah buku ni, ada satu lagi bukunya yg bertajuk: “How to influence people” pun aku dah baca habis…aku ingat jika di panjangkan umur dan di beri kekuatan, aku nak tulis satu buku yg menyangkal penemuan2 yg ditemui oleh mr.Dale ni, kerana bila aku compare ngan al-quran dan hadith, semuanya sudah ada dalam islam, Cuma tak ditulis dalam betuk point, (blog aku ke arah itu…) Dale menulis pada awal 80-an, tapi Nabi Muhammad sa.w telah praktikkan 1400 tahun yg lampau..

    tajuk blog aku seperti:
    Bagaimana hilangkan sedih
    Bagaiman hilangkan marah
    Bagaiman hilangkan bimbang(latest)

    Semuanya aku related kan dengan islam..nampak sungguh indah, sungguh islamic..oh meremang bulu romaku…


    ((( keke..rase mcm dlm masjid x??)))
    Rasa macam dlm ktubah jumaat daa…he he he

    lain kali aku nak tulis “apa rohani yg kuat??”

    ps: selmay bjaye mencapai thp 'Hokage' dlm bdg ak n dlm agame.. ada satu lagi buku motivasi yg guna bahasa yg sempoi…(aku terpengaruh dengan dia kot?)
    Penulis: Andrew matthews, tajuk buku: “being happy!” dan “follow your heart”

    ReplyDelete
  20. begitu panjang komen setiap satu. tak reti nak komen jugak. apapun, begitu baik sekali isi entri dan penggunaan bahasa yg terus dan tepat. tiada seni2 (patut belajar dgn black agaknya). :)

    ReplyDelete
  21. Atok

    Terima ksih tok..kerana sudi bertandang ke halaman ‘mayat’ nie…
    Tok ni kawan dengan black ke? Selamat datang tok…aku sungguh terharu..oh…
    Aku bukan insan seni tok…he he he

    Kirim salam kat datin …

    ReplyDelete
  22. :) Alhamdulillah

    Teman2 yg dirahmati dan diredhoi Allah..

    Nabi amalkan membaca zikir ini pagi dan petang:

    " Hasbiyallahu laila hailla huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsil 'azim.

    Maknanya: Cukuplah Allah bagiku, Tidak ada Tuhan selain Dia, Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung."

    Petikan zikir mathurat

    + akhie +
    (ps:bimbang sgt ttg kekawan yg x solat.. ttg generasi akan dtg.. )

    ReplyDelete
  23. salam..lagi..

    keke~ak da baca sme buku yg ko state tu..
    tapi ak nk benti da bace buku motibasi-omputih-yg-x-dpt-petunjuk tu..
    nk bukak tafsir n hadith pulak..
    moga2 Allah beri petunjuk kt ak..
    ameen ya rabbal 'alameeeeennn..

    p/s: JOM la bsame2 beli kitab2 tafsir dn hadith..harga lagi murah,
    lebe tebal,lebe bermakne bile bace..korang akan dapat satu ketenangan yg TIDAK disangka-sangka sbb byk state janji-janji TUHAN pd hamba2NYE yg soleh..

    ReplyDelete
  24. + akhie +
    :) Alhamdulillah

    Terima kasih kat Teman2 yg dirahmati dan diredhoi Allah..
    Terima kasih baca blog aku
    Terima ksih sudi berkongsikan ilmu…
    Terima ksih kerana bagi komen yg best

    Bagusah bila ada bimbang terhadap ummat..itulah iman…
    Besar pahala org yg bimbangkan umat ni..seumpama ibadat 60 hingga 70 tahun..wallahualam…

    --------------
    kakashi_sensei
    salam..lagi..

    aku cadangkan lepas kau habis belajar nanti, kau bukak kedai buku jual kitab2 tafsir dn hadith..dah tentu harga lagi murah, kalah Giant-peneraju harga terendah
    lebe tebal,lebe bermakne bile bace..pengguna akan dapat satu ketenangan yg TIDAK disangka-sangka sbb byk state janji-janji TUHAN pd hamba2NYE yg soleh..

    ps: nampak macam perli tapi sungguh ikhlas aku mengemukakan komen..he he he

    ReplyDelete
  25. tahniah.. genap 80 hari... teruskan menulis kerana ramai yang meminati tulisan awak.,, saya, haikal,adha dan.. akan terus menyokong awak

    ReplyDelete
  26. eheheh... ustazah rock ni, wife bro hamka ke??

    ReplyDelete
  27. Ustazah rock..

    Macam kenal.. (berebar-debar..)

    -------------
    Linanilza

    Oleh kerana post dari ustazah rock adalah tidak menggunakan password, jadi sape2pun boleh jadi ustazah rock..ni yg aku bimbang nie..bimbang isteri aku trap aku…lalu akupun tulis tajuk ‘bagaimana nak hilangkan bimbang?”
    Dan akhirnya aku pulak yg berjaya ‘trap’ isteri aku ha ha ha!
    Oleh kerana cik linalniza pernah komen tak gunakan password, aku nak tanya

    ENGKAU NI, ISTERI AKU KE?

    HIHIHI…

    ReplyDelete
  28. IKLAN;

    AKU NAK AMAL APA YG AKU SAMPAIKAN…
    Perkara ketiga hilang:
    Hilangkan ‘diri’ korang
    I’m not somebody, I am nobody

    MAKA AKU AKAN MENG’HILANG’KAN DIRIKU SELAMA BEBERAPA HARI…
    SEKIRANYA AKU TAK KEMBALI, AKU TELAH MENJADI MAYAT…

    OK wasallam!

    BYE

    (Cuti-cuti Malaysia…)
    jumpa korang minggu depan!

    ReplyDelete
  29. hehehe... klakar laa bro hamka.. oo nk trap isteri rupenye.. isk isk isk.. huhu

    ReplyDelete
  30. selamat bercuti! nanti cerita pasal masjid yang anda singgah..

    ReplyDelete
  31. aku lebih terkesan dengan dakwah ko yang mengingatkan bahawa -esok mungkin kita atau orang sekeliling kita akan jadi mayat.Simple tapi berkesan..

    NAk tau ayat yg buat aku segera bangun solat???--DAN SYAITAN PON BERSORAK KEGEMBIRAAN--->seperti di cas..aku terus bangun..

    ReplyDelete
  32. bro hamka ade tulis novel ke???

    ReplyDelete
  33. gitartong
    terima kasih, banyak aku nak cerita..nati aku tulis..banyak pulak kerja kat opis sedang menanti..

    KINI AKU KEMBALI BERDIRI DI SINI
    MELONTARKAN SEGALA SUMPAH DAN JANJI
    BIAR SERIBU TAHUN AKU MENANTI
    PERTEMUAN DALAM PERPISAHAN
    BAHAGIA DI DUNIA YG AMAN KAN KITA RASAKAN…

    ---------
    AISHAH
    DAN SYAITAN PON BERSORAK KEGEMBIRAAN--->seperti di cas..aku terus bangun..

    (AKU JUGA!) oh tarima casih

    -----------
    budak shams
    takde..aku takde tulis novel…takde lagi..akan dtg ? tak tahu..
    dulu aku pernah lukis komik..dululer…
    thanks!

    ReplyDelete
  34. Sdra Hamka menampakkan dirinya kembali. Agaknya apa kejutan yang bakal dibawa nanti.......? hehehe..

    ReplyDelete
  35. black..

    aku ada jengah blog kau semalam yg bercerita pasal kondo..tapi aku tak sempat nak komen apa2...

    terima kasih..kejutan?

    aku ada bayak dlm kepala otak nak tulis tapi oh...

    antara tajuk yg dah ada dlm kepala tapi belum sempat nak tulis:

    APA ITU TAQWA?
    APA ITU BIDAAH?
    HANTU ADA TAK?
    BERDAQWAH MELALUI NASHID?
    BAGAIMANA BELAJAR UGAMA?
    APA ITU POLITIK?
    APAKAH TANDA KIAMAT?
    KENAPA UMAT ISLAM DI TINDAS?
    KENAPA DOA TAK MAKBUL?
    DLL

    argh tulis tajuk pun dah seronot...cuma AGAK malas dan bzzzzzzzzz, bestnya org yg ada kerani kih2...alhamdulillah pd Allah..

    WASALAM

    ReplyDelete
  36. kalu bimbang masalah umat pun kene hilangkan ke

    ReplyDelete
  37. dah tulis jawapan tu, replace...

    ReplyDelete