Tentu korang fikir senang je nak jawab soalan di atas…tapi sebenarnya agak susah bagi aku nak jawab soalan nih…ada cerita di sebalik soalan di atas:
Dalam kertas tu ada menceritakan kisah seorang mak cik dan anaknya sedang menyalakan ungun api, apabila api itu menjadi besar, si makcik ini pun alih anaknya ke belakang badannya agar anaknya tidak terasa bahang panas api..kemudian lalulah Nabi dan sahabat berhampiran makcik dan anaknya tadi, dan si makcik ini telah mengambil peluang untuk bertanya sesuatu pada nabi….
Soalan Makcik tu lebih kurang maksud:
Wahai pesuruh Allah, aku dengar Allah lebih sayangkan hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya…tapi mengapa Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan aku, walau sejahat manapun anak aku, aku tidak tergamak untuk mencampakkan anak ku ke dalam api…bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari aku menyayangi anakku?
Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis…(aku pun)Aku menangis kerana kertas ini adalah cebisan dari sebuah buku yg aku tak tahu tajuknya..dan cerita itu tergantung kat situ..aku
Jadi aku yg bukan ustaz/ulama/ahli fatwa ni berfikir2, kalaulah ada org bukan islam Tanya aku soalan nih macam mana aku nakjawab? Nak kena menangis ke?
Maka Allah bagi ilham-lah lebih kurang yg aku paham, kalau korang tak setuju..campak aje pendapat aku ni dalam longkang belakang rumah…
Aku kata:Sebenarnya manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah…
Apa itu syirik?(boleh buat satu lagi tajuk blog nih..he he he:)
Syirik adalah korang yakin selain Allahpun ada kuasa…macam korang yakin :
-ubat boleh bagi sembuh
-Makan boleh kenyang
-Tidur boleh hilangkan ngantuk
-Garu boleh hilangkan gatal
-insurance boleh menjamin masa depan
-tongkat ali boleh pagi ‘power’
-dan seribu sebelas ratus lagilah!
Maka bila korang yakin pada makhluk :maka syiriklah korang! Macam org kapir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api, pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila korang yakin pada makluk2 nih..maka syiriklah korang, dan Allah telah berjanji akan mencampakan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji,:
Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)
Cth: macam kerajaan
Begitulah Allah , Raja segala kerajaan yg telah buat neraka bukan untuk masukkan manusia dengan sewenang2nya..Allah hantar Nabi dan utusan untuk bagi peringatan, tapi korang ingkar, lawan, hina…Bila Allah panggil(azan) boat donno je…masih sibuk baca blog….maka benarlah firman Allah lebih kurang begini:
“bukan Aku yang menzalimi kamu tapi kamulah yang mengzalimi dirimu sendiri, bukan Aku yang mencampakkan kamu kedalam neraka tapi kamulah yang mencampakan dirimu sendiri kedalam neraka.”
Nanti dari neraka akan keluar satu leher yg panjang dan sangat fasih berkata2:
Raksasa ini akan meragut tiga golongan manusia di
Ketiga2 golongan ini adalah mereka yg masuk neraka tanpa hisab iaitu:
1 -org yg sombong.
2-Org yg menghina Allah dan Rasul
3.Org yg mengukir patung dan gambar2
(aku petik dati fadhilat solat karangan maulana Zakaria, baru baca semalam)
Memang bahaya!
Sebab Allah berfirman bahawa segala dosa walau macamana besarpun, masih boleh di maafkan kecuali dosa syirik..kerana dosa inilah org kapir akan KEKAL selamanya dalam neraka…bukan main2 tuan!
Aku kata: kalau kau ada 10 org anak yang sembilan perangai macam setan tapi hormat kau sebagai bapak dia, dan yang satu perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau bapak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, kau tak marah?!kau nak mengaku dia anak, kau nak tulis nama dia dalam wasiat EPF engkau!? Tepuk dada Tanya selera(sebab dia kapir) kalau dia islam:tepuk dada Tanya iman…
Contoh yg lain:
1.Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai..
2.Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..
3.isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, ber ’kebetulan’(suratan) korang duduk rumah flet dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah samapi ‘bergegar tiang arash.’.
4.isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak menyebabkan anak tunggal korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan.
5.korang balik, tengok anak semua baik dan bersih2, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh ngan jantan lain.! Memang habis!
habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai (lari! Lari! Selamatkan diri!)
satu org pencuri kain kapan,telah bersetubuh ngan mayat sorang perempuan, mayat tu siap bangun dan berkata “calakalah engkau biarkan aku dalam keadaan berhadath besar” lelaki tu terus takut(aku pun) dan jumpa Nabi, Nabi cakap lebih krang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu, maka Allah tegur lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!
Maka untuk korang dan aku selamat dari azab Allah dan bahaya syirik, korang dan aku kenalah belajar ilmu TAUHID…
Apa itu tauhid?(boleh pulak buat satu lagi tajuk blog…he he he)
“KITA AKAN DAPAT APA YANG KITA NAK, BILA KEINGINAN KITA SAMA DENGAN KEINGINAN ALLAH…
KITA TAK DAPAT HALANG APA YANG KITA TAK SUKA DATANG PADA KITA APABILA ALLAH NAK IANYA DATANG KEPADA KITA”
Contoh percakapan yg salah(kadang2 kita selalu buat):
“memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kenalah makan ubat, kalau tak camne nak sembuh?…”
Kenapa salah?
Kerana perkataan ‘TAPI’ tadi telah menafikan kuasa Allah, seolah-olah Allah berhajat pada ubat untuk bagi sembuh, sedangkan Allah Maha berkuasa langsung tak berhajat pada mana2 makluk…
Tak paham lagi?
Contoh ayat lain:
“Kerajaan
Contoh lain:
“Awek engkau memang cantik tapi sayang ada tahi lalat di bulu mata.. …”(tapi di sini telah menafikan kecantikkan awek korang..atau dengan erti kata yg lain,tahi lalat di bulu mata telah menafikan kecantikkan awek korang…)
Jadi macamana nak cakap betul?
Ayat yg betul.:
“bila korang sakit, korang kenalah makan ubat, TAPI Allah bagi sembuh”
haaa! Lihat "tapi" telah digunakan untuk manafikan makhluk.
Contoh lain yg betul:
“kalau korang takde duit kenalah kerja sunguh2 tapi ingat!Allah yang bagi rezeki.." tengok ‘tapi’ telah menafikan kerja bagi rezeki…
tak paham lagi?
Contoh ayat yg betul lagi:
“walaupun pemandu kereta mayat itu tak hensem tapi senyumannya amat manis”
Dah paham dah?
“Saya dah paham tapi…”
takde tapi-tapinya lagi. Tapi tu menunjukkan korang tak paham…sudahlah..
Korang tak akan paham kalau setakat baca blog, gi belajar dengan ustaz, tengok! dah-dah tu takde tapi2nya lagi..(akupun tak paham gak he he he)
Ps:kata seorang doctor pada seorang perempuan yg mana suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya…. “suami awak hanya mengalami luka2 yg kecil di badannya TAPI dia sekarang berada dibilik MAYAT….”(nauzubillah)
salam..
ReplyDeletehuh~explicit btul rr contoh2 ko..
seram ak dibuatnye..
TAPI ak tetap nk amek n paste kat webpage ak..halal ek..
smoga ko mndapat saham di Hari Kemudian..
smoga setiap ape yg ditulis dipelihara Allah agar x tersalah tulih..
smoga setiap yg bace dapat manfaatnye..
smoga stiap amalan kite dapat petunjuk Allah..
smoga dipeihara Allah sentiasa..
inshaAllah..Ameen..
Assalamualaikum akhi,
ReplyDeleteAkhi dah bagi jawapan pun kat soalan yang jadi tajuk entry ni. Kita yang terjun sendiri dalam neraka. Allah dah bagi guide, tapi kita dok syok sindri ikut cara bodoh kita gak.
Itu yang tergelincir masuk dalam api neraka tu.
satu perkataan keramat "tapi" mampu menjadikan kita syirik, bagaimana pula perkataan "kalau", saya ade dgr (tak ingat dr ustaz mana), "kalau" juga merupakan satu perkataan yg boleh membawa maksud meramal dlm erti kata lain.. menjangkakan sesuatu yg belum berlaku (lebih kurang, sy tak reti nak explain camne).. bleh komen sket?
ReplyDeletesatu penerangan yang bagus. bukan semua orang dapat memahami erti islam yang sebenar dan apa yang dikehendaki oleh Allah kepada kita. Semoga kiter semua diberi hidayat yang berterusan oleh Allah.. amin
ReplyDelete:)
ReplyDeletehamka.. benar bagai dikata oleh Allah:
" Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. [An-Nisa 4:115-116]
moga kita dijauhkan Allah dari azab yang tidak terperi sakitnya.. amin
+ akhie +
wa, mo terkeluar bijik mata baca entry yg panjang nie...TAPI full of good information and pedoman...semoga kita sumo sentiasa ingat mengingati tentang dunia dan akhirat...insya-Allah... ;)
ReplyDeletesaya bukan orang alim,
ReplyDeletetapi rasanya bab2 syirik dan penghujahan nya kena minta tanya ulama agar lebih tepat dan precise.
seperti kata "makanan boleh bagi kenyang" boleh syirik, agak berat.
perlu hujah dari ulama'.
(pernah ditegur kerana terlalu guna perkataan syirik dalam bayan secara tak sengaja kerana terlalu ghairah. berlaku di India ketika keluar 4 bulan, ditegur seorang 'alim.)
Kakashi_sensei…
ReplyDeleteLantak engkau lah kakashi,aku halalkan…
bukan aku yg punya,
Allah yg punya…
kalau aku cakap itu datang dari aku, boleh syirik tu…bahaya!
Engkau ni org jepun ke?
Agak susah aku nak tafsie singkatan bahasa kau tu..
..rr..: apa ni? He he he (ikhlas tanya )
------------------
demon…
lama tak ‘dengar’ suara…he3
(((Akhi dah bagi jawapan pun kat soalan yang jadi tajuk entry ni)))
tapi aku still nak tahu apa yg nabi jawab kat makcik tu..
tentu penjelesan Nabi adalah yg terbaik dan terbenar!
Kakak aku cakap buku tu dia yg beli dulu, tapi dah hilang, warna kelabu dan ada gambar pantai waktu maghrib..tajuk buku tu pulak: lebih kurang: jiwa yg merindui ketenangan…
Sapa2 yg ada tolonglah kongsi ok?!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteLinalniza
ReplyDeleteNi nak kena cerita panjang sikit nih..
Tempat yg paling Allah benci adalah pasar, bukan pusat pelacuran, kedai ekor dll, kenapa?(boleh buat tajuk blog nih:mengapa Allah benci pasar?)
Kerana kat situ banyak perkataan syirik…
Seperti:
Tapi
Kalau
Memang
Jika
Sekiranya
Pasti
Di jamin
Dll…
Boleh guna ayat di atas tapi dengan cara yg betul, nak explain tak sempat dan makan masa, aku bagi sikit2…nak banyak2, cari org alim he3
-Tongkat ali di jamin bagi kuat(kena tambah:dengan izin Allah)
-Kalau lah aku ada kat sana(salah sebab semua dah qada’ Allah)ramal cam kau cakap
-Panadol memang berkesan(kena tambah:dengan izin Allah)
-makn sup ni pasti baik(bahaya)
-sekiranya takde ajinomoto, pasti tak sedap mee nih(bahaya bahaya)
Arghhh terlalu banyak…benda nih biar org alim terangkan lah aku, memang tak alim.
Satu cerita: sorang lelaki telah jumpa org alim untuk mintak tolong sembelih lembu:
Orag alim tu jawab: insyaAllah..
Lelaki:apa pulak, lembu dah ada, parang dah ada,tak payah insyaAllah dah…
Org alim:kena ucap insyaAllah walaupun semua asbab dah ada…
Lelaki: tak payah, insyaAllah ni kalau belum ada(bla bla bla aku pendekkan cerita)
Esoknya:
Lelaki: ustaz, insyaAllah lembu hilang!
Ustaz: SubhanAllah…
--------------------
ustazah rock
tarima kasih ustazah rock, dah lama tak dengar kau ‘nyanyi’ he3
---------------------
ana(+akhie+)
amin….
-------------------
hitomi
insyaAllah
siapa hitomi? Emak zonan?
------------------
mr f
saya pun bukan org alim
aku setuju 100%ngan engkau…
korang dan aku semua, jom kita cari org alim dan belajar benda2 nih,’
penting, sebab ni asas ugama, tauhid, akidah…jika tauhid tak betul korang buat amal semuanya Allah tolak, walaupun korang sedekah 1 juta kat mangsa tsunami,
tapi bila tauhid kau dah betul…korang senyum pun dapat pala
mari kita pakat2 senyum
:)
:)
:)
:0
:P
ps: tuan telah pergi India dan bayan di sana? masyaAllah…saya kena belajar ngan tuan, tarima kasih tuan kerana tegur saya…ajarlah saya dengan apa cara sekalipun supaya saya tidak menangis di akhirat kelak..isk isk..(dah jumpa org alim, terus cakap:saya)
semoga pak lah diberi hidayah
ReplyDeletesemoga mawi diberi hidayah
semoga waheeda diberi hidayah
semoga kita semua diberi hidayahNYA..
patut bagi kat entri sebelum ni tapi xpelah.sini pun bolehla..
macam biasa nak share pendapat..CINTA pun boleh dikatakan syirik juga.cinta selain kepada ALLAH.contoh:CINTA kpd AWEK/PAKWE sendiri.memanglah dia tak sujud/sembah AWEK/PAKWE die tu (walaupun kadang2 ade yg melutut).kat sini kita tengok siapa yg lebih diutamakan,suruhan ALLAH yg suruh meninggalkan laranganNYA termasuk pergaulan bebas lelaki perempuan atau pun suruhan pasangan itu yg mengajak membuat maksiat (setakat beborak kat telefon atau chatting pun kira maksiat juga kan?).sanggup mengabiskan duit reload hp,baya bil tepon,belanja makan,duit minyak etc etc...tapi keluakan duit di jalan Allah (gi masjid,blaja,sedeqah,daqwah etc etc)?wallahualam..
"HATE THE SIN BUT NOT THE SINNER"
dalam usul 20 yang ditulis oleh hassan al banna ada menyatakan yg kita tak boleh mengkafirkan org.ustaz bg ceramah kat surau semalam kata kalau kita cakap org islam tu kafir tapi sebenarnya dia bukan kafir (hanya Allah yg tahu),kita yang kafir..nauzubillah..
semoga pembuat maksiat juga diberi hidayah Allah...amiiin
“memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kenalah makan ubat, kalau tak camne nak sembuh?…”
ReplyDeletebukan nak mambantah sebab tak lah terer mana pun...TAPI (heh) penggunaan tapi di sini bukan menafikan kuasa Allah tapi lebih kepada kalau direphrasekan ayatnya “memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kalo ko tak berusaha makan ubat, camne nak sembuh?…Dunia nih berasbab. Allah tak jadikan kita baik secara terus menerus. Dia mesti ada sebabnya dan ubat adalah sebabnya”
kira menafikan usaha si pesakit bukannya menafikan kuasa Allah...
mungkin lebih atas niat dan pemahaman dan bukannya apa yg dituturkan sebab Allah lebih mengetahui...
Bagusnya..born to be daei…!
ReplyDeleteAku setuju !
Biasa kita nampak org ajak solat hajat turun bala kat org kapir atau org islam yang di ‘kapir’kan ….bila pula kita boleh tengok org ajak kita solat turunkan hidayat kat org kapir atau org islam yag di ‘kapir’kan..kalau ada aku nak joint! Best! Best!
Satu lagi pasal cinta..aku cakap kat bini aku aku cinta engkau no 6.
1.Allah
2.Nabi
3.Kerja Nabi
4.Emak dan ayah
5. engkau
aku? ikutlah no.beberapa pun!
Dan cinta ni berebza2.cinta ngan anak tak sama ngan cinta ngan mak
Cinta ngan mak ada had, cinta ngan isteri sampai dalam kain, malam2 peluk kuat2.
Cinta ngan Allah, pada waktu hujan Turun jam 4 pagi, tinggalkan isteri dan menangis mengadu pada Allah tenetang mereka2 yg telah kita daqwahkan siang tadi(doa hidayat)
Siang buat Daqwah,Malam bagi laporan…harap dpt istiqamah!amin!
Ps: kalau mawi ‘world’
Aku hamka ‘next life’ ke ke ke ke.
--------------
truth seeker
(((“memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kalo ko tak berusaha makan ubat, camne nak sembuh?…Dunia nih berasbab. Allah tak jadikan kita baik secara terus menerus. Dia mesti ada sebabnya dan ubat adalah sebabnya”)))
aku kata: “truth seeker, bila kau sick, kau kenalah makan ubat,ubat ni bagus untuk sick kau tu… TAPI ingat!Allah bagi sembuh!”
bukan nak berdebat, benar jugak cakap engkau, kadang2 apa yg org cakap, org awam tak paham,cth wali2 Allah, mereka cakap: saya Allah, atau dalam aku ada Allah…kerana Allah lebih mengetahui…
jadi , moranya: sama ada kau tak paham apa aku cakap atau aku tak paham apa kau cakap.
Wallahualam…
Kita sudahi majilis kita dengan tasbih kifarah(semoga Allah ampun apa yg tak betul..amin)
ni doa yang Rasulullah ajar kepada Fatimah ketika dalam kesakitan atau kesusahan:
ReplyDelete"Allah, Allahurabbi, laa usyriku bihi syai an"
"Allah, Allah Tuhanku, aku tidak akan sekali-kali menyukutukan Mu"
nak tambah sket yg hamka komen tu.mase gi dengar ceramah malam tadi ustaz tu pun ade bagi contoh.kalau seorang tu menagih dadah,1 kampung hina dia la ape la.patutnya buatla sembayang hajat reramai ke doakan dia..
wallahualam
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMu
ReplyDeleteNamun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosa ku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.,,
born to be daie
ReplyDeletebenar, dan terima kasih...
sorang ustaz cakap, bila org berzina semua org marah(betul) tapi bila org tak solat(roboh tiang ugama (relek ajer..kadang2dlm keluarga sendiri pula tuh? kasihan umat menderita, isk..isk..)
aku ulang seorang ulama' cakap doa yg paling mahal adalah doa hidayat...
bila Allah bagitahu akan ada hamba dia yg derhaka, semua malaikat pergi jumpa iblis(masa tu belum jadi iblis) untuk doa hidayat, pendek cerita iblis tak doa hidayat untuk diri sendiri!
MORAL: DOA LAH HIDAYAT UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORG LAIN, JIKA DAH ADA HIDAYAT MINTAK KEKALKAN HIDAYAT DAN DPT JADI ASBAB HIDAYAT..amin..
terima kasih lagi sekali born to be daei.
---------
ustazah rock
benarlah ustazah rock, hanya Allah pengampun dosa2 besar...isk..isk..
tapi bila syirik..nauzubillah...
ps: sila rujuk alim ulama' tentang perkara nih...korban sikit masa korang (dan aku)
[qouted hamka said]
ReplyDeleteSatu cerita: sorang lelaki telah jumpa org alim untuk mintak tolong sembelih lembu:
Orag alim tu jawab: insyaAllah..
Lelaki:apa pulak, lembu dah ada, parang dah ada,tak payah insyaAllah dah…
Org alim:kena ucap insyaAllah walaupun semua asbab dah ada…
Lelaki: tak payah, insyaAllah ni kalau belum ada(bla bla bla aku pendekkan cerita)
Esoknya:
Lelaki: ustaz, insyaAllah..lembu hilang!
Ustaz: SubhanAllah…[qouted]
:)
Versi Akhie:
Esoknya:
Lelaki: ustaz.. lembu hilang!
Ustaz: masya Allah…la quwataillilah billah(Inilah yang dikehendaki Allah, tiadalah kekuatan melainkan dengan Allah)
:)
Bicara ucapan insyaAllah(dengan izin Allah), tidak lari jauh dari bicara masya allah (Inilah apa yg telah dikehendaki oleh Allah)..
Jom kita baca & fahami sebuah kisah dalam al-Quran [Al-Khafi 32-42].. kisah tersebut mempunyai maksud pengajaran yang lebih kurang sama..
Baca tau !:)
wallahu'alam
+ akhie +
blog yang bagus setakat ni yang pernah aku baaca..tq..
ReplyDeletehehe.. klakar la pulak bile bace pasal lembu nie.. tahun nie kite sambut raya korban 2 kali kann??
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhan kami, berikan lah Kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat... Jauhkan lah kami dari Azab api neraka...Aminnn.
ReplyDelete+akhie+
ReplyDeleteBelum baca: insyaAllah
Dah baca: Alhamdulillah
Tak nak baca?: MashaAllah
-------
Aishah
comment yang bagus setakat ni yang pernah aku baaca..tq.he3
----------
budak shams
(((tahun nie kite sambut raya korban 2 kali kann??)))
ha ah, tak perasan pulak..
maknanya dua kali anak aku sambut harijadinya…
Muhammad adha bin Muhammad Hamka
-------------
Hasrulmuin
AMIN…
AMIN
AMIN…
Tambahan…
ReplyDeleteKita boleh beli ubat TAPI tak de kedai yg jual sembuh, sebab sembuh datang dari kudratAllah
Kita boleh beli tilam yg empuk TAPI tak de kedai yg jual lena@jenegha, sebab lena datang dari kudratAllah
Kita boleh beli ‘kereta laju, cc besar’ TAPI tak de kedai yg jual ‘cepat sampai’, sebab ‘cepat sampai’ adalah dengan izin tAllah.
wassalam
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletecaya la,isi kandungan nye memang sempoi,tapi isi nye berisi beb.gua harap sape2 yg daha bace semga insaf.ingat kite di dunia hanya sementara,akhirat jua selamenya.ingat mati ok cau
ReplyDeleteAku harap sampai jadi mayat kena ingat!!!!
ReplyDeleteBeruntungla aku sbb terlawat web kau. haha. Trimas sebab post kan entry tentang beza org
ReplyDeletesolat jemaah kat masjid;
solat awal wak2 kat umah;
solat berlengah2;
solat jarang2;
x solat langsung!
Skrg br aku dpat bezakan. Klau dl, aku slalu musykil.. Aku ckap jujur, blog ko memang menginsafkan aku! (Ya Allah, berkatilah blogger ini, member keretamayat, umat Islam, dan hamba2 mu!)
semoga kau sudi doakan aku menjadi orang yang soleh...
ReplyDeletekata org alim, bila kita di cintai oleh orang ramai, mudah mudahan aib kita akn tertutup akirat kelak..
doalah dengan menangis dan sertailah namaku(hamka) sekali..
amin..
sebut name aku skali..hehe
ReplyDeleteblog yg bagus dan mendatangkan keinsafan..=)
ReplyDeletehendaknya..
ReplyDeletesumpah terbaik entry ni. haha
ReplyDeletetapi tapi. haha
tapi..
ReplyDeletetapi baca Al quran lagi best
ReplyDelete