Jan 16, 2006

Suratan atau Kebetulan?

(Jawapan kepada lagu)

La ni, lagu ni di update dan dikumandangkan semula dicorong2 radio (teringat zaman2 muda2 dulu). Lagu ni berbentuk soalan dan (mungkin) hingga ke hari ni tiada jawapan dari mana2 pihak untuk menjawab kekeliruan penyayi tersebut.

Penyanyi tersebut keliru tentang apa yg berlaku di dunia ini adakah suratan atau kebetulan. Korang jgn ingat bila aku cerita pasal lagu bermakna aku nak galakkan korang menyayi pulak, contok: kalau tukang kayu buat meja yang cantik dan kukuh, korang jangan sangka pembuat kayu tu orangnya cantik dan punyai tulang yang kukuh. Jadi sebagai menjawab soalan tadi cuba perhatikan dulu lirik lagu tersebut:

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan?
Atau sekadar satu kebetulan?

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati?

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


JAWAPAN:

Satu org alim cakap dia dapat memberi ceramah subuh ini bukan kerana kebetulan dia datang ke Kuantan , tetapi adalah kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah buat keputusan untuk dia datang ke Kuantan, bukan kebetulan dia datang ke Kuantan".
Kata beliau istilah "kebetulan" ni tidak pernah wujud kerana tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.
Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", maka yakin dia pada Allah SWT telah rosak.
Sekian,

Pembetulan:
SURATAN BUKAN KEBETULAN

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
ItuLAH suratan dalam kehidupan!
BUKAN sekadar satu kebetulan!

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
WALAU SUDAH bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
APA YANG PASTI terjadi
AMAT SANGAT menepati!

TIDAK PERLU DITAKUTkan
Menghadapi masa depan
SEMUA TELAH DI PUTUS
Sebuah kehidupan yang tulus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
TAK PERLU KAU bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan KEBETULAN, kesilapan...

ps: Semua org menjadi mayat adalah suratan, bukan sekadar satu kebetulan...

13 comments:

  1. aha..good answer
    am going to stick to the new lyrics from now on

    :)

    ReplyDelete
  2. lagu yang mempunyai lirik yang betul dan tidak bercanggah dengan ugama.setakat aku ingat...

    SURATAN TAKDIR-GERSANG
    BIARKAN BERLALU-WINGS
    KITA DI TAKDIRKAN JATUH CINTA-SPRING
    TAKDIR DAN WAKTU-MEGA

    DAN LAIN2.

    ReplyDelete
  3. TO HANIATI
    KENAPA HATI SEPERTI KACA?
    ORG YG JAUH DARI ALLAH, HATINYA AKAN BIMBANG SEBELUM BERLAKUNYA KESUSAHAN
    DAN BILA BERLAKU KESUSAHAN MAKA HATINYA AKAN HANCUR LULUH, KERANA BERHARAP PADA MAKHLUK...LALU:
    TAK GILA. BUNUH DIRI...

    NAUDZUBILLAH

    ReplyDelete
  4. akhirnya engkau cerita jugak pasal lagu, ni yang best nih!
    ini lagu yang lirik dia betul punya!

    Barang yang lepas
    Jangan dikenang
    Kalau dikenang
    Tentu menangis

    Barang yang lepas
    Hai jangan dikenang
    Kalau dikenang
    Meracunlah diri

    Tiap insan hai tidaklah kekal
    Tentu kembali dimana berasal
    Janganlah sedih hai janganlah pilu
    Serahkan pada allah yang satu

    Ooo dunia ibaratnya roda
    Naik turun tiada hentinya
    Sama juga hidupnya manusia
    Ada yang riang
    Dan ada yang duka

    Barang yang lepas
    Hai jangan dikenang
    Kalau dikenang
    Meracunlah diri

    Ooo tak guna menangis memilu
    Makin sedih menambah derita
    Lupakanlah semua yang lalu
    Tidakkan mungkin
    Kembali semula

    Barang yang lepas
    Hai jangan dikenang
    Kalau dikenang
    Meracun diri

    ReplyDelete
  5. aku dah cakap, aku tak nak lagu P ramlee!!!carilah lagu-lagu yang ada unsur ketuhanan sikit...jangan merajuk dah le...

    ReplyDelete
  6. terima kasih cik una...

    org yg paling bijak adalah org yang ingat dirinya akan jadi mayat(aku kata)

    (penyayi lagu di atas sudah lama menjadi mayat, kita bile pulak?,eh silap! apa pulak kita, kau bila pulak?)
    he he he

    ReplyDelete
  7. aku sedang memarathon blog kamu.(kerana baru jumpa) sudah addicted. oh! hebatkah kamu sampai aku lagi suka baca blog kamu dpd kitab taklim? nampaknya kene stop dulu. lagi2 nampak tulisan oren berbackground kelabu yang susah dibaca. terima kasih banyak2 ye (mengingatkan aku, aku banyak keje lain slaen baca blog kamu). nanti bila aku dah tak ketagih aku singgah lagi.

    ReplyDelete
  8. sajer bagi caler oren, bagi sakit mata., he he he

    salah, dulu background blog ini waran hitam, so, oren tu ok, tapi dah tukar kelabu, caler oren tu sakit sikit lerr

    : )

    ReplyDelete
  9. bagaimana pula dengan seseorang yang pergi menilik nasib dan kemudian tilikan itu benar2 berlaku? bukankah lebih baik jika ia tilikan tesebut dikatakan sebagai kebetulan daripada suratan? sila betulkan jika saya tersalah...

    ReplyDelete
  10. kau salah.

    sudah dibetulkan.insyAllah.

    ReplyDelete
  11. Semua terjadi dengan izinNya dan sudah pasti ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  12. Semua terjadi dengan izinNya dan sudah pasti ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete