(temuramah secara maya)
Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni...Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….
BERCAKAP DENGAN BAYI:
Ibu: Apa kabar kau?
Bayi: Kabar baik aku.
Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?
Bayi:Aku duk pusing2 sambil makan2.
Ibu:
Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di sini.
Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?
Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.
Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.
Bayi: Apa itu darah haid.?
Ibu:.. kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..
Bayi: Cakap je lah..
Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya.
Bayi: Tak faham aku..
Ibu: Kang ibu dah cakap….
Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.
Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..
Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.
Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal
Bayi: Basikal tu apa?
Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…
Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.
Ibu: Malaikat?, Siapa nama malaikt tu…?
Tuhan kata panggilah dia: BONDA.
Tammat…
Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…
BERCAKAP DENGAN ENGKAU:
Aku: Apa kabar kau?
Engkau: Kabar baik aku.
Aku: Apa kau buat kat dunia ni?
Engkau:Aku duk pusing2 sambil cari makan..
Aku: Apa yang kau makan?
Engkau:yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…
Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..
Engkau:: Apa itu khazanah Allah..
Aku:.. kalau aku cakap pun kau bukanya paham..
Engkau:: Cakap je lah..
Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler...
Engkau:: Tak faham aku..
Aku: Kang aku dah cakap….
Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…
Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?
Engkau:: ye ke ni,,,Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.
Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat…tak dapat shafaat nabi.
Engkau:: Shafaat tu ape?
Aku; Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia...bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau...kau akan menangis terkejut…
Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu.... aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….
Sigh out….
Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…
Ps: Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….mayat kita juga akan di jumpai seseorang…
salam..
ReplyDeletebestnya cerita engkau.. bagus2.. teruskan usaha anda..
alangkah insafnya aku..marilah kita sesama muslim saling memperingatkan antara perkara2 yg hak..
wslm
ehhe :D simply humour.. perumpamaan yg bijak.. :)
ReplyDeleteAllah kata:
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur." [Al-Nahl 16:78]
moga penciptaan kita tidak lari dari objektif hidup yang Allah dah tentukan..
+ akhie +
uiyyooo..dasat le citer abg hamka ni..sungguh terharu rasanye..dlm byk2 posting, yg ni best skali..teruskan usaha..anda ada pesona bintang..
ReplyDeleteterima kasih kat korang semua, korang buat aku makin ghairah dan bernafsu untuk menulis lagi he he he....i love you all...
ReplyDeletesemoga segala puji takku meninggi diri, moga segala janji dapat juga kupenuhi, moga dapat ku hadang tikaman dari belakang....lidah setajam pisau, ku tidak akan risau....alhadulillah, shukur
kereta oo..kereta!..nak pinjam article bayi dlm perut bleh tak..
ReplyDeleterasanya bagus cerita tu utk dikongsikan...dalam makna dan makan dalam sungguh..
boley tak? boley la..mintak izin ni...
br karkun...takde posting baru ke?mesti ko cuti lama nih..balik kg ke?
ReplyDeleteMr hucs,
ReplyDeleteaku izinkan kan anda dan korang yang lain utuk copy/paste...memang tujuan blog ni pun untuk di war-warkan...terima kasih banyak2...sebab tu buku amalan saidina Abu bakar r.a tak pernah tertutup...alhamdulillah
allysa DR
memang balik kampung, la ni kat rumah mertua, saje gi cc jumpa korang, rindu pulak rasanya, dan sudah suratan(bukan kebetulan atau nasib baik) isteri pulak memahami..:)he he
aku penghibur blogmu telah kembali dalam keadaan insaf
ReplyDeleteOdei anak nokeilah ko idaah
Nasusah mati yama no megentian dika
Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah tomod yamamu minaganak dika
Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya
Ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi
Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu
Kini kau dewasa, ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Syurga itu di bawah tapak kakinya
Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa mendoakan hari akhiratmu
aku suka lagu tak tahu siapa nyanyi
ReplyDeletelebih kurang begini:
cukuplah bulan dengan harinya,
seorang putera dilahirkannya
bidan menyambut, dengan luhurnya hampir si ibu hilang nyawanya...
arhh, lepas tu tak ingat, nak ingat ke? tak nak ingat?
susah2, tak payah ingatlah!
bismillahir rahmanir rahiim..
ReplyDeletealhamdulillahi rabbil 'alamiin..
allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa'alaa alihi wassohbihi ajma'in..
salam bro hamka..
aku tak penah miss jenguk blog bro setiap hari..(wah wah wah..macam ketagihan...aku memang ketagih ilmu...) kerana aku tertarik dgn cara bro persembahkan setiap nasihat berunsurkan lawak sabun ni..anyways..banyak penulisan bro membuka minda aku..sebab aku ni dulu datang dari "lembah gelap" dan berusaha nak "cari cahaya" dalam hidup aku..idea2 yang bro utarakan sangat membantu usaha aku nak tarik lebih ramai "jiwa2 yang menderita" lebih2 di kalangan remaja..syabas bro..selama mana ilmu bro akau pakai..maka semakin hampir la misi bro nak buat erumah di syurga firdaus tu tercapai..(amiiiiinnn...aku doaakn redha dan rahmat Allah tak pernah putus buat bro dan keluarga..)
ps: aku nak copy paste ilmu dari sini boleh ke vro..pastu aku nak guna some parts dalam sesi halaqah aku bersama bebudak si alam nyata ni jugak..bro izinkan tak..?
syukron..;P
Sebuah prolog yang cantik..kreatif la bro hamka..
ReplyDeletehe he he...
ReplyDeletemacam biasa,sentiasa kena puji walaupun untuk entry setahun yang lalu..
ps; sesiapa yang dirinya di cintai orang ramai kerana Allah, akan tertutup aibnya di padang mahsyar.. amin!
doakan aku!
salam..
ReplyDeletebro hamka mmg best r citer nie....
pasnie wat la citer laen plak..
coz ade logiknyer...
citer pasal muda-mudi bercintan-cinton ker...hihihii..=p
aku dah buat dah, cerita cinta, cerita hantu, semua dah ada..
ReplyDeleteupdate cepat!!
:)
Salah tu, Bonda itu adalah manusia bukan malaikat.dia boleh jadi lebih mulia dari malaikat dan juga boleh jadi lebih jahat dari syaitan. Mati itu indah bila kita bersedia..bersediakah kita semua..Huekeke :-D
ReplyDeletetahu takpe..
ReplyDelete:)
kata saidina ali apabila dipuji :
ReplyDelete"Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dr apa yg mereka katakan.."
p/s: bkn apa..bnyk pujian melambung utk ustaz hamka nie..tp anggaplah dorongan utk terus berdakwah.nie saya pun nk puji gak.hehe...
tumpang tanye..apa hukumnya kalau reka2[atau post tu betul??] citer mcm ibu ngan anak dlm perut tue? bukan ke ade hukum tertentu?
cerita yang di reka untuk menerangkan sesuatu maklumat adalah di panggil : TAMSILAN.
ReplyDeleteTak salah, dan banyak baiknya, terutama untuk orang yang slow..
cerita betul pula di panggil sejarah.
jadi aku taruk ayat; 'kononnya'..
satu lagi perkara yang tipu, bila orang dah tau bahawa itu tipu, maka ia menjadi tak tipu lagi.
sekian.
cara ko menyampaikan cerita tu sungguh unik dan menarik kerana mempunyai hubung kait....
ReplyDeletetak terjangka dek akal saya kau boleh buat citer mcm ni. Terbaek..
ReplyDelete*insaf*
ramai orang insaf, tapi tak ramai yang berjaya kekalkan keinsafan
ReplyDeleteaku harap, aku akan terus berjalan di atas jalan yang lurus.
ReplyDeleteentry ni tahun 2006, waktu anak aku belum lahir, sekarang semua mereka sudah berlari.
ReplyDeletesampai masa, aku khatankan mereka, ha ha
sy postkan balik entri ni dkt Facebook tp sy turut kreditkan sahabat. salam
ReplyDeleteaduhai aduhai terpegun terpaku terkaku cikmat dgn posting kau cik hamka.....ilmu ilmu ilmu....ilmu laduni tu
ReplyDeletegreat!!!
ReplyDeletekreatifnye bro!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete30!
ReplyDeleteni dh tahun 2013.. amacam?. ha ha
ReplyDeleteahkak baru jumpa entry ni dlm cobaan nak mencari tulisan pertama hamka diblog ni.
apapun tahniah kerana blog masih berbisa walaupun dah cecah 7 tahun
err anak2 dh khatan blom??.. hhehehe
ni dh tahun 2013.. amacam?. ha ha
ReplyDeleteahkak baru jumpa entry ni dlm cobaan nak mencari tulisan pertama hamka diblog ni.
apapun tahniah kerana blog masih berbisa walaupun dah cecah 7 tahun
err anak2 dh khatan blom??.. hhehehe
tahun ni anak aku khatan, insya Allah. :)
ReplyDelete